Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Baca kunjungan mek ke Genting Highland Premium Outlet pada Julai 2019. Dulu mek tak berapa nak in sangat dengan premium outlet ni. Mek bukan jenis pemburu barangan branded dan tiada harga mereka yang mengena dengan mek. Terasa seolah membazir je beli barangan mahal. Tapi kunjungan mek ke Genting Highland Premium Outlet membuka mata mek yang tak semua barangan itu mahal macam yang dikatakan. Ada sahaja harga yang mampu milik oleh kita semua contohnya baju yang berharga RM13 daripada PDI, RM10 daripada Cotton On dan pelbagai lagi yang mek tak sempat nak survey semuanya.
Kiranya, premium outlet ini bagaikan satu mall yang open air dengan beberapa brand high class tapi dengan diskaun dan tawaran harga yang mampu menarik minat orang ramai. Senang kata, yang biasa-biasa macam mek pun boleh sight seeing di sini. Premium outlet, bukan hanya untuk orang yang have have je. Kalau tak membeli pun sekurang kurangnya korang boleh ke premium outlet untuk sesi makan makan. Harga tak beza sangat dengan mall lain.
Yang sempat di beli di Johor Premium Outlet
#1 Kasut untuk Fun Run @ Puma. Memang dari awal lagi mek dah niat nak cari kasut untuk program Fun Run hujung November 2019. Bajet yang mek nak tentulah tidak melebih RM100 (sebab mek tahu beli mahal mahal memang tak akan pakai ke mana mana pun sebab mek lebih suka berselipar togel macam gitu). First outlet mek terjah adalah Pierre Cardin kemudian Nike kemudian Adidas. Kesemua kedai ni tiada kasut yang berharga seperti mek mahukan. Semuanya RM200 ke atas. Paling murah RM165.
Dengan hati yang redha (dalam hati dah nampak nak beli dekat kedai Bata je lah) mek keluar daripada outlet Nike. Outlet Puma hanya bersebelahan dengan Nike. Spouse ajak mek masuk Puma tapi mek menolak dengan alasan ‘alah harga depa lebih kurang sama je. Buang masa duk mencari yang tak pasti.’ Bila dah masuk tengok harga tetap sama dengan mereka yang lain. So ambil keputusan nak keluar. Dekat dengan pintu tu ada susunan kotak kasut. Mek tersilau tengok RM109. Terus tanyakan promoter. Ada pula warna yang mek berkenan, terus bungkus satu.
Alhamdulillah, ada rezeki kasut Fun Run di Johor Premium Outlet.
#2 Seasonal beverages Toffee Nut Crunch @ Starbucks. Ini juga wishlist dari Kelantan ke Johor. Bila dengar je Toffee Nut Crunch ni dah keluar, terus bagitahu spouse and bersetuju untuk rasmikan minuman ni di Johor Bahru. Bila dah sampai, Starbucks satu bangunan dengan hotel yang kami menginap tapi entah bagaimana tak terbeli ketika berada di sana. Sehingga lah hari ke Johor Premium Outlet.
Kena pula dengan 11.11 memang tengah ada sales kaw kaw lah. Bila tengok IG Starbucks Malaysia, RM11 untuk segelas frap tapi kena bayar thru apps Starbucks. Gigih pula install balik apps Starbucks (dulu dah install lepas tu jarang beli so uninstall). Dah install lupa password pula. Gigih pula renew password demi dua gelas Toffee Nut Crunch. Masa yang di bazirkan untuk benda renyeh ni hampir lima belas [15] minit.
Dan akhirnya alhamdulillah dapat merasa Toffee Nut Crunch Starbucks di Johor Premium Outlet.
Info lanjut Johor Premium Outlet
Senarai outlet di Johor Premium Outlet
IG Johor Premium Outlet
Website Johor Premium Outlet
Google Maps ke Johor Premium Outlet
Waktu pengoperasian Johor Premium Outlet
Setiap Hari
10.00 pagi - 10.00 malam
Sekian ..
Selamat menyopink mek
ReplyDeleteBgus mek jalan sana sini..kita pun tk pernah samapi lagi..hehee..entah bila dapat p GPO dangn Johor premium outlet ni..hehee..saja jalan cuci mata ok gak kan
ReplyDeleteBestnya mek dapat jalan sana sini. Saya tak oeenah jejak kaki kat jpo ni lagi. Tak ada hati lagi nak pergi. Hehehe.. Finally, dapat juga beli kasut yang masoh dalam bajet kan
ReplyDeleteRezeki mek dapat kasut harga dalam bajet. Itulah kalau beli mahal jarang pakai rasa tak berbaloi pula kan.
ReplyDeletePernah ke sini beberapa tahun dulu. Tapi perasaan tu biasa je. Sbb kita ni bulan jenis yg suka beli pakain branded. Asal ok dengam badan boleh pakai. Huhu
ReplyDeleteTak sempat lagi nak ke Johor Premium Outlet dan juga negeri johor secara seluruhnya. In shaa Allah hujung bulan ni akan ke Johor, mungkin sempatlah singgah ke sana. :)
ReplyDeleteHahaha sebenarnya kan.. Semua Tempat yg ada premium outlet ni sesuai bg mereka yg berduit. Sbb sini majoriti brg2 branded.. Tp kalau time sales mmg berbaloi kalau shopping sini..
ReplyDeleteDalam banyak2 premium outlet (takde le banyak mana premium outlet pun kan hahaha), Rawlins paling suka JPO nie sebab banyak kedai dan sales dia best. Kalau kena waktu (biasanya 6 pm - 8 pm) akan ada happy hour yang mana diskaun bertambah-tambah ye.
ReplyDeleteOk sangat dapat beli kasut berjenama dengan harga macam tu. Membeli masa ada promosi lagi best kan. Kena selalu ambil tahu pasal harga runtuh ni supaya dapat berjimat hehe
ReplyDeleteI pernah pergi sekali je that was like 5 years ago, i suka je shopping sini tapi cam panas sangat. So skrg pergi GPO je sebab sejuk ehhehe
ReplyDeletesaya pulak tak pernah pegi lagi ke manan premium outlet. tak mampu kot. sekadar tengok2 je boleh la. hehe
ReplyDeleteI never been to Johor before, let alone this place. Will keep in mind if i go to Johor. Thank you for sharing!
ReplyDeleteBest kalau dapt shopping kat sini. Macam2 boleh beli dengan harga yang jauh berpatutan. Tiba2 rindu di Johor
ReplyDeletefew times dah gi sini.
ReplyDeletebetter la than afamosa tu.
sini lebih best. byk outlet yg relevan.