SHAH RUKH KHAN JADI KERDIL DALAM ZERO


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan rakan pembaca entry mek sekalian ..

Disember dah muncul. Beberapa hari lagi nak hadap 2019 dan nak melakar sejarah baru pada 2020. Bagi mereka yang lahir tahun 90an memang movie-movie Bollywood come first compare to Hollywood. Untuk mek sendiri memang layan sehinggakan beli CD movie yang mek minati (tapi sekarang entah kat mana dah those CD). Setiap Sabtu memang melekat depan TV3 je lah jam dua petang tunggu Hindustan dengan sepupu sepapat.

Bila dah besar ni pun masih lagi menunggu movie Hindustan yang best untuk ditonton. Paling win selepas mek tonton 3 idiots pada 2010, Bajrani Bhaigaan adalah movie yang paling best setakat ini. Win dengan plot penceritaan dan juga pemandangan dalam movie tersebut. Baru-baru ni mek jumpa lagi satu movie Hindustan yang bagi mek menampilkan kelainan daripada sebelum ini. Dan terima kasih kepada Netflix kerana terima Zero untuk ditonton oleh Pelanggan.


Sinopsis Zero

Bauua Singh seorang yang kerdil tapi mempunyai impian yang sangat tinggi dan tetiba jatuh cinta dengan Aafia, seorang saintis yang mengalami cerebral palsy (macam Parkinson gitu penyakitnya). Tapi kerana ketidakmatangan Bauua, pada hari perkahwinan mereka, Bauua mengambil keputusan untuk lari mengejar cita-citanya untuk bersama dengan pelakon Bollywood yang dia amat minati. Sepanjang perjalanan bersama pelakon Bollywood itu, Bauua menyedari yang kehidupannya tidak lengkap tanpa Aafia. Namun masih ada ruangkah untuk Bauua di hati Aafia? Dan adakah Bauua akan terus dengan sikap tidak matangnya itu?

Shah Rukh Khan si kerdil

Unik cerita Zero ni adalah penampilan Shah Rukh Khan yang menjadi kerdil. Tak pernah kan tengok Shah Rukh Khan jadi kerdil dalam mana-mana cerita? Satu kelainan kepada watak Shah Rukh Khan berbanding watak-watak yang dipegang sebelum ini. Rasa lagi menarik nak tengok sebab macam ralit sangat cenonet Shah Rukh Khan yang kerdil. Korang tengok sendiri baru faham kot apa rasanya. Memang bagus idea untuk ‘kerdilkan’ Shah Rukh Khan.

Anushkha Sharma si Parkinson

Ini pun satu gak watak yang ketara sumbangannya pada movie Zero ini. Anushkha Sharma ni mek labelkan dia sebagai pelakon baru walaupun dia dah banyak berlakon dalam movie dengan hero-hero yang hebat. Dia pun salah seorang yang bawa watak berlainan daripada watak-watak yang dilakonkan terdahulu. Dan hampir 98% scene yang dilakonkan menjadi dengan baik. Dan macam biasa 2% adalah untuk scene Bollywood yang tidak masuk akal.

Katrina Kaif si pelakon Bollywood

Watak pelakon dalam lakonan mungkin tidak begitu asing dah dalam Bollywood dan ini lah watak Katrina Kaif dalam Zero. Walaupun menggunakan nama lain tapi sedikit sebanyak ianya adalah cerminan kepada kehidupan seseorang pelakon. Masalah stress yang dihadapi tapi bila depan peminat macam okei bahagia je. Tapi deep jugak lah watak ni sebab kita manusia yang kerjaya biasa-biasa pun macam tu jugak. Dalam sedih terpaksa senyum.

Rating untuk Zero

Bagi mek, Zero tampilkan kelainan dalam filem Bollywood. Rating pun agak tinggi jugaklah walaupun boleh teka ending-nya macam mana (standart filem Bollywood). Ada unsur-unsur pengajaran dalam hidup yang boleh kita ambil untuk buat pedoman. Satu cabaran yang bagus buat tuan pengarah filem Zero kerana berani keluar dari kepompong cerita Hindustan yang sama seperti sebelum ini. Harap akan ada lagi lah movie yang hebat macam ni.

Sekian ..

2 comments

  1. betul tu mek, zaman sekolah dulu memang layan cite hindustan je, xdapat tengok kt tv pergi pinjam cd sepupu. sekarang je tak rajin nak melayan kecuali kalau ada hero yg minat..hehe

    https://tiaarasapphire.blogspot.com/2019/12/tukar-url-blog-kepada.html

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam. menarik sangat ni. last movie yg tengok pun Dilwale. haha

    ReplyDelete