Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek dan tak lupa juga kepada pembaca entry ini.
Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah swt ..
NURSING KURUNG
FOR RAYA 2020 | Terlalu
awal ke untuk korang membaca posting BAJU
RAYA pada Mac 2020? Bagi mek, tidak terlalu awal kerana pada April 2020
kita dah boleh mula untuk siapkan diri dengan persiapan Ramadhan dan Syawal
1441H. Untuk masa sekarang dah boleh start survey mana yang bakal menjadi
pilihan nanti. Tambahan lagi jika korang sedang berbadan dua, haruslah juga
mencari satu outfit raya yang sesuai dan selesa untuk korang jalani sambutan
Hari Raya dengan tenang sebelum deliver.
BUNGASUNTI satu jenama NURSING KURUNG / BLOUSE atau MATERNITY KURUNG / BLOUSE yang
dipercayai ramai. Mek mula berkenalan dengan BUNGASUNTI bila mek mula menyusukan Amzar (anak kedua mek) sekitar
2017. NURSING BLOUSE yang ada diluar
sana tidak begitu menarik minat mek untuk gayakan kerana tidak begitu
‘terletak’ di badan mek. Kiranya, NURSING
BLOUSE yang sekadar untuk bagi anak susu. Tak menarik dan tidak bergaya
(mungkin tak kena dengan selera mek yang sukakan minimalis).
BUNGASUNTI menjadi pilihan mek kerana
kualiti yang diberikan serta ukuran yang terletak elok pada mek. Bila pakai
nampak cantik dan paling penting mek rasa selesa sepanjang pemakaian NURSING BLOUSE daripada BUNGASUNTI. Korang yang menyusukan anak
mesti faham apa maksud selesa yang mek katakana itu. Selesa dan terlindung
daripada mata-mata bahaya. Paling penting kita sendiri tak stress untuk menyusu
anak di mana-mana tempat.
Untuk
RAYA 2020 ni, BUNGASUNTI memperkenalkan TALIYA
KURUNG sebagai salah satu MATERNITY
KOLEKSI RAYA 2020 yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan juga ibu-ibu
yang menyusu pada Aidilfiitri 1441H. Mek yang dah selesai menyusu ni pun geram
dengan MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020 by
BUNGASUNTI ni. Sempat mek grab satu untuk tunjukkan pada korang supaya
korang juga ada satu koleksi ni. Jom berkenalan dengan TALIYA KURUNG :
MATERIAL KOREAN
LYCRA | Mek
tahu tak ramai yang tahu sangat tentang kain ni kan. Jenis KOREAN LYCRA ni adalah tidak panas dan tidak melekat pada tubuh.
Sebab biasa dengar je lycra so bayangan adalah kain yang melekat pada susuk
tubuh, kan? Sepanjang mek kenakan TALIYA
KURUNG, keselesaan itu dapat dirasai. Mek pakai TALIYA KURUNG semasa outing weekend lepas. Mek ke AEON Mall untuk
groceries shopping. Sepanjang itu mek selesa untuk tunduk atau bangun mengambil
daripada rak. Dan selesa juga untuk mengejar anak yang berlari-lari dalam AEON
Mall. TALIYA KURUNG ni jenis kurung
yang berkain duyung. So langkahan dapat diluaskan sikit untuk mengejar anak
disamping nampak keayuan bila ber-ootd.
IRONLESS |Ini paling ibu-ibu suka, kan?
Yang belum kahwin pun rasanya suka jenis material yang IRONLESS ni. Mana taknya, balik kampung lipat elok-elok dalam beg,
keluarkan boleh pakai terus tak perlu nak berebut iron dengan yang lain. Jimat
masa untuk bersiap. Dah jadi ibu, masa setengah jam yang diperuntukkan bukan
sahaja untuk diri sendiri malah untuk anak sekali. Yang mana boleh jimatkan
masa, elok lah digunakan dengan sebaiknya. IRONLESS
ni terbukti bila mek dapat bungkusan daripada BUNGASUNTI melalui kurier. Balik rumah terus buka plastic untuk
basuhkan TALIYA KURUNG sebelum
pakai. Masa tu dah tengok, oh tak berkedut. Kemudian basuh dan jemur. Ambil
dari ampaian, terus nak pakai untuk outing. Sekali lagi mek tengok tiada tempat
perlu di-iron-kan. S
AVAILABLE IN 6
DESIGN | Kali
ni BUNGASUNTI keluarkan TALIYA KURUNG dengan enam variasi
pilihan warna dan corak untuk sesuaikan dengan mood ibu-ibu. Senang lah nanti
korang nak matching dengan baju melayu suami mithali. Di pakai pula bersama
bawal plain atau shawl plain atau bokitta plain, memang naik seri ibu di pagi
Aidilfitri. TALIYA KURUNG ni pun
sesuai untuk korang pakai ketika menghadiri majlis perkahwinan atau open house
sahabat handai dan saudara-mara. Mek yakin korang akan nampak cantik bila
bergambar nanti. Jadikan setiap Aidilfitri itu satu kenangan yang manis (raya
setahun sekali sahaja, belum tentu dapat jumpa raya tahun seterusnya).
SIZE FROM S TO
XXL | Best
part jugak untuk TALIYA KURUNG ni
ada lima size untuk kita semua. Yang mek pakai adalah S. Sedang elok sangat
dengan badan mek. Tapi kalau nak a bit loose boleh ambik M. Jika korang sedang
pregnant, mek sarankan yang empat bulan ke bawah sahaja sebab bila terlalu
besar, nanti nampak tak sesuai pula. Bagi mek, bila perut dah besar lebih
selesa jika kenakan MATERNITY BLOUSE.
Jangan risau, upcoming nanti BUNGASUNTI akan
keluarkan lagi untuk MATERNITY KOLEKSI
RAYA 2020.
PRICE RM99 | Untuk harga satu KURUNG TALIYA adalah RM99. Pun begitu mek difahamkan yang
harga ini adalah LIMITED TIME only.
Sementara masih lagi harga mampu milik ini, eloklah kalau korang grab untuk MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020. Prepare
awal-awal supaya dekat nak raya nanti tak kalut nak kena settle baju raya. Tahu
sajalah emosi nak beraya ni macam-macam lagi nak kena handle. Tambah lagi kalau
satu keluarga nak kena settle dalam tempoh yang singkat. Mahu kelaut emosi
mama.
BUY ONLINE | Untuk dapatkan TALIYA KURUNG atau MATERNITY BLOUSE daripada BUNGASUNTI
korang boleh TEKAN SINI untuk
pembelian secara online. Jika korang nak tengok lain-lain koleksi daripada BUNGASUNTI boleh KLIK SINI UNTUK IG dan KLIK
SINI UNTUK FB. Korang yang berdekatan dengan butik BUNGASUNTI boleh juga walk in di Bandar Setia Alam, Shah Alam,
Selangor. Atau KLIK SINI sahaja
untuk maps ke butik BUNGASUNTI.
Jangan
lambat-lambat prepare hal raya, puasa nanti boleh focus ibadah lebih sikit
daripada tahun sebelum ni, insyaAllah.
Sekian
..
cantik laaa..part ironless tu yg besttt..baju2 yg ada faktor ni yg suka buat collection nih..hehe
ReplyDelete