NON NATIONAL CAR, WHOS WORTH THE VALUE OF MONEY

Assalamualaikum untuk semua rakan blogger dan pembaca mek ..

Perjalanan mek ke Johor Bahru tempoh hari mencetuskan satu idea untuk diri mek di mana persoalannya timbul begini ‘kereta di Malaysia, dengan CC 1.5 atau 1.6 yang manakah paling berbaloi untuk dibeli.’ Bila mek panjangkan perkara ini kepada spouse, seia dia berkata, ‘Honda’. Dalam hati mek masih tak puas sebab mek tiada info dan calculation yang mana antara mereka lebih berbaloi untuk dibeli.

Dua perkara menyebabkan mek nak sangat mencuba dan mengira antara model 1.5 dan 1.6 CC yang ada di Malaysia. Pertama mek nak tahu adakah berbaloi pembelian kereta berdasarkan rupa model kereta dan seperkara lagi dengan 1.5 atau 1.6 CC adakah banyak beza bayaran bulanan antara mereka dan hasilnya tentu mek nak beli kereta yang berbaloi dengan bayaran bulanan kepada pihak bank. Kita yang melabur, tentu lah nak yang puas hati, kan?

Mek ada dua pengalaman dalam pembelian kereta. Satu kereta mek dan satu lagi kereta spouse. Kriteria pemilihan mek adalah ‘instalment must meet my cape’. Untuk spouse pula, ‘i chose model for this time’. Maksudnya, mek lebih memilih kereta yang bayaran bulanannya mengikut kemampuan mek. Kalau tak mampu, mek takkan beli. Datang lah model kereta mana sekali pun mek tak kisah asalkan meet my cape. Tapi masa tu Proton Saga tak mahulah sebab mek suka kereta kontot macam Myvi.

Berbeza dengan spouse mek yang mana kereta sekarang adalah pembelian kereta kedua di mana bagi dia dah tiba masanya dia pilih kereta ikut citarasanya. Dulu dia beli Myvi pun atas dasar seperti mek juga. Ikut kemampuan. Semasa buat pengiraan nak beli kereta spouse, memang kami tak test drive, kami tak tengok dan tanya pun model lain. Memang kami tuju Honda City directly dan memang calculate untuk City sahaja. 

Nak cakap salah untuk formula mek dan spouse tidak juga kerana memang kebanyakkan orang beli kereta berdasarkan kemampuan dan citarasa mereka. Ada juga yang buat survey but least people taken the test drive and calculate every single cent that they have to spend. Ni cakap orang putih kenapa tak tahu tapi itu lah maksudnya. Sebab kita rasa itu yang mampu dan itu yang kita berkenan maka kita terus sapu.

Perkongsian mek kali ini bukan untuk menunjuk pandai tapi jika korang dalam tempoh untuk mencari kereta baru, atau korang boleh anggap artikel ini untuk membuka minda korang untuk lebih teliti dalam pemilihan kereta. Kita akan tanggung selama sembilan [9] tahun untuk pembiayaan ini. Even worst, kita perlu tanggung dia punya performance thru out nine [9] years. Kalau okei, okei lah. Kalau jenis sensitive, pun kena tanggunglah.

Honda

Honda, satu jenama yang memang popular. And even orang akan pandang tinggi jugak lah bila pakai Honda (fakta ni tak adalah tepat sangat but boleh diambil kira bila orang cakap ‘dia pakai Honda XX wei’. So boleh lah assume yang Honda antara non national car yang very popular among anak muda dalam pemilihan kereta. Di Honda mek sempat test drive dua [2] model iaitu Jazz dan BRV. Untuk City mek tak test drive sebab spouse pakai kereta itu maka guna yang dia je lah untuk dapatkan testimoni.

Diingatkan : survey ini adalah hasil usaha mek sendiri dengan pemanduan dan pertanyaan daripada mereka yang bertauliah di Honda.
Tempat berlansung : Honda Ban Chu Bee, Kota Bharu Kelantan.



#1 Jazz

#2 City.

Toyota

Toyota popular juga dengan keluaran Vios. Lain lain keluaran yang popular adalah Camry dan juga model model seperti Hilux. Yaris jarang di dengari kerana pada sebelum ini model Yaris dipasang siap di negara lain maka kos untuk sebuah Yaris mencecah RM107k which  bila orang pandang ‘Macam ni RM107k, baik ambik Altis.’ 2019 model Yaris telah dipasang di Malaysia sendiri dan tentunya harga dapat diturunkan kepada harga lebih kurang sama dengan Vios (lebih murah). So jom baca apa kelebihan Yaris dan Vios.

Diingatkan : survey ini adalah hasil usaha mek sendiri dengan pemanduan dan pertanyaan daripada mereka yang bertauliah di Toyota.
Tempat berlansung : Toyota Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.



#1 Yaris.

#2 Vios.

Ulasan mek untuk keempat model non national car



Katakanlah mek dalam pemilihan untuk tukar kereta yang pertama mek akan lihat adalah #1 installment bulanan yang mek perlu tanggung. Kalau setakat beza yang A dan B adalah RM10 sehingga RM30 rasanya tak ralat sangat untuk dapatkan yang lebih baik kerana banyak lagi view dan aspek yang perlu dititik beratkan (spek kedua, ketiga dan keempat juga turut memainkan peranan dalam pemilihan kereta).

Kedua yang mek akan lihat adalah #2 jarak penggunaan petrol per km. Walaupun itu hanyalah average bagi setiap kereta tapi mek pasti ianya menterjemahkan kepada kita bajet petrol untuk setiap penggunaan kita. Walaupun efficiency penggunaan petrol ini adalah utamanya pada cara pemanduan kita (ganas atau standart) tetap ianya menjadi kayu ukur kepada mek. 

Yang ketiga adalah #3 Bajet Servis kenderaan. Ini juga menjadi komitmen yang mek perlu tanggung selama sembilan [9] tahun atau sehingga tak pakai lagi kenderaan tersebut. Mek tak pasti untuk korang pengiraan untuk simpanan bahagian servis kenderaan bagaimana tapi jika mek tentunya simpanan duit itu mengikut millage. Contohnya setiap 2,500km mek akan simpan sebanyak RM50 (bajet servis kereta Myvi RM200) so sehingga 10,000km millage sempat lah dapat RM200. And this formula of course will do the same on the next car.

Keempat, kalau semua di atas semacam lebih kurang sahaja, mek akan go kepada #4 lain lain features pada model tersebut. Ini penting juga untuk betul-betul worth value of money. Kadang kita rasa okei sahaja jika kereta datang dengan ‘kosong’ which kereta paling basic untuk model itu. Tapi pada mek ianya matters kerana tentunya features yang bagus akan membantu kita untuk rasa puas hati dan rasa berbaloi bayar untuk kereta ini. Rasa tak rugi nak pakai sehingga sembilan [9] tahun.

Diingatkan : setiap pengguna ada hak dan pandangan masing masing mengenai apa yang perlu ditilik sebelum memilih dan membuat pembelian kenderaan. Korang bebas untuk lihat mana mana point untuk buat sedikit study sebelum sign LO. Kalau korang berkenan atas dasar jenama dan model juga tiada salahnya. Artikel mek ini bukan berniat untuk mempengaruhi minat atau pandangan korang terhadap satu satu model yang mek sebutkan seperti di atas.

Info lanjut untuk pertanyaan dan pembelian

Untuk sebarang pertanyaan lanjut contohnya korang dah berkenan dengan mana mana empat [4] jenis model kenderaan di atas, korang boleh tanyakan tentang promosi atau diskaun yang ada kepada dua Sales Advisor yang hebat ini. Kedua-dua Sales Advisor ini dijamin tidak akan menyakiti hati korang dan akan layan sebarang pertanyaan korang dengan penuh lembut dan infomative (mek dah test kedua duanya so marked my words).


Honda Ban Chu Bee, Kota Bharu Kelantan


Toyota Kota Bharu, Kelantan

Semoga korang dapat kereta yang sesuai, memenuhi kehendak dan berbaloi untuk setiap bayaran bulanan korang. Jangan lupa share artikel mek ini jika ianya memberi manfaat kepada korang.

Sekian ..

11 comments

  1. Sekarang ni pembelian lereta bukan lagi satu luxury tetapi satu kemestian so memang betul ukur baju pada diri sendiri. JGn syok nak beli yg mewah jika tak mampu. Janji ada kereta.

    ReplyDelete
  2. BBL berkenan dengan Honda City tu. Cantik je design.. oh hampir 1k jugak installment bulan kalu amik kereta high spec

    ReplyDelete
  3. Eh. Macam sama plak kriteria dalam pemilihan kenderaan kita. Rawlins pun mementingkan after sales nyer caj pembayaran - servis etc. Setakat nie Rawlins minat dgn Jazz haha

    ReplyDelete
  4. Kereta luar negara rasa puas hati pakai jngka msa pnjng...kereta nasional maintenance agak murah

    ReplyDelete
  5. Ada yang suka beli kereta non national sebab design cantik dan puas hati. Tak kisah non national atau tak yang penting tak membebankan si pemakainya

    ReplyDelete
  6. Tq sharing. Banyak benda yang perlu ditimbangtara sebelum decide nak beli yang mana. Paling penting kemampuan poket kita.

    ReplyDelete
  7. wah.. dh survey2 tu ada plan nak angkat la tu .. hehe.. better go for honda. better performance. toyota ni more utk racing and sport. kalau beli dari kedai, toyota more power on bodykit.

    ReplyDelete
  8. AM berkenan dgn model kereta Toyota.. InsyaAllah mmg nak beli kenderaan hujung tahun nie.. Mmg tgh ushar2 utk installment..

    ReplyDelete
  9. suka dengan brand ni perforance dia mmg sejak dulu maintain terbaik. dan kalau beli nak jual eli pu harga tak jatuh sangat. value for money

    ReplyDelete
  10. Kalau aku kaya, teringin nak pakai brand Toyota.. Vios tu pernah gak survey itu pun tengok yang used car je.. Berkenan sungguh, tapi sebab tak mampu, pakai Perodua jelah. Hahaa.

    Betul dah nak beli kereta #1 memang kena ikut kemampuan tak boleh ikut sedap mata memandang sangat.. 😅

    Kalau mampu boleh ambil yang puashati terus.. Tak salah..

    ReplyDelete
  11. bila mau angkat? meh lah amek aku kita gi ngopi!hahahhaa

    ReplyDelete