ISTANA BUKIT SERENE JOHOR KEDIAMAN RASMI SULTAN JOHOR

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Sambung lagi jalan jalan di Johor November 2019. Mek dan spouse ada satu persamaan iaitu bila ke negeri orang, suka tengok istana, tengok musium di negeri orang. Bukan untuk perbandingan tapi untuk info. Supaya bila bercakap nanti ada lah juga pengetahuan serba sedikit perihal negeri orang. Selain daripada itu memang untuk tujuan bergambar lah. Bila diingatkan balik, mek dan spouse seolah olah mengulangi ‘lawatan sambil belajar’ yang pernah kami lalui dahulu. Bila dah besar lagi seronok sebab memahami lebih.

Jadi kami teruskan juga ‘lawatan sambil belajar’ ini ke negeri Johor Bahru bersama anak anak supaya di masa akan datang boleh tunjuk gambar kepada anak anak yang kami dah pun adakan sesi lawatan sambil belajar dengan diaorang (walaupun mereka tidak memahami apa pun). Cuma yang bagusnya bila buat lawatan sambil belajar ni, anak tengok iklan ke apa yang related dengan tempat yang kita pergi, diaorang boleh ingat tempat ni dah pun diaorang lawati. Otak budak, cepat sangat mengingat.

What to do at Istana Bukit Serene Johor

Kunjungan mek ke sini bukan lah atas dasar recomendation daripada siapa-siapa. Mek dan spouse bercadang untuk ke sini memandangkan tempat ini memang simbolik dengan kesultanan Johor memandangkan adanya replika mahkota di hadapan Istana Bukit Serene Johor. Jadi, harus lah bergambar kenangan di sini. Kata kuncinya, gambar mahkota begini tiada di negeri lain (di negeri sendiri pun) maka perlu checked in di sini.


Kalau korang tanya mek apa lagi tujuan ke Istana Bukit Serene Johor selain daripada bergambar. Cadangan mek adalah korang boleh ke sini dengan tujuan untuk santai-santai. Laman di Istana Bukit Serene Johor ini seolah Dataran Putrajaya tapi kecil sedikit. Jika ke sini korang boleh bawa basikal untuk anak-anak bermain. Ada juga orang menjual buih belon untuk bermain. Makanan ringan seperti air balang, keropok ada juga dijual oleh orang awam.

Laman Mahkota Istana Bukit Serene Johor akan lebih meriah bermula waktu lepas Asar. Tapi untuk photoshoot cantik, waktu lepas Asar adalah yang terbaik. Pada waktu malam juga cantik kerana Laman Mahkota Istana Bukit Serene Johor dihiasi dengan warna warni lampu untuk menerangi. Seperkara lagi, Sultan Johor (Sultan Ibrahim) memang suka juga turun ke Laman Mahkota Istana Bukit Serene Johor untuk menyantuni rakyat jelata. Untung-untung dapat jumpa Sultan Johor.












Sejarah Istana Bukit Serene Johor

Sumber sejarah Istana Bukit Serene Johor ini mek petik daripada Wikipedia sahaja. Masa ke sana mek tak google apa pun sejarah Istana Bukit Serene Johor. Yang tahu ni adalah port bergambar bila tiba ke Johor Bahru. Rupanya, Istana Bukit Serene Johor ini dah lama terbina semenjak tahun 1933 lagi dan ianya adalah hadiah daripada kerajaan Johor kepada Sultan Ibrahim (almarhum Sultan Ibrahim - moyang Sultan Johor sekarang) sempena pemerintahan kesultanan Johor yang ke empat puluh [40] tahun.

Dari Istana Bukit Serene Johor, korang akan nampak Singapore dari seberang. Tapi sekarang dah ada pembangunan di bahagian seberang jalan Istana Bukit Serene Johor which korang tak boleh nak tengok Singapore dengan jarak yang dekat. Untuk tengok Singapore dengan lebih dekat korang boleh ke Berjaya Waterfront atau Danga Bay (yang ni pun cantik untuk port bergambar dan makan makan tapi mek tak sempat nak singgah sini).

Antara acara rasmi yang berlansung di Istana Bukit Serene Johor adalah sambutan ulangtahun ke 55 Sultan Johor pada 2014 dan majlis Akad Nikah TMJ dengan Cik Puan Khaleeda Bustamam juga pada 2014. Mek ingat ingat lupa tentang majlis perkahwinan TMJ. Pada 2014 mek dah mula berkerja dan hanya ingat mek terkejut TMJ nak kahwin dengan orang Selangor. Kemudian tak ambik port dah sebab bukan Tengku Mahkota negeri kita (kihkih).

Istana Bukit Serene Johor Kediaman Rasmi Sultan Johor

Kalau korang wondering di mana Sultan Johor tinggal jawapannya adalah di Istana Bukit Serene Johor. Istana ini adalah kediaman rasmi Sultan Johor (Sultan Ibrahim). Maklum lah di Johor memang banyak istana. Di Kelantan pun sama juga. Pada awalnya mek tak tahu pun yang ini adalah istana rasmi (kediaman) Sultan Johor. Yelah, dengan ada dataran di hadapan istana macam tak nampak rasmi lansung. Tapi bila dikenangkan kembali Sultan Johor sememangnya suka bersama rakyat jelata, ianya mengena dengan layout Istana Bukit Serene Johor.

Info lanjut Istana Bukit Serene Johor

Google Maps ke Istana Bukit Serene Johor

Waktu pengoperasian 
Buka setiap hari
Setiap masa (tiada had waktu untuk melawat)

Sekian ..

20 comments

  1. Comel je gamabr kreatif crown atas kepala tu hee. Walaupun orang Johor tak berkesempatan lagi nak berjalan-jalan ke area ni. Next time boleh pergi

    ReplyDelete
  2. Lama dh tak mai Johor. Memang cantik istana bukit serene ni. Banyak kali juga dah kesini. hehehe

    ReplyDelete
  3. bila la nak sampai johor jgk ni..:)

    ReplyDelete
  4. kalau singgah johor mmg tak sah kalau tak datang ke bukit serene dan bergambar kat sini. cantik sungguh landmark bukit serene nie kan

    ReplyDelete
  5. tak pernah lagi ke johor. in shaa Allah nanti bila ke johor, nak melawat banyak tempat. sebab bila ke negeri orang, tempat2 menarik emstilah kena lawati kan? haha

    ReplyDelete
  6. Airah balik kerja confirm lalu depan istana ni. Tiap malam ramai lepak sini

    ReplyDelete
  7. Kita x penah jalan-jalan Johor lagi. Penah pegi tapi sbb ada wedding je so x singgah mana-mana pun. Huhu. Time to make a plan.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya istana ni, best kalau dekat boleh bawa anak jalan-jalan kat sini :)

    ReplyDelete
  9. Memang cantik scene dkt sini. Sekali dgn gambar crown tmj ni. Dkt muar mersing pon ada jgk mcm ni kan

    ReplyDelete
  10. Pernah ke JB beberapa Kali Dan memamg Mat Drat perasan trademark/landmark depan Istana Serene ni. Memang menarik crown tu, landmark yg sgt cantik

    ReplyDelete
  11. Tak pernah gi sini so bagus jugak bila mek wat artikel ni so len kali leh la ke sini

    ReplyDelete
  12. Tak pernah ke sini lagi. Bila lagi nak jejak johor ni. Jauh sangat

    ReplyDelete
  13. Seem so fun the trip to johor!!!so many fun things to do!!enjoy!

    ReplyDelete
  14. seronok jalan-jalan dengan family sambil belajar dan tahu tentang sejarah ya. terima kasih atas perkongsian.

    ReplyDelete
  15. Kita suka laaaa gambar awak kat crown tu. Cantik! Suka tengok awak selalu citer pi jengjalan dan selitkan sejarah tempat - tempat gini. Good sharing, good info. Keep it up

    ReplyDelete
  16. berjalan dgn family is the best memory ones can keep. tempat pun lawa, tak pernah lagi dapat berjalan sampai ke sini. thank you sharing, be happy always!

    ReplyDelete
  17. Tak pernah ke tempat lain di Johor except Segamat,Johor. As my both parents from Segamat. Btw , thanks for sharing! ~ Happy Family!

    ReplyDelete
  18. cantik tempatnya bolehlah bawa anak2 jalan2 nanti, banyak lokasi menarik boleh jadi port bergambar.

    ReplyDelete
  19. x pernah ke sini.
    meskipun kerap ke jb.
    dok usha tempat makan aje :)
    cantik plak mahkota tu ekk.
    terbaik!

    ReplyDelete