CNY 2020 PROMO HOTEL PERDANA KOTA BHARU


\Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

CNY, singkatan bagi Chinese New Year atau kita yang melayu ni lebih senang Tahun Baru Cina. Bila sebut je Tahun Baru Cina, yang pertama melintas di benak fikiran mek adalah CUTI. Siapa yang tak suka dengan cuti percuma, kan? Tapi ada seperkara lagi yang lebih besar dan bermakna bila tibanya Tahun Baru Cina untuk mek sendiri. CNY adalah peluang untuk kita yang muslim ni juga berkumpul dan makan besar bersama ahli keluarga kita.

Cop, kenapa kita pulak tetiba masuk dalam sambutan CNY ni? Cuba kita renung balik sambutan CNY ini amat memberi manfaat kepada kita jika halusi dengan lebih baik. Mek sedar yang bawaan makan besar oleh adat tradisi kaum Cina ini adalah selari dengan kehendak Islam iaitu mengeratkan hubungan silaturahim , tambah lagi dengan ahli keluarga sendiri. Kalau nak kembangkan sehingga rakan taulan pun boleh juga.

Sehubungan dengan itu (wah skema punya ayat), mek nak ajak korang untuk sama-sama berkumpul di Hotel Perdana, Kota Bharu untuk sesi mengeratkan silaturahim ini. Tentulah berita yang mek nak sampaikan ini adalah berita yang bakal memberi seribu satu kenangan kepada korang disamping menikmati menu-menu CNY (ambik feel sempena dapat cuti CNY) yang dimasak sempurna oleh Chef yang begitu berkaliber di sini.

Menu Hidangan Sempena CNY di Hotel Perdana, Kota Bharu


Korang jangan risau, masakan di Hotel Perdana, Kota Bharu ini dijamin halal, tiada unsur-unsur yang boleh menyebabkan was-was bila korang makan. Ada juga yang maklumkan kepada mek ‘lauk pauk jenis cina takkan tak letak sesedap rasa yang non halal’. Jawapan mek adalah satu, takkan nak kerana sedap dan ikut rencah resepi asal kena letak benda non halal. Kedua, takkan lah sebab nak masakan CNY kena jadikan ia sebagai non halal. Sampai bila-bila lah kita tak dapat merasa Yee Sang kalau asyik ada ‘tonik was-was’.

Hotel Perdana, Kota Bharu menyediakan dua jenis hidangan sempena CNY 2020. Tentunya untuk sesuaikan dengan bajet korang dan juga untuk memenuhi selera para pelanggan. So moh lah mek tunjukkan korang menu yang menarik lagi unik ini untuk korang nikmati bersama-sama mereka yang tersayang. Yang penting nawaitu nak berkumpul, mengeratkan silaturahim seperti saranan agama. Lain-lain sekadar nak mencuba rasa.

Set Menu 1, Prosperity RM599 (per table)




Set Menu 2, Prosperity RM899 (per table)






Menu Yee Sang bagi mek sempena CNY memang wajib merasai sebab bila habis je ‘musim’ memang susah nak dapat kecuali korang google resepi dan buat sendiri di rumah. Alang-alang masih ada, boleh lah merasai dalam setiap set yang disediakan oleh Hotel Perdana, Kota Bharu. Mek sendiri dah merasainya dan memang sedap dijadikan kudapan untuk korang sambil berborak. Minum pula dengan teh cina yang suam, memang gabungan yang sempurna.


Chinese takkan terlepas daripada mengambil sup ayam dalam menu mereka. Yang mek ketahui, sup herba semestinya menjadi pilihan (jika ada). Menurut Chinese, sup ayam banyak memberi khasiat untuk kesihatan dalaman. Lebih terperinci mek tak sure lah pulak. Untuk menu yang berharga RM599, korang dapat menikmati Double Boiled Chicken Soup with Quail Egg (seperti gambar yang mek tepek di atas). Puas hati dapat makan ayam sekor.


CNY 2020, Hotel Perdana, Kota Bharu membawa satu hidangan yang unik untuk pelanggan iaitu Itik. Mek tahu sesetengah orang tak makan Itik so tak tahu apa rasanya dan ada yang memang tak boleh nak telan. Tapi untuk diri mek sendiri, itik itu dimasak Perdana Deep Fried Duck with Bean Sauce, bila makan tak rasa macam itik (biasa kalau orang buat gulai atau masak lemak, agak sukar nak telan). Rasa itik sama macam isi ayam. Petua nak makan dengan tenang, jangan bayangkan itu itik. Makan macam biasa sahaja.


Selain daripada itu, untuk makanan yang berkhasiat untuk seisi keluarga mestilah ada juga di Hotel Perdana, Kota Bharu. Stir Fried King Prawn Mongolian Style and Yam adalah hidangan bersama sayur baby kalian. Kalau mereka yang sedang on diet memang cukup sempurna menu ini. Korang boleh dapatkan menu ini di dalam set menu Prosperity RM899. Mana tahu lepas dah rasa kat Hotel Perdana, Kota Bharu balik nanti boleh buat kat rumah pulak.

Reserv table CNY 2020 di Hotel Perdana, Kota Bharu



Dah panjang lebar mek menulis, dah disertakan juga beberapa keping gambar untuk korang datang ke Hotel Perdana, Kota Bharu. So, moh la korang tekan butang dial 097458888 untuk buat tempahan meja. Dan jika korang rasakan untuk menikmati cuti korang di dalam bilik hotel yang eksklusif di Kota Bharu, boleh juga menginap di sini dengan harga yang berpatutan. Alang-alang cuti untuk gathering, ambik lah peluang sebaik mungkin. Masa yang ada jangan di sia-siakan.

Sekian ..

LOAN MANA YANG LEBIH PENTING


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Loan, mana yang lebih penting? Pernah tak kita tanya diri kita sendiri loan mana yang lebih penting untuk diri kita bila dah mula ada pendapatan sendiri? Untuk diri mek sendiri, bila mula dapat pendapatan tetap, yang akan dikira adalah keperluan dan kemahuan iaitu kereta. Tapi adakah benar cara kira tersebut? Bila dah meningkat dewasa dan juga berada dalam sector perbankan, mek mulai sedar ada beberapa perkara perlu diambil kira daripada awal.

Nak kata menyesal bermula dengan loan kereta, tidak. Tapi bila tahu ada loan lain adalah lebih penting, terasa nak buat sharing kepada korang semua so boleh korang fikir-fikirkan bila nak buat loan nanti. Mungkin pendapat setiap orang berbeza, mungkin juga komitmen setiap orang berbeza tapi boleh baca sepintas lalu untuk tengok pandangan mek tentang loan mana yang lebih penting. Kalau korang ada pandangan, boleh drop diruangan komen, okei.


Loan mana yang lebih penting :


#1 ASB Loan. Kalau lah mek ada ilmu ASB loan daripada awal mek kerja, tentu sekarang nilaian simpanan dalam ASB mek dah cecah puluhan ribu. Mungkin dah boleh jadikan downpayment untuk beli rumah idaman. Kenapa mek utamakan ASB loan? Antara sebab adalah setiap pendapatan yang kita dapat, WAJIB / PERLU untuk ada portion simpanan. Nilai simpanan adalah bergantung kepada kemampuan. Boleh letak 10% daripada nilai gaji atau 5% daripada gaji. Atau ambil sahaja lump sum 100 / 200.

Kenapa wajib letak portion simpanan? Tujuan simpanan adalah untuk kegunaan semasa kecemasan. Kita mungkin sakit, kita mungkin perlukan duit untuk kegunaan segera jadi simpanan adalah penyelamat. Jangan amalkan BERHUTANG dengan sesama manusia. Mek amat tidak galakkan berhutang dengan manusia sebab kadang manusia ni bagi pinjam nampak baik, tapi belakang dicanang pula cerita kita berhutang dengan dia. So, kalau boleh elak, elakkan.

ASB loan dilihat menguntungkan (walaupun sekarang peratusan dividen adalah kecil berbanding sebelum ini). ASB loan diambil bukan untuk dapatkan pulangan pada sekali sahaja. Untuk mek sendiri, mek letakkan sekurang-kurangnya tiga kali pulangan dividen penuh untuk stop ASB loan dan continue dengan ASB loan yang lebih besar nilaiannya. Cara kira ASB loan ni sebenarnya mudah tapi ramai yang masih keliru dan tidak faham sepenuhnya. Untuk penerangan lanjut, korang boleh dapatkan di mana-mana perbankan yang korang suka. Untuk BSN, boleh contact mek – 01117850280


#2 HP loan. HP mungkin korang akan ingat handphone tapi sebenarnya Hire Purchase which is loan kenderaan. Mek letak loan kenderaan ini sebagai nombor dua selepas menyimpan walaupun mek dah tersilap langkah dengan mulakan dengan loan kenderaan dulu baru buat loan ASB. Loan kereta kedua penting kerana kenderaan adalah keperluan bila dah berkerja. Mungkin korang ada pendapat yang boleh ke tempat kerja dengan pengangkutan awam tapi tentu juga mahukan satu ‘aset’ pada usia muda.

Jangan salah anggap dengan HP loan. Loan ini boleh memberi kemudahan korang atau menjerat diri korang juga tapi semuanya bergantung pada diri korang masing-masing. Ada orang beli kereta ikut kemahuan (dari segi model dan jenama kereta). Ada orang beli kereta memang ikut kemampuan semasa. Pernah mek lihat cara kira kemampuan untuk miliki kenderaan adalah : gaji semasa x 12 bulan = nilaian kereta yang mampu dimiliki. Kalau korang boleh ikut formula ini, tentu kewangan korang akan sihat. Tapi kalau tak boleh nak ikut, korang perlu berjimat pada portion yang lain pula.

Loan kenderaan adalah selama 9 tahun. Tapi tak semestinya korang perlu habiskan selama 9 tahun. Boleh sahaja jika korang rasa gaji korang dah naik banyak, sedia untuk dapatkan loan kenderaan dengan lebih tinggi, boleh berbincang dengan pihak bank yang korang buat loan untuk tolak semula kenderaan korang. Ataupun cari mana-mana dealer yang korang kenal untuk trade-in kenderaan korang.


#3 Mortgage loan. Yang ni paling akhir untuk mek. Dah betul-betul bersedia barulah dapat apply loan untuk miliki sebuah rumah. Mek tak sarankan daripada awal kerana mungkin nilaian gaji pada awal kerja adalah rendah maka nilaian loan juga akan diberikan rendah. Bagi mek, ianya adalah lebih untuk tunggu pada tahun ke lima atau ke lapan kita berkhidmat untuk dapatkan loan rumah. Gaji pun dah stabil, nilai loan pun dah tinggi dan ketika itu kita pun dah mula bersedia untuk tanggung loan yang besar ini.

Korang pun tahu yang nilaian rumah adalah tinggi dan meningkat setiap tahun. Potensi untuk jual balik dengan harga yang lebih tinggi adalah nilaian yang menguntungkan. Pun begitu, mek beranggapan rumah yang dibeli ini adalah untuk didiami. Jika korang nak jadikan asset pun tiada salahnya contoh untuk dijadikan sebagai homestay atau rumah sewa. Pilihan rumah juga perlu lah strategic dan ‘satelite’ untuk masing-masing.

Untuk miliki kediaman, jangan dalam mode tergesa-gesa. Rumah merupakan asset jangka masa panjang. Bukan tak suka jual, beli tapi tak diami atau diusahakan dengan betul. Banyak juga trend sekarang beli rumah, tak sewakan dan tak diami pun. Malah tak jenguk pun mana property yang dibeli. Dibiarkan dengan semak samun. Tiap bulan bayar pada bank tapi asset yang tidak memulangkan hasil. Ayat paling sesuai adalah, beli rumah baru tapi dibiarkan buruk.

Penutup

Seperti yang mek katakan awal tadi, setiap orang ada komitmen masing-masing tapi tak salah jika kita memberi ruang kepada diri kita untuk dapatkan lebih baik, daripada segi kewangan, kestabilan dalam kehidupan untuk diri sendiri dan keluarga. Jika korang ada cadangan lain untuk loan mana yang lebih penting, boleh drop diruangan komen. Mek pun nak dengar juga cadangan daripada korang yang mana lebih penting. Terima kasih untuk cadangan dan pandangan korang.

Sekian ..

BADLA (MOVIE REVIEW)


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Mek memang suka dengan movie Hindustan. So jangan pelik kenapa kali ini mek nak review movie Hindustan yang baru mek tonton semalam. Badla, kalau tengok tajuk memang tak best sangat. Baca synopsis macam agak tertarik. Tengok heroin macam tak menarik lansung. Hero pulak tak ada. Yang ada pun Amitabh Bachan. Tapi sebab bukan cerita cinta maka mek tekan button play untuk tahu ending Badla ni macam mana.

Dari awal cerita ni mek tak skip satu pun. Maksudnya memang aura cerita ni lain macam. Rasa tak nak ‘berkedip’ untuk ketahui kebenaran. Tapi memang lah kebenaran akan terbongkar pada saat akhir, ye dak. So mek tak nak spoil Badla ni lebih-lebih pada korang sebab mek just nak sharing ‘dasar-dasar’ Badla kepada korang untuk korang tonton sendiri. Kalau dah tonton, bagus lah boleh sharing pendapat korang diruangan komen nanti.


Karakter dalam Badla


Karakter dia tak ramai. Dan juga tak selalu muncul. Yang selalu muncul hanyalah watak utama. Watak utama pun dua tiga orang je. Yang lain muncul dikala flashback. So ini lah karakternya :

Amitabh Bachan : Badal Gupta, seorang lawyer yang dah nak bersara tapi kena ambik juga kes ini sebab he never fail in court.

Taapsee Pannu : Naina, seorang usahawan, seorang business woman, seorang mak, seorang isteri, dan juga main character dalam Badla yang menjadikan cerita ini complicated. Ego, powerfull dan hanya buat untuk kepentingan diri sendiri.

Tony Luke : Arjun, Kekasih gelap Naina. Seorang photographer. Seorang yang dikambing hitamkan. Seorang mangsa. Paling utama, pada awal cerita nampak dialah paling jahat dalam Badla.

Amrita Singh : Rani Kaur, mak kepada Jimmy. Seorang yang tak putus asa. Nak jugak pembelaan ke atas kematian anaknya.

Tanveer Ghani : Nirmal Singh Toor aka Nimbli, suami kepada Rani Kaur, ayah kepada Jimmy. Pada mulanya watak Nimbli ni kelihatan hambar sebab macam character support je lah. Tak sangka dia juga seorang yang membantu dalam menyelesaikan kes pembunuhan anaknya.

Rating mek untuk Badla

Banyak dah juga yang mek katakan pada movie Hindustan sekarang yang mana dah seiring dengan movie Hollywood which tak ketengahkan sangat cerita cinta mereka. Yelah, musim dah berubah. Genre lain-lain juga harus dicuba. Badla menampilkan kelainan. Dah macam The Italian Job dia punya tahap creative thinking. Rating mek untuk Badla adalah 3/4. Dalam peratus 95%. Dalam bintang, 4.5 bintang. Tinggi kerana ‘kebijaksanaan’ watak-watak yang ditampilkan dalam Badla walaupun tak menggunakan hero atau heroin yang kenamaan (kecuali Amitabh Bachan).

Penutup

Untuk korang yang masih lagi sorting untuk tengok movie 2019, boleh tengok Badla juga. Nak janji tak kecewa tak sure sebab mek tak tahu genre movie yang korang minat. Untuk mek Badla dah okei untuk ditonton. Kiranya rasa berbaloi cerita ni ada dalam Netflix. Rasa tak rugi lah bayar Netflix tiap bulan untuk tengok movie yang hebat. Untuk korang, kalau dah tengok Badla ni, boleh komen di bawah ye. Kalau belum tengok, boleh tengok di Netflix ataupun beli dengan Apple TV.

Sekian ..

7 ENTRY TERBAIK SEPANJANG 2019

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ini sekalian ..

Entry recap untuk 2019 memandangkan kita masih lagi pada awal bulan untuk Januari 2020. Mengenang tak salah, kan? Asalkan mengenang benda yang baik. Yang buruk kadang elok juga dikenang untuk dijadikan peringatan pada masa hadapan. Sekurang-kurangnya kita sedar di mana silap kita, di mana patut kita baiki untuk menjadi lebih baik. Hargailah setiap peluang yang kita ada untuk jadi diri yang baik di dunia dan juga akhirat.

Di bawah ini mek sertakan tujuh entry yang laris di blog mek pada tahun 2019. Laris ni maksudnya paling banyak dibaca dan di-google oleh warga net. Setakat yang mek perasan, insyaAllah dan Alhamdulillah dapat membantu memberi info dengan lebih jelas kepada pembaca sekalian. Siapa yang tak seronok bila tetiba dapat DM dan PM di IG dan FB, berterima kasih dengan info yang diberikan, entry kita menjadi tarikan kepada orang lain untuk mencipta pengalaman.



7 entry 2019 terbaik di mekyunie.com

#1 Celoh Rock kedai makan tengahari popular di Kota Bharu. Kedai makan ni sebenarnya dah lama wujud tapi mek juga baru sempat merasa bila travel buddy datang dari Terengganu untuk #jjcm. Untuk pengetahuan korang, entry ini memang mendapat sambutan yang tinggi dan setiap hari akan ada orang visit this entry. Paling tinggi trafiknya pada waktu makan tengahari, pada musim cuti sekolah dan juga pada hujung minggu.

#2 Cerita tentang Sultan Abdullah, YDP Agong. Cerita yang mek karangkan tentang Sultan Abdullah a.k.a YDP Agong Malaysia sebelum baginda dilantik menjadi Agong. Lebih tepat mek tertarik untuk menulis biodata Sultan Abdullah adalah pada lantikan baginda menjadi Sultan Pahang. Cerita baginda agak menarik untuk mek tulis sebab banyak teladan yang mek rasa boleh dijadikan ikutan pada lelaki di luar sana. Tapi itu hanyalah pendapat mek. Lain orang, lain pandangannya.

#3 Pesta Wau Peringkat Antarabangsa. Pesta ini secara tidak sengaja mek hadiri. Bukan review, hanya sekadar mengisi waktu hujung minggu. Memandangkan ketika itu mek agak ‘in’ dengan photoshoot so mek bersetuju sahaja untuk hadirkan diri ke Pesta Wau Antarabangsa ini. Dan memang mek shoot gambar anak-anak. Tak lah lawa sangat tapi boleh lah untuk practice shooting. Paling penting, mek menjadi sebahagian daripada rakyat yang menyaksikan wau antarabangsa.

#4 Tayar kereta dan expiry date. Kereta dan perempuan kadang bagai ayam dan kambing. Masing-masing tak mengenali dengan baik. Dan paling utama, mek sendiri selaku pemilik kenderaan tak pernah tahu yang tayar kereta ni ada expiry date. Maka mek rasakan ianya perlu dihebahkan kepada warga net tentang expiry date untuk sebiji tayar semoga semua orang peka dengan tayar masing-masing. Mungkin entry mek dapat selamatkan nyawa yang lain. InsyaAllah.

#5 Claim insurans kenderaan, berapa lama perlu tunggu. Entry ini juga kebetulan dengan mek excident pada hujung tahun 2018. Maka mek karangkan di blog mek untuk pengetahuan korang tatacara claim insurans dan tempoh masa yang wajar untuk korang tunggu. Sebab kadang mek dengar sampai berbulan-bulan lamanya kena tunggu padahal claim bumper je. So korang boleh baca entry ni untuk tahu hak korang sebagai owner kereta dan pembayar insurans kenderaan.

#6 Pek kembali ke sekolah oleh McDonald Malaysia. Program CSR anjuran McDonald Malaysia dan mek agak berbesar hati dapat menjadi sebahagian yang boleh merakam detik-detik indah ini. Banyak program McDonald Malaysia semenjak 2018 yang mek ikuti Berjaya menyentuh hati mek untuk lebih menghulur kepada mereka yang lebih memerlukan. Instead of duk fikir McDonald ni Yahudi, korang sedekah kat tabung merah boleh jugak pahala mengalir kepada diri sendiri. Duk tuduh McDonald yahudi boleh dosa aje.

#7 Singgah di Lemang To’ki. Entry penutup 2019 dengan travel ke Kuala Lumpur. Lemang To’ki kalau mek tak review pun rasanya kedai ni berduyun orang masuk. Tapi mek just sharing apa yang mek rasakan di sini. Bagi mereka yang dah pernah makan sure akan repeat berkali-kali. Untuk korang yang masih belum ketahui apakah yang ada di Lemang To’ki boleh baca entry yang mek dah karangkan. So boleh lah bagi rating sikit sorang nanti.

Penutup

Mek harap 2020 ni dapatlah sumbang lagi entry-entry yang menarik dan berinfomatif kepada korang semua. Niat untuk sharing dengan korang ini bukan untuk menunjuk semata-mata tapi niat untuk bagi pengetahuan kepada korang juga sekurang-kurangnya korang dapat gambaran yang jelas untuk apa yang korang cari di google. Kiranya macam tolong explain dan share pengalaman. Haa gitu. Lain orang, lain fahamannya.

Mek juga harap komuniti blogger dapat terus membantu mereka-mereka yang percaya dengan kemampuan blog untuk jelaskan kepada masyarakat umum tentang produk / servis mereka. Menjadi blogger adalah pilihan tapi untuk menjadi glam kerana blogger bukanlah pilihan. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Yang penting dapat hebahkan info yang berguna kepada orang ramai dan menyumbang kepada google.com

Sekian ..

BEST NINE 2019 BY MEKYAYUNIERAMLI


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

2019 telah pun melabuhkan tirai. Dah 365 hari kita mencipta memori. Baik, buruk, senang, gembira, sedih, sukar – semuanya ada untuk 2019. Mek percaya ianya bukan terjadi kepada mek seorang sahaja dan ianya berlaku kepada semua dengan cara masing-masing. But hey, itu bukanlah satu tahun yang teruk. Lihat pada 2018, di mana kita. Di mana kita pada awal 2020. Apa-apa pun sentiasa cuba untuk jadi terbaik, pada diri sendiri supaya kepuasan nanti kita juga yang rasa.

Penutup 2019, banyak juga yang nak di-throwback-kan pada awal 2020 ini. Mek rasa mungkin korang blogger juga akan buat perkara yang sama. Bagi mereka yang tiada blog, mungkin akan mengimbau perjalanan 2019 di social media masing-masing, kan? Tak salah untuk imbau. Ambik sebagai positivity dan tauladan untuk tidak berulang apa yang berlaku. Setiap apa yang berlaku, Allah masih lagi beri peluang untuk betulkan. Maka, guna sebaiknya.

Entry kali ini mek nak juga buat the best nine of instagram di IG mek sendiri iaitu mekayunieramli. Mek tak lah aktif sangat di IG dan FB. Kebanyakkan yang mek buat hanyalah story. Bab gambar mek lebih suka tepek di blog. Nasib baik lah bila buat best nine IG masih jugak keluar gambar 2019. Kalau tak sampai 9, memang tak boleh buat entry lah. So, tanpa lengahkan masa korang, inilah the best nine 2019 of mekayunieramli :

Best Nine 2019 (from Instagram)


#1 Perempuan dan kereta. Gambar ni mek hanya selfie dalam kereta semata-mata nak ceritakan yang perempuan kebanyakkan hanya tahu drive sahaja. Bab maintenance kami fail. Mek bukanlah jenis serba tahu bab kereta. Cuma semenjak memiliki kereta, tak pernah mek tukar-tukar pomen untuk servis atau dapatkan nasihat. Mek memang rujuk Perodua Servive 100%. Even kalau bateri kereta drain sekalipun mek memang akan minta diaorang yang tukarkan. Mahal? Tak kisah asalkan dapat servis yang terbaik daripada murah tapi tertipu.

#2 Ukur kejayaan anak-anak. Ini topic yang agak hangat untuk mek bicarakan kerana setiap orang ada pandangan masing-masing terhadap kejayaan anak-anak. Perkongsian mek di IG hanya memberitahu apa yang mek dah lalui. Walaupun mek dikategorikan budak pandai, cemerlang dalam pembelajaran tapi itu bukan satu bahan untuk korang compare mek dengan kejayaan anak-anak korang yang lain. Nak tahu lanjut boleh tengok caption IG mek. Pendek cerita, mek tak suka bandingkan kejayaan anak-anak. Kemampuan masing-masing babe.

#3 Moody. Ini lebih kepada persekitaran kerja mek. Kadang boss atau pegawai yang berurusan mengalami tekanan emosi so tempiasnya akan terkena juga pada kita selaku orang bawahan. Jadi bagi mek, emosi perlu dikawal dengan sebaiknya. Jangan kerana mood kau swing, dengan aku sekali kena swing dengan kau. Tiada siapa ke tempat kerja bersedia untuk dimarahi. Working space dalam keadaan marah tidak akan memberi hasil yang baik. Orang sakit hati, buat kerja dalam terpaksa sama dengan tak happy at the end. So, kawal emosi sebaiknya.

#4 Keperluan kad kredit. Ini mek bincangkan isu perbankan yang mana pro and cons jika ada sekeping kad kredit. Kad kredit pada dasar nampak elok jika korang menggunakannya dengan penuh disiplin dan pandai congak kira untuk melunaskan. Tapi kad kredit juga boleh menjerat diri korang jika tidak disiplin, mengikut hawa nafsu untuk membeli. Untuk diri mek sendiri, mek sukakan debit. Mek tak suka gaji mek dipotong. Mek tak suka akaun bank mek susut dengan potongan yang mek tak nampak apa faedahnya. Untuk setakat ini, potongan gaji mek hanyalah dua perkara iaitu pembiayaan kenderaan dan pembiayaan ASB.

#5 Scam melalui TAC. Ini banyak sangat yang mek terima aduan semenjak tiga bulan sebelum penutup 2019. Mek tak tahu lah kenapa mudah sangat korang percaya yang mereka daftar nombor phone yang salah sedangkan nombor phone tu kena berdaftar dengan pihak bank so baru valid untuk dapatkan TAC. Scam ni pelbagai cara. Salah satunya melalui cara ni. Mek harap korang tak mudah percaya dengan pujuk rayu mereka untuk dapatkan nombor TAC. Sayang weih duit korang simpan dah lama mereka senang ambil duit tu. Pihak bank memang tak bertanggungjawab lah di atas kehilangan dengan scam begini.

#6 Declaration of banker and blogger. Ada yang personal mek kerja apa sebenarnya. Dah resign daripada kerja bank ke sebab nampak IG dengan FB asyik cerita pasal blog sahaja. Mek sebenarnya banyak nak share ilmu perbankan dengan korang. Then come out lah dengan every selang tiga hari mek buat perkongsian di IG dan FB tentang perbankan. Tapi bila menulis di sana mek tak puas. Caption pendek (150 words je yang lepas) so nak tak nak mek go back to blog jugak untuk jelaskan tentang cerita perbankan. Korang follow blog mek je lah ye untuk tahu cerita blog and bank.

#7 Perlaksaan carseat. Ini mek ulas ikut pandangan mek juga. Pandangan mek, jika ukur pada diri mek sendiri, memang mampu dan memang boleh pasang dua carseat untuk anak mek dalam kereta Myvi. Cuma ini luahan bagi mereka yang anak ramai tapi kena kuatkuasa carseat untuk setiap perjalanan. Renyah wei. In term of keselamatan memang betul sangat. Mek sokong. Tapi kerajaan kena fikir banyak lagi aspek keselamatan lain selain daripada perlaksanaan carseat. Jalan raya tu banyak lagi kot kena jaga daripada internal side ni. Mek nampak 60% untuk keuntungan kerajaan, 40% untuk keselamatan pengguna.

#8 Control your anger. Ini pun sama mek kongsikan bagaimana nak kawal kemarahan dalam diri. Kita semua ni ada tahap garang masing-masing. Mek akui memang mek garang. Cepat nak hot. Banyak cerita yang mek blown di kedai makan sehingga berlakunya insiden tendang menendang kerusi. Nasib baik meja je yang tak terangkat. Memang bad weih attitude macam tu. So, kalau marah jangan cuba untuk tambah api marah diri sendiri. Cuba rilex. Buat keputusan rasional. Contohnya, perut lapar, makanan lambat sampai, boleh tanya dulu, kalau lambat lagi boleh terus blah, tak perlu tendang kerusi. Maka, jagalah emosi supaya akal waras.

#9 Tips temuduga. Di bank, kadang-kadang mek terlibat juga dengan jaga budak interview. Dah 5 tahun mek kerja di sana, dah beberapa kali mek jaga interview dan masalah hampir sama. Calon tak ready sepenuhnya. Dokumentasi, preparation ke atas diri sendiri dan juga pengetahuan untuk jawatan yang dimohon. Mek pun tak pandai juga nak educate orang supaya mereka at least 90% ready untuk interview. Cuma harapkan korang sebelum datang interview tolong lah tengok pinterest etika berpakaian, tengok website company tu, kalau ada kenalan boleh juga bertanya dan paling penting, dokumen susun lah cara dewasa, bukan cara budak sekolah rendah susun folio mereka.

Penutup

Panjang jugak explaination the best nine 2019 mekayunieramli ye. Korang ada entry the best nine tak? Kalau ada drop link diruangan komen so boleh mek tengok explaination korang pulak. Setiap gambar kita ada cerita masing-masing, kan. Harap cerita dan gambar kita dapat beri manfaat kepada orang lain juga. Lagi bagus kalau dapat dijadikan sebagai inspirasi dan sumber pahala juga kepada kita tukang post ni. Sama-sama dapat pahala dan ganjaran yang setimpal. Paling penting, spread the loves, no hates.

Sekian ..