MCDONALD'S MALAYSIA BAGI ZAKAT 200K UNTUK KELANTAN

Assalamualaikum readers mekyunie.com ..

 

Selamat Hari Raya Aidiladha korang. Semoga ibadah kita diterima oleh Allah swt. Kalau berkemampuan, apa salahnya kita mengambil bahagian untuk berkorban. Tapi kalau ada khilaf di mana mana, it’s ok. Semoga tahun seterusnya kita dapat menjalankan ibadah korban juga. Dan sedikit pesanan daripada mek sebelum mek berbicara lebih, jaga juga kesihatan diri. Musim makan daging and bersup, bersinggang, berair asam ni, moga-moga tidak berlebihan. Perpada-pada dalam pengambilannya. Takot nanti lain pulak jadinya. Kesihatan yang diberikan juga perlu dijaga rapi agar tidak terpeleot dikemudian hari. Jadi mek doakan semua yang baca blog mek dalam keadaan sejahtera dan diberi kelapangan sentiasa.



Pada 12 Julai 2022 yang jatuhnya pada Raya ketiga Aidiladha 1443H, berlansungnya satu majlis yang simple yet meaningful daripada pihak McDonald's Malaysia. Majlis ini dijayakan di McDonald's Kubang Kerian, Kelantan dan dihadiri oleh jemputan yang berkenaan. Majlis ini berkenaan dengan sumbangan zakat korporat oleh pihak McDonald's Malaysia kepada Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) sebanyak RM200,000. Zakat korporat ini diserahkan sendiri oleh Dato' Azmir Jaafar, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan, McDonald’s Malaysia dan diterima oleh Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam Bin Tengku Abdul Aziz, Tengku Temenggong Kelantan merangkap Yang Dipertua MAIK.




Disamping menyumbangkan zakat korporat kepada pihak MAIK, McDonald's Malaysia juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan Hari Raya Aidiladha bersama-sama mereka yang terpilih untuk diberikan sumbangan duit raya serta mengagihkan daging yang korban pada Aidiladha kali ini. McDonald’s Malaysia telah sehingga kini menyumbangkan 22 ekor lembu bagi ibadah korban di beberapa negeri. Daripada jumlah itu 12 ekor adalah khusus bagi negeri Kelantan sahaja. Yang Berhormat Mulia Tengku Tan Sri Dato' Haji Mohamad Rizam semasa berucap menyatakan ucapan tahniah dan terima kasih kepada McDonald's Malaysia untuk pengisian majlis yang diadakan ini. Bukan sahaja dapat menyalurkan zakat korporat kepada MAIK malah dapat menyantuni para asnaf dalam menyambut Aidiladha. Satu majlis yang simple yet meaningful untuk semua jemputan. Diharapkan majlis sebegini dapat diteruskan dan dipergiatkan pada masa akan datang untuk pembangunan ummah jua.



And untuk pengetahuan korang jugak, McDonald's Malaysia ni dah bayar RM9.85 juta zakat korporat untuk sepanjang tempoh 6 tahun. Satu angka yang mek rasa begitu wow. Korang pun tahukan yang duit zakat ini akan disalurkan kepada asnaf juga at the end melalui Majlis Agama negeri masing-masing. Bayangkan kita juga antara yang menyumbang kepada zakat korporat McDonald's Malaysia. Semoga usaha McDonald's Malaysia dalam menyalurkan zakat korporat, terpalit juga pahala untuk kita semua. Dikesempatan ini juga mek nak luahkan rasa syukur sangat dengan usaha murni McDonald's Malaysia, komited untuk tingkatkan hasil jualan supaya dapat tingkatkan juga zakat korporat dari tahun ke tahun. Tahniah McDonald's Malaysia ! Keep the momentum level up !

 

Ini saja mek nak selit jugak another kebaikan McDonald's Malaysia yang mungkin korang tak perasan. McDonald's Malaysia ni bila dia buka satu restoran (cawangan) baru, mesti pengambilan pekerja tu bukan based on qualification sahaja. McDonald's Malaysia tidak mengetepikan golongan OKU dan anak-anak asnaf yang kurang bernasib baik yang kadangnya tak berpeluang untuk sambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. McDonald's Malaysia also hire these group untuk mereka dapat gaji dan dapat langsungkan kehidupan dengan lebih baik. Murni, kan? Paling tidak golongan ini tidak tercicir selamanya. Paling tidak ada organisasi yang bagi peluang kepada mereka untuk dapatkan gaji. Itu antara kebajikan yang diusahakan oleh McDonald's Malaysia, belum lagi masuk bab Rumah Kebajikan yang disediakan oleh McDonald's Malaysia. Fuuuhh, korang boleh google sendiri untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan welfare yang dilaksanakan oleh McDonald's Malaysia.

 

Dan untuk korang, always la support usaha McDonald's Malaysia dalam memberi kebajikan kepada setiap saluran yang boleh. Jangan termakan dengan tular-menular berkaitan McDonald's Malaysia ada kaitan kegiatan negara luar. Ye memang nama sama tapi hak pemilikan itu dah berasingan. Alah malas lah ulas panjang-panjang benda yang tak seronok. Yang penting mek dapat menjadi sebahagian saksi dan penyebar kebaikan di atas setiap usaha McDonald's Malaysia. Takkan tak nak sokong orang yang keluarkan zakat korporat beratus ribu setahun. Takkan tak nak sokong organisasi yang boleh beri peluang pekerjaan kepada mereka yang kurang bernasib baik. Kalau mek buka business pun belum tentu dapat buka peluang begitu kepada mereka. Renung-renungkan dan always support the good vibes. 

 

Sekian terima kasih.


1 comment