Assalamualaikum para readers mekyunie.com sekalian ..
Dalam musim pandemic ni, dalam
80% juga kehidupan kita berubah dan perlu mengadaptasi normal baharu sebagai
rutin harian dalam kehidupan. Korang okei ke tak dengan cara sekarang ni?
Walaubagaimanapun, nak atau tak nak, kita tetap kena hadap dan cuba untuk sesuaikan
diri dengan kehidupan sekarang ni. Jika dahulu kita tak pernah guna laptop
ataupun computer untuk belajar, sekarang kita atau anak-anak kita sudah mula
menggunakannya. Mek mengharapkan korang dapat penuhi keperluan seharian korang
dari segi mental fizikal ataupun lain-lain keperluan dengan baik walaupun ianya
mungkin mengambil masa yang lebih untuk sesuaikan diri.
Bila dah berkenalan dengan
laptop mahupun computer, memang ianya akan datang bersama keyboard. Keyboard ni
kalau dalam bahasa katanya sebagai PAPAN KEKUNCI. Peranan keyboard ini
tersangatlah banyak tapi yang paling penting ianya untuk kita menaip apa sahaja
yang memerlukan taipan pada akses internet mahupun sekadar Microsoft word.
Maka, tanpa keyboard – laptop tidak dapat berfungsi sepenuhnya malah 90%
penggunaan laptop bergantung pada keyboard ini. Oleh yang demikian, korang kena
tahu serba sedikit apa punca yang boleh menyebabkan keyboard laptop rosak.
Keyboard laptop rosak boleh jadi disebabkan daripada beberapa
perkara yang berlakunya kerana kecuaian diri sendiri mahupun penjagaan yang
ringan terhadap laptop mahupun computer. Perkara yang paling mudah menyebabkan keyboard laptop rosak adalah kerana
kita mengetuk keyboard laptop dengan
kuat. Tak dinafikan ada juga kadang kala kita merasakan geram lalu
melepaskan perasaan itu pada keyboard laptop. Tapi jika keyboard laptop rosak, banyak pula masalah lain yang akan timbul.
Maka elakkan daripada melepaskan geram pada keyboard laptop ye. Selain daripada
itu, keyboard laptop rosak boleh
disebabkan oleh penjagaan kita yang
tidak begitu cermat, membiarkan debu atau makanan dan minuman tumpah ke atas
keyboard. Namun ada juga keyboard
laptop rosak yang disebabkan oleh software
corrupt menyebabkan windows tidak boleh kesan keyboard pada laptop dengan
baik.
Jadi, untuk mengelakkan
daripada berlakunya keyboard laptop
rosak, di sini mek akan huraikan beberapa tips untuk korang amalkan bagi
mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Terutamanya, korang kenalah membuat pembersihan laptop secara berkala.
Pembersihan laptop secara berkala ini boleh sahaja buat di rumah dengan lap
laptop dengan spray pembersihan laptop. Ini bagi bertujuan untuk elakkan
daripada debu terkumpul dan memasuki ruang-ruang celah laptop korang. Tapi apa
yang mek amalkan adalah dengan menghantar laptop ke pusat servis laptop bagi
memastikan laptop mek mendapat servis yang sepatutnya. Selain daripada itu, keyboard laptop rosak juga boleh
berlaku akibat daripada windows corrupt, maka korang juga kena servis berkala
dalam memastikan windows berfungsi dalam keadaan optimum.
Pilihan mek untuk servis
lengkap bab laptop semestinya FR Laptop
Services. Tapi sekarang ni pandemic dah lama mek tak menjengah ke sana.
Kalau dulu, bila pergi je Kuala Lumpur memang bawa laptop ke FR Laptop Services untuk service apa
yang patut. Semua kerosakan yang laptop hadapi, team FR Laptop Services sure dapat membantu dengan baik. Apa juga
masalah laptop ataupun computer, mereka dapat diagnose dengan cepat dan akan
terangkan step yang perlu diambil samada boleh dibaiki ataupun perlu ditukarkan
/ digantikan dengan yang baru. Contohnya keyboard
laptop rosak, mereka akan check terlebih dahulu samada ianya melibatkan
windows ataupun memang keyboard laptop
rosak dan perlukan penggantian.
Jangan risau, consultation
mereka amat berhemah bagi mek.
Contact mereka di sini jika
korang ada masalah dengan laptop / computer korang :
FR Laptop Service Google
FR Laptop Service Facebook
Selamat Tahun Baru 2022, Mek.
ReplyDeletePernah dulu keyboard laptop rosak kena kencing kucing
ReplyDeletepentingnya keyboard, kena rajin la bersihkan
ReplyDeleteSaya akan sangat prihatin kerana saya bekerja dengan papan kekunci saya 24/7.
ReplyDelete