Assalamualaikum
untuk semua sahabat dan pembaca entry mek ..
Lepas
check out di Erya by Suria, Janda Baik terus menghala ke GHPO (Genting Highland
Premium Outlet). Memang dari awal plan untuk ke sini sebab macam best pulak
hunting barangan murah aka sales di GHPO. Dulu macam segan jugak lah nak masuk
sebab title GHPO tu sendiri dah macam barangan mahal, butik dan tentunya bukan
untuk mereka yang seperti mek (seorang yang mencari barangan dengan kadar
ketetapan harga sendiri).
Disember
2019 adalah kunjungan kali kedua mek di GHPO. Pada kali pertama adalah pada
Julai 2019. Dan fun fact, di GHPO lah mek mengerti tentang sales, diskaun dan
outlet yang ‘sesuai’ dengan prinsip / pendirian mek. Dan mek dah cerita panjang
lebar tentang GHPO pada kunjungan pertama mek pada entry lepas (mek dah letak
link di bawah untuk korang baca). Kiranya jika berkunjung ke Kuala Lumpur, GHPO
adalah salah satu destinasi wajib kena singgah.
Nak
juga mek kongsikan dengan korang, pada kunjungan mek ke GHPO pada Disember 2019
ini teramat ramai manusia ! Serius ramai. Berbeza dengan kunjungan mek pada
Julai 2019. Pada tarikh yang mek pergi sememangnya sedang berlansung sales
12.12 yang bermula pada 11 sehingga 15 Disember. Hampir semua outlet beratur
panjang di luar untuk tunggu giliran bagi memasuki outlet. Chicken Rice Shop
pun penuh meja oii.
Barangan
yang dibeli di GHPO
So
di bawah ini adalah barangan yang mek dapatkan di GHPO. Mungkin bagi korang
jenama sebegini boleh sahaja dibeli di mall lain (bahkan di Kelantan pun ada
dua jenama ini) cuma seperti mek katakan tadi, caping untuk pembelian adalah
ditangan mek dan mek bukanlah jenis hunting barang branded. Hanya untuk penuhi
keperluan sahaja dengan kadar yang mek mampu. Korang mampu untuk membeli lebih,
silakan. No heart feeling, ye.
#1 Sweater Cheetah. Kisah nak beli sweater ni timbul
secara spontan sahaja. Masa mek di GHPO memang hujan turun dengan lebat. Memang
pengunjung tak boleh lalu lah bawah open air, kena lalu kawasan yang ada atap
sahaja. Kabus tak usah cakap memang tebal. So spouse pun cakap yang malam nanti
nak tengok wayang sure sejuk ni. Kami pun pusing-pusing untuk pilih sweater.
Banyak
tawaran sweater dengan pelbagai jenama tentunya. Cuma atas bajet korang lah
pulak untuk pembelian tu. Yang mek dapat adalah RM35 (kena pulak dengan taste
mek yang nakkan sweater ala luar negara tu). Untuk spouse pulak RM69 sebab
paling berkenan design Cheetah. Yang lain tak kena dengan taste dia plus harga
pun lebih RM100 ke atas. Untuk anak-anak mek cuba juga carikan namun tak dapat
dengan caping harga mek tetapkan.
#2 Baju PDI. Ini pula memang mencari baju untuk
seisi keluarga tapi yang dapat hanyalah untuk anak-anak. Bagi mek baju PDI
dengan harga RM13 pun dah cukup cantik dan selesa untuk mek dan anak-anak pakai
ketika travel. Dengan harga yang ditawarkan pun tak lah rasa sayang sangat nak
kosongkan almari bila perlu. Setakat mek ‘tukar gaya penampilan’ bila travel
ni, mek dapat rasakan stress mek makin berkurang dengan tidak perlu memikirkan
iron baju dan juga rimas bila perlu mendukung anak (tahu sahajalah bila anak
meragam).
Penutup
Korang
pula kalau ke Premium Outlet, perkara apa yang korang akan cari dan apa
pandangan korang dengan Premium Outlet? Bagi mek, Premium Outlet bukan sahaja
tempat orang mencari barangan branded malah untuk yang biasa-biasa pun boleh ke
sini. Mek ibaratkan Premium Outlet sebagai satu mall yang open air, sambil
menghirup udara natural, sambil tengok pelbagai butik yang ada. Mampu beli,
silakan masuk. Jika tak mampu, senyum sahaja.
Sekian
..
Barang2 branded ni tunggu sales barulah murah sikit.
ReplyDeletekalau tak, mampu tenguk aje.
bestnya mek shopping sokmo..:)
ReplyDeleteHa baju Padini untuk anak-anak memang best..
ReplyDeleteselalu jugak ke sini cuci mata. tapi kalau bawak anak anak x nama cuci mata dah. cuci poket jadinya. best jugak datang sini. sejuk gitu. tp kedai makan yg ada kat sini agak limited.
ReplyDeletenak tengok ootd baju baru dan sweater baru!hihihi
ReplyDeleteIt’s difficult to get knowledgeable folks on this topic, but the truth is be understood as what happens you’re preaching about! Thanks. With Insta stalker, you can find users, stories, hastags and more on Instagram. You don’t even need to login.
ReplyDelete