SALES 10.10 JOM SERBU PG MALL !

 Assalamualaikum untuk sahabat blogger mek sekalian ..


Lamanya tak menulis kat sini ye. Banyak menulis di sosial media aje sekarang ni. Tapi medium blog tetap akan menjadi rujukan bila memerlukan sesuatu info. Setuju? Angkat tangan masing-masing tanda sokongan. Hehe. 


Oktober dah pun menjengah. Pandemik Covid-19 ni dilihat semakin merunsingkan. Dengan angka-angka yang disiarkan setiap hari, uihh terasa gerun untuk berada di tempat awam. Mek di Kelantan ni pun walaupun kes tidak begitu banyak namun bahang bahaya tu tetap terasa. Yelah, virus - satu elemen yang tidak nampak di mata kasar. Tambah pulak virus yang menyerang tu mengganggu banyak sistem dalam tubuh badan. Kalau boleh, tak nak terjangkiti atau dijangkiti. 


Tapi, pandemic Covid-19 bukan penghalang untuk kita membantu ekonomi negara. Hehe. Sales Oktober 10.10 ni tetap kena grab the chance juga. Membeli dalam berjimat disamping membantu ekonomi negara. Kan? Cuma, dengan norma baharu ni, kita dah boleh shopping dari rumah sahaja. Tekan-tekan, bayar - barangan sampai di door step masing-masing. Jimat masa dan tenaga kan?



Sales 10.10 ni memang banyak tapi paling mek tertarik adalah di PG Mall. Apa itu PG Mall? PG Mall ni adalah salah satu e-commerce yang fully drive di Malaysia. Haa, jangan tak tahu yang Malaysia dah ada e-commerce sendiri. Selaku rakyat Malaysia, kita kena lah support, kan? #kitajagakita . Tambah pula, PG Mall ada aplikasi yang korang boleh download dari apps store masing-masing. Tentunya apps PG Mall ini akan memudahkan lagi untuk kita membuat pesanan. Tekan tekan je dah sampai. Tapi bukan kerana itu sahaja kita patut membeli-belah di PG Mall. Berikut mek akan ceritakan the BIG WHY kita kena terjah PG Mall for 10.10 sales.


RM20 & RM30 OFF UNTUK PEMBELIAN BARANGAN MALAYSIA 

Dengan slogan 'barang kita barang baik' - PG Mall nak pupuk semangat kita untuk membeli barangan Malaysia. Haa, korang tahu ke tak apa barangan buatan Malaysia tu? Mek yakin kita tak lah seteruk yang disangka, kan? Di PG Mall barang keperluan harian juga disediakan untuk korang beli secara atas talian. Sementara ada baucer untuk digunakan ni, jom lah kita grab the chance ! Banyak juga yang kita dapat jimatkan perbelanjaan jika guna baucer pembelian ni. Sekurang-kurangnya kita dapat penuh rak dapur kita dengan barang keperluan di saat ekonomi tidak menentu ini. Kod baucer adalah seperti yang tertera di dalam gambar di atas.


RM110 OFF UNTUK BARANGAN PERMATA 

Ini ! Ini ! My GOODNESS ! Perempuan memang takkan terpisah lah dengan barangan perhiasan diri. Sales 10.10 ni adalah peluang terbaik korang nak reward diri atau nak beli hadiah birthday diri sendiri, isteri, tunang bahkan kawan. Jimat sangat dengan potongan RM110 ! Tawaran ini hanya sah di PG Mall Aurora, khusus untuk mereka yang inginkan barangan permata seperti swarozski. Korang jangan risau dengan penghantaran. PG Mall akan pastikan barangan korang pesan sampai ke tangan korang dengan selamat.


UPAH SERENDAH RM10 UNTUK BARANGAN EMAS 


Ini juga ! Sorry lah kalau mek terlebih excited dengan tawaran PG Mall ini. Yang mana follow tentang emas, korang tahu lah kan upah untuk satu satu barangan emas. Bila dapat upah serendah RM10 weih siapa tak nak. Kalau siapa yang tolak dia memang rugi. Tawaran ini juga sah laku di PG Mall Jewel sahaja. Masuk je apps PG Mall nanti korang pilih JEWEL and tengok yang 10.10 sales. Kat situ rambang mata nak pilih. Sekali lagi kita reward diri kita yang selama ini dah berpenat lelah berkerja. Hehe, yang ada suami / tunang boleh juga minta mereka hadiahkan kepada suri hati sebagai tanda kenangan sales 10.10 2020. Hehe.



SPECIAL PRICE UNTUK PENGUMPUL GOLD BAR 

Rata-rata mek follow FB sekarang, ramai yang minat simpan Gold Bar sebagai saving. Katanya keuntungan yang diperolehi melebihi kadar dividen yang ditawarkan oleh organisasi yang terlibat. Kalau ikutkan pengiraan mek, ada betulnya. Lagipun Gold Bar korang boleh simpan dalam bentuk fizikal. Senang untuk dicairkan. Biasa kalau tengok movie barat, Gold Bar is King for them. Untuk korang yang baru nak berjinak dengan Gold Bar, boleh buka apps PG Mall untuk tengok tawaran yang menarik. Korang boleh beli bermula 1g ke atas. Yang nak tambah pelaburan Gold Bar, sales 10.10 ini juga adalah peluang untuk korang. Ambik peluang ketika murah ni. Lambat nanti terlepas.

Menarik tak tawaran yang ditawarkan oleh PG Mall? Mek dah siap siap download apps PG Mall, bersedia duit dalam akaun nak membeli belah di PG Mall. Disamping beli barang keperluan dapur, mek Draf PG Mall – mekyunie.com boleh reward diri sendiri juga. Hehe. Jom lah korang sama sama dengan mek penuhkan cart di PG Mall. Masuk je 10.10, kita ready to pay. Lets go ! 

Sekian ..

Info lanjut :

website : www.pgmall.my
Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia
Instagram : www.instagram.com/pgmall.my/
Telegram : PG MALL OFFICIAL https://t.me/pgmallofficial001

#PGMall #PGJewel #Aurora #PGGoldMuseum #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #PGMall4u #FreeShipping #1010sale



Inisiatif Pantri Komuniti AyamBersamaMu Tular di Kelantan!

Kota Bharu, 18 Jun 2020 – Walaupun sambutan Hari Raya tahun ini agak terjejas oleh wabak Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), kemurahan hati rakyat Malaysia telah meringankan beban golongan yang kurang bernasib baik menerusi inisiatif pantri #AyamBersamaMu di 13 buah komuniti.


Di Kelantan, Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan berganding bahu bersama Ayam Brand mengurus pantri komuniti setempat yang mengguna pakai konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’. Pantri kalis cuaca tersebut dibekalkan dengan barangan keperluan harian seperti bekalan produk Ayam Brand. Ia dipasang di luar kawasan halaman untuk membolehkan penjarakan sosial, dan terbuka kepada umum 24 jam.


Para petugas dan penduduk setempat berkongsi maklumat mengenai stok atau apa yang diperlukan dalam kumpulan komuniti menerusi media sosial dan aplikasi mesej. Usaha mereka telah menularkan inisiatif ini.


Para sukarelawan membalas jasa baik mereka dengan menyediakan hidangan masakan ala rumah terbuka menggunakan produk Ayam Brand™. Antaranya adalah seperti hidangan tradisional Roti Jala dengan kari sardin dan salad buah makaroni!



Nor Azlina turut menawarkan diri untuk memasak buat kanak-kanak sebagai sumbangan beliau kepada pantri komuniti tersebut.


“Terdapat banyak mesej dalam aplikasi WhatsApp secara berkumpulan oleh penduduk setempat berkenaan pantri makanan tersebut dan barangan yang diperlukan. Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan telah banyak membantu penduduk di sini. Menyediakan hidangan ala rumah terbuka buat mereka adalah sumbangan ikhlas saya. Saya ingin berikan yang terbaik buat mereka. Penggunaan santan, jagung manis, dan barli menjadikan penyediaan makanan lebih mudah. Kanak-kanak gemar Bubur Jagung Barli," jelas Nor Azlina.


“Saya berbangga dapat menyumbang terhadap inisiatif ini kerana ia menunjukkan semangat #KitaJagaKita yang telah membantu Malaysia mengharungi wabak Covid-19,” tambah beliau.


Desas-desus mengenai pantri komuniti AyamBersamaMu ini telah memperkenalkan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan kepada lebih ramai penduduk di sekitar daerah. Ini membawa kepada lebih banyak sumbangan buat pantri makanan, serta kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut.


“Komuniti kami berpakat untuk menerapkan semangat #KitaJagaKita dan menjadikan Hari Raya kali ini sesuatu yang akan dikenang. Orang ramai memaklumkan kepada golongan kurang bernasib baik tentang bantuan barangan keperluan yang ditawarkan di sini. Ramai juga yang menyumbang barang. Sukarelawan seperti Nor Azlina menyediakan hidangan lazat buat kanak-kanak. Apabila kita memberi dengan ikhlas, amal yang baik akan dibalas baik. Pantri #AyamBersamaMu telah menyatukan komuniti kami dan membina ikatan yang berkekalan. Kami sedia berkongsi dengan organisasi lain bagaimana untuk memulakan dan menguruskan pantri komuniti,” jelas pentadbir Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan, Puan Nor Fahsha Binti Abdul Aziz.


Sehingga kini lebih 5,000 produk Ayam Brand telah diambil dari pantri makanan di seluruh negara dan ribuan barangan lain telah disumbangkan oleh individu, syarikat dan NGO bagi membantu mereka yang dalam kesusahan.


“Orang ramai memberi reaksi berlainan terhadap pantri ini. Ada yang hanya mengambil barang pada lewat malam kerana berasa segan atau malu. Ada yang bertanya dahulu sebelum mengambil, dan ada pula yang ingin berborak dan berkongsi kesukaran yang mereka hadapi. Ada juga penderma rahsia yang meninggalkan barangan di dalam pantri, sementara yang lain berkongsi tujuan mereka memberi. Kita ada kanak-kanak yang memberi gula-gula untuk kanak-kanak lain. Para peniaga menghantar telur, beras dan minyak masak. Ibu bapa menghantar lampin, susu bayi dan mainan, malah baju raya yang baru. Kami hargai semuanya,” tambah beliau.


Projek pantri komuniti AyamBersamaMu kini mampu berdiri dengan sendiri setelah banyak permintaan untuk memulakan program yang sama diterima di lokasi lain, menurut Nathan Deverre, Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia.


“Respons terhadap pantri komuniti ini amat menggalakkan. Petugas Ayam Brand amat berbangga dengan inisiatif ini dan telah menguar-uarkannya agar lebih ramai dapat menerima bantuan dan lebih ramai menyumbang. Konsep ‘Ambil apa yang perlu, tinggal apa yang boleh’ ternyata diterima dalam kalangan masyarakat tempatan. Jenama Mission telah menyertai kami dalam inisiatif ini. Kami berharap jenama lain akan turut serta momentum baik ini dapat dikekalkan,” ujar Daverre.


Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal, menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 22,500 orang dari 538 buah organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.


Jadi sebahagian daripada gerakan untuk menerima dan menderma barang-barang keperluan pada musim Raya ini. Berikut adalah senarai lengkap lokasi-lokasi Pantri Komuniti Ayam Brand:


📌 KUALA LUMPUR: Anjung Singgah Lot 28-32 Jalan Hang Lekiu, 50100 Kuala Lumpur 

📌 PAHANG: Rumah Anak Yatim Dan Fakir Miskin Baitul Husna, Lot 132 Kampung Pelindung, 26100 Beserah, Kuantan 

📌 TERENGGANU: Rumah Kebajikan Anak-anak Yatim Al-Hijrah Lot 4972, Taman Alam Perdana Binjai, 24000 Kemaman 

📌 KELANTAN: Pusat Jagaan Pertubuhan Anak Yatim dan Asnaf Kelantan Lot 723 Seksyen 49, Mukim Langgar, 15000 Kota Bharu

📌 PERAK: Pertubuhan Baitul Aini Ipoh PT 232242, Jalan Kuala Pari Hilir, Kg. Kuala Pari Hilir, 30100 Ipoh

📌 PENANG: The Children's Protection Society No. 118-A, Jalan Scotland, 10450 Penang

📌 KEDAH: Pusat Jagaan Insan Kesayanganku No.852 Taman Mahsuri Jitra, 06000 Jasmina

📌 PERLIS: Pertubuhan Kebajikan dan Amal Rumah Teduh Perlis No. 45, Lorong Haroom Bunga, Jalan Sekolah Derma, 01000 Kangar

📌 NEGERI SEMBILAN: Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Istimewa Harapan Negeri Sembilan No. 43, Jalan TTJS 3/4, Taman Tuanku Jaafar, 71450 Sungai Siput, Seremban 

📌 JOHOR: Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Shafar, No 15, Jalan Limau, Kampung Pasir, Tampoi, 81200 Johor Bahru

📌 SELANGOR: Pusat Jagaan Rumah Kasih Nurul Hasanah No 1, Jalan Pimping Kanan, Ukay Height, 68000 Selangor

📌 SARAWAK: Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Nur Murni, No 22, Lot 1365, Lorong Field Force 8e, Taman Green Field, 93250 Kuching

📌 SABAH: Rumah Anak Kesayangan, No. 22, Lot 151, Jalan Mat Salleh, Taman Sempelang Sembulan, 88100 Kota Kinabalu

 

Untuk maklumat lebih lanjut mengenail inisiatif pantri komuniti #AyamWithYou, layari: https://www.ayambrand.com.my

WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE!


WOW, MENANG RM3,000 DUIT RAYA BERSAMA SOFEAROSE!


Jom hilangkan rasa bosan sepanjang tempoh #dudukrumah dengan peluang memenangi RM500 untuk 6 bulan dari SofeaRose ni! Fuh, macam keluarkan duit KWSP dah, dapat RM500 untuk 6 bulan berturut-turut, RM3,000 kalau dijumlahkan!

Jenama hijab dan pakaian muslimah trendy, SofeaRose sememangnya sudah tidak asing dalam kalangan si pecinta fesyen. Tidak pernah culas mengambil berat tentang perkembangan kaum wanita khususnya, SofeaRose sentiasa mahu memberikan yang terbaik buat semua peminat-peminatnya dan sebab itu, hari ini mereka ingin berkongsikan RM3,000 ini bersama anda. Macam-macam boleh kita beli dengan RM3,000 kan?

Dengar je cerita pasal menang wang tunai ni dah membuatkan bibir anda mengukir senyuman kan? Hehe. Menerusi program #duitrayaSofeaRose, SofeaRose ingin mencari seorang pemenang untuk menerima duit raya sebanyak RM500 selama 6 bulan, ya RM3,000!

Caranya mudah, anda hanya perlu membuat pembelian minima sebanyak RM109 melalui :

1) Website www.sofearose.com ;

2) Facebook @sofearose ;

3) Instagram @sofearose_hq ;

4) Agent / Dropship SofeaRose yang berdaftar

Yang bestnya, anda akan mendapat dua penyertaan kalau anda menjadi pembeli terawal. Dua penyertaan bermaksud dua kali ganda peluang untuk menang RM3,000! Wow!


Untuk menunjukkan ketelusan kepada pemenang, pemenang akan dipilih secara LIVE di Facebook & Instagram mereka. RM500 akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank anda setiap 5hb selama enam bulan berturut-turut.





Bagi yang baru mendengar jenama SofeaRose ini, mereka mula mencipta nama pada 2014 dan aktif dengan gaya Art To Wear yang digayakan di pentas antarabangsa seperti London pada 2016 dan Madrid pada 2017. Setelah itu, empayar SofeaRose terus melebar dengan terpatrinya SofeaRose x Erra Fazira melalui pelancaran The Primadona series. Tahun ini, sekali lagi SofeaRose mencipta nama di dalam pentas seni menerusi SofeaRose x Diana Danielle Grandeur Raya 2020 dengan menampilkan 40 pilihan koleksi raya bergaya mewah namun pada harga mampu milik kerana, bagi Sofearose hanya satu, Kemewahan Milik Semua.





Baru-baru ini SofeaRose terkesan dengan cerita keluarga yang kurang berkemampuan kerana pandemic COVID19 ini dan lantas melancarkan Tabung COVID19 SofeaRose dengan menggunakan 5% hasil jualan kepada keluarga yang kurang bernasib baik. Tambahan lagi, SofeaRose juga membubarkan yuran pendaftaran sebagai dropship untuk membantu mereka yang terkesan dari Covid19 untuk mencari pendapatan sampingan.

Jom kita sama-sama support jenama SofeaRose, boleh menang wang tunai RM3,000 sambil bersedekah kepada mereka yang memerlukan DAN paling penting, dapat produk yang best sangat sangat! 

Nak lagi best? Gunakan COUPON CODE : YUNI10 ini semasa membuat pembelian di website untuk mendapat discount sebanyak 10% untuk baju raya. Coupon code khas untuk pembaca di blog mekyunie.com .Okay, sampai sini sahaja. Assalamualaikum!

NAK RM20K TEKA PERISA PRINGLES NI


NAK RM20K? TEKA PERISA PRINGLES NI | Wah, musim pergerakan kawalan ni masih ada yang baik hati nak bagi RM20K? Kalau lah dapat, bestnya buat preparation raya. Pendek kata, sepanjang puasa dan raya ni dah tak perlu gusar dengan nilaian untuk persiapan. Tahu sajalah kan, nak raya belanja besar juga. Peluang untuk dapatkan ‘duit besar’ ini tidak seharusnya kita lepaskan.
  

 PRINGLES satu jenama snek atau mek lebih kenali sebagai potato chips yang dah lama berada di pasaran. Seingat mek, mummy suka belikan PRINGLES sebab ianya di-pack di dalam tin. So kalau anak-anak makan, ianya tidak mudah untuk tumpah. Paling mek suka adalah tin berwarna merah iaitu original. Masin-masin sikit tu buat mek rasa syok sangat untuk having snaking time dan ianya diteruskan sehingga ke hari ini.


DAPATKAN PRINGLES TIN BERWARNA PUTIH | Untuk tambahkan lagi keseronokan pada snacking time korang dan anak-anak atau kawan-kawan, PRINGLES muncul dengan satu perisa misteri dan tugas korang adalah untuk menekanya pada bite yang pertama sehinggalah akhir. Untuk meneka perisa apa, korang perlulah membeli PRINGLES TIN BERWARNA PUTIH dan tin ini adalah limited time only.


SYARAT DAN CARA SERTAI TEKA PERISA MISTERI PRINGLES | Untuk dapat RM20K ni tak lah susah sangat tapi korang kena lah berusaha sikit untuk dapatkan PRINGLES TIN BERWARNA PUTIH tu di hypermart, kedai serbeneka atau di laman e-dagang seperti Shopee atau Lazda (nanti mek senaraikan link kat bawah). Rasanya in point form lagi senang nak faham, kan? So nah step by step untuk sertai PRINGLES TEKA PERISA MISTERI :


~Dapatkan PRINGLES TIN BERWARNA PUTIH di shopee atau di mana-mana kedai runcit atau hypermart yang berdekatan dengan korang. Tekan LINK SHOPEE PRINGLES TINPUTIH DI SINI

~Resit pembelian jangan di buang. Korang SCAN DAN UPLOAD di www.pringles.com kalau dah beli thru shopee, korang screenshot aje maklumat pembayaran tu nanti di website PRINGLES.





~Dah siap upload, korang teka lah perisa mana yang korang rasa dengan PRINGLES TIN PUTIH. Contoh : KEJU MASAM atau ORIGINAL atau PEDAS BERAPI. Itu contoh eyh. Jangan korang copy sini pulak.

~Satu lagi daya kreativiti yang PRINGLES ingin cungkilkan daripada korang adalah HURAIAN MISTERI KEGEMARAN korang dalam 25 patah perkataan sahaja. Contoh : kegemaran misteri saya adalah original kerana saya sukakan rasa yang minimalis untuk snacking time saya. Minimalis is original. Haa, itu contoh ye. Jangan tiru jugak yang tu kang tak memasal semua sama je.

~Siap !


DAPATKAN KLU DI FACEBOOK PRINGLES | Sebelum korang beli tu, mek nak bagitahu awal-awal yang perisa korang nak teka tu sebenarnya ada klu. Walaubagaimana pun, deria rasa lidah amat diperlukan bagi menyahut challenge ini. Klu yang diberikan itu hanya sekadar untuk memperkukuhkan lagi apa yang korang teka. Jadi, korang perlu dapatkan klu tersebut di facebook.com/pringlesmalaysia .Setiap dua minggu akan keluar satu klu. Semua klu ada empat. So jangan risau, kalau korang dah terlepas klu pertama, korang boleh skrol di FB PAGE PRINGLES.


RM20K tu mungkin milik korang. Sekurang-kurangnya kita mencuba untuk dapatkan daripada tak mencuba lansung. Plus, kalau korang mencuba at least dapat juga merasa PRINGLES TIN PUTIH ini sebab keluaran ini adalah tempoh yang terhad. End on 30th April 2020. Jadi, jom lah cuba dan menang RM20K !

Sekian ..

AMZAR TURNS 3 YEARS OLD


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek dan juga pembaca yang lain. Semoga kita berada dalam kesejahteraan dan lindungan Allah taala.

AMZAR TURNS 3 YEARS OLD | Pejam celik dah pun masuk 2020 dan lebih 59 hari sudah kita lalui. Dan 08 Mac 2020 merupakan tarikh yang menjadikan Ammar Amzar genap 3 tahun berada di dunia ini. Kalau diingatkan balik semasa mengetahui mengandungkan Amzar, memang mek sedih dan kalau boleh tak nak pun lahirkan dia. Pendek cerita, tak ready secara emosi dan fizikal untuk ada anak dua orang ketika itu.

Tapi seperti yang kita ketahui, perancangan Allah taala adalah yang terbaik. Pahit untuk kita ketika itu tapi manisnya nanti Allah datangkan juga. Alhamdulillah mek dapat Amani dan Amzar dalam hidup mek. Kalau korang tanya, nak tambah lagi ke tak, jawapan daripada mek adalah tidak. Sekali lagi mek menggunakan alasan tidak bersedia secara mental dan fizikal. Tapi jika ter-mengandung sekali lagi seperti Amzar, mek akan redha.

SAMBUTAN HARI LAHIR AMZAR YANG KETIGA | Mek bukanlah seorang yang well planned pun sebenarnya. Bukan jenis yang terperinci itu dan ini. Cuma, kebetulan ketika itu (around Oktober or November 2019) ada tiket murah dari Air Asia. Jadi, mek pun grab lah tiket flight ke Kuala Lumpur untuk sambut birthday Amzar yang ketiga. Sebelum ini hanya sambut di rumah sahaja. Untuk ada kenangan yang lebih, maka terjadilah travel ini.

KE NOGORI SEMBILAN BUAT PERTAMA KALI | Memandangkan mek stay di Cyberjaya, maka luas lah pulak langkahan mek ke Seremban buat pertama kali dalam hidup mek. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 45 minit maka mek rasakan tidak begitu jauh dan penat untuk makan kek di Negeri Sembilan walaupun pada dasarnya Amzar tak tahu di mana pun birthday dia disambut. Yang dia tahu ada kek sepotong di depannya.






SINGGAH SEBENTAR DI PUTRAJAYA | Sebelum bertolak ke Negeri Sembilan, mek ambil kesempatan singgah di Putrajaya. Walaupun dah banyak kali sangat ke Putrajaya namun kali ini rasanya lain sedikit memandangkan pimpinan kerajaan telah bertukar tangan. Kemelut politik di Malaysia ditambah pula dengan penularan virus Covid-19 sememangnya menjadi perhatian dunia juga. Dan mek amat bersyukur kerana kali ini YDP Agong menjadi tonggak utama rakyat untuk pemilihan kerajaan baharu untuk terajui Malaysia. Diharapkan dengan pimpinan baru ini Malaysia akan bertambah makmur dan sejahtera. Tak mintak rakyat kaya pun, mintak rakyat sejahtera, harmoni, cukup makan, tak merempat, tak terabai – itu dah memadai.


FIRST PIT STOP HAJI SHARIFF CENDOL | Mek sampai di Seremban around 12.00 tengahari and cuaca memang fuhhh panas lit lit (kalau kelantanese we call panas ceng ceng). Ke Seremban memang tak plan nak pergi mana pun. Bila maps nak ke Istana Seri Menanti, mak aihh dalam 42 minit dari Seremban. Terus cancel. So singgah la dulu pekena cendol yang rating tinggi di google maps iaitu HAJI SHARIFF CENDOL. Kat sini ada jugak rojak mee, rojak ayam untuk makan-makan sambil menikmati cendol. Untuk mek yang Kelantanese ni, cendol di sini dapat empat bintang berbanding CENDOL ABANG RANTAU PANJANG. Itu lagi pekat dia punya air gula melaka. Apa-apa pun, berbaloi untuk mencuba cendol Seremban. MAPS KEHAJI SHARIFF CENDOL.

ZUHRI DI MASJID SEREMBAN 2 | Dah masuk waktu Zohor so tuju lah dulu ke masjid untuk tunaikan kewajipan sambil rehat-rehat update story kat IG. Pilihan untuk ke sini adalah melalui google maps (of course mek rely on google maps 98% bila travel). Masjid ni memang mesra dengan semua jantina dan kanak-kanak dan juga warga emas serta warga kurang upaya. Mek bagi kenyataan begitu dengan justifikasi, masjid ni ada tandas khas untuk OKU, tempat salin pampers anak, and toilet bagi mereka yang bawa anak kecil macam Amani dan Amzar. So takde lah mak risau nak kencing kena tinggalkan anak diluar bilik air. Tempat wudhuk pulak memang terlindung, so aurat terjaga. Dewan solat lapang dan tenang dan paling mek suka takde barrier yang lebih-lebih untuk kita lihat imam di depan. Sebab ada masjid yang halangannya sampai terhalang pandangan sekali. So kalau perempuan nak berjemaah rasa macam was-was nak follow sebab tak nampak imam kat depan. Kalau ada yang nak buat masjid, boleh ambik design Masjid Seremban 2 ni. MAPS KE MASJID SEREMBAN 2


LUNCHEON CARA NISMILAN DI WARUNG SALAI | Bila dah selesai solat, tentunya masa untuk mengisi perut pulak. Dah sampai ke NOGORI SEMBILAN takkan tak cuba luncheon cara nismilan, kan? So bila google maps, rating yang tinggi adalah WARUNG SALAI di Seremban. Tak jauh sangat dari Seremban 2. WARUNG SALAI tempatnya memang cosy. Tak panas. Hidangan nismilan memang banyak. Yang mek rasa adalah KELI SALAI LEMAK CILI API, DAGING SALAI LEMAK CILI API, SUP KOSONG, TELUR DADAR. Semua yang mek rasa tu kena dengan selera mek. Pedas hujung lidah, sesuai untuk mek yang tak berapa nak makan pedas ni. Tapi untuk kanak-kanak memang tak boleh la kot sebab pedas tu terasa. Sup kosong dia betul-betul rasa sup, bukan sup yang betul-betul kosong (haa, faham tak). Sebab sesetengah kedai, memang diaorang dah prepare sup kosong instead sup daging, tapi ambil kuah je. WARUNG SALAI ni diaorang guna sup daging as sup kosong maka tak lah rasa kosong sangat sup nya tu. MAPS KE WARUNG SALAISEREMBAN.






HAYATI ADAT PEPATIH DI MUZIUM NEGERI | Dah siap makan, jom lah kenali pulak adat pepatih di NOGORI SEMBILAN ni. Muzium Negeri memang betul-betul tempat nak ambil gambar ala gaya (ikonik) NOGORI SEMBILAN. Untuk masuk ke sini, tiada caj tiket dikenakan. Boleh masuk secara percuma. Dalam museum ada lah sedikit sebanyak info macam mana NOGORI SEMBILAN dibuka. Kaitan mereka dengan MELAKA. Zaman pra sejarah mereka. Dan paling penting macacm mana mereka boleh pegang ADAT PEPATIH sehingga kini. Dulu mek pun tak berapa setuju dengan adat mereka yang berat pada sebelah perempuan (yang berlainan dengan Islam) tapi bila dah baca dan faham so baru lah mengerti how ADAT PEPATIH goes. So korang pun boleh lah jejak museum ye untuk info info negeri setempat. MAPS KEMUZIUM NEGERI SEMBILAN.




HAPPY BIRTHDAY AMZAR DI SECRET RECIPE AEON SEREMBAN 2 | Lepas dah settle semua baru lah nak sambut birthday Amzar. Sambut dengan sepotong kek di Secret Recipe je pun. Simbolik birthday. Memandangkan hari hujan (petang tu hujan) maka haruslah mencari Secret Recipe yang berada di dalam mall supaya senang nak turun kereta. Pada awalnya nak beli slice kek di Family Mart sahaja tapi bila tengok pilihan kek yang ada memang tak berapa nak umpph sangat so bertukar semula ke Secret Recipe. Dan ya, ini lah simple celebration birthday Amzar yang ketiga tahun. MAPS KE AEON SEREMBAN 2.

BIRTHDAY WISH UNTUK AMZAR | My Dear Sikibang, dah 3 tahun anak mummy. Cepat juga abang membesar, seiring dengan mummy meningkat usia tua. Mati tak kenal usia. Mungkin mummy pergi dulu, mungkin abang yang pergi dulu. Cuma siapa pun pergi dulu, insyaAllah mummy akan persiapkan yang terbaik untuk kita di akhirat sana. Dan itu lah amanah yang mummy selalu ingat walaupun kadang mulut laju je marah abang itu dan ini. Semoga kita semua boleh masuk syurga bersama-sama. Di dunia boleh bahagia bersama-sama. Dan semoga kita boleh celeb birthday antara satu sama lain bersama-sama juga. Mummy love you sikibang. Terus jadi budak baik okei.


Sekian ..

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO | Seorang perempuan walaupun bertudung, tetap rambutnya itu menjadi mahkota kepada diri mereka sendiri. Walaupun tidak menjadi ‘tayangan’ kepada suami tetap nak rambut yang sihat dan cantik bagi kepuasan diri sendiri. Mek sendiri pun macam tu. Seharian bertudung, bila buku tudung je nak juga lihat rambut yang sihat dan cantik. Kepuasan diri sendiri.

Penjagaan rambut bukanlah mudah tapi tidak juga rumit untuk mendapatkan rambut yang sihat. Asas bagi penjagaan rambut adalah bermula daripada SHAMPOO yang kita gunakan. Jika sesuai, maka sihatlah rambut kita. Jika tidak, memang akan mendapat masalah rambut yang gugur, kulit kepala yang berkerak dengan kelemumur. Paling teruk bila sebum / silicon pada kulit kepala terhasil secara berlebihan sehingga boleh menyebabkan bau yang kurang menyenangkan.


Usah risau lagi sekarang, dengan adanya SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO semua masalah tadi akan hilang. Dengan beberapa formulasi yang bakal menyihatkan rambut korang, mek percaya penjagaan rambut korang akan menjadi lebih mudah dengan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO. Berikut mek akan senaraikan formulasi dan tindakan mereka terhadap rambut kita. Senang bila tahu fungsian shampoo. Baru lah tak over claim, kan?


100% BOTANICAL ACTIVES | Dengan bantuan BOTANICAL ACTIVES, SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO mampu untuk bersihkan rambut dan juga kulit kepala korang. Bahkan dengan penggunaan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO secara berterusan mampu untuk mengelakkan korang daripada mengalami masalah kulit kepala seperti kelemumur yang teruk sehinggakan menimbulkan bau kepam bagi kita yang bertudung. Bila dah kepam memang akan buat diri kita jadi low confident untuk berdepan dengan orang ramai. Jangan biarkan masalah ini berlarutan ye.



HABBATUS SAUDA & ARGAN OIL | Produk keluaran SAFI tidak pernah terlepas dengan formulasi HABBATUS SAUDA & ARGAN OIL kerana mereka percaya dua gabungan ini tidak pernah mengecewakan pengguna SAFI dan terbukti secara klinikal dan kepada orang ramai juga tentang kehebatan gabungan ini. Seperti yang kita ketahui, HABBATUS SAUDA & ARGAN OIL mampu untuk melicinkan rambut, menguatkan akar rambut serta membuatkan rambut lebih ringan, beralun dengan lembut dan bersinar sihat bila rambut kita dilepaskan. So cantik ! Seperti yang mek katakan tadi, kepuasan itu untuk diri sendiri. Tiada perempuan yang sanggup untuk lihat rambutnya bila keluar dari tudung mengerbang bak singa.

ZERO PARABEN | Paraben ini walaupun tiada bukti khusus boleh membahayakan kesihatan pengguna akan tetapi pendekatan untuk tiada paraben lansung dalam penggunaan sabun dan kosmetik adalah lebih baik dan digalakkan. PARABEN dipercayai mampu untuk mengaktifkan sel-sel kanser dengan penggunaan yang kerap. Disebabkan itu, banyak produk untuk tidak menggunakan PARABEN dikhuatiri akan menjadi punca untuk sel kanser pada individu itu aktif. Ingat, produk yang ZERO PARABEN adalah produk yang mengambil berat tentang penggunanya.

TESTIMONIAL MEK SENDIRI | Selama seminggu mek mencuba SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO sebelum mek karangkan entry ini untuk korang. Haruslah mencuba sebelum memberi pandangan, pendapat, ulasan tentang sesuatu produk, kan? Hasil yang mek dapati daripada SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini adalah rambut mek TIDAK LAGI BERBAU KEPAM bila dilitupi dengan tudung hampir 10 jam lamanya. Jujurnya, sebelum ini memang rambut mek agak berbau dan di inner tudung juga akan berbau bila kita buka tudung. Bau rambut basah yang belum kering dan dibungkus dengan tudung. Kepam, kan? Dengan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini tidak lagi berlaku perkara tersebut. Bermakna, rambut mek benar-benar bersih dan juga tiada sebum yang mampu membaukan rambut mek. Antara lain yang mek perasan adalah KELEMBUTAN RAMBUT ketika kita merapikan rambut. Tiada lagi rasa rambut ‘terlalu kering’. Korang mesti fahamkan bila rambut terasa terlampau kering, seolah-olah rambut bertukar menjadi bihun. Namun dengan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ini tidak terjadi lagi rambut seperti bihun. Alhamdulillah.


BELI DI WATSONS / GUARDIAN |Sebab mek tak nak rasai kehebatan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO ni sorang-sorang so mek nak cadangkan kepada korang untuk dapatkan SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO di WATSONS / GUARDIAN yang berdekatan dengan korang. Atau korang boleh beli online DI SINI sahaja. Harga untuk satu SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO adalah RM22 dengan berat 480g. Berapa bulan tahan itu bergantung dengan penggunaan korang, bergantung juga dengan panjang dan pendek rambut korang. Namun manfaat yang kita terima adalah sama iaitu, RAMBUT SIHAT, LICIN, BERMAYA DENGAN SAFI SHAYLA BOTANICAL SILK SHAMPOO.

Lets cantik, yakin dan wangi sama-sama !

Sekian ..

NURSING KURUNG FOR RAYA 2020


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek dan tak lupa juga kepada pembaca entry ini. Semoga dirahmati dan diberkati oleh Allah swt ..

NURSING KURUNG FOR RAYA 2020 | Terlalu awal ke untuk korang membaca posting BAJU RAYA pada Mac 2020? Bagi mek, tidak terlalu awal kerana pada April 2020 kita dah boleh mula untuk siapkan diri dengan persiapan Ramadhan dan Syawal 1441H. Untuk masa sekarang dah boleh start survey mana yang bakal menjadi pilihan nanti. Tambahan lagi jika korang sedang berbadan dua, haruslah juga mencari satu outfit raya yang sesuai dan selesa untuk korang jalani sambutan Hari Raya dengan tenang sebelum deliver.


BUNGASUNTI satu jenama NURSING KURUNG / BLOUSE atau MATERNITY KURUNG / BLOUSE yang dipercayai ramai. Mek mula berkenalan dengan BUNGASUNTI bila mek mula menyusukan Amzar (anak kedua mek) sekitar 2017. NURSING BLOUSE yang ada diluar sana tidak begitu menarik minat mek untuk gayakan kerana tidak begitu ‘terletak’ di badan mek. Kiranya, NURSING BLOUSE yang sekadar untuk bagi anak susu. Tak menarik dan tidak bergaya (mungkin tak kena dengan selera mek yang sukakan minimalis).


BUNGASUNTI menjadi pilihan mek kerana kualiti yang diberikan serta ukuran yang terletak elok pada mek. Bila pakai nampak cantik dan paling penting mek rasa selesa sepanjang pemakaian NURSING BLOUSE daripada BUNGASUNTI. Korang yang menyusukan anak mesti faham apa maksud selesa yang mek katakana itu. Selesa dan terlindung daripada mata-mata bahaya. Paling penting kita sendiri tak stress untuk menyusu anak di mana-mana tempat.

Untuk RAYA 2020 ni, BUNGASUNTI memperkenalkan TALIYA KURUNG sebagai salah satu MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020 yang sesuai untuk ibu-ibu mengandung dan juga ibu-ibu yang menyusu pada Aidilfiitri 1441H. Mek yang dah selesai menyusu ni pun geram dengan MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020 by BUNGASUNTI ni. Sempat mek grab satu untuk tunjukkan pada korang supaya korang juga ada satu koleksi ni. Jom berkenalan dengan TALIYA KURUNG  :


MATERIAL KOREAN LYCRA | Mek tahu tak ramai yang tahu sangat tentang kain ni kan. Jenis KOREAN LYCRA ni adalah tidak panas dan tidak melekat pada tubuh. Sebab biasa dengar je lycra so bayangan adalah kain yang melekat pada susuk tubuh, kan? Sepanjang mek kenakan TALIYA KURUNG, keselesaan itu dapat dirasai. Mek pakai TALIYA KURUNG semasa outing weekend lepas. Mek ke AEON Mall untuk groceries shopping. Sepanjang itu mek selesa untuk tunduk atau bangun mengambil daripada rak. Dan selesa juga untuk mengejar anak yang berlari-lari dalam AEON Mall. TALIYA KURUNG ni jenis kurung yang berkain duyung. So langkahan dapat diluaskan sikit untuk mengejar anak disamping nampak keayuan bila ber-ootd.


IRONLESS |Ini paling ibu-ibu suka, kan? Yang belum kahwin pun rasanya suka jenis material yang IRONLESS ni. Mana taknya, balik kampung lipat elok-elok dalam beg, keluarkan boleh pakai terus tak perlu nak berebut iron dengan yang lain. Jimat masa untuk bersiap. Dah jadi ibu, masa setengah jam yang diperuntukkan bukan sahaja untuk diri sendiri malah untuk anak sekali. Yang mana boleh jimatkan masa, elok lah digunakan dengan sebaiknya. IRONLESS ni terbukti bila mek dapat bungkusan daripada BUNGASUNTI melalui kurier. Balik rumah terus buka plastic untuk basuhkan TALIYA KURUNG sebelum pakai. Masa tu dah tengok, oh tak berkedut. Kemudian basuh dan jemur. Ambil dari ampaian, terus nak pakai untuk outing. Sekali lagi mek tengok tiada tempat perlu di-iron-kan. S







AVAILABLE IN 6 DESIGN | Kali ni BUNGASUNTI keluarkan TALIYA KURUNG dengan enam variasi pilihan warna dan corak untuk sesuaikan dengan mood ibu-ibu. Senang lah nanti korang nak matching dengan baju melayu suami mithali. Di pakai pula bersama bawal plain atau shawl plain atau bokitta plain, memang naik seri ibu di pagi Aidilfitri. TALIYA KURUNG ni pun sesuai untuk korang pakai ketika menghadiri majlis perkahwinan atau open house sahabat handai dan saudara-mara. Mek yakin korang akan nampak cantik bila bergambar nanti. Jadikan setiap Aidilfitri itu satu kenangan yang manis (raya setahun sekali sahaja, belum tentu dapat jumpa raya tahun seterusnya).


SIZE FROM S TO XXL | Best part jugak untuk TALIYA KURUNG ni ada lima size untuk kita semua. Yang mek pakai adalah S. Sedang elok sangat dengan badan mek. Tapi kalau nak a bit loose boleh ambik M. Jika korang sedang pregnant, mek sarankan yang empat bulan ke bawah sahaja sebab bila terlalu besar, nanti nampak tak sesuai pula. Bagi mek, bila perut dah besar lebih selesa jika kenakan MATERNITY BLOUSE. Jangan risau, upcoming nanti BUNGASUNTI akan keluarkan lagi untuk MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020.


PRICE RM99 | Untuk harga satu KURUNG TALIYA adalah RM99. Pun begitu mek difahamkan yang harga ini adalah LIMITED TIME only. Sementara masih lagi harga mampu milik ini, eloklah kalau korang grab untuk MATERNITY KOLEKSI RAYA 2020. Prepare awal-awal supaya dekat nak raya nanti tak kalut nak kena settle baju raya. Tahu sajalah emosi nak beraya ni macam-macam lagi nak kena handle. Tambah lagi kalau satu keluarga nak kena settle dalam tempoh yang singkat. Mahu kelaut emosi mama.

BUY ONLINE | Untuk dapatkan TALIYA KURUNG atau MATERNITY BLOUSE daripada BUNGASUNTI korang boleh TEKAN SINI untuk pembelian secara online. Jika korang nak tengok lain-lain koleksi daripada BUNGASUNTI boleh KLIK SINI UNTUK IG dan KLIK SINI UNTUK FB. Korang yang berdekatan dengan butik BUNGASUNTI boleh juga walk in di Bandar Setia Alam, Shah Alam, Selangor. Atau KLIK SINI sahaja untuk maps ke butik BUNGASUNTI.

Jangan lambat-lambat prepare hal raya, puasa nanti boleh focus ibadah lebih sikit daripada tahun sebelum ni, insyaAllah.

Sekian ..