Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Jam tangan sebenarnya tak pernah pun menjadi kegilaan mek. Tengok di kedai semuanya lawa tapi dengan harga yang ditawarkan mek rasakan ianya seolah membazir. Untuk pengetahuan korang, untuk duit mek sendiri, mek tak pernah labur untuk satu jam tangan yang mahal. Pilihan mek yang selalunya adalah jam tangan Vincci. Tahan lama, cantik dan murah. Sebelum ini mek dapat hadiah je lah (Swatch, Pierre Cardin, DKNY, Casio). Yang masih ada dalam simpanan hanyalah DKNY (sebab jam hantaran perkahwinan).
Bila ke Jewels Hotel pada cuti Oktober 2019 baru-baru ini, mek agak tertarik dengan kedai jam yang mana Jewels Hotel menjadi salah satu Authorised Dealer untuk jenama jam ini. Untuk pengetahuan korang, mek seorang yang sangat sukakan simple. Kalau perabot rumah mek sukakan konsep Ikea (modern simple kemas). Kalau baju pun mek sukakan T Shirt Long Sleeve yang bertulisan di bahagian dada. Kalau korang tengok mek pakai baju bunga bunga tu maksudnya mek berkenan dengan warnanya lah tu. Untuk menjadi pilihan tetap mek adalah simple sahaja.
Pada ketika mek ke sana lah (kedai jam yang ada di Jewels Hotel) mek dah terjumpa satu jam tangan yang mek rasa ‘ini must have ni’ atas alasan reward diri setelah berkerjaya dalam dunia blog (banyak pula reward diri). Yang sebenarnya sebab mek berkenan sangat dengan jam yang simple. Bagi mek paling simple adalah Swatch tapi bila tengok Ice Watch lagi simple terus mek cakap dengan spouse ‘ue, i nak nih’. So nah, ini lah dapatnya.
Mekyunie ft Ice Watch
Korang jangan muak ye tengok mek bergambar dengan Ice Watch ni. Masa beli tu dah cakap dengan spouse ‘ue kena capture sepuluh [10] moment i dengan Ice Watch ni’. Begitu sekali ye arahan kepada spouse. Arahan itu terkeluar akibat terlalu sangat sukakan jam yang mengikut citarasa diri mek ini. Pemilihan warna biru adalah berdasarkan mek suka sangat dengan warna Dark Blue so kalau ambik jam yang warna Baby Blue kiranya match la kan. Harga mek tak nak bagitahu sebab tak mahal sampai setengah ribu. Tapi bagi mek harganya itu dah cukup mahal untuk seutas jam. Cuma yelah, reward diri kan.
Info Kedai Ice Watch Authorised di Kelantan
Kalau korang berkenan juga dengan jam tangan Ice Watch ini, korang boleh dapatkan di mana-mana Ice Watch Authorised Dealer mengikut negeri masing-masing. Dan korang juga boleh rujuk website Ice Watch untuk tengok koleksi-koleksi terbaru daripada mereka. Nak yang glam nak yang simple, semuanya ada. Dan jangan lupa untuk selalu juga usha-usha outlet Ice Watch Authorised Dealer untuk dapatkan diskaun-diskaun yang ada (tertakluk dari masa ke semasa).
Google Maps Kedai Ice Watch Authorised di Kelantan
Website Ice Watch
Senarai Kedai Ice Watch mengikut negeri
Sekian ..
Ice Watch memang antara brand jam kesukaan LZ..
ReplyDeleteLZ suka sebab warna jam Ice Watch cantik..
cantik , warna pun soft je . Padan dengan sis . Kalau saya jenis suka jam besi dari getah , rasa tak confident je bile pakai jam getah . Mujur la husband rajin melayan bila suruh ambil gambar banyak-banyak . Hehehhe . .
ReplyDeleteice watch ni selalu buat promo kat goshop. suka tengok design dia, memang cantik.
ReplyDeleteLawonye mek eh lawonye jam tangan mek
ReplyDeleteI think this is an enlightening post and it is exceptionally valuable and proficient. See Instagram photos and videos from Pictame.
ReplyDeleteSerius cantik jam tu, simple & warna pun menarik. Sesuai sangat dengan mek. Bolehla cuci2 mata kat websitenya nanti. Mana tahu kot2 ada yang berkenan. hehe
ReplyDeleteminimalist sangat tapi still trendy. BBL pun minat jugak brand ICE watch ni sebab certain jam limited edition kan
ReplyDeletexpenah lagi try jam brand ni, tapi smart n sporty look. mmg cun2 je dgn semua outfit and occasion kan
ReplyDeleteNmpk menarik color n design.. Kalu ada Black n White confirm AM ambil.. Kat kl nie ada tak cawangan utk beli jam nie?
ReplyDeleteEh jam kita sama laaa. warna biru juga. Hehehe. Bestkan pakai jam ice watch. Simple tapi lasak.
ReplyDeleteCantiknye design ice watch ni. Sesuai nak pakai kat mana-mana event. Bolehla survey nanti jam ni
ReplyDeleteCantik dan sangat sesuai untuk jadikan hadiah kepada orang yang teristimewa hehehe nampak eligent dan juga kena kalau nak gayakan pada mana-mana majlis dan juga pakaian ok lah tu smart watch ni..
ReplyDeleteAkak usha lama dah si ice watch ni. Geram betul dengan design dia. Simple tapi lawa amat. Tapi tu lah..tunggu rezeki datang bergolek lah dulu. Hihi.
ReplyDeleteRawlins geram tengok seleksi warna dia yang memang cantik - ada macam-macam plak tu. Nasib sebab dah pakai yang sekarang nie, maka lambat sikit nak membeli yang baru.
ReplyDeleteMemang dah lama teringin beli jam dari Icewatch nie sebab design dia sangat trendy dan warna dia pelbagai. Tp belum ada rezeki lagi utk beli. Nanti nak usha2 lah mana tahu berkenan n terus beli
ReplyDelete