LOAN MANA YANG LEBIH PENTING


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Loan, mana yang lebih penting? Pernah tak kita tanya diri kita sendiri loan mana yang lebih penting untuk diri kita bila dah mula ada pendapatan sendiri? Untuk diri mek sendiri, bila mula dapat pendapatan tetap, yang akan dikira adalah keperluan dan kemahuan iaitu kereta. Tapi adakah benar cara kira tersebut? Bila dah meningkat dewasa dan juga berada dalam sector perbankan, mek mulai sedar ada beberapa perkara perlu diambil kira daripada awal.

Nak kata menyesal bermula dengan loan kereta, tidak. Tapi bila tahu ada loan lain adalah lebih penting, terasa nak buat sharing kepada korang semua so boleh korang fikir-fikirkan bila nak buat loan nanti. Mungkin pendapat setiap orang berbeza, mungkin juga komitmen setiap orang berbeza tapi boleh baca sepintas lalu untuk tengok pandangan mek tentang loan mana yang lebih penting. Kalau korang ada pandangan, boleh drop diruangan komen, okei.


Loan mana yang lebih penting :


#1 ASB Loan. Kalau lah mek ada ilmu ASB loan daripada awal mek kerja, tentu sekarang nilaian simpanan dalam ASB mek dah cecah puluhan ribu. Mungkin dah boleh jadikan downpayment untuk beli rumah idaman. Kenapa mek utamakan ASB loan? Antara sebab adalah setiap pendapatan yang kita dapat, WAJIB / PERLU untuk ada portion simpanan. Nilai simpanan adalah bergantung kepada kemampuan. Boleh letak 10% daripada nilai gaji atau 5% daripada gaji. Atau ambil sahaja lump sum 100 / 200.

Kenapa wajib letak portion simpanan? Tujuan simpanan adalah untuk kegunaan semasa kecemasan. Kita mungkin sakit, kita mungkin perlukan duit untuk kegunaan segera jadi simpanan adalah penyelamat. Jangan amalkan BERHUTANG dengan sesama manusia. Mek amat tidak galakkan berhutang dengan manusia sebab kadang manusia ni bagi pinjam nampak baik, tapi belakang dicanang pula cerita kita berhutang dengan dia. So, kalau boleh elak, elakkan.

ASB loan dilihat menguntungkan (walaupun sekarang peratusan dividen adalah kecil berbanding sebelum ini). ASB loan diambil bukan untuk dapatkan pulangan pada sekali sahaja. Untuk mek sendiri, mek letakkan sekurang-kurangnya tiga kali pulangan dividen penuh untuk stop ASB loan dan continue dengan ASB loan yang lebih besar nilaiannya. Cara kira ASB loan ni sebenarnya mudah tapi ramai yang masih keliru dan tidak faham sepenuhnya. Untuk penerangan lanjut, korang boleh dapatkan di mana-mana perbankan yang korang suka. Untuk BSN, boleh contact mek – 01117850280


#2 HP loan. HP mungkin korang akan ingat handphone tapi sebenarnya Hire Purchase which is loan kenderaan. Mek letak loan kenderaan ini sebagai nombor dua selepas menyimpan walaupun mek dah tersilap langkah dengan mulakan dengan loan kenderaan dulu baru buat loan ASB. Loan kereta kedua penting kerana kenderaan adalah keperluan bila dah berkerja. Mungkin korang ada pendapat yang boleh ke tempat kerja dengan pengangkutan awam tapi tentu juga mahukan satu ‘aset’ pada usia muda.

Jangan salah anggap dengan HP loan. Loan ini boleh memberi kemudahan korang atau menjerat diri korang juga tapi semuanya bergantung pada diri korang masing-masing. Ada orang beli kereta ikut kemahuan (dari segi model dan jenama kereta). Ada orang beli kereta memang ikut kemampuan semasa. Pernah mek lihat cara kira kemampuan untuk miliki kenderaan adalah : gaji semasa x 12 bulan = nilaian kereta yang mampu dimiliki. Kalau korang boleh ikut formula ini, tentu kewangan korang akan sihat. Tapi kalau tak boleh nak ikut, korang perlu berjimat pada portion yang lain pula.

Loan kenderaan adalah selama 9 tahun. Tapi tak semestinya korang perlu habiskan selama 9 tahun. Boleh sahaja jika korang rasa gaji korang dah naik banyak, sedia untuk dapatkan loan kenderaan dengan lebih tinggi, boleh berbincang dengan pihak bank yang korang buat loan untuk tolak semula kenderaan korang. Ataupun cari mana-mana dealer yang korang kenal untuk trade-in kenderaan korang.


#3 Mortgage loan. Yang ni paling akhir untuk mek. Dah betul-betul bersedia barulah dapat apply loan untuk miliki sebuah rumah. Mek tak sarankan daripada awal kerana mungkin nilaian gaji pada awal kerja adalah rendah maka nilaian loan juga akan diberikan rendah. Bagi mek, ianya adalah lebih untuk tunggu pada tahun ke lima atau ke lapan kita berkhidmat untuk dapatkan loan rumah. Gaji pun dah stabil, nilai loan pun dah tinggi dan ketika itu kita pun dah mula bersedia untuk tanggung loan yang besar ini.

Korang pun tahu yang nilaian rumah adalah tinggi dan meningkat setiap tahun. Potensi untuk jual balik dengan harga yang lebih tinggi adalah nilaian yang menguntungkan. Pun begitu, mek beranggapan rumah yang dibeli ini adalah untuk didiami. Jika korang nak jadikan asset pun tiada salahnya contoh untuk dijadikan sebagai homestay atau rumah sewa. Pilihan rumah juga perlu lah strategic dan ‘satelite’ untuk masing-masing.

Untuk miliki kediaman, jangan dalam mode tergesa-gesa. Rumah merupakan asset jangka masa panjang. Bukan tak suka jual, beli tapi tak diami atau diusahakan dengan betul. Banyak juga trend sekarang beli rumah, tak sewakan dan tak diami pun. Malah tak jenguk pun mana property yang dibeli. Dibiarkan dengan semak samun. Tiap bulan bayar pada bank tapi asset yang tidak memulangkan hasil. Ayat paling sesuai adalah, beli rumah baru tapi dibiarkan buruk.

Penutup

Seperti yang mek katakan awal tadi, setiap orang ada komitmen masing-masing tapi tak salah jika kita memberi ruang kepada diri kita untuk dapatkan lebih baik, daripada segi kewangan, kestabilan dalam kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga. Jika korang ada cadangan lain untuk loan mana yang lebih penting, boleh drop diruangan komen. Mek pun nak dengar juga cadangan daripada korang yang mana lebih penting. Terima kasih untuk cadangan dan pandangan korang.

Sekian ..

2 comments

  1. Dah jadi satu keperluan
    Cuma kena ukur baju di badan sendiri

    ReplyDelete
  2. betul tu.. tp kalau saving sendiri lebih baik pada pandangan ejulz..

    ReplyDelete