3 HARI 2 MALAM DI THE HAVEN, IPOH PERAK. KENANGAN STAYCATION MUSIM COVID

 Staycation dalam musim Covid 19, 3 hari 2 malam

 

📍 The Haven, Ipoh, Perak

 

25 Dis 2020,







3.30 ptg : check in The Haven. Very warm greeting since masuk pagar The Haven. Dari situ dah kena briefing dengan guard. Tapi memang warm. Masuk je lobby, beg beg semua dah kena angkut dengan bell boy. Tak payah suruh, tak payah mintak. Depa mai terus.










Masuk bilik, apartment.


🟢 3 bilik (1 katil king, 1 queen, 1 single)

🟢 2 bilik air

🟢 kitchen (ada microwave, dapur elektrik, peti ais)

🟢 bilik jemur baju

🟢 living room

🟢 table of 4 for dining room

🟢 balcony


 (Ni semua korang boleh tengok story highlight)



5.00 ptg : keluar pegi kedai Eco Tambun, beli pelampung anak anak.

Makan nasi (lunch tadi dah terlepas) kat kedai belakang Eco Tambun.


7.00 mlm : masuk apartment, solat semua. Sedia nak turun kolam pulak.




8.00 mlm : terjun kolam. The Haven punya kolam tutup jam 10 malam. Reason-nya, kolam depa ngadap dengan batu kapur yang dah wujud beratus beribu tahun. View kolam malam pun lawa, pagi pun lawa. Kami pilih nak terjun malam sebab nak merasai mandi kolam belah malam (tak semua hotel bagi kolam sampai malam. Standart sampai 7 je)


Kolam pun best jugak. Anak anak ada tempat gelongsor nak mandi. Bukan sekadar berendam gitu je. Mak mak boleh berjacuzzi sambil layan view and jaga anak mandi kolam. Very the best lah. Masa jacuzzi boleh chit chat dengan kawan. Moment yang paling mek suka bila travel dengan kawan.


10.00 mlm : masuk apartment, bersihkan diri. Solat then tidur. Mek suka sangat dengan katil, bantal and selimut hotel 🥰

 

26 Dis 2020,

 



7.30 pg : turun breakfast. Breakfast ada dua tempat, satu dalam cafe, satu lagi dalam mini garden macam tu.

 

Breakfast banyak pilihan makanan jugak. 2 3 kali jugak lah bangun duduk duk ambik makanan. Makan lah sampai kenyang kat sini.

 





9.30 pg ; pusing tasik The Haven. Boleh tengok batu kapur dengan lebih dekat. Kalau yang suka jogging, boleh jogging (track jogging actually tapi takpelah feeling feeling morning walk). Ada tempat yoga. Ada tempat ambik gambar.

 

Paling menarik ada Dinasour sekor kat The Haven. Boleh lah ambik gambar kat situ. Kalau mak pak yang knowledge lebih best lah explain kat anak ada dinasor ada batu kapur. Ala ala pembelajaran sains gitu.



 

10.30 pg : pergi gym. Mek bukanlah kaki gym tapi kalau nampak gym mek memang akan mencuba. Lagi lagi datang The Haven ni dengan berkeadaan 72kg. So try lah threadmil tu 15min. Yang nak kempis abdomen tu 10min. Timbang after that jadi 70.5kg. So seronok lah 🥰 Dah seronok tu boleh reward diri minum Toffee Nut.

 



12.00tgh : keluar minum dengan kawan kawan. Starbuck just 5 min dari The Haven. McD pun sama. Pasaraya TF Value Mart tu pun sama. Everything dekat je lah. Tak kena struggle sangat nak keluar.

 

1.00tgh : masuk apartment, restkan diri.

 




3.00 ptg : keluar nak pegi tengok Gunung Lang tapi sudahnya hujan dipertengahan jalan. Maka, beli lah Nasi Ganja paling laris di Ipoh. Tapau sahaja. Ke bandar Ipoh dari The Haven tu lebih kurang 15 min je. Dah tapau makan kat bilik sahaja.

 


Day 2 kami kat sini start petang hingga ke malam hujan. Nak repeat kolam pun tak boleh malam tu sebab hujan renyai so bungkus bubur mcd makan dekat apartment jugak.

 

27 Dis 2020,

 


9.30 pg ; turun breakfast. Sengaja turun lewat sebab kemas beg and apartment sikit sikit. Turun tu pun dengan baju kolam sebab last day kan, qada yang tak boleh terjun semalam.

 





After breakfast terus terjum kolam dalam 45min cam tu. Nak ke gym takot penat naik bilik sekali lagi tertido keletihan. Kalau ingat pada kilogram yang kat tubuh badan ni, elok aje bersenam kejap. Tapi takpelah, batalkan niat sebab ada perjalanan jauh lagi nak tempuh.

 


11.30pg ; cuba archery. Archery ni dulu ada try jugak tapi masa tu anak kecik. So lawan pun dengan geng dewasa je la. Kali ni anak pun nak main so boleh lah buat group banyak sikit. Seronok lah anak anak main achery. Kita mak pak yang tengok ni lagi seronok tengok anak happy. Puas !

 

12.30tgh : masuk apartment untuk siapkan diri untuk pulang. Mandi, masuk waktu terus solat jamak qasar. Kemudian turun ke lobby untuk check out.

 

2.00ptg ; lunch terus di The Haven. Sebab tak nak singgah menyinggah kedai makan dah. Makanan luncheon depa sedap jugak. Sedap cara Chinese Cruisene with the halal one. Haa begitu. Tapi boleh cuba lah. Time ni jugak boleh redeemed welcome drink untuk bekal dalam kereta nanti.

 




3.30ptg : pulang ke rumah and sampai rumah around 11 malam jugak because berhenti mendobi baju dulu.

 

Rumusannya : musim covid ni memang takut untuk berjalan / travel. And dari awal cakap dengan travel buddy 'kita tak boleh visit / singgah banyak tempat'. Plan nak pegi satu tempat yang semua ada asal kita boleh release stress, anak anak happy, and apa yang kita nak tu mudah nak dapat (contoh tempat makan or mini mart). Sesuai and berbaloilah kami pilih The Haven untuk staycation kali ni.

 

Tips penjagaan di musim covid : pihak hotel memang dah strictly follow hygine musim covid tapi yelah kan, kita sendiri pun kena jaga juga. Ada 3 benda yang mek sarankan bila korang berjalan pada normal baharu ni :

 

🟢 bawa antiseptic dettol untuk buat mandian. Baldi boleh request dengan hotel.

 

🟢 tisu / hand sanitizer perlu always ada. Lap tangan, lap meja / kerusi sebelum duduk.

 

🟢 face mask always jugak pakai. Kadang orang bersin tak hengat kita ada kat tepi. Bercakap terpecik air liur. Macam macam lah. So, prevention is always better than cure.

 

Sekian sahaja cerita / sharing / memories mek and family di The Haven, Ipoh, Perak.

 

Untuk booked boleh ke website :

 

https://www.thehavenresorts.com/

 

Kat sini kalau korang kerja gov / swasta depa ada bagi korporat rate. So boleh compare price dulu sebelum booking.

 

But really, kena try stay kat sini.

 

❤️

4 comments

  1. Lama tak bersiaran
    Harap2 mek sihat walafiat

    ReplyDelete
  2. Good Quality Article, Adrians Metal Recyclers makes it easy for you to cash in on your old junker! We pay cash for cars Gold Coast and can come to wherever you are. For a free online quote, please fill out the online Free Form or give us a call.

    ReplyDelete
  3. I must say it is full of informational blogs. Thumbs up! It’s good to see so many positive customer reviews and happy clients! By choosing. Car Valuation Melbourne you can get your car removed and receive cash up to $9,999. With minimal paperwork and free towing, rest assured your car is in good hands. So, why wait to avail the best cash for cars offers.

    ReplyDelete