Assalamualaikum
untuk sahabat blogger dan para pembaca entry ini ..
Terengganu
dengan Kelantan tak lah jauh sangat, negeri yang berjiran tapi bukan lah dekat
yang amat. Selaku orang Kelantan, mek bersyukur juga berjiran dengan Terengganu
kerana negeri mereka kaya dengan keindahan alam semula jadi. Terengganu, siapa
tak kenal satu negeri persisir pantai. Tapi korang juga perlu tahu yang mereka
punyai tasik buatan manusia yang sekarang ini telah menjadi salah satu tempat
pelancongan bagi Terengganu.
Tasik
Kenyir, Terengganu
Tasik Kenyir merupakan salah satu tasik terbesar buatan manusia untuk menjana kuasa eletrik bagi kawasan Asia Tenggara. Tasik ini terletak di hulu sungai Kenyir di Terengganu dan disebabkan wujudnya tasik ini, kawasan di sekitarnya seperti Kuala Berang dikenali oleh pelancong dari luar negeri. Oleh kerana itu, dalam masa yang sama juga, tasik ini telah dijadikan satu tarikan pelancongan dan dalam masa yang sama telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduk setempat.
Bagi
mek yang berada di Kelantan, untuk ke Tasik Kenyir hanya mengambil masa lebih
kurang dua jam setengah [2 jam 30 minit]. Bagi korang yang datang dari Kuala
Lumpur, mek cadangkan untuk ke KLIA2 boleh menggunakan pengangkutan awam
seperti KLIA Express. Mek pernah kongsikan pengalaman mek dengan KLIA Express
sekitar November 2018. Memang recommended kerana menjimatkan masa korang, boleh
rehat dengan tenang dalam train.
Untuk
pengetahuan korang, ada cara yang lebih jimat bagi menggunakan KLIA Express.
Korang boleh book tiket di cheap KLIA
Express booking yang
disediakan oleh Traveloka ni. Turun je di airport Kuala Terengganu, korang juga
boleh jimatkan perbelanjaann tempah terus cheap airport coach untuk ke Tasik Kenyir, Terengganu.
Jimat masa dan memudahkan perjalanan korang. Tak perlu risau ditipu (perjalanan
dari airport Terengganu ke Tasik Kenyir mengambil masa sejam setengah [1 jam 30
minit]).
Penginapan Tasik Kenyir
Pada
yang tak tau, kalau menginap di Tasik Kenyir ini, korang perlu menyewa
boathouse yang disediakan di Tasik ini. Boathouse yang disediakan bukan la
seperti boathouse yang biasa korang tengok. Boathouse ini lebih besar dari itu.
Ia dilengkapi dengan 8 bilik tidur di mana satu bilik boleh memuatkan 4 orang
dalam satu masa. Ruang di dalam boathouse juga tidak lah kecil, luas dan
seperti korang tinggal di dalam rumah.
Selain
itu, korang boleh menikmati angin malam di ruang atas boathouse. Mendengar
bunyi alam semulajadi berbicara. Betul-betul boleh menenangkan fikiran.
Kelengkapan lain yang ada di dalam boathouse juga adalah seperti bilik karaoke
yang mempunyai lagu-lagu ols school sehingga lah update terkini. Ruang dapaur
juga disediakan bagi aktiviti memasak. Snagat selesa. Tandas? Jangan risau. Tandas
di sini sangat bersih dan cantik. Pendek kata memang macam duduk kat rumah la.
Cuma bezanya rumah ni atas air dan dikelilingi alam semulajadi.
Aktiviti di Boathouse Tasik Kenyir
Kalau
korang memang sukakan aktiviti air, korang boleh mandi-manda di dalam tasik
ini. Jangan panic, life jacket memang disediakan dan wajib untuk semua
menggunakan life jacket ini jika masuk ke dalam air. Selain mandi-manda, korang
juga boleh melakukan aktiviti water confident, berkayak dan jika korang kaki
pancing, korang juga boleh memancing dari atas boathouse ni.
Gua-gua di Tasik Kenyir
Gua
Bewah – Gua ini terletak disekitar Tasik Kenyir sahaja. Apa yang menarik di gua
ini ialah ia merupakan satu tempat peninggalan zaman purba di mana jika korang
masuk ke dalamnya korang akan menemukan beberapa bukti bahawa ada kesan-kesan
penempatan manusia seperti serpihan batu yang dibuat menjadi kapak dan juga
tembikar. Selain itu, gua ini juga merupakan tempat tinggal kelawar. Jika korang
tak dapat tahan bau tahi kelawar, korang boleh bersiap sedia dengan penutup
hidung okay.
Gua
Taat – Gua ini bagi mek jika korang nak masuk, korang perlukan guide
professional yang boleh membawa korang dengan peralatan yang mencukupi. Ini
kerana keadaan di dalam gua boleh ditenggelami air jika paras air menaik. Kalau
korang memang berminat, dapatkan dahulu beberapa info penting dan bawa bersama
peralatan keselamatan yang mencukupi.
Kelah Sanctuary di Tasik
Kenyir
Tak
lengkap cuti korang kat Tasik Kenyir kalau tak ke Kelah Sanctuary ni. Di sini
terdapat lebih 5000 ikan kelah yang dijaga rapi. Korang sama sekali tidak
dibenarkan menangkap ikan ini. Sila patuh pada peraturan. Kat sini korang boleh
beri makan kepada ikan kelah ini. Makanan ada juga di jual di situ. Untuk
sampai ke sini korang perlu berjalan dan mendaki tangga lebih kurang 30 minit.
Bilangan pengunjung yang datang pada setiap hari adalah terhad bagi menjaga
ekosistem kawasan sanctuary ni. Selalunya kawasan ini akan ditutup pada bulan
November senhingga Februari bagi tujuan pemuliharaan dan disebabkan musim
tengkujuh.
Air Terjun Tasik Kenyir
Tasik
bukan sekadar tasik. Tasik Kenyir mempunyai lebih 10 air terjun yang boleh korang
pergi. Tapi yang paling popular ialah Air Terjun Lasir. Air terjun ini
mempunyai ketinggian 500 meter dari paras laut dan ianya bertingkat-tingkat.
Apa yang menarik tentang air terjun ini ialah pemandangannya yang sangat cantik
ditambah pula dengan titi gantung yang disediakan. Gambar yang dihasilkan pasti
menjadi kenangan yang sangat bermakna. Air terjun ini juga antara kawasan yang
sesuai untuk korang bermandi-manda.
Penutup
Itu
lah sedikit sebanyak aktiviti yang and boleh lakukan jika ke Tasik Kenyir. Korang
boleh memilih untuk menginap di boathouse ataupun berkelah di sekitar Tasik
Kenyir sahaja. Tetapi terdapat beberapa tempat yang memerlukan korang untuk
menyewa bot jika hendak ke sana seperti Air Terjun Lasir. Jika korang berminat
untuk ke Tasik kenyir, apa tunggu lagi? Boleh start survey boathouse yang
disediakan di sana. Tasik kenyir sangat sesuai untuk korang pergi bersama
keluarga ataupun kawan-kawan.
Sekian
..
It is my first visit to your blog, and I am very impressed with the articles that you serve. Give adequate knowledge for me. What are some of the cheapest places to travel to in the world? From Asia to Africa and Europe, Things to do 's got budget breakdowns for the cheapest places.
ReplyDeletekita tak berjumpa lagi kan akak.nanti kita jumpaa yaa
ReplyDeletewah ada promo best!!!boleh terjah!
ReplyDeletewalaupun org ganu, baru sekali pi tasik kenyir ni. boathouse tu pu tak pernah sewa. jsut round 1 hari je sekitar tasik pi taman rama-rama. Overall, enjoy jugak lah
ReplyDeleteCantiknya gambar-gambar. Seronok kan bila ke Kenyir? Pernah ke sini kelmarin dan memang sangat enjoy lagi pengalaman tidur di boathouse tu. Jom ramai-ramai #CutiCutiMalaysia!
ReplyDeleteNever been here but now I think i should cause it looks so fun and thanks to your beneficial and informative post!
ReplyDeleteRuby dari 2014 dah plan nak ke Tasik Kenyir ni. Nak stay 2 malam dalam boat house dan jalan-jalan masuk gua. Tapi! semua tarikh tak menjadi. Sebab nak booking sekeluarga 20 org. Aduyai tak sabar nak mancing kak. Nanti 2020 nak plan sampai jadi.
ReplyDeleteWowwwww look so fun! Is it able for hiking too? I love adventure like this.. will definitely visit there one day 😍
ReplyDeleteSelalu dengar orang cerita je tentang tarikan di Tasik Kenyir ni. Memang best rupanya kat sini selain aktiviti adventure sekaligus dapat menikmati keindahan ciptaan tuhan
ReplyDeletebestnya gambar dalam iar tu.. ikan kelah tu mahal harganya
ReplyDeleteBestnya travel tasik kenyir, naik boat mandi air terjun... cantiknya air terjun tu...tertingkat-tingkat best mandi mesti sejuk airnya
ReplyDeletebestnya, gambar lelaki dlm air tu paling rare dan unik.. cantik view kat sane, saya tak penah sampai sana lagi
ReplyDeletePernah pergi ke air terjun dan lalu atas empangan. Masa tu takut giler sebab tgk kawasan empangan yang sgt besar. Btw, tak ada jalan2 ke tempat lain seperti ke gua atau sanctuari ikan kelah. Next time nak pergilah.
ReplyDeleteRasanya belum pernah sampai ke Tasik Kenyir ni maklumlah jauh huhu tapi memang bagis untuk mereka yg suka memancing kan,
ReplyDeleteTasik kenyir AM belum pernah sampai lagi.. Boleh la plan untuk trip ke kenyir awal tahun dgn member2 nnti.
ReplyDeletedah lama tak melawat terengganu, dulu masa belajar rajin pergi bercuti dekat tempat2 macam ni. Tasik Kenyir memang best sebab banyak ikan dan gua pastu ada air terjun pula tu.
ReplyDeleteSis 2 kali ke Tasik Kenyir dan tidur kat Houseboat diaorg. Memang best dan satu pengalaman yang sangat menarik. Tangkap ikan, masak n makan semua dalam houseboat, dapat mandi manda kat air terjun n berkayak..rindu nya nak ke sana lagi
ReplyDeleteBila lah nak sampai Terengganu ni. Banyak tempat menarik dekat Terengganu ni. Kalau tak pergi rasa rugi kan. Pemandanagan kat sana pun nampak cantik
ReplyDeletemacam ni rupanya tasik kenyir. saya selalu bayangkan yang sukar2 je. huhu sebab asyik terbayang tasik kan, (pemikiran zaman dulu)
ReplyDeleteTak pernah lagi ke tasik kenyir ni. First time pergi trip terengganu hari tu, tak sempat nk singgah sini. In shaa ALlah suatu hari nnti nak melawat jugak ke sini.
ReplyDeleteMenarik ni, mek.
ReplyDeleteAida pernah dulu kala ke tsk kenyir.
Zaman kekecik. Sebab mak sedara ada 1 di sana.
Now lebih byk tarikan. Terbaik.