Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Mek mulakan cerita #jalanjalanmekyunie pada November 2019 dengan Tanjung Piai Hujung Benua Asia (Bhg Selatan). Sebelum mek mengulas dengan lebih lanjut, pada November 2019 destinasi untuk mek dan keluarga bercuti adalah negeri Johor. Pemilihan negeri Johor dibuat atas dasar ianya memerlukan banyak masa untuk ke sini. Memandangkan pada November 2019 Kelantan mendapat cuti selama lima [5] hari bersempena Maulidur Rasul dan juga Keputeraan Sultan Muhammad ke V. Peluang ini diambil sebaik mungkin.
Ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia ini pun sebenarnya pilihan mek dan spouse memandangkan di sana pada November 2019 diadakan Pilihan Raya Kecil (PRK P165) ekoran daripada wakil rakyat mereka meninggal pada sekitar Oktober 2019. Cuma pada ketika mek ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia bukan lah pada hari mengundi. Tapi suasana mengundi itu dah dirasai dengan pacakan bendera parti pada kiri dan kanan jalan. Mek dan spouse agak suka dengan isu politikal maka perkara-perkara sebegini menarik perhatian kami untuk sama-sama menjadi saksi PRK P165.
Selain daripada meninjau situasi PRK P165, sudah tentu mek nak juga mencipta kenangan di Hujung Benua Asia yang mana seumur hidup mek tak pernah lagi tiba di Tanjung Piai Hujung Benua Asia. Kiranya bagi mek di Tanjung Piai Hujung Benua Asia ini adalah satu tempat must checked in bila tiba di Johor. Mana taknya, Hujung Benua Asia ini bukan ada pada semua negeri maka untuk lahirkan rasa syukur dan bangga menjadi rakyat Malaysia, tempat sebegini perlu dilawati (walaupun korang fail dalam Geografi).
Pengalaman di Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Mek bergerak ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia dari Ikea Tebrau selepas makan tengahari dan berjumpa dengan kawan mek yang sama-sama bersekolah rendah dulu. Kawan mek juga bersetuju nak ikut mek ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia memandangkan dia dan suaminya ada waktu lapang untuk temankan kami ke sana. Menggunakan Google Maps, perjalanan yang memakan masa lebih kurang sejam dua puluh minit itu [1 jam 20 minit] kami harungi dengan berjaya.
Jalan untuk ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia tidak seindah yang mek bayangkan. Melalui Pekan Nanas dalam daerah Pontian Johor bukanlah teruk sangat namun jalan yang hampir sama dengan perjalanan mek ke Morib melalui perkampungan di Kuala Selangor. Tapi itu tidak menjadi masalah pada mek sebab kami di Kelantan sudah biasa dengan keadaan jalan sebegitu. Tepat jam 5.15 petang kami tiba di Tanjung Piai Hujung Benua Asia.
Seperti dalam jangkaan mek pengunjung luar tentunya akan ramai di Tanjung Piai Hujung Benua Asia memandangkan daerah Pontian buat masa ini akan diserbu ramai pihak luar. Tentunya mereka juga tidak akan melepaskan peluang untuk melihat dan meninjau kawasan Tanjung Piai Hujung Benua Asia. Memang meriah pada ketika mek tiba walaupun hari dah petang dan waktu pengoperasian hampir tamat. Warna-warni semuanya dengan baju-baju parti masing-masing.
Untuk pengetahuan korang, keadaan Geografi Tanjung Piai Hujung Benua Asia ini adalah bersifat Hutan Paya Bakau yang mana korang dapat lihat pokok-pokok bakau dengan pelbagai spesis dan nama di sini. Jika anak korang sedang berlajar Geografi teramat elok untuk bawakan mereka ke sini untuk lihat keadaan sebenar kawasan hutan paya bakau. Mek tidaklah menyesal tapi alangkah baiknya jika sekolah mek dahulu memperkasakan lawatan sambil belajar.
Dari tempat parkir kereta, korang perlu berjalan masuk sepanjang hampir 1.5km untuk sampai ke Hujung Benua Asia. Perjalanan ini tidak lah sukar kerana mereka telah sediakan track yang cantik untuk pengunjung ke sana. Yang penting sepanjang perjalanan ke sana korang akan ditemani dengan spesis pokok bakau dan juga ikan belacak. Untung-untung dapat jugalah jumpa monyet yang akan minta ‘tol’ dengan korang. Nasihat mek, jangan layan sangat ‘tol’ yang dikenakan. Kalau korang layan lagi banyak monyet yang datang nak ‘mengutip’.
Berjalan kaki hampir tiga [3] atau empat [4] minit dan korang akan berada di Hujung Benua Asia ! Kenapa ianya digelarkan sebagai Hujung Benua Asia? Kerana di sini adalah penghujung bagi daratan negara Asia. Daripada Tanjung Piai Hujung Benua Asia korang akan dapat lihat dua [2] negara lain iaitu Singapura dan Indonesia (Pulau Karimun Besar, kepulauan Riau Indonesia). Dan juga korang akan dapat lihat banyak kapal-kapal kargo yang berlabuh sementara untuk berlayar kembali.
Harga Tiket Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Untuk akses ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia korang memerlukan tiket. Kalau tak ada tiket tak boleh masuk. Untuk satu dewasa harga tiket hanyalah RM5 sahaja manakala untuk kanak-kanak adalah dikecualikan (kategori kanak-kanak sehingga umur berapa yang percuma mek tak dapat pastikan). Bagi mek harga yang ditetapkan adalah munasabah dan berbaloi dengan apa yang mek dapat lihat. Walaupun ramai yang memilih untuk Taman Negara seperti ini dipercumakan, tapi mek tetap bersetuju untuk ianya ditiketkan.
Jika korang datang dalam bentuk kumpulan, mungkin satu [1] hingga tiga [3] bas, adalah lebih baik jika korang menghubungi pejabat urusan Tanjung Piai Hujung Benua Asia terlebih dahulu untuk diaturkan tiket korang. Ini dapat mengelakkan daripada korang menunggu untuk membeli tiket dengan masa yang panjang. Selain itu, korang juga akan dapat tour guide jika datang dalam bentuk kumpulan. Untungnya dapatlah dengar penjelasan daripada tour guide mengenai Tanjung Piai Hujung Benua Asia.
Kopi Tenggek di Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Dah selesai sesi melawat Taman Negara Tanjung Piai Hujung Benua Asia, kami berhenti sebentar di perkampungan yang berdekatan untuk mengenakan Kopi Tenggek. Pada awalnya mek baca sebagai Tonggek. Apalah yang dimaksudkan dengan tonggek rupanya Kopi Tenggek di mana kopi yang baru di brew segar daripada bijian kopi bertenggek di atas gelas yang korang minum. Rasa kopinya memang kaw habis sehinggakan mek terpaksa letak empat [4] sudu kecil gula (padahal dalam mood cut sugar) dan beberapa ketul ais untuk kurangkan rasa kaw itu. Kaw kopi tenggek ini lebih kurang Expresso di Starbucks. Hebat bukan?
Disebakan mek berkunjung pada musim PRK maka servis mereka menjadi sedikit perlahan. Tapi alhamdulillah selepas dua puluh [20] minit masa menunggu akhirnya kami dapat rasa juga kopi tenggek ni. Sekurang-kurangnya sesi mengopi bersama kawan mek dipanjangkan sedikit daripada biasa. Alhamdulillah untuk rezeki pada hari mek ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia. Dapat menikmati alam ciptaan Allah dan dapat juga nikmati hasil akal yang waras dan bersih daripada Allah kepada hambaNya. Syukur.
Info lanjut Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Google Maps ke Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Waktu pengoperasian Tanjung Piai Hujung Benua Asia
Isnin - Jumaat : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
Sabtu dan Ahad : 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Pejabat urusan Tanjung Piai Hujung Benua Asia
@076969712
Sekian ..
Belum pernah smpai Johor..1 hari nnt.
ReplyDeleteTempat ni CR nak sangat pergi tapi tak dapat2 lagi pergi
ReplyDeletebila memikirkan ada tol dari monyet tu yg lemah tuu..
takutt..hehe
Welcome to JDT
ReplyDeletePaling attract dengan kopi tenggek tu. Ada rezeki nak jejalan Tanjung Piai lah. Menarik :)
ReplyDeleteTerima kasih atas perkongsian. Baru tahu kenapa di panggil tanjung Piai Hujung Benua Asia. Tak pernah sampai sini lagi.
ReplyDeleteBaru tahu Tanjung Piai ni digelar Hujung Benua Asia. Menarik juga ya tenoat ni. Tak pernah pg.
ReplyDeleteOwhh inilah hujung benua asia ya..tak pernah tahu sis..hehehe. Tapi seronok lah kan dapat jenjalan ke tempat yang tak pernah kita pergi dalam Malaysia ni
ReplyDeleteWah smpi johor dia berjalan. Pernah masa zmn remaja dtg ke sini. Mesti dah byk perubahan yg dialami
ReplyDeleteuniknya kopi tenggek tu, sedap tak? baru tahu tanjung piai ni di hujung bnua asia
ReplyDeletebaru tahu tanjung piai ni hujung benua asia.nampak tenang je tempatnya.
ReplyDeleteboleh masuk list ni lepas ni kalau nak ke johor.
Macam best ye Tanjung Piai ni. Boleh masuk list tempat yang kena lawati. Tak oernah lagi sampai sini.
ReplyDeleteSaya pernah pergi sekali je kesini. Seronok juga tahu tentang geo Malaysia ni. Tapi tak sempat nak rasa kopi tenggek. Haha. Nanti insyaAllah akan ke sana lg.
ReplyDeleteThank you for sharing this beautiful place with us! Never really been to Johor, except going to mom and dad's hometown which is Segamat. Will definitely going to this new place ( for me ) thanks for sharing!
ReplyDeleteHaha menariknya kopi tenggek tu, unik! Dulu semasa belajar di Johor tak terigat pula nak pergi Tg Piai ni, huhu. Takpe, one day boleh sampai kot nanti..
ReplyDeletewah mek pergi tempat yang nad tak tau pun ada tempa macm ni..bestnya tengok..kopi tenggek tu menarik pulak..
ReplyDeleteI like viewing web sites which comprehend the price of delivering the excellent useful resource free of charge. I truly adored reading your posting. Thank you! Search your twitter DMs, mentions, likes and favorites, and timelines Twitter search.
ReplyDeleteLZ lahir di Johor pun tak sampai lagi ke Tg. Piai Mek..
ReplyDeleteMacam best pula dekat dengan laut..