CHRISTMAS MOVIE UNTUK CUTI CHRISTMAS


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan juga pembaca entry ini ..

Disember is coming ! Disember sinonim sangat dengan perayaan Hari Natal atau kita lebih selesa sebut Christmas. Untuk kita yang Islam, Christmas ini diambil kesempatan untuk bercuti dengan penuh manfaat (korang describe sendiri lah manfaat untuk diri korang tu macam mana) dan juga peluang sales yang ada sepanjang Disember ini lagi-lagi jika harga tu half price daripada sebelum ini, memang ‘berhantu’ lah nak membelinya.

Memandangkan cuti Christmas pada 2019 jatuh pada hari Rabu which tengah-tengah. Kalau korang sambung cuti pun memang best lah habiskan cuti tahunan. Untuk mek pula cuti Christmas hanya untuk berada di rumah dengan melaksanakan sepenuhnya tanggungjawab suri rumah (bukan selalu dapat peluang jadi suri rumah sepenuh masa). Dan tidak lupa juga untuk selitkan movie best pada Christmas (feeling Christmas di negara orang).

Sebelum mek ulas dengan lebih lanjut movie best untuk korang movie marathon pada cuti Christmas ini, mek nak bagitahu yang mek ada ‘minat’ yang baru iaitu menonton di Netflix. Kalau korang dah lama dengan Netflix, bagus lah. Mek terjebak dengan Netflix selepas melihat Vivy dan Elle di IG Story mereka. Plus, bila tengok TV mek asyik terlelap kemudian cerita tu dah tak boleh repeat. Plus lagi kalau tengok movie tetiba anak nak kencing nak susu so mek boleh pause sahaja instead tunggu iklan berputar.

Jadi di bawah ini adalah movie yang boleh korang layan semasa cuti Christmas nanti.

Cadangan Movie Christmas


#1 A Christmas Prince. Kisah seorang writer yang bersemangat untuk ada penulisannya sendiri di dalam ruangan majalah (company yang dia kerja tu). Semasa Christmas, dia diberi mandate untuk cover story pertabalan Raja di Aldovia (satu negeri kecil di London kot). Cerita dia jadi lebih menarik bila dia dapat tahu tentang kebenaran yang berlaku di dalam istana. Memang best sebab kena dengan jiwa mek yang ada blog ni.


#2 A Christmas Prince : The Royal Wedding. Ni sambungan daripada yang atas. Dah tersuka kat Raja, Raja pun sukakan dia maka nak berkahwin la pulak. Cuma, daripada hidup menjadi rakyat biasa tetiba terikat dengan protocol Diraja agak-agak boleh jadi rimas tak? Siap blog kena banned lagi kat google sebab siarkan gambar dalam istana. Sambungannya korang kena tengok sendiri macam mana konflik itu selesai.


#3 A Christmas Prince : The Royal Baby. Paling latest. Dah bernikah tentu lah pregnant pulak. Yang ni pun best sebab tengok Amber dah pregnant dan hidup menjadi seorang queen. Karakter Amber yang sangat in dengan Richard dan suasana raja-raja menghidupkan lagi cerita A Christmas Prince The Royal Baby. Harap Christmas 2020 nanti ada lagi kesinambungan kisah Amber dan Richard di Aldovia.


#4 The Princess Switch. Ini pun salah satu genre movie yang mek suka. Princess Switch movie yang diterbitkan pada tahun lepas and masa iklaneka tu mek dah tersuka sebab si Vanessa tu yang berlakon dan bila ditonton memang sah tak salah pilih movie. Suka sangat dengan slang Dutch yang dia sebutkan dan suka juga dua karakter pada satu wajah. Walaupun umur mek dah mak-mak tapi movie bergenre begini semestinya menjadi pilihan mek.

Penutup

Mek harap dengan cadangan yang mek berikan ni dapat lah bantu korang untuk movie marathon pada cuti Christmas. Kalau tak bercuti pun boleh menonton anytime sebab di Netflix selagi cerita tu tak di delete maka boleh lah buka setiap mana masa yang korang mahukan. Boleh ulang, boleh pause dan boleh juga pilih movie lain jika korang tak suka genre movie yang mek suggest di atas tadi. Kalau korang ada movie lain nak dikongsikan, boleh drop kat ruangan komen jugak.

Sekian ..

2 comments

  1. waalaikumussalam. masa untuk popcorn depan tv. hehe

    ReplyDelete
  2. You’re the best, I was doing a google search and your site came up for real estate in Longwood, FL but anyway, I have enjoyed reading it, keep it up! Wondering where to go in 2019? Things to do has ranked as the best include a remote, idyllic island, the design capital ...

    ReplyDelete