Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek dan pembaca entry ini ..
Disember
2019 mek pilih untuk ke Kuala Lumpur lagi sekali selepas celebrate birthday mek
di Genting pada Julai 2019. Trip ke Kuala Lumpur memang ada dalam senarai
setiap tahun. Samada awal tahun, tengah tahun atau hujung tahun. Tapi
sebenarnya memang ada tujuan lain mek ke Kuala Lumpur pada Disember 2019 iaitu
untuk menghadiri kenduri anak saudara anak abang mek yang cina tapi masuk
islam. Haa kemain penerangannya.
Beberapa
kali ke Kuala Lumpur namun tak pernah singgah di Lemang To’ki, Bentong, Pahang.
Walhal kedainya hanya ditepian jalan sahaja. Memang ketahui lokasi Lemang To’ki
tapi tak tahu lah kenapa tak berhenti untuk mencuba. Rasanya pernah sekali
berhenti tapi tutup. Jadi kali ini walau ramai macam mana pun orang, tetap kena
berhenti untuk menikmati Lemang To’ki. Sungguh ketinggalan tapi tak terlambat
untuk mencuba, kan.
Apa
yang ada di Lemang To’ki
#1 Lemang. Specialty di sini sememangnya
lemang. Sehari rasanya beribu batang lemang yang dijual di Lemang To’ki ni.
Menurut kata spouse mek, betapa orang suka dengan Lemang To’ki sehinggakan ada
yang sanggup datang dengan helicopter ke sini semata-mata untuk makan. Untung
lah orang Bentong, tak raya pun boleh merasa lemang yang sedap (sedap untuk
lemang adalah cukup santannya which is lembut dan lemak manis cukup rasa).
Sebatang harga lemang di Lemang To’ki adalah bergantung kepada size batang
lemang.
#2 Rendang. Untuk menu ini ada dua pilihan
samada ayam atau daging. Waktu yang mek tiba tu hanya dapat merasa rendang ayam
sahaja sebab rendang daging dah habis. Agaknya paling win adalah rendang daging
lah kot sebab itu yang habis terlebih dahulu. Tapi untuk rendang ayam pun dah
cukup sedap di mulut mek. Untuk pengetahuan korang, mek makan rendang yang
hanya kena dengan selera mek sahaja (macam demand pulak bunyinya tapi yes).
Setiap tahun akan ada majlis hari raya di office so macam tahu jugak lah how
the best rendang taste.
#3 Ayam Bakar. Ini terasa sangat rugi tak cuba
sebab lepas upload FB yang kami sedang menikmati Lemang To’ki, ramai jugak yang
komen katanya kena cuba juga ayam bakar di Lemang To’ki ni. Maka berhuhu lah
mek dan spouse. Mungkin nanti perjalanan balik kami akan singgah untuk mencuba
ayam bakar pula. Untuk korang, kalau dah cuba ayam bakar Lemang To’ki, boleh
komen apa rasanya, ye.
#4 Nasi campur. Menu ini pun ada di Lemang To’ki.
Kalau korang berhenti makan waktu tengahari boleh lah menikmatinya. Untuk mek
dan spouse kami dan makan tengahari di RNR Gua Musang so di Lemang To’ki hanya
mencuba ‘minum petang’ sahaja. Menurut kawan mek, nasi campur yang ada di sini
pun sedap-sedap belaka. Waktu makan tengahari memang sentiasa penuh di Lemang
To’ki.
Info
lanjut Lemang To’ki
Korang
yang lalu Bentong, Pahang boleh rancang untuk menikmati hidangan di Lemang To’ki
samada menikmati hidangan tengahari atau menikmati minum petang di sana. Yang
pasti korang jangan lepaskan peluang untuk cuba setiap satu apa yang mek dah
tulis di atas untuk rasai sendiri keenakannya. Mungkin ada di tempat korang
rendang atau lemang atau ayam bakar yang lebih sedap daripada Lemang To’ki,
boleh komen di bawah ye.
Waktu
pengoperasian : 7 pagi – 7 petang (Isnin tutup)
Sekian
..
wah..memang best dapat singgah makan lemang :)
ReplyDeleteTerliur pulok tengok lemang tu.. huih sedap belake nampok tu
ReplyDeleterendang dia sedap. lemang dia pun sedap. lemak & tak dry.. klu lalu bentang mesti singgah tak pernah tak singgah hehehe
ReplyDeleteadus... this is my top favorite wei... now i wanna but this and makan!!
ReplyDeletePerghh. Lemang tok ki. Favorite ni kalau geng2 motor ride, mesti singgah sini. Ramai tk masa pergi tu?
ReplyDeleteFavourite nih rendang!! Makan dengan lemang memang terangkat wei!!Haha!
ReplyDelete