Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ni ..
Malam
last mek di Kuala Lumpur, mek cari penginapan di sekitar Putrajaya atau
Cyberjaya. Yang pasti harga memainkan peranan paling penting. Caping yang mek
tetapkan adalah di bawah RM100. Di Putrajaya kebanyakkan hotel melebihi RM100
dan kalau ada sekali pun homestay tetap melebihi RM100. The only yang ngam
dengan bajet mek adalah Cyberjaya. Tawakal, mek booked satu bilik di Tamarind
Suites Apartment.
Whats
on earth memang tak pernah dengar nama Tamarind Suites Apartment di Cyberjaya
dan mek sendiri tak pernah ke Cyberjaya (tiada urusan dan tak pernah tahu apa
yang menarik di Cyberjaya). Dulu mek gambarkan Cyberjaya ini sebuah bandar yang
mana pesatnya dengan teknologi sebab Cyberjaya digazetkan sebagai Bandar
Multimedia. So ingat pusat internet asasnya di sana. Biasalah, imiginasi
melebihi segalanya.
Mek
sampai di Cyberjaya dah malam. Masuk laluan pun ikut Google Maps, laluan
belakang Tamarind Suites Apartment. Jadi tak nampak apa yang menarik di
Cyberjaya pada waktu malam. Cuma, bila tiba di Tamarind Suites Apartment, mek
agak senyum lebar kerana layout Studio Suites yang mek dapat adalah yang
terbaik sepanjang travel 2019. Mengena dengan kehendak mek yang sangat
pentingkan keselesaan sepanjang penginapan.
Amenities
di Tamarind Suite Apartment
#1 Free Parking. Untuk residential Tamarind Suites
Apartment, caj parking adalah percuma. Jadi tak bermasalah jika korang
berkereta ke sini. Dan mek rasa memang hidup di Cyberjaya ni perlukan kereta
memandangkan untuk keluar dari Cyberjaya memakan masa juga. Yang menjadi
‘jiran’ kepada Cyberjaya adalah Putrajaya dan juga Puchong. Kalau nak tengok
wayang boleh ke IOI Mall Putrajaya yang paling dekat.
#2 Free Laundry. Ini paling mek suka. Masuk bilik
terus nampak washing machine. Rasa macam Allah, ringan beban dapat membasuh
kain baju semua ni. Hanya korang perlu beli sabun untuk membasuh dan juga perlu
ke laundry untuk keringkan baju. Dah jimat masa untuk menunggu. Kalau tidak,
biasa kena spend masa sebelum balik kat kedai dobi almost sejam sebab membasuh
dan juga mengeringkan baju. So kalau dah basuh, boleh jimat masa 30 minit.
#3 Swimming pool. Ini, memang heaven dunia. Kalau dulu
mek lebih gemar untuk mandi pool bersama anak-anak tapi sekarang lebih seronok
untuk tidur di tepi swimming pool dengan angin sepoi-sepoi bahasa. Kalau rajin
boleh juga bawa laptop untuk update entry. Tapi most important, anak-anak
seronok berendam dalam kolam. Biasa mek spend masa untuk mandi kolam about 30 –
45 minit. Lama-lama sangat nanti tak sempat pula nak ke tempat lain.
#4 Gym. Yang ni mek tak sempat nak pergi
memandangkan pagi keluar breakfast kemudian naik ke bilik terus menuju kolam
sebab masa dah suntuk untuk check out. Mungkin next time bila mek ke sini lagi
boleh cuba Gym pula. Tapi memang bagus lah setiap apartment sekarang disediakan
perkhidmatan Gym so tetamu boleh spend masa untuk bersenam juga instead masuk
bilik dan tidur. Sekurang-kurangnya bertambah lah aktiviti semasa penginapan di
sini.
Yang
berdekatan dengan Tamarind Suites Apartment
#1
7 Eleven.
#2
99 Speedmart.
#3
Kedai runcit.
#4
Kedai makan Islam.
#5
Laundry.
Semua
di atas bagi mek agak menjadi kemudahan kepada kita sebagai tetamu atau
penginap. Paling mek suka adalah kedai makan Islam yang memudahkan mek dan
keluarga untuk dapatkan breakfast atau dinner. Tak perlu lah meninjau tempat
makan yang jauh-jauh (kecuali dah well plan nak dinner atau breakfast di
mana-mana). Paling suka juga di tepi kedai makan ada kedai dobi which kalau
tunggu dobi tak lah rasa buang masa sangat (boleh 2 in 1 terus, lunch and
dobi).
Info
lanjut Tamarind Suites Apartment
Kalau
korang juga berminat untuk mencuba menginap di Tamarind Suites Apartment ni
boleh tekan link yang mek dah sediakan di bawah. Bagi mek, menginap di
Cyberjaya sesuai dengan jiwa mek yang tak sukakan kesibukan kota. Cyberjaya
satu Bandar yang urban tapi tak sibuk. Just nice untuk staycation sambil
chilling di pinggir badanraya KL (walaupun geografi Cyberjaya bukan pinggir KL
actually).
Call
receptionist Tamarind Suites Apartment @0182169772
Sekian
..
What are some of the cheapest places to travel? From Asia to Africa and Europe, Things to do ‘s got a budget breakdowns for the cheapest places to travel.
ReplyDelete