Assalamualaikum
untuk semua sahabat blogger dan rakan pembaca yang dihormati sekalian ..
Finally,
Amani dah konvo untuk part taska. Kiranya bermula tahun 2020 Amani dah
officially tadika’s student. Pada mula mek terima jemputan untuk Amani konvo,
mek rasa macam ‘wow, konvo. A big term for my girl’. Yelah, umur empat [4]
tahun, bukan lah enam [6] tahun yang tahun hadapan dah nak masuk sekolah
rendah. Konvo daripada taska ke alam tadika, apa lah sangat bezanya (ini adalah
pendapat mek pada awalnya).
Makin
lama makin seronok pulak bila tengok anak kawan-kawan konvo di taska dan tadika
masing-masing. Pakai baju konvo, pakai topi konvo, mak ayah beli bunga bear
coklat untuk anak-anak. Rasa macam konvo betul pulak. Terasa seolah kita ibu
bapa meraikan anak-anak dengan begitu meraikan (you know what I mean).
Tertunggu-tunggu lah saat untuk Amani konvo. Mek nak juga dia merasai nikmat
diraikan bersama kawan-kawan di tadikanya.
Apa
perasaan seorang mak bila anak konvo
Hari
yang ditunggu telah pun tiba. 22 November 2019, Jumaat jam 3.36 petang
berlansunglah majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee Kota Bharu di Dewan
KTC, Kota Bharu Kelantan. Memang meriah dengan kehadiran ibu bapa, adik beradik
dan tak lupa juga nenek datuk yang mana berminat nak hadir. Alhamdulillah mek
dapat tempat di barisan keempat maka senanglah nak tangkap gambar, nak rakam
story dan senang nak intai anak kat pentas.
Saat
konvo dijalankan, semasa diumumkan nama Amani mek agak syahdu jugak lah. Tengok
dia berjalan atas pentas dengan muka yang takut, kurang keyakinan untuk
bersalaman dengan pemberi skrol. Saat itu mek rasakan seolah mek pula yang
bersalah tak ajar dia untuk tampil yakin. Entah terasa macam ‘sebab aku ke yang
kurang bagi perhatian perkara-perkara sebegini so anak aku tidak seyakin anak
orang lain’.
Konvo
mungkin salah satu medium untuk meraikan anak dan mungkin juga boleh dijadikan
satu kayu ukur untuk ibu bapa tentang pencapaian anak-anak. Sejauh mana
pendedahan, sejauh mana kita bersama anak-anak untuk pimpin mereka dalam tempoh
mereka memerlukan perhatian dan pembelajaran. Mek dapat rasakan yang usaha mek
hanya 40% untuk Amani. Perlu dibaiki dan diberi perhatian yang lebih serius
demi perkembangan seiring dengan usia.
Penampilan khas persembahan kumpulan Taska Tadika dan Pusat Jagaan Harian
Sebenarnya
Amzar juga terlibat dengan konvo ini bagi tujuan persembahan. Pada mulanya mek
teruja nak tengok persembahan Amzar sebab macam mana lah gayanya bila menari.
Okei ke tak bila menari, menangis ke tak, kejung ke kat atas pentas dan
macam-macam lagi lah yang bermain difikiran mek. Kumpulan Amzar adalah yang
pertama membuat persembahan so berdebar itu lain macam sikit.
Amzar
masuk ke pentas second last. Bila tengok dia terus menitik air mata. ‘Ya Allah,
dah besar anak aku. Dah pandai bawa diri sorang-sorang kat atas pentas.’
(kenapa lah konvo buat ibu bapa jadi emotional). Dia bergerak kemudian menari
ikut muzik yang dipasang. What to expect persembahan daripada kanak-kanak dua
[2] tahun. Dah boleh ingat step tu pun dah kira okei sangat. Tapi seriously
memang Amzar did a very great job ! Mummy bangga abang boleh buat tarian tu.
Budaya
konvo perlu diteruskan atau tidak (untuk pra persekolahan)
Bagi
mek, budaya konvo yang diketengahkan oleh kebanyakkan tadika dan taska perlu
diteruskan dengan syarat ianya disambut dengan kesederhanaan (kecuali kalau
tadika or taska yang premium which anak golongan T20 je semua duk kat situ,
boleh lah nak pilih hotel grand bagai). Pihak tadika dan taska perlu peka
dengan income ibu bapa yang mana ianya akan menterjemahkan size poket ibu bapa.
Tak semua kita berpoket tebal.
Ini
adalah pandangan mek yang dalam golongan M40. Konvo tiada salahnya. Yang salah bila
diadakan konvo dengan besar-besaran. Diadakan di hotel yang gah, dijamu dengan
makanan yang premium (kambing golek bagai). Siapa yang tak sukakan kemewahan.
Semua nak merasa yang sedap dan indah tapi ukur baju di badan sendiri. Jika
untuk diadakan konvo kepada anak-anak tanpa memerlukan perbelanjaan lebih
daripada ibu bapa, maka silakan untuk diadakan se gah yang pihak taska dan
tadika perlukan.
Cuma
beringatlah dalam apa jua yang kita lakukan, pertengahan atau keserderhanaan
adalah elemen yang terbaik. Tidak begitu gah tidak begitu lekeh. Cukup sekadar
untuk mencipta kenangan kepada anak-anak bersama rakan-rakannya, gurunya dan
juga ibu bapanya. Kanak-kanak pra persekolahan tidak memandang konvo mereka
dibuat di mana, hotel kah, dewan kah, mereka tidak tahu harganya. Yang mereka
tahu adalah keseronokkan sahaja. Senang cerita, kita yang dewasa sahaja yang
kenal erti ‘price tag’.
Bunga bear coklat konvo Amani dan Amzar daripada :
Sekian
..
Betul la. Majlis konvo memang buat air mata mak2 bergenang dan berlinang je.
ReplyDeleteKejap je rasa anak dah besar. Huhuhu.
Tahniah buat Amani.
Setuju ! Biar sambut secara sederhana ikut bajet yang masuk akal. Mungkin trend sekarang yang suka buat grand . Takut pulak Sal tengok .. ada yang buat mengalahkan konvo lepasan ijazah .. hehehe
ReplyDeleteAnak2 sekarang memang dah bijak dan jika tiada konvo mcm tak sah pula. Memang bagus dan setuju dibuat sederhana saje di sekolah dan bukan di tempat mewah.
ReplyDeletealahaiii comel n manisnya anak dara. such a cute girl lah.. congrats pretty, auntie doakan kamu dilindungi Allah swt, dipermudahkan urusan dan menjadi anak berjaya dunia akhirat
ReplyDeleteBudaya Konvo dah semakin popular sekarang kan. Yang kesiannya adalah parents yang ada banyak anak yang meraikan konvo pada setiap tahun. Banyak belanja tu.
ReplyDeleteSekarang ni taska memang sudah berlainan dengan masa dahulu kan. Siap ada konvo tapi bagus juga kerana anak-anak dapat merasai pengalaman sebegini. :)
ReplyDeleteSekarang ni kecik-kecik dan ada majlis konvo dan siap pakai jubat dan motaboard bagai hehehe kita masa sekolah tadika tu hanya pakai baju kemeja putih jer pulak tu botak jer masa tu wakakaka comel ingat lagi kita buat persembahan dikir barat masa majlis tu wakakak lucu.. Tahniah...
ReplyDeleteIstilah konvo dah jadi mcm satu kemestian pulak skrg even baru tamat taska.. Kalu dulu bila AM dapat diploma or degree baru merasa nak convo.. Sian pulak bila mak bapak terpaksa keluarkan belanja yg tinggi utk anak2 konvo taska nie..
ReplyDeleteAnak-anak ni memang perlukan ibu bapa berada disamping semasa konvo kak, itu pun sudah memadai bagi kami. Comel tengok anak akak konvo dengan ada persembahan lagi. COngratss
ReplyDeleteAlolo comelnya Aimi. Konvo sekolah anak Ruby pun dah setel. Memang bergenang la air mata tengok dia buat persembahan dan hafazan. Cuma masa dia 4 tahun dan 5 tahun ni takda sijil pun. Nak kena tunggu 6 tahun agaknya baru dapat sijil. Kalau tukar tadika macam rugi pula dah tiga tahun kat tadika sama. Sekarang KEMAS pun dah best. Hahaha. Kalaulah dapat masukkan anak. Sebab saya dulu di KEMAS siap ada aktiviti pakaian cantik, gambar tahunan pun cun dan tiap tahun pakai topi graduasi. Hehehe.
ReplyDeleteBelum merasa lagi anak konvo. In shaa Allah tahun mendatang. Setuju dgn mek. Konvo utk anak2 kecil tak salah, tapi seeloknya bersederhana. Tak semua berkemampuan. Takut menyusahkan mereka yg tak mampu pula. Nak jaga hati anak tapi poket kosong. Macam mana....
ReplyDeleteKonvo ni bestlah jadikan kenangan untuk anak anak.. mungkin ada setengah orang tak mampu nak bayar ada setengah mampu.. selalunya ibu ibu yang suka konvo ni sebab kenangan habisss
ReplyDeleteYa Allah meriah sungguh ya zaman sekrang punya convo utk tadika. Dulu xde pon macam nie. Best lah budak2 skrg. Tahniah !! Mesti suka betul budak2 tu kan berkonvo
ReplyDeleteComelnyaaaa. Tapi anak membesar sgt cepat. Tau2 dah besar panjang hahahha.. comel jer pakai baju kurung berselendang litup
ReplyDeleteTahniah dah besar anak mek ya
ReplyDelete