Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Bila ke negeri orang, mek suka juga untuk mencuba makanan yang asal daripada negeri tersebut. Kiranya rasa tak lengkap kalau tak menjamah makanan tradisi negeri mereka. November 2019, destinasi untuk melancong adalah Johor Darul Takzim memandangkan Kelantan Darul Naim bercuti selama tiga [3] hari bekerja bermula Ahad (Maulidur Rasul) serta Isnin dan Selasa (Cuti Keputeraan Sultan Kelantan). Peluang yang ada jangan dilepaskan.
Seperti biasa, mek memang akan bergantung penuh dengan carian melalui google. Kerana daripada situ mek akan dapat suggestion yang bagus daripada google sendiri dan juga rakan blogger yang lain (yang tulis review berkenaan apa yang kita cari di google). Kiranya itu lebih menyakinkan mek berbanding mencari di media sosial yang lain. Paling popular untuk makan pagi / sarapan / breakfast di Johor Bharu adalah Kacang Pool Haji, Larkin, Johor.
Apa itu Kacang Pool Johor
Pada bayangan mek, kacang pool Johor ni seperti satu mangkuk penuh dengan kuah kacang (seperti kuah satay), di makan bersama roti bakar. Bayangan mek itu hampir mengena tapi sama sekali kuah kacang pool johor tidak terasa seperti kuah kacang satay. Kuah kacang pool johor adalah gabungan daripada daging cincang, kacang pool kemudian di perah limau nipis dan ada telur dadar separa masak di atas. Walla, rasanya seperti sardin tapi tidak begitu sardin. Susah nak describe rasa kacang pool johor. Rasanya tidak ada pada makanan lain.
Roti bakar yang mek bayangkan itu adalah sama ! Roti bakar tebal seperti roti titab (yang popular di Kelantan) di bakar garing bersama mentega. Untuk mendapat kepuasan maksima kacang pool johor, roti bakar tadi harus lah masih hangat ketika makan. Kalau dah sejuk mek rasa ianya tidak dapat begitu ummpphh untuk dinikmati. Disebabkan itu, roti bakar untuk kacang pool johor akan dibakar bila ada order sahaja. Takkan dibakar lebih awal.
Kata mekyunie tentang Kacang Pool Johor
Mek first time menikmati kacang pool johor. Masa ke Penang pada Mei 2019, ada juga masukkan tempat breakfast kacang pool penang namun tidak sempat merasa kerana kesuntukan masa. Dan bila kawan mek mengukuhkan lagi yang mek harus cuba kacang pool johor memandangkan kacang pool ini asalnya daripada Johor, maka sebelum bertolak balik ke Kelantan mek wajibkan untuk kami singgah makan pagi kacang pool johor.
Secara peribadi yang asalnya daripada Kelantan (tahu sajalah Kelantan dengan makanan bagaimana), kalau diletakkan roti titab dan kacang pool johor, pilihan mek adalah kacang pool johor. Ini disebabkan roti bakar yang tebal dan garing tadi lebih sesuai untuk dinikmati bersama kuah kacang pool johor berbanding diletakkan telur separuh masak di atas roti tersebut. Sorry Kelantan, i chose kacang pool johor.
Tempat wajib singgah Kacang Pool Johor
Di Johor sendiri memang banyak kedai yang jual kacang pool johor tapi yang paling popular dan yang paling ramai orang suggest adalah Kacang Pool Haji. Kacang Pool Haji ini ada dua cawangan sahaja di Johor iaitu di Medan Selera Bomba, Larkin Johor dan juga di Taman Dato Onn, Johor. Mek sendiri sempat mencuba kacang pool haji di Medan Selera Bomba, Larkin Johor. Tempatnya tidak lah crowded sangat dan so-so lah untuk makan pagi di situ (medan selera punya layout korang faham sendiri lah).
Harga untuk satu mangkuk kacang pool johor adalah RM6 sahaja. Bagi mek just okei je harga yang ditetapkan tu. Bersama-sama kacang pool johor juga korang boleh order roti bakar di kedai kacang pool haji. Roti bakar haji pun sedap juga untuk dinikmati. Harga untuk roti bakar dua [2] set, RM3 sahaja. Untuk sarapan pagi yang light (tapi kalorinya tinggi juga) boleh lah cuba kacang pool haji di Johor Bahru. Rugi kalau tak cuba.
Google Maps ke Kacang Pool Haji Medan Selera Bomba Larkin
Google Maps ke Kacang Pool Haji Taman Dato’ Onn Johor
Waktu pengoperasian
Setiap hari
7.00 pagi - 1.00 pagi
Sekian ..
kat kota bharu tak ada lagi ni. eh kejap ada. dekat cafe duta kelantan. tapi besar kemungkinan rasa nya pasti lain tapi at least boleh la cuba kan. nak gi johor entah bila lagi. tapi boleh la masuk dalam list satu hari nanti, akan ke sana. so ada idea kat mana nak makan makan.
ReplyDeletepernah dgr nama jer..rasa blm lagi..:)
ReplyDeleteSuka makan kacang pool tp seriously suka makan kalo kat JB je hahah sebab kat sana je btl2 sedap
ReplyDeletesedap tu kacang pool. dah lamanya tak makan. Kacang pool haji ni memang agak famous.Nanti balik Jb nak pergi makan la..tq share
ReplyDeleteselama ni singgah johor tak pernah try langsung so next trip ke sana dah boleh masuk dalam list lawatan hahaha
ReplyDeleteFavorite kita ni kacang pool. Memang wajib pekena bila datang Johor. Kat Medan selera Bomba Larkin tu memang sedap.
ReplyDeletefirst time saya dgr nama tu.. nnt klu terjumpa boleh makan kacang pool ni. RM6 tu kira okayla ehehe
ReplyDeleteSetakat ni saya tak pernah lagi makan kacang pool ni. Bolehlah cuba nnti bila ada urusan dan rezeki ke sana. Thanks share ya.
ReplyDeletepernah menetap di johor selama 5 tahun tapi tak pernah makan lagi kacang pool. Alahai rugi rasanya. Tapi tu la, dulu2 takde orang yang sudi ajak pi mkn kacang pool.
ReplyDeleteFav husband ni. Kalau datang sini mmg akan mencari makanan famous kat johor yg satunya ini hehe
ReplyDeletesedap ni.. hehe.. TB tak pernah rasa..lepas tu hubby buatkan seniri kat rumah.. tapi biasalah.. hubby baru 1st time cuba.. katanya tak sama dan tak sesedap yang makan kat kedai.. nanti boleh la try makan sini
ReplyDeleteMula kenal nama kacang pool masa sekolah menengah tapi sampai sekarang tak pernah rasa. Haha. Menarik sharing mek yunie kali ni. Nnt nak pergi johor boleh singgah.
ReplyDeleteSis kalau ke Johor tempat ni lah sis makan kacang Pool, memang sedap dan susah nak dapat kat KL sedap macam ni
ReplyDeleteHm..turun JB nanti nak try Kacang Pool ni lah
ReplyDeleteSelalu dengar tentang makanan Kacang pool ni. Macam wajib try pula kalau turun ke JB atau Johor. Thanks share mek yunie!
ReplyDeletebyk kali da lepak sini, mek.
ReplyDeletetime keje di jb tu, memang sini la tapaw makanan.
now ada da kat melaka.
best! saling tak tumpah dgn yg jb ni.