Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek dan juga pembaca yang lain. Semoga kita berada
dalam kesejahteraan dan lindungan Allah taala.
AMZAR TURNS 3
YEARS OLD | Pejam
celik dah pun masuk 2020 dan lebih 59 hari sudah kita lalui. Dan 08 Mac 2020 merupakan
tarikh yang menjadikan Ammar Amzar genap 3 tahun berada di dunia ini. Kalau
diingatkan balik semasa mengetahui mengandungkan Amzar, memang mek sedih dan
kalau boleh tak nak pun lahirkan dia. Pendek cerita, tak ready secara emosi dan
fizikal untuk ada anak dua orang ketika itu.
Tapi
seperti yang kita ketahui, perancangan Allah taala adalah yang terbaik. Pahit
untuk kita ketika itu tapi manisnya nanti Allah datangkan juga. Alhamdulillah
mek dapat Amani dan Amzar dalam hidup mek. Kalau korang tanya, nak tambah lagi
ke tak, jawapan daripada mek adalah tidak. Sekali lagi mek menggunakan alasan
tidak bersedia secara mental dan fizikal. Tapi jika ter-mengandung sekali lagi
seperti Amzar, mek akan redha.
SAMBUTAN HARI
LAHIR AMZAR YANG KETIGA | Mek
bukanlah seorang yang well planned pun sebenarnya. Bukan jenis yang terperinci
itu dan ini. Cuma, kebetulan ketika itu (around Oktober or November 2019) ada
tiket murah dari Air Asia. Jadi, mek pun grab lah tiket flight ke Kuala Lumpur
untuk sambut birthday Amzar yang ketiga. Sebelum ini hanya sambut di rumah
sahaja. Untuk ada kenangan yang lebih, maka terjadilah travel ini.
KE NOGORI
SEMBILAN BUAT PERTAMA KALI | Memandangkan
mek stay di Cyberjaya, maka luas lah pulak langkahan mek ke Seremban buat
pertama kali dalam hidup mek. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45
minit maka mek rasakan tidak begitu jauh dan penat untuk makan kek di Negeri
Sembilan walaupun pada dasarnya Amzar tak tahu di mana pun birthday dia
disambut. Yang dia tahu ada kek sepotong di depannya.
SINGGAH
SEBENTAR DI PUTRAJAYA | Sebelum
bertolak ke Negeri Sembilan, mek ambil kesempatan singgah di Putrajaya.
Walaupun dah banyak kali sangat ke Putrajaya namun kali ini rasanya lain
sedikit memandangkan pimpinan kerajaan telah bertukar tangan. Kemelut politik
di Malaysia ditambah pula dengan penularan virus Covid-19 sememangnya menjadi
perhatian dunia juga. Dan mek amat bersyukur kerana kali ini YDP Agong menjadi
tonggak utama rakyat untuk pemilihan kerajaan baharu untuk terajui Malaysia. Diharapkan
dengan pimpinan baru ini Malaysia akan bertambah makmur dan sejahtera. Tak
mintak rakyat kaya pun, mintak rakyat sejahtera, harmoni, cukup makan, tak
merempat, tak terabai – itu dah memadai.
FIRST PIT STOP
HAJI SHARIFF CENDOL | Mek
sampai di Seremban around 12.00 tengahari and cuaca memang fuhhh panas lit lit
(kalau kelantanese we call panas ceng ceng). Ke Seremban memang tak plan nak
pergi mana pun. Bila maps nak ke Istana Seri Menanti, mak aihh dalam 42 minit
dari Seremban. Terus cancel. So singgah la dulu pekena cendol yang rating
tinggi di google maps iaitu HAJI SHARIFF
CENDOL. Kat sini ada jugak rojak mee, rojak ayam untuk makan-makan sambil
menikmati cendol. Untuk mek yang Kelantanese ni, cendol di sini dapat empat
bintang berbanding CENDOL ABANG RANTAU
PANJANG. Itu lagi pekat dia punya air gula melaka. Apa-apa pun, berbaloi
untuk mencuba cendol Seremban. MAPS KEHAJI SHARIFF CENDOL.
ZUHRI DI MASJID
SEREMBAN 2 | Dah
masuk waktu Zohor so tuju lah dulu ke masjid untuk tunaikan kewajipan sambil
rehat-rehat update story kat IG. Pilihan untuk ke sini adalah melalui google
maps (of course mek rely on google maps 98% bila travel). Masjid ni memang
mesra dengan semua jantina dan kanak-kanak dan juga warga emas serta warga
kurang upaya. Mek bagi kenyataan begitu dengan justifikasi, masjid ni ada
tandas khas untuk OKU, tempat salin pampers anak, and toilet bagi mereka yang
bawa anak kecil macam Amani dan Amzar. So takde lah mak risau nak kencing kena
tinggalkan anak diluar bilik air. Tempat wudhuk pulak memang terlindung, so
aurat terjaga. Dewan solat lapang dan tenang dan paling mek suka takde barrier
yang lebih-lebih untuk kita lihat imam di depan. Sebab ada masjid yang
halangannya sampai terhalang pandangan sekali. So kalau perempuan nak berjemaah
rasa macam was-was nak follow sebab tak nampak imam kat depan. Kalau ada yang
nak buat masjid, boleh ambik design Masjid Seremban 2 ni. MAPS KE MASJID SEREMBAN 2
LUNCHEON CARA
NISMILAN DI WARUNG SALAI | Bila
dah selesai solat, tentunya masa untuk mengisi perut pulak. Dah sampai ke NOGORI SEMBILAN takkan tak cuba
luncheon cara nismilan, kan? So bila google maps, rating yang tinggi adalah WARUNG SALAI di Seremban. Tak jauh
sangat dari Seremban 2. WARUNG SALAI tempatnya
memang cosy. Tak panas. Hidangan nismilan memang banyak. Yang mek rasa adalah KELI SALAI LEMAK CILI API, DAGING SALAI
LEMAK CILI API, SUP KOSONG, TELUR DADAR. Semua yang mek rasa tu kena dengan
selera mek. Pedas hujung lidah, sesuai untuk mek yang tak berapa nak makan
pedas ni. Tapi untuk kanak-kanak memang tak boleh la kot sebab pedas tu terasa.
Sup kosong dia betul-betul rasa sup, bukan sup yang betul-betul kosong (haa,
faham tak). Sebab sesetengah kedai, memang diaorang dah prepare sup kosong
instead sup daging, tapi ambil kuah je. WARUNG
SALAI ni diaorang guna sup daging as sup kosong maka tak lah rasa kosong
sangat sup nya tu. MAPS KE WARUNG SALAISEREMBAN.
HAYATI ADAT
PEPATIH DI MUZIUM NEGERI | Dah
siap makan, jom lah kenali pulak adat pepatih di NOGORI SEMBILAN ni. Muzium Negeri memang betul-betul tempat nak
ambil gambar ala gaya (ikonik) NOGORI
SEMBILAN. Untuk masuk ke sini, tiada caj tiket dikenakan. Boleh masuk
secara percuma. Dalam museum ada lah sedikit sebanyak info macam mana NOGORI SEMBILAN dibuka. Kaitan mereka
dengan MELAKA. Zaman pra sejarah
mereka. Dan paling penting macacm mana mereka boleh pegang ADAT PEPATIH sehingga kini. Dulu mek pun tak berapa setuju dengan
adat mereka yang berat pada sebelah perempuan (yang berlainan dengan Islam)
tapi bila dah baca dan faham so baru lah mengerti how ADAT PEPATIH goes. So korang pun boleh lah jejak museum ye untuk
info info negeri setempat. MAPS KEMUZIUM NEGERI SEMBILAN.
HAPPY BIRTHDAY
AMZAR DI SECRET RECIPE AEON SEREMBAN 2 | Lepas dah settle semua baru lah nak sambut
birthday Amzar. Sambut dengan sepotong kek di Secret Recipe je pun. Simbolik
birthday. Memandangkan hari hujan (petang tu hujan) maka haruslah mencari
Secret Recipe yang berada di dalam mall supaya senang nak turun kereta. Pada
awalnya nak beli slice kek di Family Mart sahaja tapi bila tengok pilihan kek
yang ada memang tak berapa nak umpph sangat so bertukar semula ke Secret Recipe.
Dan ya, ini lah simple celebration birthday Amzar yang ketiga tahun. MAPS KE AEON SEREMBAN 2.
BIRTHDAY WISH
UNTUK AMZAR | My
Dear Sikibang, dah 3 tahun anak mummy. Cepat juga abang membesar, seiring
dengan mummy meningkat usia tua. Mati tak kenal usia. Mungkin mummy pergi dulu,
mungkin abang yang pergi dulu. Cuma siapa pun pergi dulu, insyaAllah mummy akan
persiapkan yang terbaik untuk kita di akhirat sana. Dan itu lah amanah yang
mummy selalu ingat walaupun kadang mulut laju je marah abang itu dan ini.
Semoga kita semua boleh masuk syurga bersama-sama. Di dunia boleh bahagia
bersama-sama. Dan semoga kita boleh celeb birthday antara satu sama lain
bersama-sama juga. Mummy love you sikibang. Terus jadi budak baik okei.
Sekian
..
Happy birthday amzar
ReplyDeleteBest dapat spent time dengan family. Happy birthday adik Amzar
ReplyDeletehappy birthday amzar.. mujur mek sempat bawa anak-anak holiday sebelum perintah berkurung ni..
ReplyDeletehappy besday Amzar!!! we love u soo muchhh!!!
ReplyDelete