\Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek ..
CNY,
singkatan bagi Chinese New Year atau kita yang melayu ni lebih senang Tahun
Baru Cina. Bila sebut je Tahun Baru Cina, yang pertama melintas di benak
fikiran mek adalah CUTI. Siapa yang tak suka dengan cuti percuma, kan? Tapi ada
seperkara lagi yang lebih besar dan bermakna bila tibanya Tahun Baru Cina untuk
mek sendiri. CNY adalah peluang untuk kita yang muslim ni juga berkumpul dan
makan besar bersama ahli keluarga kita.
Cop,
kenapa kita pulak tetiba masuk dalam sambutan CNY ni? Cuba kita renung balik
sambutan CNY ini amat memberi manfaat kepada kita jika halusi dengan lebih
baik. Mek sedar yang bawaan makan besar oleh adat tradisi kaum Cina ini adalah
selari dengan kehendak Islam iaitu mengeratkan hubungan silaturahim , tambah
lagi dengan ahli keluarga sendiri. Kalau nak kembangkan sehingga rakan taulan
pun boleh juga.
Sehubungan
dengan itu (wah skema punya ayat), mek nak ajak korang untuk sama-sama
berkumpul di Hotel Perdana, Kota Bharu untuk sesi mengeratkan silaturahim ini.
Tentulah berita yang mek nak sampaikan ini adalah berita yang bakal memberi
seribu satu kenangan kepada korang disamping menikmati menu-menu CNY (ambik
feel sempena dapat cuti CNY) yang dimasak sempurna oleh Chef yang begitu
berkaliber di sini.
Menu
Hidangan Sempena CNY di Hotel Perdana, Kota Bharu
Korang
jangan risau, masakan di Hotel Perdana, Kota Bharu ini dijamin halal, tiada
unsur-unsur yang boleh menyebabkan was-was bila korang makan. Ada juga yang
maklumkan kepada mek ‘lauk pauk jenis cina takkan tak letak sesedap rasa yang
non halal’. Jawapan mek adalah satu, takkan nak kerana sedap dan ikut rencah
resepi asal kena letak benda non halal. Kedua, takkan lah sebab nak masakan CNY
kena jadikan ia sebagai non halal. Sampai bila-bila lah kita tak dapat merasa
Yee Sang kalau asyik ada ‘tonik was-was’.
Hotel
Perdana, Kota Bharu menyediakan dua jenis hidangan sempena CNY 2020. Tentunya
untuk sesuaikan dengan bajet korang dan juga untuk memenuhi selera para
pelanggan. So moh lah mek tunjukkan korang menu yang menarik lagi unik ini
untuk korang nikmati bersama-sama mereka yang tersayang. Yang penting nawaitu
nak berkumpul, mengeratkan silaturahim seperti saranan agama. Lain-lain sekadar
nak mencuba rasa.
Set Menu 1, Prosperity
RM599 (per table)
Set Menu 2, Prosperity
RM899 (per table)
Menu
Yee Sang bagi mek sempena CNY memang wajib merasai sebab bila habis je ‘musim’
memang susah nak dapat kecuali korang google resepi dan buat sendiri di rumah.
Alang-alang masih ada, boleh lah merasai dalam setiap set yang disediakan oleh
Hotel Perdana, Kota Bharu. Mek sendiri dah merasainya dan memang sedap
dijadikan kudapan untuk korang sambil berborak. Minum pula dengan teh cina yang
suam, memang gabungan yang sempurna.
Chinese
takkan terlepas daripada mengambil sup ayam dalam menu mereka. Yang mek
ketahui, sup herba semestinya menjadi pilihan (jika ada). Menurut Chinese, sup
ayam banyak memberi khasiat untuk kesihatan dalaman. Lebih terperinci mek tak
sure lah pulak. Untuk menu yang berharga RM599, korang dapat menikmati Double
Boiled Chicken Soup with Quail Egg (seperti gambar yang mek tepek di atas).
Puas hati dapat makan ayam sekor.
CNY
2020, Hotel Perdana, Kota Bharu membawa satu hidangan yang unik untuk pelanggan
iaitu Itik. Mek tahu sesetengah orang tak makan Itik so tak tahu apa rasanya
dan ada yang memang tak boleh nak telan. Tapi untuk diri mek sendiri, itik itu
dimasak Perdana Deep Fried Duck with Bean Sauce, bila makan tak rasa macam itik
(biasa kalau orang buat gulai atau masak lemak, agak sukar nak telan). Rasa
itik sama macam isi ayam. Petua nak makan dengan tenang, jangan bayangkan itu
itik. Makan macam biasa sahaja.
Selain
daripada itu, untuk makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga mestilah ada
juga di Hotel Perdana, Kota Bharu. Stir Fried King Prawn Mongolian Style and
Yam adalah hidangan bersama sayur baby kalian. Kalau mereka yang sedang on diet
memang cukup sempurna menu ini. Korang boleh dapatkan menu ini di dalam set
menu Prosperity RM899. Mana tahu lepas dah rasa kat Hotel Perdana, Kota Bharu
balik nanti boleh buat kat rumah pulak.
Reserv
table CNY 2020 di Hotel Perdana, Kota Bharu
Dah
panjang lebar mek menulis, dah disertakan juga beberapa keping gambar untuk
korang datang ke Hotel Perdana, Kota Bharu. So, moh la korang tekan butang dial
097458888 untuk buat tempahan meja. Dan jika korang rasakan untuk menikmati
cuti korang di dalam bilik hotel yang eksklusif di Kota Bharu, boleh juga
menginap di sini dengan harga yang berpatutan. Alang-alang cuti untuk
gathering, ambik lah peluang sebaik mungkin. Masa yang ada jangan di
sia-siakan.
Sekian
..
tentulah sedap2 hidangannya
ReplyDeleteTerbaek.
ReplyDeleteAssalamualaikum Wrmbth Sis Mek. Jemput sertai giveaway dengan 17 Hadiah Wang Tunai bernilai RM1000
ReplyDeleteHadiah RM200 (Seorang Pemenang) - 1 x RM200
Hadiah RM100 (2 Orang Pemenang) - 2 x RM100
Hadiah RM50 (14 Orang Pemenang) - 14 x RM50
Tarikh tutup 29 Feb 2020. Klik sini untuk sertai giveaway ini.