Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Terlebih lagi jika melibatkan kawasan muka. Setiap wanita mempunyai kulit muka yang berbeza. Ada yang berminyak, ada yang berpigmentasi (jeragat mahupun freckles), ada juga yang berjerawat (masalah major untuk wanita), kulit muka terlampau kering dan ada juga yang jenis kulit normal tiada sebarang masalah. Kalau yang jenis kulit muka seolah kulit telur yang bersih dan licin tu, alahai cemburunya !
Set penjagaan kulit wajah diluar sana sememangnya banyak. Banyak pilihan dan banyak juga yang kena pakai untuk dapatkan kulit mulus. Bermula daripada menanggalkan makeup kemudian membasuh muka dengan pencuci muka, seterusnya sapuan toner dan sapuan pelembab sebagai finishing untuk rutin harian dalam penjagaan kulit wajah. Tapi awas, silap memilih produk, habis lah muka akan ruam, tona jadi tidak sekata dan paling teruk adalah jerawat yang tumbuh melata !
Mek ada membaca artikel mengenai penjagaan kulit wajah yang mana ianya tidak boleh diterhadkan dengan penjagaan kulit wajah secara rutin harian sahaja. Hal ini disokong oleh kebanyakkan mereka yang berkulit mulus bahawa pengambilan pil atau capsule suppliment penjagaan kulit wajah juga perlu di masukkan sebagai penjagaan kulit wajah rutin harian kerana tanpa bantuan vitamin yang mencukupi tentunya kulit tidak dapat di’baiki’ dengan baik.
Vitamin yang elok untuk kulit semestinya vitamin C. Namun vitamin C alone tidak dapat juga membaiki kulit wajah korang dengan lebih berkesan. Tentunya gabungan beberapa vitamin lain diperlukan bagi mencukupkan ‘bahan-bahan’ yang diperlukan untuk memberikan kulit wajah yang sihat. Dan yang paling penting adalah pil atau capsule yang korang pilih itu perlulah klinikal test dan juga approved. Setakat KKM je tak memadai.
Apa itu Pynocare Bio Life
Entry kali ini mek nak kongsikan satu capsule yang dapat membantu inner side kita untuk dapatkan vitamins dan mineral yang secukupnya supaya kulit wajah kita (epidermis) dapat menghasilkan sel kulit yang sihat serta membantu untuk elakkan daripada penuaan (melasma) daripada berlaku. Walaupun korang dah pun cukup jaga kulit wajah dengan set skin care yang anti penuaan tapi capsule ini juga memainkan peranan yang penting untuk menyokong lagi rutin penjagaan wajah korang.
Pynocare Bio Life, satu capsule yang mengandungi MSCC Complex yang mana akan membantu kulit wajah korang untuk elak daripada berlakunya melasma. Melasma adalah salah satu penyakit kulit yang mana rupanya adalah berwarna coklat / keperangan yang ada pada epidermis wajah. Biasanya melasma akan ada pada kawasan pipi, hidung dan juga dahi. Ianya juga boleh merebak ke kawasan leher atau dada (mana-mana kawasan yang terdedah secara terus kepada sinaran matahari).
Kandungan Pynocare Bio Life
#French Maritime Pine Bark Extract : 40mg
#Providing Natural Mixed Carotenoids : 6mg
#Vitamin C : 60mg
#D Salina Extract : 20mg
#Natural Vitamin E : 15 IU
Capsule : softgel
Tentunya kandungan Pynocare Bio Life ini akan membantu untuk menghalang dan mengurangkan melasma daripada terbentuk pada epidermis wajah korang. Selain daripada itu, Pynocare Bio Life juga dapat membantu untuk mencerahkan kulit wajah serta melembutkan dan membuatkan tona kulit wajah menjadi lebih sekata. Baru lah dapat kulit wajah mulus seperti kulit telur yang bersih ! Pakai make up apa pun mesti cantik. Bila dah cantik, keyakinan juga bertambah.
Peranan Pynocare Bio Life untuk kulit wajah
Untuk mengulas satu per satu setiap peranan vitamin yang ada pada Pynocare Bio Life rasanya mek tak begitu arif memandangkan mek bukanlah daripada bidang farmasi. Pun begitu bila Pynocare Bio Life ini telah diuji secara klinikal dan terbukti kesanya mek yakin bahawa setiap vitamin yang ada dalam capsule Pynocare Bio Life ini mampu untuk mengawal / memudarkan melasma yang ada pada kulit wajah kita selain daripada memberi kesan sampingan seperti memulus dan sekatakan tona kulit wajah.
Melasma ini boleh dialami oleh semua wanita mahupun lelaki yang terdedah kepada sinaran matahari (so kita semua mungkin akan mendapat melasma ni). Vitamin C sendirian tidak akan mampu untuk bertahan dengan lebih lama untuk menghalang melasma daripada membiak di epidermis kulit wajah. Tentunya dengan gabungan beberapa vitamin lain seperti yang ada pada Pynocare Bio Life akan dapat membantu secara lebih berkesan untuk mencegah melasma.
Melasma ini juga boleh juga terjadi pada epidermis kulit wajah akibat daripada kesan pengambilan pil perancang / suntikan perancang dan lain-lain ubatan yang berkaitan dengan kandungan (pregnancy). Stress juga merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan melasma. Dalam erti kata lain, penyelamat untuk elak daripada pembentukan melasma adalah dengan pengambilan Pynocare Bio Life secara berjadual dan berdisiplin.
Kesan sampingan pengambilan Pynocare Bio Life
Secara am dan klinikal, tiada lagi testimonial yang mengatakan dengan pengambilan Pynocare Bio Life membuatkan pengguna menjadi ruam, sakit atau pitam. Pun begitu jika dengan pengambilan Pynocare Bio Life membuatkan korang menjadi pening, mual atau muntah atau mungkin menjadi terketar-ketar, adalah dinasihatkan untuk berhenti daripada mengambil Pynocare Bio Life. Untuk mek, sehingga hari ini tiada kesan sampingan negatif yang mek dapati dengan pengambilan Pynocare Bio Life. Yang dirasai oleh mek sendiri adalah kulit semakin sihat dengan kadar pertumbuhan jerawat yang menghampiri sifar.
Pynocare Bio Life perlu diambil sebiji, dua kali sehari untuk keberkesanan yang optimum. Untuk pengetahuan korang juga, Pynocare Bio Life perlu diambil selama tiga [3] hingga enam [6] bulan untuk dapatkan kesan yang optimum pada kulit. Selepas enam [6] bulan, terserah kepada korang untuk teruskan ataupun tidak dengan Pynocare Bio Life. Diingatkan, ini hanyalah cadangan pengambilan sahaja. Korang tidak dipaksa untuk mengambilnya selama yang dicadangkan. Tapi untuk kesan yang betul-betul efektif, tempoh masa tadi menjadi salah satu faktor untuk diikuti.
Info lanjut mengenai Pynocare Bio Life
Bersama-sama entry ini mek sediakan link untuk korang dapatkan Pynocare Bio Life di Lazada, Caring Pharmacy eStore dan juga Watsons Online. Korang boleh pilih mana-mana eStore yang menjadi pilihan korang untuk dapatkan Pynocare Bio Life sebagai satu langkah untuk menyelamatkan kulit korang daripada menjadi tidak sihat. Semoga dengan perkongsian mek ini dapat membantu korang untuk tampil dengan lebih yakin dan sentiasa mendapat kulit wajah yang sihat.
Baca juga review Pynocare Bio Life di Hometester Club
Beli Pynocare Bio Life di Watsons
Beli Pynocare Bio Life di Lazada (Bio Life Official eStore)
Beli Pynocare Bio Life di Caring Pharmacy (official eStore)
Sekian ..
sangat menarik suppliment ni. tapi nampak besarnya capsule dia. tapi xde masalah kan kalau nak kulit cantik dan sihat. saya pon sanggup.
ReplyDeletealahai ann ni bab supplement mesti tak displin. padan la muka sentiasa x sihat dan cantik! hehe. jeragat tu x boleh nak cerita panjang malu je nak jumpa orang! hehe
ReplyDeleteRamai juga dah start consume pynocare ni..tengah mengadung ni x boleh nak consume pelik2..so kena tunggu beranak nanti la boleh cantikkan diri balik.
ReplyDeleteHi mek,, terima kasih atas perkongsian. Nampak menarik tentang produk ini. Tak salah mencuba kan? Hehe
ReplyDeleteSetuju sangat sebab mesti ada pengambilan supplemen lain untuk sokong rutin penjagaan seharian untuk wajah. Sis pun kadang2 dah ada supplemen tak makan pula. Thank you suggest this brand.
ReplyDeleteBesarnya nampak ubat tu hehehe tapi ok lah kalau dalam usia yang makin meningkat memang memerlukan supplement tambahan macam ni hehehe kita pun rasa macam nak ambil juga wakakakakak orang perempuan suka lah ...
ReplyDeletenampak memang begitu berkesan ya gunakan supplement ni sebab ramai yang review, dan rata2nya semua memberikan review yang positif.
ReplyDeleteMujur la bentuk kapsul. kalau suppliment yang jenis bancuh-bancuh ni mmg tak disiplin. lagipun kalau keluar susah nak bawak. kalau kapsul ni senang sket. boleh letak satu papan dlm beg incase ada aktiviti luar
ReplyDeleteAM baru tahu ttg khasiat pynocare niem. Sesuai n AM mmg tgh mencari sbb AM dah mula ada masalah tona kulit tidak sekata. AM nak cuba juga la.
ReplyDeleteTengok ramai yang review pasal produk ni dan rasa tertarik lak nak guna
ReplyDeleteBila umur semkain meningkat memang macam macam masalah kulit yang akan timbul. Pynocare ni memang bagusa diamalkan untuk merawat tona kulit tak sekata dan juga jeragat kan
ReplyDeleteGood review. Thank you for sharing. Have a good day and take care.
ReplyDeleteWahh good review, gonna try la this. Pahit tak kalau nak telan? berapa lama baru nampak hasilnya?
ReplyDeleteWah. Produk ni dh maasuk watson ye. Senang la nk beli . Tgk review produk ni buatkn abam rasa nk dptkan satu la pulak
ReplyDeleteWaa baik laa nampak capsule ni. Dari dulu my skin tak pernah even. Ada patch here and there. hahaha
ReplyDeleteNak kena cari jugak produk ni. Sebab kulit syira tak sekata. Ramai review cakap besst ye produk ni
ReplyDeleteNad pun tengah cuba pakai produk ni..dah habis dah dua papan..setakat ni tiada kesan negatif nak ambil.ok la..sebab teln je kan..so lepas makan tak lupa nak ambil
ReplyDelete