Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger mek dan pembaca entry ini sekalian ..
Sales
12.12 memang menghantui ramai rakyat Malaysia. Yang 11.11 pun dah berlalu and
mek agak bernasib baik tidak begitu terjebak dengan sales 11.11. Cuma beberapa
perkara yang mek rasa perlu dibeli memandangkan ianya murah so mek grab lah.
Untuk 12.12 ni pula, sales untuk tarikh berlansung 11 sehingga 15 Disember
2019. Tempoh masa yang agak panjang and bagi mek cukup memberi ruang untuk kita
semua berfikir dengan waras untuk grab ataupun tidak.
Sales
12.12 kali ini mek tak lepaskan peluang untuk berniaga juga. Sambil menyelam,
minum air. Tak gitu? Banyak juga website yang lalu lalang ketika mek
blogwalking. Dan kawan mek juga ada menghantar link untuk tengok barang yang
mek sukakan itu dah separuh harga. Allah, banyak sangat yang menarik tapi apa
kan daya, duit dalam poket harus ditenung dengan penuh tajam supaya tidak bocor
untuk mendepani hari akan datang.
So
selepas ditenung dengan baik, ini sahaja yang mek dapatkan untuk 12.12.
Apa
yang mek beli pada 12.12
#1 Duck Scarf Matte
Satin. Yang ini
memang teramat ditunggu-tunggu. Mek antara yang minat dengan produk Duck.
Setakat ni mek dah ada tiga Duck Satin. So ini adalah koleksi mek yang keempat.
Dengan kemampuan mek, boleh beli time sales sahaja lah. Tak mampu nak beli
RM130 sehelai dik non oi. Banyak lagi kegunaan yang perlu diagihkan. Sales kali
ni dapat RM65 sehelai maka terus grab satu Matte Satin untuk kegunaan weekend.
Jika
korang tanya antara Satin Silk dengan Matte Satin yang mana mek lagi suka
jawapan mek adalah Matte Satin memandangkan mek suka pinless so kalau Matte
Satin dia senang lekat kat baju, tak jatuh sebab dia tak licin macam Satin
Silk. Tapi kalau korang suka nampak warna yang shining boleh beli yang Satin
Silk untuk percubaan. Colour Satin Silk agak lawa daripada Matte Satin. Tapi
kalau bab ‘best untuk pakai’ mek vote for Matte Satin.
#2 KFC Snack Plate. Ini memang dari awal masukkan dalam
senarai untuk lunch di office. Tambah pula mek memang ‘gemar’ gunakan ewallet
untuk dapatkan cashback. Untuk sesi makan-makan ini mek dan kawan-kawan beli
bungkus sahaja dan makan di office (sebab boss tak ada so leisure sikit kalau
makan di office). Untungnya bila beli dengan ewallet, dapat lagi cashback
RM1.44. Boleh lah tambah tabung cashback dalam ewallet.
Mek
ada idea juga untuk dilontarkan kepada pihak KFC yang mana jika berlakunya
sales 12.12 atau 11.11 atau Black Friday, rasanya pihak KFC boleh kot tambah
menu lain untuk dipotongkan harga memandangkan yang selalu di ‘sales’ kan
hanyalah KFC Snack Plate. Cer buat jugak untuk Dinner Plate ke, untuk Burger
ke, untuk Set Nasi ke. At least pelanggan ada variety of choices untuk dipilih
instead ‘Jom KFC, Snack Plate je yang murah’.
Penutup
Bagi
mek sale yang ada ni memang bagus kalau diambil peluang dengan sepenuhnya
memandangkan memang murah harga yang ditawarkan tapi kena tengok poket jugak
lah. Kalau poket tak berapa nak cukup dana jangan lah sampai ‘paksa’ diri untuk
membeli. Yang penting beli ikut keperluan dan juga ikut kemampuan. Baru lah
tenang hidup tak berhutang sini dan sana. And mind to share jugak, korang beli
apa time sales 12.12 hari tu?
Sekian
..
wah murah banyak tu. memang berbaloi shopping time sale tapi itulah kena beringat juga..
ReplyDeletewow..bestnya dia shopping 12.12
ReplyDeletewaalaikumussalam. hehe kami takda beli apa pun masa 12.12 tu. huhu
ReplyDeleteTERJEBAK JUGA TAPI TIADALAH BANYAK SANGAT HEHE.. ALAMAKKK TER CAPS LOCK PULAK. SORII YE MEK MALAS NAK TAIP SEMULA HEHE
ReplyDelete