SALES 10.10 JOM SERBU PG MALL !

 Assalamualaikum untuk sahabat blogger mek sekalian ..


Lamanya tak menulis kat sini ye. Banyak menulis di sosial media aje sekarang ni. Tapi medium blog tetap akan menjadi rujukan bila memerlukan sesuatu info. Setuju? Angkat tangan masing-masing tanda sokongan. Hehe. 


Oktober dah pun menjengah. Pandemik Covid-19 ni dilihat semakin merunsingkan. Dengan angka-angka yang disiarkan setiap hari, uihh terasa gerun untuk berada di tempat awam. Mek di Kelantan ni pun walaupun kes tidak begitu banyak namun bahang bahaya tu tetap terasa. Yelah, virus - satu elemen yang tidak nampak di mata kasar. Tambah pulak virus yang menyerang tu mengganggu banyak sistem dalam tubuh badan. Kalau boleh, tak nak terjangkiti atau dijangkiti. 


Tapi, pandemic Covid-19 bukan penghalang untuk kita membantu ekonomi negara. Hehe. Sales Oktober 10.10 ni tetap kena grab the chance juga. Membeli dalam berjimat disamping membantu ekonomi negara. Kan? Cuma, dengan norma baharu ni, kita dah boleh shopping dari rumah sahaja. Tekan-tekan, bayar - barangan sampai di door step masing-masing. Jimat masa dan tenaga kan?



Sales 10.10 ni memang banyak tapi paling mek tertarik adalah di PG Mall. Apa itu PG Mall? PG Mall ni adalah salah satu e-commerce yang fully drive di Malaysia. Haa, jangan tak tahu yang Malaysia dah ada e-commerce sendiri. Selaku rakyat Malaysia, kita kena lah support, kan? #kitajagakita . Tambah pula, PG Mall ada aplikasi yang korang boleh download dari apps store masing-masing. Tentunya apps PG Mall ini akan memudahkan lagi untuk kita membuat pesanan. Tekan tekan je dah sampai. Tapi bukan kerana itu sahaja kita patut membeli-belah di PG Mall. Berikut mek akan ceritakan the BIG WHY kita kena terjah PG Mall for 10.10 sales.


RM20 & RM30 OFF UNTUK PEMBELIAN BARANGAN MALAYSIA 

Dengan slogan 'barang kita barang baik' - PG Mall nak pupuk semangat kita untuk membeli barangan Malaysia. Haa, korang tahu ke tak apa barangan buatan Malaysia tu? Mek yakin kita tak lah seteruk yang disangka, kan? Di PG Mall barang keperluan harian juga disediakan untuk korang beli secara atas talian. Sementara ada baucer untuk digunakan ni, jom lah kita grab the chance ! Banyak juga yang kita dapat jimatkan perbelanjaan jika guna baucer pembelian ni. Sekurang-kurangnya kita dapat penuh rak dapur kita dengan barang keperluan di saat ekonomi tidak menentu ini. Kod baucer adalah seperti yang tertera di dalam gambar di atas.


RM110 OFF UNTUK BARANGAN PERMATA 

Ini ! Ini ! My GOODNESS ! Perempuan memang takkan terpisah lah dengan barangan perhiasan diri. Sales 10.10 ni adalah peluang terbaik korang nak reward diri atau nak beli hadiah birthday diri sendiri, isteri, tunang bahkan kawan. Jimat sangat dengan potongan RM110 ! Tawaran ini hanya sah di PG Mall Aurora, khusus untuk mereka yang inginkan barangan permata seperti swarozski. Korang jangan risau dengan penghantaran. PG Mall akan pastikan barangan korang pesan sampai ke tangan korang dengan selamat.


UPAH SERENDAH RM10 UNTUK BARANGAN EMAS 


Ini juga ! Sorry lah kalau mek terlebih excited dengan tawaran PG Mall ini. Yang mana follow tentang emas, korang tahu lah kan upah untuk satu satu barangan emas. Bila dapat upah serendah RM10 weih siapa tak nak. Kalau siapa yang tolak dia memang rugi. Tawaran ini juga sah laku di PG Mall Jewel sahaja. Masuk je apps PG Mall nanti korang pilih JEWEL and tengok yang 10.10 sales. Kat situ rambang mata nak pilih. Sekali lagi kita reward diri kita yang selama ini dah berpenat lelah berkerja. Hehe, yang ada suami / tunang boleh juga minta mereka hadiahkan kepada suri hati sebagai tanda kenangan sales 10.10 2020. Hehe.



SPECIAL PRICE UNTUK PENGUMPUL GOLD BAR 

Rata-rata mek follow FB sekarang, ramai yang minat simpan Gold Bar sebagai saving. Katanya keuntungan yang diperolehi melebihi kadar dividen yang ditawarkan oleh organisasi yang terlibat. Kalau ikutkan pengiraan mek, ada betulnya. Lagipun Gold Bar korang boleh simpan dalam bentuk fizikal. Senang untuk dicairkan. Biasa kalau tengok movie barat, Gold Bar is King for them. Untuk korang yang baru nak berjinak dengan Gold Bar, boleh buka apps PG Mall untuk tengok tawaran yang menarik. Korang boleh beli bermula 1g ke atas. Yang nak tambah pelaburan Gold Bar, sales 10.10 ini juga adalah peluang untuk korang. Ambik peluang ketika murah ni. Lambat nanti terlepas.

Menarik tak tawaran yang ditawarkan oleh PG Mall? Mek dah siap siap download apps PG Mall, bersedia duit dalam akaun nak membeli belah di PG Mall. Disamping beli barang keperluan dapur, mek Draf PG Mall – mekyunie.com boleh reward diri sendiri juga. Hehe. Jom lah korang sama sama dengan mek penuhkan cart di PG Mall. Masuk je 10.10, kita ready to pay. Lets go ! 

Sekian ..

Info lanjut :

website : www.pgmall.my
Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram : www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram : PG MALL OFFICIAL https://t.me/pgmallofficial001

#PGMall #PGJewel #Aurora #PGGoldMuseum #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale



6 comments

  1. 10.10 dah berlaku dan berlalu lepas ni kita tunggu 11.11 pulak

    ReplyDelete
  2. Wah.. Syoknya tengok sale gold gold tu tp tengok je la.. Hehe... Lama x masuk blog mek gak. Kt laptop x leh buka. Kt hp je boleh...

    ReplyDelete
  3. syokkk.. tunggu duit masuk acc boleh shopping

    ReplyDelete
  4. Sambil membeli, kita sokong barangan Malaysia, dan PG Mall adalah pilihan terbaik...

    ReplyDelete
  5. Website paling ternama dan paling terpercaya di Asia ^^
    Sistem pelayanan 24 Jam Non-Stop bersama dengan CS Berpengalaman respon tercepat :) Memiliki 9 Jenis game yang sangat digemari oleh seluruh peminat poker / domino


    Bandar Poker Terpercaya
    Agen Poker Pkv Terpercaya
    Agen Poker Deposit Pulsa
    Agen Poker pkv Terbaik
    Agen Poker pkv
    Agen Poker Pkv Deposit Pulsa
    Agen Poker Online Banyak Bonusnya
    Agen Bandar Poker Pkv
    AGEN POKER ONLINE TERPERCAYA POKERVVIP
    Lapak Poker Online Terbaik

    ReplyDelete