Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ini sekalian ..
Kalau
korang wondering kenapa mek tetiba cerita tentang Taman Layang Layang
Metropolitan Kepong sedangkan mek berasal dan tinggal di Kelantan, sekali kali
lagi mek maklumkan yang mek ke KL pada Disember 2019 untuk hadiri majlis
perkahwinan anak saudara mek. Dan paling seronok bila travel buddy mek ikut
sekali ke KL tapi bukan dengan tujuan yang sama. Pun begitu tetap kami
merancang untuk berjumpa walaupun tak banyak aktiviti kami bersama pada trip
kali ini.
Rancang
nak jumpa kawan Blogger KL
Idea
untuk buat perjumpaan ni adalah timbul daripada travel buddy yang katanya best
jugak kalau jumpa ahli blogger di KL (yang mana kami pernah jumpa lah, yang tak
pernah jumpa rasa segan pulak nak jemput). Mek pun turut bersetuju memandangkan
boleh dijadikan sebagai aktiviti kami di KL. Jika dulu-dulu, mek cadangkan
untuk berjumpa di IKEA sahaja. Paling tidak mana-mana kedai makan so senang tak
payah fikir apa dah. Just pergi duduk dan makan dan sembang.
Berlainan
pula dengan kali ini. Bila dah berbincang dengan travel buddy dan juga blogger
KL, mek come out untuk jumpa di taman dan adakan picnic memandangkan di KL
banyak taman-taman, tasik-tasik yang sesuai dijadikan port untuk picnic. Dah
bagi cadangan picnic, kemain lah kami rancang aktiviti untuk anak-anak dan menu
makan-makan. Paling best, letak pulak satu colour tema untuk bagi cantik bila
ambil gambar. Seronok habis !
Picnic
alaf baru di Taman Layang Layang Metropolitan Kepong
Picnic
alaf baru ni tak menyusahkan diri untuk adakan picnic. Dan mek pun tak galakkan
untuk diri sendiri dan kawan-kawan untuk susahkan diri demi nak picnic. Elok
emosi stabil tetiba sebab stress nak prepare makanan untuk picnic, habis emosi
jadi tak elok. So mek dari awal suggest untuk beli makanan yang ditempah
sahaja. Dan mereka yang lain pun bersetuju untuk beli sahaja (masing-masing
faham komitmen masing-masing).
Pilihan
Taman Layang Layang Metropolitan Kepong ini semestinya idea daripada blogger
KL. Pada awalnya mek cadangkan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa (itu je yang mek
tahu tasik kat KL memandangkan itu je la yang sering disebut) tapi menurut
Rodiah Amir Blogger KL, taman tasik itu ditutup buat sementara waktu untuk
renovation (pada tarikh mek pergi tak open lagi untuk orang awam). So yang
paling dekat dan cantik dan selesa adalah Taman Layang Layang Metropolitan
Kepong.
Cuaca
pada ketika kami ke sana adalah hujan. Lebat pulak tu. Nasib baik sempat jalan
ke tempat berteduh. Dan maka bermulalah picnic kami di Taman Layang Layang
Metropolitan Kepong dengan aktiviti bermain buih sabun bagi anak-anak dan sesi
makan-makan untuk mak-mak dan ayah-ayah. Bagi mek, picnic yang kami lakukan ni
seolah well prepared dengan adanya semua perkara (air basuh tangan, tisu, bekas
untuk letak makanan kalau tak habis, pinggan kertas, plastic sampah, tikar,
sudu plastic). Semoga apa yang mek tulis tadi dapat menjadi panduan korang bila
ber-picnic nanti.
Kami
akhiri picnic kami pada jam 6.30 petang dan waktu itu memang hujan macam tak
nak berhenti. Nak tak nak kena jugak lah keluar dari Taman Layang Layang
Metropolitan Kepong. Moment paling tak boleh dilupakan sampai mek tinggalkan
dunia ini adalah moment kami semua bersepakat ambil plastic sampah (yang belum
digunakan) untuk dipakaikan di kepala kami dan anak-anak supaya tak terkena
hujan secara direct. Cuma yang sempat mek ambil gambar adalah dengan Rodiah
Amir Blogger KL.
Semoga
ukhwah bersama rakan blogger ini berpanjangan dan diredhai Allah.
Info
lanjut Taman Layang Layang Metropolitan Kepong
Baju
mek dijahit oleh @nik tailor Klang (whatsapp)
Sekian
..
bestnya pic gni..:)
ReplyDeleteSyoknya picnic. Yang last tu..
ReplyDeleteStylo betul shawl anda.. Hehee
gambar yang ditunggu!! Best memories ever! In syaa Allah nanti kita repeat lagi wokeh!!
ReplyDeletebestnya dapat picnic ramai2 macam ni
ReplyDelete