PERODUA TOTAL PROTECT BENAR BENAR MELINDUNGI


Assalamualaikum untuk semua pembaca entry mek ..

Musibah nak berlaku ketika drive memang amat besar. Walaupun kadang kita dah berhati-hati, malah kita dah mahir dengan keadaan jalan yang kita lalui pun masih lagi berpeluang untuk dapat kemalangan. Cuma kemalangan kecil atau besar sahajalah. Baru-baru ni mek pun turut dapat kemalangan kecil di jalan raya ketika nak ke tempat kerja. Syukur Alhamdulillah ianya hanya kemalangan kecil dan tidak melibatkan kecederaan kepada mek dan anak-anak.


Tapi pada saat terkenanya pecah tayar tu, mek agak panic jugak lah. Macam ‘allah, sudah nak buat apa ni’. Tapi nasib baik jugak panic mek tu boleh diatasi dalam beberapa saat selepas berhentikan kenderaan di tepi jalan, pasang terus lampu Hazard. Kemudian fikir banyak kali jugak nak call siapa dulu. Husband ke bengkel? Husband atau bengkel? Yang kat office pun kena maklum juga. Tapi paling penting selamatkan diri kita dulu. So di bawah langkah-langkah yang mek ambil bila kereta breakdown.

Apa nak buat bila kereta breakdown?


#1 Call Perodua Total Protect. Memandangkan mek renew insurans mek dengan Perodua Total Protect (directly dengan Perodua) maka mek adalah ‘tanggungan’ kepada mereka. Maksud tanggungan itu adalah bila berlaku sesuatu musibah di jalan raya, maka mereka (Perodua Total Protect) adalah pihak yang patut mek call untuk dapatkan bantuan. Diingatkan juga tidak semua Perodua Total Protect tanggung kerosakan yang dialami oleh kenderaan kita namun cukuplah dengan bantuan towing (biasa kalau towing caj RM250 so dengan Perodua Total Protect adalah free sebab termasuk coverage mereka) dan pomen yang dihantarkan untuk meringankan beban musibah yang dialami.

Operator Perodua Total Protect akan tanyakan beberapa soalan kepada korang antaranya nombor plat kenderaan korang untuk semak samada korang dilindungi oleh mereka ataupun tidak. Kemudian mereka akan tanyakan kerosakan yang dialami, kenderaan boleh jalan ke tak. Seterusnya lokasi korang berada sekarang (tempat kereta breakdown). Yang bagus tentang Perodua Total Protect ni dia akan cadangkan samada untuk towing atau baiki tapi dia lebih kepada nak towing ke bengkel panel yang berdekatan. Untuk mek, cukup sekadar tukar tayar spare aje. Kalau breakdown teruk memang kena towing lah. Masa yang dijanjikan 15 hingga 30 minit.

Jika korang mengambil insurans lain (spouse mek pun ambil daripada Honda itself), jika tertimpa sebarang kerosakan semasa pemanduan, di mana-mana sahaja dalam Malaysia ni, korang are welcome untuk call nombor yang tertera pada plastic cover roadtax korang. Mereka sentiasa akan membantu. Jadi, jangan pandang rendah pada plastic cover roadtax dan plastic cover millage service korang. Ianya amat diperlukan bila kereta kita tetiba breakdown.

#2 Tunggu panggilan daripada panel Perodua Total Protect. Bila Perodua Total Protect dah dapatkan panel yang berdekatan dengan korang, panel tersebut akan call korang directly untuk tanyakan sekali lagi lokasi dan kerosakan yang korang alami sebelum dia datang (yelah nak jugak buat persediaan apa yang perlu dibawa). Tempoh masa yang diambil untuk panel datang mengambil masa 20 minit (tak lebih minit yang ditetapkan), Alhamdulillah.





Bila panel dah sampai, korang minta lah diaorang check-kan apa yang patut. Macam mek masalah tayar maka mek minta dia tukarkan tayar spare untuk ke bengkel yang berdekatan untuk buat penggantian. Alhamdulillah, panel Perodua Total Protect bukanlah yang calang-calang. Mereka boleh tengok tayar kita samada boleh diselamatkan atau perlu dibuang terus. Maksudnya, bukan sekadar datang dan tukar sahaja malah boleh advice lagi pada kita.




#3 Ke bengkel untuk buat penggantian. Jujurnya, mek ingat tugas Perodua Total Protect selesai pada peringkat tukar tayar sahaja rupanya panel akan ke bengkel sekali (walaupun kedai tayar tersebut bukan kedai tayar mereka) untuk pastikan bahawa pelanggan benar-benar ready to go. Mek bersyukur dapat perkhidmatan Perodua Total Protect yang begitu baik sekali. Itu pun sebenarnya spouse dah datang membantu tapi disebabkan SOP memastikan pelanggan harus dalam keadaan ‘ready to go’ maka sehingga ke sudah lah panel tersebut memberi bantuan.

Macam mana nak dapat faedah Perodua Total Protect?

Seperti yang mek katakana di atas tadi, Perodua Total Protect mek dapat adalah daripada hasil renew insurans kenderaan di Perodua Sales. Harga tak mahal pun cuma tambah RM10 daripada jumlah harga roadtax kemudian dapat faedah-faedah daripada Perodua Total Protect. Mek pernah war-warkan sebelum ini tentang kebaikan Perodua Total Protect so korang boleh klik link di bawah yang mek sediakan. Mana tahu korang juga perlu beralih kepada Perodua Total Protect nanti.


Info lanjut mengenai Perodua Total Protect



Sekian ..

18 comments

  1. Sesiapa yang pakai kereta Perodua bole lah ambi oerhatian daripada pengalaman Mek ini kan?

    ReplyDelete
  2. Tq share sbb sy menggunakan perodua jg..info pntg sekiranya breakdown kat mana2

    ReplyDelete
  3. baguslah ada info berkaitan produa protect nih, sebabnya saya penguna kereta jenama produa baru tahu.. terima kasih info sangat bermanfaat

    ReplyDelete
  4. bagus tahu pasal kereta. saya ni tak tahu pape, rosak je terus cari suami atau ayah . info sangat bermanfaat, thank you.

    ReplyDelete
  5. mujur ada protection by perodua mcm ni. kalau kereta rosak di tgh2 hutan di Grik or GM tu tambah plak x de line telefon maka menangis x berlagu la..

    ReplyDelete
  6. Wahh baguslah ada program protection mcm nie. Xdelah melayang duit bila kejadian yg tidak diingjni berlaku

    ReplyDelete
  7. Lepas tukar tayar, memang perlu cek lagi, mek.
    Agar bebetul pasangnya. Tayar kan.
    Aida pernah sekali tayar xde angin.
    Aduhai. Gabra! Pe lagi, call asben la.
    Sib baik dlm melaka je.

    ReplyDelete
  8. Wah byk ilmu dapat kat sini arini. Sapa2 yangguna perodua tu kena baca la info2 penting kat sini.. moga bermanfaat . Tq sharing dear

    ReplyDelete
  9. Ena tahu pakai je. Tapi servis memang under perodua je. Suami yg uruskan. Hehe. So lepasnk ena kena alert jugakla. Dapat ilmu bermanfaat dri mek. Tq sharing.

    ReplyDelete
  10. Kita orang pompuan pun kena amik beratkan info gini. Biasa Mr Husband yang buat itu ini. Tq sharing atleast k.sal boleh jadikan sebagai panduan dan rujukan

    ReplyDelete
  11. Banyak kali gak terjadi benda nie... Ingat lagi masa duduk dekat area rumah lama... Pernah sebulan sampai 3x tayar pecah...

    Bila pergi bengkel.. dorang boleh teka tayar pecah masa lalu area mana....

    Sebab area itu jalan tak beberapa nak ok.. laluan lori sebab ada pembinaan.

    Tapi ok la.. tak de masalah pun nak tukar tayar sendiri.. lebih kurang 5-10 minit dah settle dah.. Sebab pernah pergi kursus pasal penjagaan kereta.

    ReplyDelete
  12. BAgus ada servis mcm ni. Sesuai utk perempuan gunakan. Kalau abam, terus tukar sendiri. Takot nk tunggu tu je kan.

    ReplyDelete
  13. menarik ni..sebagai pelanggan ini yang sebenarnya kita mahukan..dilindungi daripada masalah segera diberi bantuan..

    ReplyDelete
  14. Waahhh bestnya tapi sayang kita tak guna Produa hehehee tapi untung lah siapa yang ada kereta ni dapt service bagus dan cepat serta jimat hurmmmm.. kalau ada service kereta lain nanti bagi tahu yer kita nak cuba juga hehehehe..

    ReplyDelete
  15. terima kasih atas info ini. sesaui untuk mereka yang mempunyai masalah serupa di masa hadapan.

    ReplyDelete
  16. Info yg menarik dan sangat berguna utk pengguna perodua.. Mmg bagus program total protection nie.. Kena join sbb lebih selamat dan elakkan Dr kita ditipu.. Cam AM penah kena, rosak lain, bayar yg lain.. Huishh.. Mmg serik..

    ReplyDelete
  17. Perkongsian yang sangat menarik. Kalau sebelum ni memang tak ambil tahu langsung. Serah semuanya kat suami atau ayah je hoho

    ReplyDelete
  18. kota: Balikpapan
    pekerjaan: Bisnis
    jumlah pinjaman: Rp4,4 miliar
    Suku Bunga: 1%
    kesaksian koresponden W / A: +6281617538564

    Saya tidak akan berhenti untuk memberikan kesaksian tentang Kantor Pinjaman AASIMAHA ADILA Sah yang Sah untuk saya. Saya tidak pernah berpikir saya akan bertemu dengan pemberi pinjaman pinjaman terkemuka di blog. Saya meluangkan waktu saya untuk memberikan informasi tentang perusahaan ibu muslim saudi arabia karena dia akhirnya menawarkan bantuan pinjaman besar yang tidak bisa ditawar oleh orang lain. Saya terlibat hutang besar dengan debitor dan bank dan saya mencari pinjaman dari pinjaman yang berbeda perusahaan tetapi tidak ada. Sebaliknya mereka membawa kami ke lebih banyak hutang dan akhirnya meninggalkan kami sehingga saya bertemu AASIMAHA ADILA AHMED, yang menawarkan pinjaman meskipun pada awalnya saya pikir itu akan berakhir seperti perusahaan pinjaman lain .. perusahaan ibu muslim itu memiliki reputasi baik dan nyata. Mereka menawarkan kepada saya Rp4,4 miliar dengan tingkat bunga sangat rendah 1%. Saya telah belajar banyak hal dalam hidup sekarang, Jika Anda ketinggalan, jalankan lebih cepat. Jangan pernah menyerah, tidak pernah menyerah, dan bangkit melawan rintangan. Jangan menyerah. Anda seharusnya tidak pernah melepaskan diri batiniah Anda. Jangan pernah menyerah, karena itu adalah tempat dan waktu yang tepat bagi gelombang pasang. Jangan pernah menyerah dan tidak pernah menyerah. Perusahaan ibu muslim tidak berbohong, jangan menipu dan tidak mencuri seperti banyak orang lain yang menipu dan menipu saya. Apakah Anda membutuhkan modal besar, Apakah Anda berhutang, apakah Anda memerlukan pinjaman pribadi. hubungi mereka sekarang, dan pinjaman Anda akan disetujui sesegera mungkin. karena yang berkomitmen dalam melayani klien dan mengangkat orang miskin. Akan menarik untuk mengetahui bahwa semua orang di daerah saya melamar dan mendapatkan pinjaman dari mereka. Terapkan sekarang dan bebas dari tangan scammers pinjaman.
    Daftar Sekarang: (aasimahaadilaahmed.loanfirm@gmail.com)
    Pusat bantuan W / a: +447723553516
    E-mail; jurjanibude0811@gmail.com

    ReplyDelete