YOODO PILIHAN TELCO YANG TEPAT

 Assalamualaikum para readers mekyunie.com sekalian ..
 
YOODO – satu perkataan yang mek kenali melalui kenalan mek. Pada mulanya mek agak ‘weird’ mendengar nama YOODO. Biasalah, satu nama yang baru nak masuk dalam pasaran, satu nama yang kita tidak begitu biasa dengar. Tapi apa maksud disebalik YOODO? Nanti mek akan terangkan satu persatu kat bawah nanti. Betullah orang bilang, bila tak kenal maka tak cinta. Bila dah kenal, mulut mek tak berhenti ‘wow’ ‘yeke’ ‘bestnya’. Kalau korang tak percaya, sila lah skrol entry mek ini sehingga habis. Jom kita mulakan.
 

KENAPA MESTI YOODO?
 
Ini soalan pertama mek kepada rakan mek – ‘kenapa mesti YOODO?’ Yelah, kan banyak lagi teleco yang glam kat Malaysia ni. Kenapa YOODO jugak yang dia pilih. Kemudian dia cakap sebab mek tak kenal lagi YOODO ni macam mana. Once kenal confirm tak nak yang lain. Okei, like over claim. Tapi takpe, kita dengar dulu KENAPA MESTI YOODO.
 

YOODO ni dia tawarkan pakej teleco yang mengikut apa kehendak kita. YOODO = YOU DO. So apa yang kita nak dalam teleco kita? Setiap daripada kita tak sama basic need dalam teleco. Ada orang dia memerlukan panggilan yang tinggi. Ada orang dia memerlukan penggunaan internet yang tinggi. So dengan YOODO korang boleh laras keperluan ini mengikut keperluan masing-masing. Nice kan?
 
Sebagai contoh, untuk penggunaan anak-anak sekarang ni, memang perlukan penggunaan internet yang tinggi sebab belajar pun thru internet, kerja sekolah juga melalui internet dan tentunya dalam musim pandemic ini, kita akan berhubung lebih dengan menggunakan internet berbanding berjumpa secara fizikal. Dengan YOODO kita boleh laraskan penggunaan internet kita secara harian, mingguan mahupun bulanan. Memang nice teruk.
 
PILIHAN YANG YOODO ADA
 


High speed internet – buat pengguna setia internet, high speed internet adalah salah satu bonus point pada teleco kerana mek yakin dan percaya, tiada pelanggan yang suka menunggu buffering atau loading pada setiap penggunaannya. Contoh kalau nak tengok news feed pada Facebook, untuk melihat paparan itu kena tunggu (loading) – memang tak syiok la kan. Dengan high speed internet korang skrol sahaja dah keluar gambar, video dah auto play. Ini baru best !
 
Renew at anytime – YOODO ni dah ada apps tau. Maka setiap apa yang korang nak, nak tambah data, nak tambah panggilan, nak bayar apa-apa dan semuanya lah, korang hanya tekan di aplikasi YOODO sahaja. Tak perlu buat panggilan kepada khidmat pelanggan mahupun ke kedai yang berdekatan untuk tambah apa-apa. So convenience / teramat lah senang, kan? Tengah browsing tetiba data habis, boleh terus topup di aplikasi YOODO.
 
100GB for RM2 for 1hour – korang memang suka live? Atau korang suka streaming online video? Atau mungkin sekarang kita banyak guna internet untuk mesyuarat atau join kelas online kan, so data memang cepat jugak la susut sebab panggilan video thru any medium apps ni memang memakan data yang agak tinggi. Jangan risau, kan mek dah cakap YOODO ni memang awesome dia punya tawaran. Korang add je RM2 untuk sejam korang akan dapat 100GB – now korang boleh mesyuarat dengan agak tenang. Line tak sangkut dan tak putus. Chill.
 


Buy 10 add on get 1 for free – YOODO juga memahami yang kita ni banyak aplikasi dalam smartphone. Bukan sahaja FB, malah social media yang lain juga. Jadi, korang boleh asingkan penggunaan internet korang mengikut aplikasi yang korang guna sahaja. Bijak tak? That’s why YOODO. Korang hanya ambil apa yang korang guna sahaja. Tak perlu campur adukkan dan tak perlu spend begitu banyak untuk data internet. Paling best, korang beli 10 add on internet ini, korang akan dapat 1 add on percuma. Tick sahaja yang mana korang nak guna, bayar dan guna dengan lapang dan worryless.
 
CARA DAPATKAN YOODO
 
Korang dah tertarik nak ada YOODO? Nah mek share kan juga kepada korang macam mana nak dapatkan YOODO ni. Easy peasy tak perlu keluar rumah pun. Lets ~
 

Melalui pos – ini macam biasa. Korang isi form untuk apply sim kad YOODO kat yoodo.com.my . Customize data yang korang nak, kemudian dalam tempoh seminggu sampailah sim kad YOODO kat rumah korang. Paling penting, free shipping ye. Payment untuk pembelian sim kad YOODO semestinya menggunakan kad ataupun internet banking. Rasanya semua orang dah ada kad bank dan internet banking kan? Kalau belum ada, dah kategori wajib untuk ada supaya dapat memudahkan urusan kelak.
 
ESIm melalui aplikasi YOODO – tapi YOODO ni pun ada tawaran untuk eSims tau. Esims ni hanya untuk telefon pintar yang terpilih sahaja (ini korang boleh rujuk website YOODO jugak untuk ketahui smartphone mana yang menerima eSims). Dengan eSims, ianya lebih mudah. Korang apply sahaja YOODO eSims. Dalam tempoh yang singkat, korang dah dapat guna teleco YOODO. Katakan lah korang kurang yakin atau tidak begitu memahami dengan eSims, korang boleh je chat dengan khidmat pelanggan YOODO untuk bantu korang sehingga eSims korang diaktifkan. Jangan risau, diaorang mesti tolong korang sehingga selesai.
 
Penghantaran segera (kurang dari 2jam) melalui GoGet – yang ini istimewa untuk mereka yang menetap atau berada di Johor Bahru, Pulau Pinang dan Lembah Klang sahaja. Untuk mereka yang berada di sekitar ini boleh mohon sim YOODO dan dapatkan dalam tempoh kurang 2 jam. Korang boleh customize seperti yang mek terangkan tadi kemudian pilih untuk pickup sim korang pada lokasi yang disenaraikan. Jadi korang tak perlu tunggu lebih lama untuk menjadi pengguna YOODO.
 
 
Benar tak apa yang mek bagitahu yang YOODO ni memang pilihan teleco masa kini. Kita pilih apa yang kita nak, kita bayar apa yang kita guna sahaja. Jimat namun dalam masa yang sama dapat optimumkan penggunaan kita. Tak lah nanti macam bakhil sangat kita nak gunakan data pada smartphone. Ingat, YOODO = YOU DO !
 

Sekian.