Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry mek ..
Red
Run Tour Kelantan 2019. Sepatutnya Red Run Tour Kelantan 2019 ini dilansungkan
pada 19 Oktober 2019 tapi apakan daya, perancangan Allah itu lebih baik.
Kelantan berada di dalam keadaan berkabung pada tarikh tersebut maka Red Run
Tour Kelantan 2019 dianjak ke tarikh baru iaitu 30 November 2019. Mek dan
spouse antara yang ternanti-nanti Red Run Tour Kelantan 2019 kerana ini adalah
Fun Run pertama kami.
Trek
asal juga diubah dari Hospital Perempuan Zainab II ke RTC, Tunjong atas dasar
apa mek tak pasti. Jarak larian juga terubah sama dari 5.6km ke 6.1km. Tapi apa
ada hal, asal niat nak Fun Run je berapa km pun sanggup. Memandangkan ini
adalah Fun Run pertama mek maka tak banyak info yang mek tahu untuk persiapan
sebelum, semasa dan selepas Fun Run. Adalah dua tiga point yang mek tahu hasil
daripada pembacaan.
So
hari ini mek nak kongsikan persiapan diri korang pada sebelum, semasa dan
selepas Fun Run supaya korang boleh persiapkan diri selengkapnya bagi
menghadapi Fun Run dengan penuh gaya dan keyakinan dan juga tidak sakit-sakit
badan.
Sebelum Fun Run
#1 Buat fitness. Bila dah daftar Fun Run, korang
perlu berlatih seperti mana korang nak sertai Fun Run. Contoh korang daftar
untuk 3km, maka berlatih lah untuk berlari sejauh 3km. Kalau 5km, 7km pun
teruskan berlatih supaya body korang tak terkejut tetiba hari Fun Run korang
berlari. Bukan setakat kekejangan otot, takut jantung pun sama terkejang jugak
sebab tak pernah biasa pump darah lebih. Maka, berlatih lah untuk Fun Run.
#2 Biasakan diri dengan
kasut sukan. First
timer macam mek semestinya akan beli kasut sukan yang baru. Hari nak Fun Run
baru nak pakai, baru nak tahu berlari dengan kasut tu rasa macam mana. Habis
lah melecet kaki. Maka, ‘burukkan’ kasut Fun Run korang supaya kasut tu dah
tahu dan kenal kaki korang dan tahu juga fungsi korang beli mereka untuk tujuan
Fun Run. Baru lah ngam dan selesa untuk berlari sepanjang Fun Run.
#3 Download apps untuk
track Fun Run Test. Kalau
korang pengguna Iphone, korang beruntung sebab didatangi apps untuk track foot
steps korang. Tapi boleh juga korang download apps lain untuk trigger jarak
larian korang. Lagi best sebab boleh tengok berapa minit masa yang diambil
untuk siapkan larian tersebut. Apps ini nampak macam tak penting tapi ianya
untuk analisa diri korang sendiri sebenarnya. Untuk lebih bermotivasi.
Semasa Fun Run
#1 Sarapan pagi (light
breakfast). Fun Run
biasanya akan dibuat awal pagi sekitar jam tujuh [7] pagi. Dalam perjalanan ke
tempat Fun Run, adalah lebih jika korang kenakan dahulu sekeping roti atau roti
gardenia yang dah ada cream tu dan juga sekotak air milo untuk bekalan tenaga.
Tak lah perut tu kosong sangat untuk tunggu makan jam sepuluh [10] pagi. Atau
korang boleh juga makan telur separuh masak untuk dapatkan tenaga.
#2 Warming up. Senamrobik akan masuk dalam jadual
sebelum flag off. Ikuti dengan baik ye senamrobik yang dianjurkan. Tapi untuk
wanita dinasihatkan kawal sedikit pergerakan bagi mengelakkan timbulnya dosa
orang lelaki duk intai awak. Buat simple step cukup lah, hanya untuk panaskan
badan sebelum Fun Run. Cuma jangan culas tak nak warming up badan sebelum lari,
awas ye kalau korang kekejangan otot ketika berlari.
#3 Berlari ikut
kemampuan. Fun Run
tiada paksaan untuk dapatkan nombor satu atau dua dan tiga. Nama lagi Fun Run.
Berlari ikut kemampuan jangan paksa diri untuk sentiasa di depan. Kalau perlu
berjalan, berjalan lah. Tapi jangan melampau sampai melenggang pulak. Ingat,
sertai Fun Run hanya untuk bakar kalori, sihatkan jantung sambil menikmati
pemandangan bersama pasangan atau kawan. Fun Run bukan satu pertandingan
larian.
Selepas Fun Run
#1 Minum air secukupnya
(500ml). Penting
untuk korang kekal dehydrated selepas Fun Run. Nasihat mek adalah lebih baik
untuk minum air kosong sahaja. Dah teguk habis 500ml, nak bedal isotonic drink
pun boleh lah. Atau lagi best kalau pekena The Ais ke, Nescafe Ais ke. Sedap
jugak tu buat tambah kalori. Tapi apa pun tetap kena minum air secukupnya untuk
gantikan balik peluh yang dah keluar dari badan kita.
#2 Cooling down. Cooling nampak remeh tapi memang
sepatutnya ianya dilakukan tanpa gagal kerana untuk mengelakkan kekejangan otot
berlaku. Cara cooling boleh buat biasa-biasa sahaja tak perlu nak beria sangat
tapi tetap kena cooling down. Korang boleh google cara cooling down yang
simple. Untuk pengetahuan korang juga tanpa cooling down yang berkesan, korang
mungkin dapat heart attack. Pandai-pandai lah ambil masa untuk turunkan
heartbeat ke paras yang normal.
#3 Daftar Fun Run lain
pulak. Untuk
kesejahteraan dan kelansungan kesihatan yang baik, adalah lebih baik bila dah
sampai rumah, korang terus cari next Fun Run untuk disertai. Selain daripada
dapat medal dan baju untuk dijadikan koleksi, korang juga akan dapat kesihatan
yang baik, dapat bersosial dengan orang ramai dengan cara yang lebih sihat. Dan
untung-untung dapat hadiah cabutan bertuah. Rezeki jangan ditolak.
Penutup
Nampak
simple sahaja pesanan mek itu tapi itulah yang sering menjadi kealpaan semua
yang menyertai Fun Run. Walaupun mek dapat pengalaman ini melalui pertama kali
menyertai Fun Run namun mek rasakan ini adalah penting untuk mek kongsikan
dengan korang semua. Mungkin dah ada yang beberapa kali menyertai Fun Run,
boleh juga tambah nasihat dan tips korang diruangan komen. Semoga bermanfaat
kepada kita semua.
Sekian
..
waalaikumussalam. setakat ni kak belum pernah join lagi mana2 fun run. haha. dok tengok orang join, memang best ja rasa. hehe
ReplyDeleteBelum pernah sertai Fun Run walau pun hati teringin tapi selalu tidak kesampaian apatah lagi bila kena kuar awal sangat haha..
ReplyDeleteterbaik bila satu kelaurga boleh join.. kasut baru atau jarang guna antara sebab larian boleh ke laut..
ReplyDeleteTahniah sis ! Kita pun suka join fun run. Rasa addicted sangat. Tapi takde lah lari2 sebab kita sakit.. cuma fast walk je la.. hehe
ReplyDeletemasa kerja dulu pernah join, cuma sekarang belum berkesempatan nak join.
ReplyDeleteTp memang betul, kalau x biasa & training sebelum lari, fun run pun boleh jadi mengah.
teringin nak join fun run, semoga adalah yang organize yang memudahkan saya dan family
ReplyDeleteso far, baru satu fun run aida join, mek.
ReplyDeletealhamdulillah ok sampai habis. siap join 30 minit cooling down aerobik lepas tu tau.
seronok join fun run ni. uji diri sendiri.
hmmmmmmm tak la run sgt aida ni, mek. lebih berjalan laju.
patut nyer join fun walk kan ha ha ha ha ha :)
Kak yaya belum pernah sertai fun run. Badan tak fit..rasa cam semput je. Kena selalu pergi jogging ni..pastu baru boleh nak joim fun run.
ReplyDeleteBagus kongsi tips persediaan sebelum semasa dan selepas fun run ni. Saya tak berkesempatan nak join lagi fun run. Ambil masa juga nak join sebab pregnant.
ReplyDeleteNad oernh join satu je fun run.. Lepas tu tak join lagi.. Nak download app fun run.. Best join semua.. Lari ikut suja kita.. Baju dan medal cantik.. Fun run bukan sahaja elok untuk kesihatan malah dapat mengenali org laib
ReplyDeleteBetul tu memang tak ramai orang tekankan pasal perkara yang penting sebalum FUN RUN ni pakai masuk jer hehehehe yang penting emosi dan juga mental kena kuat untuk larian yang mencabar kalau yang jarang-jarang masuk macam kita ni. Lama tak masuk fun run hehehehe..
ReplyDeleteAntara tips yang terbaik untuk pelari kali pertama. Dah lama lama senang nk tau apa yang perlu buat. Serious rindu nk lari fun run nI. Huhu
ReplyDeleteSeronokmya dpt join fun rum mcm ni. Apatah lg bila dapat disertai dengan family, mmg meriah.sangat
ReplyDeletepaling penting kena warm up dulu kalu tak nanti cramp kaki lepas sampai kat penamat tu. aduh BBL dah lama tak join fun run ni
ReplyDeleteAM kalu fun run mmg ajak2 geng2 satu kepala.. Confirm xterasa jarak n riuh abis sepanjang larian.. Bagus fun run ini utk stamina di samping utk mengeratkan persahabatan..
ReplyDeleteWah kat kelantan pun makin banyak dah dianjurkan fun run macam ni ye. Saya suka jugak join tapi so far tak pernah join kat kelantan. InshaAllah klu tarikh next run kebetulan tarikh sy kat kampung, boleh lah usahakan join sama.
ReplyDelete