Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan rakan pembaca entry sekalian ..
26
November 2019, mek berkesempatan lagi menjadi saksi kepada program komuniti
yang McDonald Malaysia anjurkan. Selama mek menjadi blogger, dah beberapa kali
mek menjadi sebahagian daripada jemputan team McDonald Malaysia untuk turut
sama-sama merakam detik sumbangan ini. Personally bagi mek, program komuniti
sebegini boleh membuka mata hati kita yang selama ini mungkin tertutup atau tak
pandang kepada mereka yang memerlukan.
Mujur
juga ada program komuniti sebegini bagi memberi ruang kepada McDonald Malaysia
dan juga orang ramai untuk turut sama memberi sumbangan dan bantuan kepada
mereka yang memerlukan. Kelengkapan sekolah mungkin nampak remeh. Cukup sekadar
baju, beg, kasut dan stokin untuk ke sekolah namun setiap set memakan kos lebih
dari RM100. Itu kalau seorang yang bersekolah, kalau mereka yang anak lebih
dari tiga bersekolah? Kering juga poket ibu ayah.
Bantuan
persekolahan 2020
Di
Kelantan, seramai 20 orang pelajar golongan asnaf yang terpilih mendapat
bantuan pek kembali ke sekolah daripada McDonald Malaysia. Setiap pek yang
diterima oleh pelajar bernilai lebih RM100. Suka juga untuk mek kongsikan
kepada korang bahawa McDonald Malaysia memperuntukkan sebanyak RM3 Juta pada
tahun ini bagi agihan pek kembali ke sekolah berbanding 2018, jumlah
diperuntukan adalah sebanyak RM1.7 Juta. Meningkat hampir sekali ganda.
Sememangnya
dari tahun ke tahun McDonald Malaysia mengharapkan untuk tingkatkan jumlah
agihan kepada pelajar sekolah rendah yang dalam golongan asnaf bagi meringankan
ibu bapa mereka untuk hantar anak ke sekolah. Tentunya juga sumbangan ini tidak
datang sendirian daripada McDonald Malaysia. Usaha ini perlu didokong oleh kita
semua rakyat Malaysia bagi memastikan golongan asnaf ini juga terbela nasibnya.
Agihan
Zakat Perniagaan 2019 McDonald Malaysia kepada MAIK
Selain
daripada menyumbang pek kembali ke sekolah kepada pelajar sekolah rendah yang
terlibat, McDonald Malaysia juga turut mengagihkan zakat perniagaan 2019 kepada
Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bernilai RM101,000. Zakat Perniagaan ini
membuktikan bahawa McDonald Malaysia adalah tidak terikat secara lansung dengan
McDonald Israel. McDonald Malaysia merupakan anak syarikat Reza Group, Arab
Saudi.
Banyak
spekulasi yang dikeluarkan bagi memboikot McDonald Malaysia walhal usaha-usaha
murni yang McDonald Malaysia jalankan di Malaysia adalah lebih daripada
jangkaan satu restoren ‘fast food’ mampu lakukan. Mek harap setiap usaha murni
yang dijalankan oleh McDonald Malaysia dan mek selaku sebahagian daripada
penulis McDonald Malaysia dapat membuka mata rakyat Malaysia yang sinis pada
McDonald Malaysia.
Pembukaan
rasmi McDonald Pandu Lalu Pasir Pekan
Dikesempatan
ini juga, pihak pengurusan McDonald Malaysia mengambil peluang untuk merasmikan
McDonald Pandu Lalu Pasir Pekan yang telah beroperasi hampir tiga bulan.
McDonald Pasir Pekan ini menjadi cawangan ke 20 (seluruh Malaysia) yang berada
bersama-sama Petronas dan menjadi McDonald yang pertama di Kelantan berada
bersama stesen petrol. Kata CEO McDonald Malaysia, En Azmir Jaafar akan ada
lebih banyak lagi restoren McDonald di Kelantan dalam tempoh 24 bulan.
Ruangan
untuk sumbangan
Kita
semua berpeluang untuk hulurkan sumbangan dan sudah terbukti bahawa pihak
McDonald Malaysia manfaatkan sepenuhnya hasil tabungan yang korang letak dengan
mengagihkan kepada perkara-perkara kebaikan yang kadangnya kita sendiri tidak
terfikir untuk hulurkan contohnya bantuan persekolahan ini. Walaupun sedikit
sumbangan kita, sekurang-kurangnya bila dicampur dengan semua yang menyumbang,
besar juga bantuan yang boleh dihulurkan.
Korang
boleh menghulurkan bantuan di tabung merah di setiap restoren McDonald
Malaysia. Tabung ini berada di kaunter walk in dan juga kaunter pandu lalu.
Kiranya tiada alasan untuk korang katakan ‘tak nampak’ tabung merah ini. Setiap
sumbangan korang akan memberi senyuman dan makna kepada mereka yang menerima.
Paling penting, pahala yang berterusan untuk menjadi payung dan pelindung
kepada kita di akhirat kelak.
Sekian
..
Alhamdulillah....
ReplyDeleteSyukur alhamdulillah . Moga2 bantuan yang diberikan dapat membantu golongan yg memerlukan ..
ReplyDeleteAlhamdulillah semoga anak2 yang menerima rasa gembira dan seronok
ReplyDeleteNever know McD held such a great event. great to see those smiles on the kids' face. Thanks for sharing.
ReplyDeleteBagus aktiviti yang dijalankan. Boleh meringankan beban mereka yang tak mampu. Patut diteruskan untuk tahun seterusnya dan lebih banyak lagi syarikat korporat membantu.
ReplyDeletewow din know McDonald hv back to school pack!!very good initiative to help those needed.
ReplyDeleteMcDonald memang sentiasa jalankan CSR initiative kepada masyarakat. Setiap kali ada perayaan dan tambahan pula memang musim kembali ke sekolah. Tahniah McD.
ReplyDeleteAlhamdulillah masih ada lagi pihak yang prihatin dengan mereka. Seronok tengok muka adik-adik yang ceria tu. Moga program seperti ni diteruskan lagi pada tahun hadapan.
ReplyDeletealhamdulillah. bagusnya mcdonalds buat program sebegini. dan dengan sharing dari mek, kita tahu aktiviti siap zakat lagi. hah, ini barulah support produk muslim kan. jelas terang. suka kita sharing ni.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Bgusnya CSR mcD ni... Dpt adik2 kita buat persiapan ke sekolah nanti dengan sennag hati.. Gud job mcd
ReplyDeleteAlhamdulillah..happy tengok wajah adik2 tu dapat barangan sekolah. Bagus MCD buat program sebegini, sekurangnya membantu beban mereka yang memerlukan
ReplyDeleteBagus apa yg diusahakan oleh pihak mcd malaysia. Membantu pada mereka yg memerlukan
ReplyDeletePandai mcd ambil hati orang2 kelate. Sentiasa la buat program2 mcm ni. Good Brand awareness
ReplyDeleteAlhamdulillah suka sangat bila tengok anak2 ni happy terutama skali inisiatif yg dijalankan juga amat lah bagus dalam masa yg sama mampu beramal. Sy plg suka bagpack tu.. lawa la plak
ReplyDeletebagusnya usaha2 bantuan yang mcdonald berikan pada yang memerlukan sekarang ni kan... alhamdulullah semoga inisiatif ni berjalan lancar hingga ke seterusnya...
ReplyDeleteSepatutnya amaun tu kena lebih dari rm100. Lebih byk boleh diberi. Yes la, now brg sekolah semakin mahal. Sure ramai yg semakin tak berkemampuan.
ReplyDeletePe pun, tahniah mcD.
Bagusnya ada peogram mcm ni. Serba serbi dpt membantu anak2.
ReplyDeletenampak keceriaan muka adik-adik ni..sekurangnya dah ada beg baju kasut semua untuk sekolah ni..kurang sikit beban mak ayah..bgus sangat inisiatif McD ni..semoga dapat diteruskan
ReplyDelete