CARA APPLY DAN FUNGSI CC CREAM YANG TIDAK BERMINYAK HANSAEGEE NATURE


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek dan rakan pembaca entry ini sekalian ..

Makeup dengan perempuan jarang dapat dipisahkan. Ada juga perempuan yang masih suka tampil sederhana hanya dengan memakai sapuan tipis di muka dan secalit gincu untuk menaikan seri pada wajah. Namun akhirnya tetap seorang perempuan ingin menjaga kulitnya daripada menjadi breakout. Kalau wajah breakout, bukan setakat wajah malah emosi juga turut akan down sekaligus tidak tampil dengan yakin.

Oleh itu, dalam memilih makeup adalah penting untuk menjaga kulit wajah daripada terkesan dengan perkara yang negatif seperti keradangan, jerawat dan jeragat. Korang kena ingat, bukan sahaja skincare menjadi keutamaan dalam penjagaan kulit wajah malah makeup juga mampu memberi kesan yang positif mahupun negatif. Disebabkan itu korang perlu tahu kandungan yang boleh membantu dan juga yang boleh membahayakan kulit wajah korang.

Pengenalan kepada Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Produk Hansaegee Nature ini adalah 100% original daripada Korea dan dipasarkan di Malaysia sekitar tahun 2011. Produk Hansaegee Nature ini ada beberapa produk lain untuk kulit wajah seperti Aqua Whitening Cream dan Aloe AC Clean Bubble Cleanser yang mana dengan tujuan yang sama, untuk menjaga kulit wajah korang supaya lebih sihat dan tampil ‘natural beauty’ presis Korean. Korang pun tahu kan yang diaorang mementingkan kulit wajah yang sihat berbanding makeup yang tebal untuk melindungi cela di wajah.




Mek berkenalan dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini daripada rakan blogger juga. Ketika itu sekitar 2018. Dan ketika itu mek mencuba Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature. Bila disapu pada muka mek merasakan yang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini satu CC Cream yang tidak akan melekit pada kulit. Seharian mek cuba Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature, memang tidak berkecapuk dan tidak berasa rimas bila berpeluh.

Kandungan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature
  


Tentunya produk Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini mempunyai kandungan yang baik untuk kegunaan pada kulit wajah. Kalau isi kandungan yang tidak begitu baik, masakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini dapat membantu kulit wajah menjadi lebih moist, sihat dan natural pada setiap pemakaiannya. Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini tidak mengandungi banyak bahan yang memudahkan korang untuk mencubanya (kadang kalau terlebih bahan, akan ada satu dua bahan yang mungkin tidak sesuai dengan kulit wajah kita).

Isi kandungan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature :

#1 Mineral Water. Berperanan untuk membekalkan mineral yang diperlukan oleh kulit wajah. Jangan tak tahu, kuli wajah bila tak cukup mineral itu lah yang akan membuatkan kulit menjadi kusam dan tona tidak sekata. Menjadi satu keresahan kepada seorang perempuan / wanita bila kulit menjadi kusam. Yelah, pakai apa pun nampak macam tak bermaya. So korang sangat perlu aware dengan tona tidak sekata dan kulit kusam ini.

#2 Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract. Extract ini adalah berfungsi sebagai anti bacteria dan juga membaiki sel-sel kulit wajah untuk menjadi lebih sihat. Ianya lebih bertindak pada lapisan di bawah kulit supaya jerawat akan kecut dan jeragat tidak lagi muncul sekali gus menjadikan kulit wajah tampil dengan sihat. Baru lah dapat makeup dengan cantik dan lebih natural dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature.

#3 Nano Gold. Daripada dulu memang emas salah satu elemen yang baik dalam penjagaan kulit wajah. Elemen emas mampu untuk menegangkan kulit wajah, menghalang radiasi infrared (yang terpantul secara terus daripada sinaran UV) dan juga kandungan antioksidan yang tinggi. Elemen-elemen ini juga akan menjadi pembantu untuk kulit wajah menjadi lebih sihat dalam masa yang lebih panjang. Dan untuk pengetahuan korang juga, Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini tiada paraben, alcohol dan sulfate.


Sekarang korang dah tahu kan kenapa Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature bukan sahaja bertindak untuk mencantikkan korang malah memberi pelindungan sinaran matahari UVA dan UVB yang tinggi (SPF 50+ PA +++) dan merawat serta mencukupkan keperluan mineral dan vitamin yang diperlukan oleh kulit wajah.

Cara apply Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini mempunyai caranya tersendiri untuk diaplikasikan pada wajah. Pada mulanya mek seakan tidak percaya yang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini akan blend pada kulit dan mengikut warna kulit wajah kita. Rupanya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini begitu ‘magic’ bila terkena pada kulit dengan suhu badan. Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature mampu untuk bertindak balas dengan mengikut tona warna kulit kita. Tak lah nanti nampak ketara perbezaan warna makeup dan kulit asal kita. Jika korang lihat pada gambar yang mek sertakan, warna asal bagi Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini adalah putih. Tapi setelah di-blend, ianya akan berubah mengikut tona kulit kita.

Disebabkan itu, untuk mengaplikasikan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature hanya perlu sapu menggunakan jari sahaja supaya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dapat bertindak balas dengan baik pada kulit wajah kita. Korang jangan risau, texture CC Cream Hansagee Nature yang begitu ringan tidak akan menjadikan kulit wajah korang tidak selesa. Dengan sapuan yang menyeluruh, korang akan dapat rasakan yang kulit wajah korang tampil lebih moist, natural dan terlindung daripada sinaran UV.

Secara ringkas :


#1 Calit Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature pada seluruh wajah.


#2 Sapukan dengan rata menggunakan jari sahaja sehingga rata dan ‘well blend’ dengan kulit wajah.


Senang, kan? Teramat sesuai untuk dijadikan sebagai makeup based dan continue dengan makeup lain (foundation, loose powder atau compact powder). Dan korang juga boleh juga ‘one layer’ dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature untuk terus aktif di bawah sinaran matahari.
  


Testimonial pada diri mek sendiri
  



Mek terima Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ni selepas mek balik dari bercuti di Kuala Lumpur pada Disember 2019 which mean sekitar 16 Disember 2019. Bila terima je memang teruja nak mencuba Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature memandangkan mek dah pernah cuba (sekali) yang travel buddy mek punya. Bila apply pada kulit wajah mek, memang cantik sebab dapat melindungi bintik Lindsay Lohan yang ada pada wajah mek.

Tentunya mek menggunakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini bersama-sama foundation yang mek selalu gunakan. Kiranya Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini mek jadikan sebagai makeup based sebelum sapu foundation. Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature yang bertindak mengikut warna kulit kita menjadikan makeup pada kulit wajah makin tampak flawless, moist dan juga segar. Ini bukan ayat rekaan mek tapi itu adalah pujian daripada orang ramai yang melihat perbezaan kulit mek tanpa dan dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature.

Jika ditanya jujur kepada mek, mek mengatakan yang bila habis sahaja Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini, mek akan membelinya lagi kerana Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature dah buat wish mek come true (tahu saja lah nak makeup tebal tak suka, tapi nak tutup bintik Lindsay Lohan). Mek dah jumpa cara terbaik untuk melindungi kulit mek supaya bila makeup nampak segar, moist dan paling penting flawless bak kulit telur !

Info lanjut Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Di bawah ini mek dah sediakan link / pautan untuk korang akses info-info lain untuk produk Hansaegee Nature dan juga link / pautan untuk korang membelinya. Cuba sendiri baru tahu macam mana keberkesanan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature terhadap kulit wajah korang. Korang juga pasti akan sukakan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini.

Pembelian Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature atau produk lain daripada Hansaegee Nature boleh dibuat di @Website Hansaegee Nature




Sekian ..

4 comments

  1. menarik juga produk ni, memang best kalau pakai krim yg tak melekit :) ♕Tiara Sapphire♕

    ReplyDelete
  2. yesza!!finally mek pun terjebak dengan cc cream best ni!!!

    ReplyDelete
  3. Wow..Tak nampak dah bintik hitam itu..comel je

    ReplyDelete
  4. Harrah's Cherokee Casino Resort announces 2022 casino
    The Cherokee Casino Resort (KcME) announced its first 광주 출장안마 $100000 deposit match bonus, 전라남도 출장마사지 giving 통영 출장샵 Cherokee fans a chance to win 경상남도 출장마사지 a 아산 출장마사지 massive

    ReplyDelete