Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan pembaca entry ini ..
November
2019 membawa mek ke Johor Bahru di mana satu negeri yang ditakrifkan sebagai
hujung benua Asia. Hujung sut kalau orang Kelantan istilahkan. Sepanjang hayat
mek, hanya beberapa kali sahaja mek ke Johor. Mungkin dua [2] atau tiga [3]
kali kot. Dari Kelantan nak ke Johor mengambil masa lebih kurang dua belas [12]
jam perjalanan. Jadi ke Johor Bahru memang kena well planned sebab tak nak
bazirkan masa dan nak cukupkan masa untuk melawat apa yang menjadi simbolik
kepada Johor Bahru.
Legoland
antara yang mek terlintas bila ke Johor. Bila tengok harga bilik untuk menginap
di sini terus rasa diluar kemampuan sebab mencecah ribuan ringgit. Untungnya
mek sebab ada adik yang berkerja di Legoland Hotel Johor Bahru. Bila ditanya
harga bilik menggunakan rate kakitangan hampir RM350 juga semalaman. Masih lagi
tidak mampu. Akhirnya mek buat keputusan untuk datang juga ke Legoland Hotel
Johor Bahru untuk terokai lobby hotelnya.
Amenities
di Legoland Hotel Johor Bahru
Walaupun
tak menginap di sini mek sempat lah meninjau keadaan sekeliling di Legoland
Hotel Johor Bahru. Waktu mek sampai lebih kurang jam 7.30 malam, bukan waktu
puncak so tak lah sibuk sangat dan tak lah berebut parking dengan tetamu yang
lain. Expectation mek terhadap Legoland Hotel Johor Bahru memang agak tinggi
sebab dengan harga yang ditawarkan. Bila mula melangkah masuk ke Legoland Hotel
Johor Bahru, the VVIP guest is goes to kid ! Serious, memang lah mak ayah
dilayan elok juga cuma cara diaorang greet anak-anak, MasyaAllah memang very
friendly. Patut lah bawa anak ke sini kalau nak reward deme.
So
jom lah mek terangkan serba sedikit amenities yang korang dapat bila menginap
di sini. Ini adalah tidak termasuk dengan Legoland Themepark ye sebab harga
bilik adalah tidak termasuk dengan harga Legoland Themepark. Tiket Legoland
Themepark kena beli asing di kaunter Legoland Themepark (yang tu tak sempat nak
review, next time pulak).
#1 Free Parking. Parking untuk mereka yang menginap
di sini tentunya akan dapat secara percuma di ruangan basement Legoland Hotel
Johor Bahru. Mek tak dapat pastikan bagaimana ruangan parking di sini
memandangkan semasa mek berkunjung ke Legoland Hotel Johor Bahru, mek parkir
diruangan kakitangan (sebab datang dengan adik). Mengikut kata adik mek parking
di sini luas dan tidak menyusahkan tetamu.
#2 Free Wifi. Wifi penting lagi-lagi jika anak
yang suka layan Youtube. Kalau mek memang kisah sangat dengan wifi yang boleh
diakses melalui bilik sebab nak update cerita travel secepat mungkin. Tambahan
wifi penting juga untuk akses thru phone so boleh jimat data untuk kegunaan di
luar bangunan pula (oh yes belum ambil pakej yang unlimited data so wifi is
very important to save the data during travel period).
#3 Kolam renang. Kalau korang datang semata-mata
untuk menginap di Legoland Hotel Johor Bahru, korang boleh bermandi-manda di
ruang kolam yang disediakan untuk tetamu hotel. Contohnya macam anak mek yang
masih lagi kurang sesuai untuk explore themepark, boleh sahaja bermandi-manda
di kolam renang Legoland Hotel Johor Bahru. Yang penting dapat pengalaman tidur
di sini.
#4 Free breakfast. Breakfast bukan sebarang breakfast
kalau di Legoland Hotel Johor Bahru. Di sini anak-anak dibenarkan untuk
mengambil sendiri dan deco sendiri makanan yang mereka mahukan. Sambil bercuti
sambil bagi anak pembelajaran dan pengalaman untuk perkembangan diri mereka.
Contohnya di sini anak korang boleh ambil cereal dan letak mana-mana buah yang
mereka mahukan. Mek pasti anak-anak mesti teruja dengan sarapan pagi di
Legoland Hotel Johor Bahru.
#5 Free lego. Part paling best untuk anak-anak dan
juga untuk ibu bapa yang minat dengan lego, korang menginap di sini, korang
akan dapat lego free juga ! Paling best lego yang korang dapat ni akan didapati
di dalam bilik penginapan korang dengan cara ‘treasure hunt’. Serius, bila adik
mek cerita tentang treasure hunt dan dapat lego tu rasa macam Allah, patutlah
harga biliknya begitu. Padan dengan apa yang diberikan kepada tetamu.
#6 Lego hall. Ini part paling best sehinggakan mek
sendiri leka duduk diruangan ini. Lego Hall ada di bahagian lobi Legoland Hotel
Johor Bahru. Sementara ibu bapa check in, anak-anak boleh bermain lego di Lego
Hall. Dekat sini memang mek sendiri spend dua jam sebab ralit sangat main lego,
tengok anak main lego, tengok anak orang lain main lego. Sebab daya kreativiti
orang adalah berlainan so seronok tengok ‘pembinaa’ lego masing-masing.
#7 Bilik X Box. Ini very rare. Setakat mek menginap
di hotel tiada lagi satu hotel yang sediakan Xbox untuk kanak-kanak bermain.
Tapi bilik ini tidak dibuka sepanjang masa. Ianya dibuka ikut waktu tertentu
juga. Cuma korang sebagai tetamu di Legoland Hotel Johor Bahru boleh request
untuk bilik ini dibuka (ikut waktu yang dibenarkan). Bilik Xbox ni tak lah
besar sangat. Boleh muat dua pemain sekaligus. Kira okei lah kan.
#8 Showtime. Mungkin memerap di dalam bilik dah
cukup untuk menikmati Legoland Hotel Johor Bahru tapi kalau korang nak merasai
kelainan daripada menginap di hotel yang lain, boleh turun ke lobi Legoland
Hotel Johor Bahru untuk tengok persembahan daripada kakitangan mereka. Waktu
untuk persembahan korang boleh tanya dengan receptionist. Selain daripada itu
korang juga boleh layan movie Lego yang disiarkan diruangan Lego Hall.
#9 Lego Authorised
Souvenir Shop.
Sebelum pulang, boleh singgah di Lego Authorised Souvenir Shop untuk dapatkan
lego yang korang suka dan jadikan sebagai kenang-kenangan untuk episode travel
kali ni. Banyak juga diskaun yang ditawarkan di Lego Authorised Souvenir Shop
ni. Mek sendiri agak terliur nak beli lego tapi mengenangkan anak mek tak
pandai nak appreciate lego itu mahal, maka tak jadi beli.
Info
lanjut Legoland Hotel Johor Bahru
Korang
yang berminat nak ke Legoland Hotel Johor Bahru boleh usha link yang mek
sediakan di bawah ini. Boleh lah rancang percutian untuk anak-anak bila cuti
sekolah atau weekend nanti. Walaupun tampak mahal tapi jika mampu tiada
salahnya untuk ‘spend’ sedikit di sini demi kegembiraan anak-anak. Menjadi
kenangan yang manis untuk zaman kanak-kanak mereka. Kegembiraan anak-anak
menjadi kebahagian kepada ibu bapa.
Sekian
..
belum lagi nak ke legoland, mek.
ReplyDeletethn depan dah ada plan lain.
dok fikir kos nak ke situ mahal, tu yg bertangguh :) hi hi hi...
Memang syurga kanak kanak betul tempat ni. I belum sampai lagi kat sini. Banyak juga aktiviti best kat sini .
ReplyDeleteTeringinnya nak stau sini. One day, nak bawa anak merasa ��
ReplyDeleteMasih belum berkesempatan nak ke sini.. mungkin satu hari nanti.. time anak dah besar sikit
ReplyDeleteDah lama perati tentang Legoland ni cuma masih tak terbuka hati untuk pergi. Tapi menarik kan? Macam-macam ada. Memang anak-anak lah yang paling excited.
ReplyDeleteJauh perjalanan Mek kali ini. Kalau berbayar pun rasanya berbaloi kut!
ReplyDeleteCantik hotelnya. Tapi harga agak mahal jugakla. Nak masuk park lagi. Kne buat kira-kira dulu. Hihi
ReplyDeleteHotel legoland memang cantik dan colourful. Dah lama plan nak bawa anak anak bercuti kat sini tapi kena tengok masa yang yang sesuai memandangkan kerja suami tak tentu masa.
ReplyDeletebestnya dah check hotel legoland. BBL ni bila la nak jejak kaki kat sini. colourful sangat hotel dia, mesti budak-budak suka bila datang main lego sini
ReplyDeleteBelum pernah stay di Legoland hotel tapi themepark pernah masuk. Tu pun sempena family day KBBA9, rezeki Alhamdulillah. Kalau sendiri bayar idok ku mampu... Huhuu
ReplyDeleteApapun, memang tempat keriangan kanak-kanak dan ibubapa. Best giler!
Wishlist nak masuk water themepark dia nanti, dok usha dari jauh tu ari. hehee...
Tk pernah lg check in hotel legoland ni. Tgk mcm menarik kalau bwk anak2 rehat sini
ReplyDeleteDah 3 4 hari ni dok pikir nk pergi legoland. Lama sangat dha xpergi. Pergi pun nak bawak anak je. Skarang dh mcm2 improve compare dulu2.
ReplyDeleteAduii mek yang dari utara dah ke Legoland Hotel. I yang dekat KL tak turun lagi ke sana. Takleh jadi ni. Anak dah nampak blog mek, dia tengok gambar siap tanya kita pi cuti nanti kan ibu? hehehe
ReplyDeleteThanks for this usefull article, waiting for this article like this again. The IP address of a device is 192.168.l.254 which is regarded as a private IP address. Whenever people buy a new router or modem, it comes with a default username and password. These particular login credentials help the users to protect their internet from irrelevant connections. Unfortunately, if you forget the router password then, it becomes quite challenging to find it out.
ReplyDelete