ERYA BY SURIA JANDA BAIK REVIEW


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry mek ..

Disember 2019 membawa mek ke Kuala Lumpur. Pilihan destinasi ini adalah berdasarkan jemputan perkahwinan anak saudara mek di Bandaraya Kuala Lumpur. Pada awalnya rancangan untuk ke Kuala Lumpur ini hanya semata-mata untuk menghadiri majlis perkahwinan sahaja. Tapi memandangkan alang-alang dah ke Kuala Lumpur, elok lah kita rancang betul-betul percutian kali ini. Dan mek dapat idea untuk menikmati alam semulajadi di Janda Baik.


Cerita tentang keindahan alam di Janda Baik dan Bukit Tinggi ini bukan baru yang mek tahu. Dah lama cuma tak ambil kesempatan untuk merasai sendiri kesejukan, udara nyaman di daerah ini. Yang mek tahu kalau udara nyaman bersih adalah di Cameron Highland sahaja. Rupanya tidak. Maka, satu malam mek checked in di Erya by Suria, Janda Baik. Suggestion ini juga mek dapat setelah menginap di Erya by Suria, Johor Bahru (nampak banyak rangkaian hotel yang mereka sediakan).



Tahap keterujaan mek untuk ke Erya by Suria, Janda Baik adalah tinggi memandangkan ini adalah percutian yang mek dah lama idamkan iaitu percutian ‘back to nature’. Last time mek bercuti ‘back to nature’ adalah di Cameron Highland pada Oktober 2018. Sepanjang tahun ini tak jejak lagi ke tempat alam semulajadi, semuanya percutian di tengah bandaraya. Amat berbeza rasanya bila bercuti di bandaraya dan bercuti di alam semulajadi.

So jom mek ceritakan tentang apa yang ada di Erya by Suria, Janda Baik.

Amenities yang ada di Erya by Suria, Janda Baik



#1 Free parking. Ruang parking yang ada di sini memang cukup untuk kereta yang datang menginap. Bahagian parking ada dua bahagian, di depan dan juga dan di belakang. Kedua-dua tempat parking ini berdekatan dengan receptionist. Jadi barang-barang korang tak lah perlu angkut jauh dari tempat parking atau tak perlu drop di lobi untuk turunkan barang-barang. Paling mek suka bila turun je daripada kereta, bunyi deruan air terjun. Nyaman !





#2 Free wifi (access thru room). Terus lepas masuk bilik, mek cuba wifi untuk tahu strength connectivity wifi yang disediakan di Erya by Suria, Janda Baik. Mek dah set dari awal untuk siapkan beberapa penulisan di blog dan IG sepanjang penginapan di sini. Pertama mek test menggunakan handphone. Bila masuk IG tak loading dan bila upload story pun okei (tak laju and tak berat sangat – medium strength).

Selepas dah mandi, sebelum turun untuk dinner, mek cuba pula di laptop. Buka Facebook, okei. Buka blog untuk blogwalking pun okei. Alhamdulillah settle kerja penulisan mek di Erya by Suria, Janda Baik. Memang best bila menulis, anak anak dah tidur dan dalam masa yang sama keadaan sekeliling membantu dalam dapatkan idea untuk penulisan. Skrol bawah untuk ketahui suasana di Erya by Suria, Janda Baik yang menjadi keunikan penginapan ini.





#3 Free breakfast. Breakfast bermula pada jam 8.00 sehingga 10.00 pagi. Korang boleh makan dalam tempoh itu. Ada orang lebih suka untuk sarapan terlebih dahulu kemudian naik semula ke bilik dan ada juga tetamu lebih selesa untuk makan dan terus checkout. Tak kisah korang dalam golongan yang mana, tetap makanan sarapan mencukupi untuk korang. Menu-menu yang dihidangkan pada waktu sarapan adalah menu-menu seperti yang dihidangkan di hotel lain juga iaitu mek goreng, nasi goreng, cereal, hotdog goreng dan juga roti bakar. Cukup untuk kenyangkan perut korang sementara menunggu waktu tengahari.




#4 Restaurant Bunga Padi. Perkhidmatan restaurant kali ini mek gunakan sepenuhnya memandangkan mek tiba di Erya by Suria Janda Baik pada waktu maghrib. Maka tentunya untuk makan malam, untuk jimatkan masa supaya dapat rehatkan diri dan anak-anak, mek terus sahaja tempah makan malam semasa checked in. Menu yang ada adalah pelbagai (seperti mana dalam gambar yang mek tunjuk), mek dan spouse memilih untuk mencuba Nasi Goreng Kampung (feeling nature kampung gitu).

Jika korang tanya tentang rasa Nasi Goreng Kampung Erya by Suria Janda Baik, komen mek adalah sedap seperti di Kelantan juga. Cukup rasa, tidak tawar seperti kebanyakkan tempat (kedai) yang mek dah cuba di sekitar pantai barat (sorry lah orang pantai barat but memang korang disiplin dalam menjaga kesihatan). Untuk soal harga pula, mek tak komen sebab bagi mek standart harga untuk dine in di hotel atau resort.

Untuk pengetahuan korang juga, Restoren Bunga Padi ini dibuka dua puluh empat jam untuk korang minum kopi atau teh sambil mendengar deruan air terjun yang ada dibelakang tempat penginapan. Mek dah bayangkan jika mek bersama travel buddy ke sini, tentu best kami menulis sambil minum kopi di Restoren Bunga Padi. Di dalam bilik tiada pemanas air yang disediakan untuk korang bancuh kopi. Jika korang perlukan air panas untuk buat susu anak, korang perlu ke Restoren Bunga Padi ini untuk dapatkannya.





#5 Sungai. Yang ini, lain daripada hotel yang pernah mek menginap offer. Biasa anak-anak akan teruja untuk mandi kolam tapi kali ini mek tunjukkan sesuatu yang baru kepada mereka iaitu air sungai yang begitu jernih. Untuk pengetahuan korang, Erya by Suria, Janda Baik di belakangnya ada sungai yang boleh diakses oleh tetamu (akan tetapi keselamatan diri dan anak-anak adalah tanggungjawab sendiri). Lepas breakfast pagi kami morning walk ke sungai.

Subhanallah, memang indah ciptaan Allah. Dan mek bersyukur untuk ke Erya by Suria, Janda Baik selain daripada lari dari kesibukan kota, menginap di tempat yang nyaman udaranya, mek juga dapat mengajar anak tentang alam semulajadi. Amani dan Amzar memang pernah tengok sungai tapi belum pernah celup kaki mereka di dalam air sungai dan kesempatan ini mek bagitahu mereka yang ini adalah ciptaan Allah, tak sama macam kolam yang selalu kita pergi.

Aktiviti lain di Erya by Suria, Janda Baik


#1 Kelas memasak. Di Erya by Suria, Janda Baik juga korang boleh belajar memasak masakan kampung Pahang yang diajar oleh chef yang berpengalaman dalam masakan Pahang. Cuma untuk masuk kelas masakan, korang kena tempah awal, jangan pulak request upon checked in untuk memasak. Jenuh chef tu nanti nak siapkan bahan-bahan untuk memasak. Kalau boleh booking semasa korang booking bilik atau booking untuk berkhemah. Menu yang akan korang pelajari adalah seperti di dalam gambar.





#2 Camping. Jika korang benar-benar nak alam semulajadi, korang boleh juga menginap di dalam kemah di tapak perkhemahan yang disediakan oleh Erya by Suria, Janda Baik. Tapak perkhemahan ini adalah betul-betul di tepian sungai. Facilities seperti ruang solat, bilik air juga disediakan berdekatan dengan tapak perkhemahan. Kiranya jika korang nak berkhemah dengan kawan-kawan atau nak bawa anak-anak merasai bagaimana perkhemahan (sekolah dah jarang buat perkhemahan) boleh ke Erya by Suria, Janda Baik. Tentu seronok bila dapat pasang kemah bersama-sama dan memasak sama-sama. Paling seronok adalah bila boleh berendam di dalam air sungai yang sejuk itu bersama-sama !






#3 Indoor activities. Ini syok habis kalau korang guna sepenuhnya permainan yang ada di sini. Ada dart, congkak, badminton, scrabbles dan chess. Mek dah bayangkan kalau datang berjemaah bersama travel buddy boleh buat mini tournament bersama anak-anak, macam mini family day. Tapi untuk mek dan spouse, kami hanya lawan congkak sahaja. Cukup untuk isi masa kami di sini. Selebihnya mek banyak buat penulisan di laptop (bunyi nature yang membantu mek untuk menulis dengan baik).

Semua permainan ini korang boleh dapatkan di receptionist dan main pun di kawasan yang dibenarkan sahaja. Bukan apa, takut bawa naik bilik nanti berlakunya kehilangan, nanti orang lain tak boleh nak guna pula. Kalau main badminton tentunya korang kena main di luar bilik, kan. Pendek kata jika korang ke Erya by Suria, Janda Baik takkan rasa bored sebab aktiviti yang ada di sini sememangnya dapat buat korang rasa terisi masa dengan sebaiknya.

Info lanjut Erya by Suria, Janda Baik





Jika korang nakkan satu percutian yang ‘back to nature’ tapi dalam masa yang sama dapat keselesaan seperti di hotel lain juga, boleh ke Erya by Suria, Janda Baik memandangkan di sini adalah satu tempat untuk kita betul-betul rehat dari bunyi kesibukan dan rutin harian di kota. Mek yang bukan daripada kota ni pun memang terasa release berada di Erya by Suria, Janda Baik memandangkan mek dah lama inginkan percutian ‘back to nature’ begini.

Call receptionist untuk reservation di Erya by Suria, Janda Baik @092210200




Sekian ..

4 comments

  1. waalaikumussalam. bestnya kat janda baik. setakat ni, kak belum penah sampai. hehe

    ReplyDelete
  2. Tenangnya dapat bercuti pi tempat sejuk-sejuk.
    Siap ada indoor outdoor activities lagi tu.

    ReplyDelete
  3. Owh My Travel Buddy!! Joms repeat 2020!! Bestnya dapat ngopi, suasana tenang, buka lappy, tapi mulut duk bersembang. Hahahahah!

    ReplyDelete
  4. Sims 4 cheats-the ultimate resource for cheats, codes, guides and more for The Sims 4 on the PS3, Xbox 360, PS4, Xbox One and PC!

    ReplyDelete