Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry mek sekalian ..
Sebenarnya,
kunjungan mek ke KL pada Disember 2019 adalah disebabkan majlis ini. Mungkin
tidak membawa apa-apa erti dalam entry blog (sebab ini bukanlah satu entry yang
bakal menjadi pencarian di google) namun mek rasa nak juga simpan dalam entry
blog mek. Kalau cerita penginapan, makan dan juga lain-lain mek boleh
ceritakan, apa salahnya jika mek letak juga kenangan kenduri ini di sini.
Tarikh
untuk kenduri ini adalah pada 15 Disember 2019 dan kenduri ini kalau belah luar
(cakap orang KL) Majlis Bertandang. Kalau kami di Kelantan panggil Majlis
Sambut Menantu. So korang jangan pelik pula bila orang Kelantan tanya ‘ni
majlis sambut menantu ke?’. Dan ini adalah satu majlis yang agak besar bagi mek
kerana di majlis ini akan berkumpul segala rangkaian sanak saudara yang related
dengan arwah papa.
Anak
saudara dari abang sebapa
Untuk
korang yang belum mengetahui, mek punyai abang dan kakak yang sebapa yang belum
Islam dan juga yang dah Islam. Kalau total semua yang sebapa ni mungkin dalam
12 orang kot adik beradik mek dan mek adalah paling bongsu (ni nak seronok ke
tak seronok ni). Kalau korang tengok Majlis Bertandang mek, yang ikut serta
adalah abang mek yang non muslim. Untuk majlis kali ini adalah anak kepada
abang mek yang Islam.
Baca
sini majlis bertandang mekyunie tahun 2015
Majlis
Kenduri @ Dewan Bahasa dan Pustaka
Majlis
Bertandang ni berlansung di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur which tempat
kakak ipar mek berkerja (tapi rasanya nak end soon dah kot, pencen). Dan sini
juga lah tempat mereka melansungkan majlis perkahwinan mereka (tapi masa tu mek
pun tak ada lagi kot). Dan disebabkan itu juga lah mek memilih Ancasa Express
Hotel untuk menjadi tempat mek menginap untuk dapatkan jarak yang dekat (check
out terus ke DBP).
Seperti
yang mek agak, memang betullah berjumpa dengan semua sanak saudara sebelah
arwah papa. Tapi memang lost contact dan juga lost ingatan. Tak ingat dah macam
mana boleh relate, contoh ni sepupu ke, mak cik ke, pak cik ke dan seangkatan
dengannya. So nak ramah mesra tu diskala 2 ataupun 3 per 10 sahaja. Mek lebih
banyak berada di meja sambil makan sambil berborak dengan pak cik (bapa saudara
disebelah mummy) dan juga abang sebapa seibu.
Kelainan
pada majlis bertandang belah luar ni memang majlisnya bagaikan ‘dinner’ which
ada susun atur jadual siap. Jam berapa pengantin tiba, jam berapa nak
bersanding, jam berapa nak merenjis dan jam berapa nak bergambar. Well planned.
Mek rasakan yang ianya lebih smooth compare dengan ‘haa masuk lah makan.’ Duk
sat ‘mummy meh la bergambar’. Pengantin duk makan ‘weih jom lah bergambar di
pelamin’. So its better korang berada dalam majlis yang well planned so both
side tak penat.
Bab
makanan ye lah memang akan menang orang Kelantan lah as depa masak sendiri
(jarang pakai catering). Bab masakan mek tak nak komen lebih sebab tak over
expect makanan orang luar (weih jangan kecam, korang bab makanan memang menjaga
kesihatan sebaik mungkin). Terfikir jugak if caterer Kelantan open kat sana,
agak agak ada permintaan ke tak. Kut masa test food kena reject sebab terlebih
rasa.
Penutup
Ucapan
untuk anak saudara mek, sebab masa kenduri hari tu tak sempat nak cakap apa
lah. So mek nukilkan di sini, semoga yang lain membacanya juga dapat manfaat.
Perkahwinan
tak seindah yang kita bayangkan daripada awal. Walaupun dijanjikan rezeki,
pahala yang berlipat kali ganda namun hati manusia sentiasa digoda oleh syaitan
untuk terlalai daripada nikmat yang Allah janjikan. Melayari rumah tangga tak
seindah seperti waktu bercinta, ada masa merajuk menyendiri membawa diri. Bila
dah berumah tangga segalanya kena hadap berdua, sentiasa. Jangan sesekali alpa
dengan tanggungjawab dan membantu antara satu sama lain. Ikut lah apa yang
Islam sarankan, tentu perkahwinan akan membawa bahagia hingga ke syurga.
Sekian
..
Waalaikumussalam. Alhamdulillah tahniah pasangan pengantin. Terharu dengan kata2 akhir mek tu. Memang mendalam dan sesungguhnya ianya benar sama sekali
ReplyDeletebaru thu bakpo mek pakai baju gtu masa jmpo gee, anna & diah..:)
ReplyDelete