Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ini sekalian ..
Entry
recap untuk 2019 memandangkan kita masih lagi pada awal bulan untuk Januari
2020. Mengenang tak salah, kan? Asalkan mengenang benda yang baik. Yang buruk
kadang elok juga dikenang untuk dijadikan peringatan pada masa hadapan.
Sekurang-kurangnya kita sedar di mana silap kita, di mana patut kita baiki
untuk menjadi lebih baik. Hargailah setiap peluang yang kita ada untuk jadi
diri yang baik di dunia dan juga akhirat.
Di
bawah ini mek sertakan tujuh entry yang laris di blog mek pada tahun 2019.
Laris ni maksudnya paling banyak dibaca dan di-google oleh warga net. Setakat
yang mek perasan, insyaAllah dan Alhamdulillah dapat membantu memberi info
dengan lebih jelas kepada pembaca sekalian. Siapa yang tak seronok bila tetiba
dapat DM dan PM di IG dan FB, berterima kasih dengan info yang diberikan, entry
kita menjadi tarikan kepada orang lain untuk mencipta pengalaman.
7 entry
2019 terbaik di mekyunie.com
#1
Celoh Rock kedai makan tengahari
popular di Kota Bharu.
Kedai makan ni sebenarnya dah lama wujud tapi mek juga baru sempat merasa bila
travel buddy datang dari Terengganu untuk #jjcm. Untuk pengetahuan korang,
entry ini memang mendapat sambutan yang tinggi dan setiap hari akan ada orang
visit this entry. Paling tinggi trafiknya pada waktu makan tengahari, pada
musim cuti sekolah dan juga pada hujung minggu.
#2
Cerita tentang Sultan Abdullah, YDP
Agong. Cerita yang
mek karangkan tentang Sultan Abdullah a.k.a YDP Agong Malaysia sebelum baginda
dilantik menjadi Agong. Lebih tepat mek tertarik untuk menulis biodata Sultan
Abdullah adalah pada lantikan baginda menjadi Sultan Pahang. Cerita baginda
agak menarik untuk mek tulis sebab banyak teladan yang mek rasa boleh dijadikan
ikutan pada lelaki di luar sana. Tapi itu hanyalah pendapat mek. Lain orang, lain
pandangannya.
#3
Pesta Wau Peringkat Antarabangsa. Pesta ini secara tidak sengaja mek
hadiri. Bukan review, hanya sekadar mengisi waktu hujung minggu. Memandangkan
ketika itu mek agak ‘in’ dengan photoshoot so mek bersetuju sahaja untuk
hadirkan diri ke Pesta Wau Antarabangsa ini. Dan memang mek shoot gambar
anak-anak. Tak lah lawa sangat tapi boleh lah untuk practice shooting. Paling
penting, mek menjadi sebahagian daripada rakyat yang menyaksikan wau
antarabangsa.
#4
Tayar kereta dan expiry date. Kereta dan perempuan kadang bagai
ayam dan kambing. Masing-masing tak mengenali dengan baik. Dan paling utama,
mek sendiri selaku pemilik kenderaan tak pernah tahu yang tayar kereta ni ada
expiry date. Maka mek rasakan ianya perlu dihebahkan kepada warga net tentang
expiry date untuk sebiji tayar semoga semua orang peka dengan tayar masing-masing.
Mungkin entry mek dapat selamatkan nyawa yang lain. InsyaAllah.
#5
Claim insurans kenderaan, berapa lama
perlu tunggu. Entry
ini juga kebetulan dengan mek excident pada hujung tahun 2018. Maka mek
karangkan di blog mek untuk pengetahuan korang tatacara claim insurans dan
tempoh masa yang wajar untuk korang tunggu. Sebab kadang mek dengar sampai
berbulan-bulan lamanya kena tunggu padahal claim bumper je. So korang boleh
baca entry ni untuk tahu hak korang sebagai owner kereta dan pembayar insurans
kenderaan.
#6
Pek kembali ke sekolah oleh McDonald
Malaysia. Program CSR
anjuran McDonald Malaysia dan mek agak berbesar hati dapat menjadi sebahagian
yang boleh merakam detik-detik indah ini. Banyak program McDonald Malaysia
semenjak 2018 yang mek ikuti Berjaya menyentuh hati mek untuk lebih menghulur
kepada mereka yang lebih memerlukan. Instead of duk fikir McDonald ni Yahudi,
korang sedekah kat tabung merah boleh jugak pahala mengalir kepada diri
sendiri. Duk tuduh McDonald yahudi boleh dosa aje.
#7
Singgah di Lemang To’ki. Entry penutup 2019 dengan travel ke
Kuala Lumpur. Lemang To’ki kalau mek tak review pun rasanya kedai ni berduyun
orang masuk. Tapi mek just sharing apa yang mek rasakan di sini. Bagi mereka
yang dah pernah makan sure akan repeat berkali-kali. Untuk korang yang masih
belum ketahui apakah yang ada di Lemang To’ki boleh baca entry yang mek dah
karangkan. So boleh lah bagi rating sikit sorang nanti.
Penutup
Mek
harap 2020 ni dapatlah sumbang lagi entry-entry yang menarik dan berinfomatif
kepada korang semua. Niat untuk sharing dengan korang ini bukan untuk menunjuk
semata-mata tapi niat untuk bagi pengetahuan kepada korang juga
sekurang-kurangnya korang dapat gambaran yang jelas untuk apa yang korang cari
di google. Kiranya macam tolong explain dan share pengalaman. Haa gitu. Lain
orang, lain fahamannya.
Mek
juga harap komuniti blogger dapat terus membantu mereka-mereka yang percaya
dengan kemampuan blog untuk jelaskan kepada masyarakat umum tentang produk /
servis mereka. Menjadi blogger adalah pilihan tapi untuk menjadi glam kerana
blogger bukanlah pilihan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang
penting dapat hebahkan info yang berguna kepada orang ramai dan menyumbang
kepada google.com
Sekian
..
Waalaikumussalam. Alhamdulillah best semua entri. Terbukti terbaik untuk tahun 2019 😍
ReplyDeleteWaalaikumusalam... semua entri tu menarik... boleh singgah bila balik kelate tempat makan tu... hihihi...
ReplyDeletememang terbaik, semoga dapat menulis lebih banyak entry yg terbaik untuk tahun ini :)
ReplyDeletejemput singgah http://tiaarasapphire.blogspot.com/2020/01/drama-black-malaysia.html
Wahh.. teringin juga nak cuba makan dekat #1 tu tapi tah bila berpeluang nak pergi puntak tahulah ni.
ReplyDeletetahniah mek masih aktif berblog...
ReplyDeleteazam sy di tahun 2020..nak kembali aktif juga. hihi
Mek jrg menulis tp entri semuanya bermakna.
ReplyDeletesemua entry2 Mek sangat memberi info yg baik :)
ReplyDeleteWow! hebat keep it up Mek di tahun 2020.
ReplyDeletekeep sharing your love buddy!!
ReplyDeleteTahniah ya
ReplyDelete