Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan juga pembaca entry ni sekalian ..
Semenjak
layan Netflix ni banyak pula layan movie. Betul lah kata orang, langgan Netflix
tak rasa rugi sangat memandangkan movie yang ditayangkan memang fresh. Dan tak kurangnya
dengan adegan tak senonoh, tapi itu aside yang kita semua tak perlu tengok.
Tengok yang baik-baik sahaja untuk kurangkan dosa yang sediada. Seperkara yang
bagus tentang Netflix, bila movie baru masuk, mereka akan notify kita. Maka
tahu lah juga movie apa yang nak ditonton.
The
Sky is Pink adalah movie 2019 around awal Disember 2019. Pada mulanya mek tak
berapa nak tengok sangat The Sky is Pink. Tajuk tak menarik plus mek tak tahu
pun yang cerita ni Hindi. Tengok notification macam tu je, tak tengok
sepenuhnya. Kalau tahu dari awal, mesti terus tekan (mek memang minat dengan
movie Hindi). Weekend lepas terasa macam tak tahu nak tengok movie apa so tekan
lah balik dekat butang notification and cuba untuk menonton apa yang
dicadangkan.
Klik
The Sky is Pink.
Sinopsis
The Sky is Pink
Aisha,
dilahirkan dengan keadaan SCID (penyakit imun yang ‘memakan’ diri). Penyakit
daripada genetic kedua ibu bapanya dan dianggarkan untuk hidup dalam tempoh 6
bulan sahaja jika tidak dirawat. Aditi (ibu kepada Aisha) dan Niren (ayah
kepada Aisha) pernah mengalami situasi ini pada kelahiran anak sulung mereka,
Tanya. Pun begitu kesedaran dan diagnose penyakit SCID ini agak terlewat. Dan
untuk Aisha, takkan berulang sekali lagi.
Aditi
dan Niren mengambil risiko untuk ‘berpindah’ ke London bagi mendapatkan rawatan
kepada Aisha. Dengan kekurangan wang tapi masih tetap ingin anaknya hidup lebih
lama. Aisha meningkat remaja dan disahkan bebas SCID. Boleh hidup seperti orang
normal yang lain. Tiba masanya untuk pulang ke tanah air mereka. Pun begitu
siapa boleh pastikan ‘side effect’ kepada rawatan SCID tidak singgah pada
Aisha.
Sekali
lagi Aditi dan Niren diuji untuk teruskan rawatan paru-paru pada Aisha ataupun
hanya mengambil langkah precaution sahaja untuk teruskan hidup yang mungkin
bertahan 2 tahun lagi. Dan adakah Aisha mahu hidup lebih lama lagi bila cinta
pertamanya pada Karan ditolak. Apakah bezanya mati pada umur 18 atau 28 tahun?
Bagaimana Aditi dan Niren merancang untuk Aisha dapat kebahagiaan hidup
sementara masih lagi menanggung nyawa.
Watak
dalam The Sky is Pink
#1 Aisha. Watak utama dalam The Sky is Pink
and the reason why movie ini wujud. Seorang pesakit SCID kemudian bebas dan
terkena pula sakit paru-paru lemah akibat side effect chemo yang dia lalui
sepanjang 18 tahun kehidupan. Aisha teruskan perjuangan hidup disebabkan ibu
bapanya yang begitu nakkan dia hidup dengan lebih lama. Karakter Aisha tidak
mengelirukan, bersahaja dan stay cool walaupun dia tengah tanggung kesakitan.
#2 Moose / Aditi. Seorang ibu yang cekal. Sangat cekal
dan optimis nakkan anaknya hidup lebih panjang. Standart seorang ibu yang
menjadi cerewet dalam penjagaan anak-anaknya. Seorang isteri yang begitu tabah
juga untuk jaga anak seorang diri bila suami terpaksa keluar berkerja. Pendek
kata, semangat yang dibawa oleh Aditi memang semangat setiap ibu. Sanggup buat
apa sahaja asalkan anak sihat dan bahagia.
#3 Panda / Niren. Seorang suami yang begitu support
apa yang bini dia lakukan. Sanggup bersusah payah cari dana untuk biaya kos rawatan
Aisha di London. Watak Niren patut dicontohi oleh para suami sebab biasanya ibu
akan blown dan overthinking tapi Niren selalu sejukkan dan positifkan Aditi.
Sama-sama menanggung kesedihan bila anak dalam keadaan tidak sihat. Watak Niren
tak lah cool sebab ada juga part dia macam blur tapi dilengkapi dengan
kebijaksanaan Aditi.
#4 Giraffe / Ishaan. Abang kepada Aisha. Dia tak dapat
penyakit SCID mungkin sebab dia lelaki. Seorang abang yang cekal jugak sebab
dari kecil kena tinggal dengan atuk dan nenek sebab mak jaga adik yang sakit di
London. Kemudian sangat memahami ‘fragile’ adiknya. Support adik dan juga mak
ayah. Watak Ishaan mungkin nampak tidak muncul sangat tapi sesekali dia keluar
tu memang membawa mesej yang bermakna.
Rating
Mek
menangis pada minit ke berapa entah tapi sure awal, dalam 15 minit tayangan.
Perasaan sebak itu datang memandangkan movie ini adalah kisah benar yang
dilakonkan semula. Boleh bayang perasaan bila anak meninggal, kita dah buat
yang terbaik. The Sky is Pink memang truthful punya movie. Bukan separuh
reality separuh ‘penyedap cerita’. Mungkin pelakon pun yang greding A so cerita
tu boleh feel kehidupan real, bukan kehidupan berlakon.
Another
Hindi movie yang mek rasakan dapat menyentuh perasaan penonton. Bukan sekadar
movie Hindi biasa-biasa, ianya memberi pengajaran hidup juga. Sekeliling, rumah
tangga, anak-anak dan kerjaya. Rating 4/5 sebab The Sky is Pink berjaya sentuh
hati ibu mek untuk lebih menghargai anak-anak yang dikurniakan kesihatan yang
baik. Semoga penonton yang tengok cerita ni boleh ambil iktibar untuk
menghadapi dugaan hidup.
Sekian
..
You make so many great points here that I read your article a couple of times. Your views are in accordance with my own for the most part. This is great content for your readers. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.
ReplyDelete