BEST NINE 2019 BY MEKYAYUNIERAMLI


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

2019 telah pun melabuhkan tirai. Dah 365 hari kita mencipta memori. Baik, buruk, senang, gembira, sedih, sukar – semuanya ada untuk 2019. Mek percaya ianya bukan terjadi kepada mek seorang sahaja dan ianya berlaku kepada semua dengan cara masing-masing. But hey, itu bukanlah satu tahun yang teruk. Lihat pada 2018, di mana kita. Di mana kita pada awal 2020. Apa-apa pun sentiasa cuba untuk jadi terbaik, pada diri sendiri supaya kepuasan nanti kita juga yang rasa.

Penutup 2019, banyak juga yang nak di-throwback-kan pada awal 2020 ini. Mek rasa mungkin korang blogger juga akan buat perkara yang sama. Bagi mereka yang tiada blog, mungkin akan mengimbau perjalanan 2019 di social media masing-masing, kan? Tak salah untuk imbau. Ambik sebagai positivity dan tauladan untuk tidak berulang apa yang berlaku. Setiap apa yang berlaku, Allah masih lagi beri peluang untuk betulkan. Maka, guna sebaiknya.

Entry kali ini mek nak juga buat the best nine of instagram di IG mek sendiri iaitu mekayunieramli. Mek tak lah aktif sangat di IG dan FB. Kebanyakkan yang mek buat hanyalah story. Bab gambar mek lebih suka tepek di blog. Nasib baik lah bila buat best nine IG masih jugak keluar gambar 2019. Kalau tak sampai 9, memang tak boleh buat entry lah. So, tanpa lengahkan masa korang, inilah the best nine 2019 of mekayunieramli :

Best Nine 2019 (from Instagram)


#1 Perempuan dan kereta. Gambar ni mek hanya selfie dalam kereta semata-mata nak ceritakan yang perempuan kebanyakkan hanya tahu drive sahaja. Bab maintenance kami fail. Mek bukanlah jenis serba tahu bab kereta. Cuma semenjak memiliki kereta, tak pernah mek tukar-tukar pomen untuk servis atau dapatkan nasihat. Mek memang rujuk Perodua Servive 100%. Even kalau bateri kereta drain sekalipun mek memang akan minta diaorang yang tukarkan. Mahal? Tak kisah asalkan dapat servis yang terbaik daripada murah tapi tertipu.

#2 Ukur kejayaan anak-anak. Ini topic yang agak hangat untuk mek bicarakan kerana setiap orang ada pandangan masing-masing terhadap kejayaan anak-anak. Perkongsian mek di IG hanya memberitahu apa yang mek dah lalui. Walaupun mek dikategorikan budak pandai, cemerlang dalam pembelajaran tapi itu bukan satu bahan untuk korang compare mek dengan kejayaan anak-anak korang yang lain. Nak tahu lanjut boleh tengok caption IG mek. Pendek cerita, mek tak suka bandingkan kejayaan anak-anak. Kemampuan masing-masing babe.

#3 Moody. Ini lebih kepada persekitaran kerja mek. Kadang boss atau pegawai yang berurusan mengalami tekanan emosi so tempiasnya akan terkena juga pada kita selaku orang bawahan. Jadi bagi mek, emosi perlu dikawal dengan sebaiknya. Jangan kerana mood kau swing, dengan aku sekali kena swing dengan kau. Tiada siapa ke tempat kerja bersedia untuk dimarahi. Working space dalam keadaan marah tidak akan memberi hasil yang baik. Orang sakit hati, buat kerja dalam terpaksa sama dengan tak happy at the end. So, kawal emosi sebaiknya.

#4 Keperluan kad kredit. Ini mek bincangkan isu perbankan yang mana pro and cons jika ada sekeping kad kredit. Kad kredit pada dasar nampak elok jika korang menggunakannya dengan penuh disiplin dan pandai congak kira untuk melunaskan. Tapi kad kredit juga boleh menjerat diri korang jika tidak disiplin, mengikut hawa nafsu untuk membeli. Untuk diri mek sendiri, mek sukakan debit. Mek tak suka gaji mek dipotong. Mek tak suka akaun bank mek susut dengan potongan yang mek tak nampak apa faedahnya. Untuk setakat ini, potongan gaji mek hanyalah dua perkara iaitu pembiayaan kenderaan dan pembiayaan ASB.

#5 Scam melalui TAC. Ini banyak sangat yang mek terima aduan semenjak tiga bulan sebelum penutup 2019. Mek tak tahu lah kenapa mudah sangat korang percaya yang mereka daftar nombor phone yang salah sedangkan nombor phone tu kena berdaftar dengan pihak bank so baru valid untuk dapatkan TAC. Scam ni pelbagai cara. Salah satunya melalui cara ni. Mek harap korang tak mudah percaya dengan pujuk rayu mereka untuk dapatkan nombor TAC. Sayang weih duit korang simpan dah lama mereka senang ambil duit tu. Pihak bank memang tak bertanggungjawab lah di atas kehilangan dengan scam begini.

#6 Declaration of banker and blogger. Ada yang personal mek kerja apa sebenarnya. Dah resign daripada kerja bank ke sebab nampak IG dengan FB asyik cerita pasal blog sahaja. Mek sebenarnya banyak nak share ilmu perbankan dengan korang. Then come out lah dengan every selang tiga hari mek buat perkongsian di IG dan FB tentang perbankan. Tapi bila menulis di sana mek tak puas. Caption pendek (150 words je yang lepas) so nak tak nak mek go back to blog jugak untuk jelaskan tentang cerita perbankan. Korang follow blog mek je lah ye untuk tahu cerita blog and bank.

#7 Perlaksaan carseat. Ini mek ulas ikut pandangan mek juga. Pandangan mek, jika ukur pada diri mek sendiri, memang mampu dan memang boleh pasang dua carseat untuk anak mek dalam kereta Myvi. Cuma ini luahan bagi mereka yang anak ramai tapi kena kuatkuasa carseat untuk setiap perjalanan. Renyah wei. In term of keselamatan memang betul sangat. Mek sokong. Tapi kerajaan kena fikir banyak lagi aspek keselamatan lain selain daripada perlaksanaan carseat. Jalan raya tu banyak lagi kot kena jaga daripada internal side ni. Mek nampak 60% untuk keuntungan kerajaan, 40% untuk keselamatan pengguna.

#8 Control your anger. Ini pun sama mek kongsikan bagaimana nak kawal kemarahan dalam diri. Kita semua ni ada tahap garang masing-masing. Mek akui memang mek garang. Cepat nak hot. Banyak cerita yang mek blown di kedai makan sehingga berlakunya insiden tendang menendang kerusi. Nasib baik meja je yang tak terangkat. Memang bad weih attitude macam tu. So, kalau marah jangan cuba untuk tambah api marah diri sendiri. Cuba rilex. Buat keputusan rasional. Contohnya, perut lapar, makanan lambat sampai, boleh tanya dulu, kalau lambat lagi boleh terus blah, tak perlu tendang kerusi. Maka, jagalah emosi supaya akal waras.

#9 Tips temuduga. Di bank, kadang-kadang mek terlibat juga dengan jaga budak interview. Dah 5 tahun mek kerja di sana, dah beberapa kali mek jaga interview dan masalah hampir sama. Calon tak ready sepenuhnya. Dokumentasi, preparation ke atas diri sendiri dan juga pengetahuan untuk jawatan yang dimohon. Mek pun tak pandai juga nak educate orang supaya mereka at least 90% ready untuk interview. Cuma harapkan korang sebelum datang interview tolong lah tengok pinterest etika berpakaian, tengok website company tu, kalau ada kenalan boleh juga bertanya dan paling penting, dokumen susun lah cara dewasa, bukan cara budak sekolah rendah susun folio mereka.

Penutup

Panjang jugak explaination the best nine 2019 mekayunieramli ye. Korang ada entry the best nine tak? Kalau ada drop link diruangan komen so boleh mek tengok explaination korang pulak. Setiap gambar kita ada cerita masing-masing, kan. Harap cerita dan gambar kita dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Lagi bagus kalau dapat dijadikan sebagai inspirasi dan sumber pahala juga kepada kita tukang post ni. Sama-sama dapat pahala dan ganjaran yang setimpal. Paling penting, spread the loves, no hates.

Sekian ..

6 comments