Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek ..
SAFI SHAYLA
BOTANICAL SILK SHAMPOO |
Seorang perempuan walaupun bertudung, tetap rambutnya itu menjadi mahkota
kepada diri mereka sendiri. Walaupun tidak menjadi ‘tayangan’ kepada suami
tetap nak rambut yang sihat dan cantik bagi kepuasan diri sendiri. Mek sendiri
pun macam tu. Seharian bertudung, bila buku tudung je nak juga lihat rambut
yang sihat dan cantik. Kepuasan diri sendiri.
Penjagaan
rambut bukanlah mudah tapi tidak juga rumit untuk mendapatkan rambut yang
sihat. Asas bagi penjagaan rambut adalah bermula daripada SHAMPOO yang kita gunakan. Jika sesuai, maka sihatlah rambut kita.
Jika tidak, memang akan mendapat masalah rambut yang gugur, kulit kepala yang
berkerak dengan kelemumur. Paling teruk bila sebum / silicon pada kulit kepala
terhasil secara berlebihan sehingga boleh menyebabkan bau yang kurang
menyenangkan.
Usah
risau lagi sekarang, dengan adanya SAFI
SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO semua masalah tadi akan hilang. Dengan
beberapa formulasi yang bakal menyihatkan rambut korang, mek percaya penjagaan
rambut korang akan menjadi lebih mudah dengan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO. Berikut mek akan senaraikan
formulasi dan tindakan mereka terhadap rambut kita. Senang bila tahu fungsian
shampoo. Baru lah tak over claim, kan?
100% BOTANICAL
ACTIVES | Dengan
bantuan BOTANICAL ACTIVES, SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO mampu
untuk bersihkan rambut dan juga kulit kepala korang. Bahkan dengan penggunaan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO secara
berterusan mampu untuk mengelakkan korang daripada mengalami masalah kulit
kepala seperti kelemumur yang teruk sehinggakan menimbulkan bau kepam bagi kita
yang bertudung. Bila dah kepam memang akan buat diri kita jadi low confident
untuk berdepan dengan orang ramai. Jangan biarkan masalah ini berlarutan ye.
HABBATUS SAUDA
& ARGAN OIL | Produk
keluaran SAFI tidak pernah terlepas
dengan formulasi HABBATUS SAUDA &
ARGAN OIL kerana mereka percaya dua gabungan ini tidak pernah mengecewakan
pengguna SAFI dan terbukti secara
klinikal dan kepada orang ramai juga tentang kehebatan gabungan ini. Seperti
yang kita ketahui, HABBATUS SAUDA &
ARGAN OIL mampu untuk melicinkan rambut, menguatkan akar rambut serta
membuatkan rambut lebih ringan, beralun dengan lembut dan bersinar sihat bila
rambut kita dilepaskan. So cantik ! Seperti yang mek katakan tadi, kepuasan itu
untuk diri sendiri. Tiada perempuan yang sanggup untuk lihat rambutnya bila
keluar dari tudung mengerbang bak singa.
ZERO PARABEN | Paraben ini walaupun tiada bukti
khusus boleh membahayakan kesihatan pengguna akan tetapi pendekatan untuk tiada
paraben lansung dalam penggunaan sabun dan kosmetik adalah lebih baik dan
digalakkan. PARABEN dipercayai mampu
untuk mengaktifkan sel-sel kanser dengan penggunaan yang kerap. Disebabkan itu,
banyak produk untuk tidak menggunakan PARABEN
dikhuatiri akan menjadi punca untuk sel kanser pada individu itu aktif.
Ingat, produk yang ZERO PARABEN adalah
produk yang mengambil berat tentang penggunanya.
TESTIMONIAL MEK
SENDIRI | Selama
seminggu mek mencuba SAFI SHAYLA
BOTANICAL SILK SHAMPOO sebelum mek karangkan entry ini untuk korang.
Haruslah mencuba sebelum memberi pandangan, pendapat, ulasan tentang sesuatu
produk, kan? Hasil yang mek dapati daripada SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini adalah rambut mek TIDAK LAGI BERBAU KEPAM bila dilitupi dengan tudung hampir 10 jam lamanya.
Jujurnya, sebelum ini memang rambut mek agak berbau dan di inner tudung juga
akan berbau bila kita buka tudung. Bau rambut basah yang belum kering dan dibungkus
dengan tudung. Kepam, kan? Dengan SAFI
SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini tidak lagi berlaku perkara tersebut.
Bermakna, rambut mek benar-benar bersih dan juga tiada sebum yang mampu
membaukan rambut mek. Antara lain yang mek perasan adalah KELEMBUTAN RAMBUT ketika kita merapikan rambut. Tiada lagi rasa
rambut ‘terlalu kering’. Korang mesti fahamkan bila rambut terasa terlampau
kering, seolah-olah rambut bertukar menjadi bihun. Namun dengan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini
tidak terjadi lagi rambut seperti bihun. Alhamdulillah.
BELI DI WATSONS / GUARDIAN |Sebab mek tak nak rasai kehebatan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ni sorang-sorang so mek nak cadangkan kepada korang untuk dapatkan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO di WATSONS / GUARDIAN yang berdekatan dengan korang. Atau korang boleh beli online DI SINI sahaja. Harga untuk satu SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO adalah RM22 dengan berat 480g. Berapa bulan tahan itu bergantung dengan penggunaan korang, bergantung juga dengan panjang dan pendek rambut korang. Namun manfaat yang kita terima adalah sama iaitu, RAMBUT SIHAT, LICIN, BERMAYA DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO.
Lets
cantik, yakin dan wangi sama-sama !
Sekian
..
Baru yer.. bestnya safi shayla kali nie, botol pun besar boleh guna lama sikit.. jumpa nnt nk try..
ReplyDelete