BELI APA DI GHPO


Assalamualaikum untuk semua sahabat dan pembaca entry mek ..

Lepas check out di Erya by Suria, Janda Baik terus menghala ke GHPO (Genting Highland Premium Outlet). Memang dari awal plan untuk ke sini sebab macam best pulak hunting barangan murah aka sales di GHPO. Dulu macam segan jugak lah nak masuk sebab title GHPO tu sendiri dah macam barangan mahal, butik dan tentunya bukan untuk mereka yang seperti mek (seorang yang mencari barangan dengan kadar ketetapan harga sendiri).


Disember 2019 adalah kunjungan kali kedua mek di GHPO. Pada kali pertama adalah pada Julai 2019. Dan fun fact, di GHPO lah mek mengerti tentang sales, diskaun dan outlet yang ‘sesuai’ dengan prinsip / pendirian mek. Dan mek dah cerita panjang lebar tentang GHPO pada kunjungan pertama mek pada entry lepas (mek dah letak link di bawah untuk korang baca). Kiranya jika berkunjung ke Kuala Lumpur, GHPO adalah salah satu destinasi wajib kena singgah.


Nak juga mek kongsikan dengan korang, pada kunjungan mek ke GHPO pada Disember 2019 ini teramat ramai manusia ! Serius ramai. Berbeza dengan kunjungan mek pada Julai 2019. Pada tarikh yang mek pergi sememangnya sedang berlansung sales 12.12 yang bermula pada 11 sehingga 15 Disember. Hampir semua outlet beratur panjang di luar untuk tunggu giliran bagi memasuki outlet. Chicken Rice Shop pun penuh meja oii.

Barangan yang dibeli di GHPO

So di bawah ini adalah barangan yang mek dapatkan di GHPO. Mungkin bagi korang jenama sebegini boleh sahaja dibeli di mall lain (bahkan di Kelantan pun ada dua jenama ini) cuma seperti mek katakan tadi, caping untuk pembelian adalah ditangan mek dan mek bukanlah jenis hunting barang branded. Hanya untuk penuhi keperluan sahaja dengan kadar yang mek mampu. Korang mampu untuk membeli lebih, silakan. No heart feeling, ye.


#1 Sweater Cheetah. Kisah nak beli sweater ni timbul secara spontan sahaja. Masa mek di GHPO memang hujan turun dengan lebat. Memang pengunjung tak boleh lalu lah bawah open air, kena lalu kawasan yang ada atap sahaja. Kabus tak usah cakap memang tebal. So spouse pun cakap yang malam nanti nak tengok wayang sure sejuk ni. Kami pun pusing-pusing untuk pilih sweater.

Banyak tawaran sweater dengan pelbagai jenama tentunya. Cuma atas bajet korang lah pulak untuk pembelian tu. Yang mek dapat adalah RM35 (kena pulak dengan taste mek yang nakkan sweater ala luar negara tu). Untuk spouse pulak RM69 sebab paling berkenan design Cheetah. Yang lain tak kena dengan taste dia plus harga pun lebih RM100 ke atas. Untuk anak-anak mek cuba juga carikan namun tak dapat dengan caping harga mek tetapkan.


#2 Baju PDI. Ini pula memang mencari baju untuk seisi keluarga tapi yang dapat hanyalah untuk anak-anak. Bagi mek baju PDI dengan harga RM13 pun dah cukup cantik dan selesa untuk mek dan anak-anak pakai ketika travel. Dengan harga yang ditawarkan pun tak lah rasa sayang sangat nak kosongkan almari bila perlu. Setakat mek ‘tukar gaya penampilan’ bila travel ni, mek dapat rasakan stress mek makin berkurang dengan tidak perlu memikirkan iron baju dan juga rimas bila perlu mendukung anak (tahu sahajalah bila anak meragam).

Penutup

Korang pula kalau ke Premium Outlet, perkara apa yang korang akan cari dan apa pandangan korang dengan Premium Outlet? Bagi mek, Premium Outlet bukan sahaja tempat orang mencari barangan branded malah untuk yang biasa-biasa pun boleh ke sini. Mek ibaratkan Premium Outlet sebagai satu mall yang open air, sambil menghirup udara natural, sambil tengok pelbagai butik yang ada. Mampu beli, silakan masuk. Jika tak mampu, senyum sahaja.

Sekian ..

5 comments

  1. Barang2 branded ni tunggu sales barulah murah sikit.
    kalau tak, mampu tenguk aje.

    ReplyDelete
  2. Ha baju Padini untuk anak-anak memang best..

    ReplyDelete
  3. selalu jugak ke sini cuci mata. tapi kalau bawak anak anak x nama cuci mata dah. cuci poket jadinya. best jugak datang sini. sejuk gitu. tp kedai makan yg ada kat sini agak limited.

    ReplyDelete
  4. nak tengok ootd baju baru dan sweater baru!hihihi

    ReplyDelete