REVIEW ERYA BY SURIA JOHOR BAHRU HOTEL


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan para pembaca entry yang dihormati sekalian ..

Ke Johor Bahru pada November 2019 membawa mek kedua tempat penginapan yang berbeza. Malam pertama di Berjaya Waterfront Hotel, malam kedua juga di Berjaya Waterfront Hotel dan malam ketiga mek pilih hotel lain memandangkan mek nak hotel yang pelbagai bila travel (nak mencuba amenities yang ada pada setiap hotel). Pada malam terakhir mek memilih Erya by Suria Hotel Johor Bahru memandangkan harga yang ditawarkan adalah lebih rendah.

Pilihan hotel ini juga semestinya perlu meet kriteria amenities yang mek perlukan seperti free parking, free wifi dan kolam renang untuk anak-anak berendam sebelum check out. Lain-lain yang berdekatan dengan hotel itu adalah bonus. Lagi pula mek travel dengan kereta sendiri maka tempat yang berdekatan itu tidak menjadi masalah untuk terjah. Yang jauh pun kalau sanggup, boleh sahaja drive ke sana contohnya Tanjung Piai (sejam setengah [1 jam 30 minit] jugak lah dari Bandaraya Johor Bahru.


Cuma, bila mek terima emel daripada pihak Erya by Suria Hotel Johor Bahru yang mengatakan mereka dah berpindah ke North Wing (belakang bangunan Erya by Suria Hotel Johor Bahru) untuk sementara waktu, mek tawakal untuk tetap dengan pilihan mek ini. Sebagai blogger yang ada sipi sipi niche travel, nak juga review hotel yang best dengan harga yang mampu milik oleh semua orang. So ini adalah review daripada mek.

Amenities di Erya by Suria Hotel Johor Bahru

#1 Free parking. Walaupun dipindahkan ke bangunan belakang, akses untuk free parking masih lagi dapat mek nikmati. Free parking ini agak selamat sebab ianya di basement. Cuma nak naik ke lobby hotel perlu menggunakan tangga (setingkat je pun). Parking basement bagi mek a bit secure daripada parking di luar sebab rasa macam kereta tu agak tersorok sedikit plus ada jaga yang jaga jadi rasa lapang dada tu lebih lah sikit.

#2 Free Wifi. Yang ini, agak kecewa sebab bila mek tanya tentang wifi, katanya wifi belum dipasang siap pada bangunan sementara ini. Tapi kesilapan ini bukanlah daripada pihak hotel tapi daripada third party. Maka mek redha dengan sepenuh hati dan nasib baik juga lah mek tak lekat lama kat bilik sebab keluar menjelajah Bandar Iskandar Puteri. Bangun pagi tu pun anak tak sempat minta tengok youtube sebab mek dah buka channel kartun untuk diaorang tengok sambil breakfast.

#3 Kolam renang. Ini juga mek tak berkesempatan untuk melawatinya. Mek ada juga bertanyakan pada receptionist tentang pool dan katanya tetamu masih lagi boleh menikmati kolam renang Erya by Suria Hotel Johor Bahru di bangunan mereka. Cuma kena berjalan sikit lah untuk ke sana. Rasanya kalau mek tak berkejaran dengan masa pada pagi tu (sebab kami kena check out awal untuk pulang ke Kelantan), mek dah bawa anak terjun kolam sekali lagi.

#4 Free breakfast. Mek tempah bilik di Erya by Suria Hotel Johor Bahru menerusi agoda dan memang dari awal tak ambil breakfast. Semasa check in mek ada tanyakan receptionist sama ada breakfast di bangunan lama atau di bangunan sini sahaja. Dan a bit okei bila sarapan disediakan pada bangunan yang sama maka tak perlu lah korang berjalan jauh sangat untuk makan pagi. Turun dari lift terus boleh breakfast.

Info lanjut Erya by Suria Hotel Johor Bahru

Korang yang nak tahu lanjut tentang Erya by Suria Hotel Johor Bahru boleh klik di link mek yang dah sertakan di bawah. Untuk pengetahuan korang juga, Erya by Suria Hotel ini ada juga dibeberapa negeri lain. InsyaAllah kalau mek berkesempatan boleh lah singgah di mana-mana rangkaian hotel Erya by Suria ni. Yang Johor Bahru ni mek tak lah terasa sangat sebab dia dah bagitahu yang mereka sedang renovate bangunan lama. So, mek terima dengan berlapang dada dan tetap akan recommend Erya by Suria Hotel Johor Bahru kepada orang ramai.





Sekian ..

13 comments

  1. Thanks sebab share your review. Mana la tahu, tetiba kena ke JB boleh la try menginap kat sini. Harapnya dah ada wifi la kan. Hehe

    ReplyDelete
  2. thanks for sharing. dah lama tak ke JB, next time boleh cuba stay a night di hotel ni. tapi kena tunggu wifi siap dulu hehe

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi sampai ke johor ni maybe kalau ada kesempatan pergi johor mungkin boleh usha2 hotel yg mek review..hehe

    ReplyDelete
  4. Good review. Sella kalo turn JB I will stay at Puteri Pacific Hotel or Amari. Next time boley lah try yg ini pula. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  5. sarah selalu hunting accommodation yang murah tapi basic amenities dia bagus and complete. baru berbaloi kan? thanks for sharing this next time hunting boleh try erya hehehe

    ReplyDelete
  6. Wahhh bestnya stay dekat JB, kalau ada gambar dalam bilik hotel lagi best saya suka tgk decoration he he he, boleh nampak apa yang menarik dan buat saya bertambah teruja dan tak sabar nak pergi. Apapun happy holiday ya Mek

    ReplyDelete
  7. Have not been to JB long time ago. Find no reason yet but this place will be in my bucket list.

    ReplyDelete
  8. Thanks for this artikel. Manalah tahu tetiba nak bercuti ke Johor, adalah tempat penginapan yang nak di jadikan rujukan. Dan pada masa tu semua kemudahan asas seperti wifi dah siap sepenuhnya.

    ReplyDelete
  9. Ooo banyak diaorng baru nak buat.. Tapi. Tgk hotel mcm menarik.. Nanti bila ke Johor boleh masuk dlmm senarai list hotel ni.. Memng penting ade wifi dan kolam.. Bukan untuk kita je tapi utkk anak2 juga

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas review. In shaa Allah bila ke johor nnti. bolehlah check in hotel ni nanti :)

    ReplyDelete
  11. Tak pernah tinggal kat hotel ni. Tapi overall nampak menarik dan selesa. Klu ke sini blhla try menginap

    ReplyDelete
  12. Nampak menarik hotel ni... Nanti kita ada plan nak gi JB boleh laaa try book sini. Thanks sharing

    ReplyDelete