LUNCH DI MCDONALD DENGAN RM10 CHALLENGE


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan para pembaca entry mek ini ..

Makan tengahari kadang-kadang boleh buat mek jadi bingung. Nak makan tapi nak kurus. Tak makan nanti lapar pulak. Kadang tuh rasa nak makan tapi dah selalu sangat makan nasi. Nak makan roti karang tak kenyang hingga ke petang. See, macam-macam dilemma seorang Ayuni untuk makan tengahari. Walaupun mek ada geng lunch di office tapi yelah, kebuntuan itu tetap masih ada.

Jadi untuk ubah selera mek ajak kawan mek ke McDonald pada hari Rabu. Kenapa hari Rabu? Mek dapat idea ini pun kerana tengok iklan McDonald pada hari Selasa yang mana mengatakan pada setiap hari Rabu, McCafe menawarkan separuh harga bagi setiap minuman mereka (Iced atau Hot Choc, Iced or Hot Latte dan rangkaian kopi McCafe yang lain juga). Sebagai McCafe lover semestinya tawaran begini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Another challenge yang mek buat adalah dengan RM10, apakah makanan yang mek dapat di McDonald untuk mengisi perut mek pada waktu makan tengahari. Waktu makan tengahari sedikit penting untuk mek memandangkan tempoh masa tengahari hingga ke petang adalah tempoh yang sama penting dari tempoh makan pagi hingga ke tengahari. So challenge ini berlansung di McDonald Pengkalan Chepa, Kelantan. McDonald ini adalah yang paling dekat dengan mek.

Apa yang dapat di McDonald dengan RM10



#1 McCafe Ice Choc (medium) = RM4.25. Ini kalau harga biasa mahu dekat RM9.00 jugak so bila dah half price macam ni haruslah mencuba dan membelinya. Mek used to love latte and always ordered for latte bila ke McCafe tapi semenjak dibelanja Iced Chocolate oleh Kak McDonald, terus jatuh cinta, terus next McCafe adalah Iced Chocolate. Sedapnya tu tak perlu ditambah air gula dah. Just sweet enough for Iced Chocolate.

#2 Cheese Burger = RM3.00. Kegemaran dari dulu sehingga sekarang (second yang digemari adalah Grill Chicken Burger). Ini mek sangat sukakan Cheese Burger memandangkan size burger yang tidak begitu besar dah tidak begitu muak untuk di makan. Masa pregnant-kan Amani, hari-hari beli GCB atau Cheese Burger with coke of course. Itu je yang boleh telan semasa mengandung. Alhamdulillah selamat Amani dan Amzar dilahirkan.

#3 Apple Pie = RM3.00. Ini sebagai dessert (huhu, kemain dessert nya lepas tu timbang kilo meter tak boleh nak tunjuk dengan tepat bacaannya). Sebenarnya ini didatangkan bersama Cheese Burger yang mana untuk dua pilihan menu berharga RM5.99. Disebabkan mek dah beli Iced Chocolate McCafe maka mek pilih lah Apple Pie untuk lengkapkan hidangan makan tengahari. Alhamdulillah, semuanya lengkap.

Ada lebihan sebanyak RM0.25 untuk set makan tengahari yang mek pesan. Kira okei lah kan tak sampai seringgit lebihan itu. Bagi mek yang sesekali nak tukar selera menu makan tengahari, ianya agak okei dengan harga yang ditawarkan. Kalau korang dalam bajet RM10 untuk makan tengahari pun masih lagi praktikal untuk ke McDonald. So tak adalah over budget sangat kan. Sedang ekonomi yang tak begitu memberansangkan ni elok sangat kalau kita berjimat cermat.

Info lanjut tentang promosi McDonald

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi McDonald, korang boleh layari website dan lihat IG rasmi McDonald. Jangan lupa juga untuk download App McDonald untuk dapatkan harga runtuh serta voucher khusus untuk pelanggan McDonald yang ada app McDonald. Muat turun app McDonald secara percuma di Apple Store atau Google Playstore. Selamat berjimat dengan McDonald !






Sekian ..

18 comments

  1. I always like mix n match version. Now Mcd has a lot of choices.

    ReplyDelete
  2. Sama macam my boss. Suka sangat bila Rabu menjelma sebab minuman McCafe murah katanya. Tetiba Rawlins terliur teringat kat fries McD nan lazat tu.

    ReplyDelete
  3. Saya pun gitu juga. Suka lunch McD pada Hari Rabu sbab McCafe cheaper. Thank you for sharing your story.

    ReplyDelete
  4. rindu nak mengopi dengan travel buddy i nih!hehe

    ReplyDelete
  5. ala boleh sangat makan mekdi bawah RM10 tu. BBL selalu guna apps mekdi beli set burger harga murah & jimat. hehe

    ReplyDelete
  6. Ehh boleh yer beli makanan dan minuman bawah RM10 kat MCD kita ingat semua makanan mahal-mahal kat sini hehehe tapi kena pandai tengok promosi lah baru kita dapat yang berbaloi kita suka Apple Pai tu kegemaran sangat...

    ReplyDelete
  7. Wahhh murah tu, jimat berbaloi. Lama dah tak guna apps ni. Terasa nak pekena McD pulak ni. Besok nak terjah lah apps ni n nak dapatkan harga murah

    ReplyDelete
  8. Kita selalu tgk dekat aplikasi Mc D tu kat offer. Memang jimat pakai code kat situ. Ala lapar McD lal pulak pagi2 buta ni. Huhuhu

    ReplyDelete
  9. AM pun selalu kalu nak save duit tapi teringin nak mkn mcd beli yg set mix n match tue.. Selalu AM order cheese burger mixkan dgn Fries.. N mineral water jadi pilihan.. Sbb AM dlm proses cut sugar..

    ReplyDelete
  10. Wowww McD boleh dapat air dan makanan bawah RM10. Ice chocolate pulak tu. Terus teringin ice chocolate tu. Sat lagi pi beli

    ReplyDelete
  11. Wah menarik challenge ni. Sebab nilai rm10 hari ni mcm kecil sgt skrg hari ni. Tiba2 teringin nak makan mcd

    ReplyDelete
  12. Lunch time la selalu pening nak makan apa. Kalau kat ofis tu masing2 duk tanya nak makan apa. Ni dah ada idea ni boleh la ke McD Rabu depan.

    ReplyDelete
  13. O.. baru tahu ada har-hari dia yang murah ye kat McD ni ye.. Nanti tau la.. setiap rabu boleh dapat murah.. hehehe

    ReplyDelete
  14. dah lama jugak saya tak makan dekat mcdonald. selalu makan masak sendiri je atau beli lauk, pastu masak nasi kt rumah hehe. sebab lagi jimat. tapi nnt nak try jugaklah makan mcd rm10

    ReplyDelete
  15. bestnya challenge ni. bolehlah nak pi try juga nanti. tq mek

    ReplyDelete
  16. Wah thank u di atas info yg mek share ni. So kalau nak rasa McD kenalah gi hari rabu kan!!! Bleh jimattt.

    ReplyDelete
  17. Akak kalau rm 10. happy meal aje dah setel. Dapat dua. Hahahaha. Baguslah mekdi ni kan.

    ReplyDelete