CARI APA DI FAMILY MART

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Family Mart termasuk dalam senarai must visit mek di Johor Bahru November 2019 memandangkan di Kelantan tiada lagi Family Mart (korang yang mampu nak invest buka Family Mart, boleh cuba di Kota Bharu). Family Mart ni memang popular sangat dalam sosial media dan juga menjadi salah satu topik perbualan mek dengan rakan kerja mek yang mana beberapa barangan di Family Mart perlu dicuba kerana ianya berbeza rasa dengan yang lain.

Alang alang ke negeri yang ada Family Mart, mek ajak spouse untuk mencuba apa yang dicadangkan oleh rakan rakan. Yelah, nak juga merasa apa rasanya yang korang duk cakap sedap sangat tu sampai repeat berkali kali. Setimpal atau tidak dengan ulasan yang korang bagi. Jadi kini giliran mek pula nak bagi ulasan setiap cadangan korang itu. Maka, nah ulasan mek untuk beberapa makanan di Family Mart.

Cari apa di Family Mart





#1 Oden Family Mart. Paling popular orang mencari di Family Mart adalah Oden Family Mart. Untuk korang yang tak tahu bagaimana rupa Oden, ianya macam makanan cucuk cucuk (ada isi ketam, ada isi udang, ada bebola dan lain lain seangkatan dengannya). Di datangkan dengan tiga [3] perisa iaitu original, Tom Yam dan juga Spicy Korea. Kebanyakkan orang yang tak sukakan pedas akan pilih Tom Yam dan kalau mereka yang sukakan pedas amat, Korean Spicy akan menjadi pilihan.

Ulasan mek mengenai Oden Family Mart ini (mek mencuba kuah Tom Yam dan the best four [4] cucuk cucuk, berdasarkan recommendation oleh staff Family Mart) - untuk kuah Tom Yam korang boleh buat sendiri di rumah dengan menggunakan pes Tom Yam Adabi dan serbuk Maggy Siam. Memang sebijik rasanya. Untuk dua [2] kuah lain mek tak pasti bagaimana rasanya. Tapi untuk repeat jawapannya adalah tidak. Mek buat sendiri je lah di rumah nanti.



#2 Susu Pisang @ Banana Uri. Ini daripada dulu lagi nak cuba. Impak daripada tengok Cik Epal masa mengandungkan Han asyik minum susu pisang je. Lama benor dah tengok tentang susu pisang ni (lima [5] tahun agaknya). Masa ke Family Mart tak terlintas pun nak kan susu pisang ni tapi tetiba spouse mek yang tunjuk susu pisang ni pada mek. Apa lagi, terus sambar lah nak mencuba apa rasanya yang sampai orang cakap sedap sangat.

Ulasan mek tentang susu pisang - bila minum tu terus rasa oh ni susu pisang. Susu dan pisang. Seolah susu dengan tembikai susu. Begitulah rasanya. Rasa susu dan juga pisang. Bukan lah tak hebat tapi yelah, seiring dengan namanya. Cuma persoalan mek dan spouse, susu keluaran Malaysia tak boleh keluarkan susu pisang ke? Susu kurma boleh je kan. Pisang pun banyak kat Malaysia so rasanya pihak pengeluar susu kena buat RND untuk susu pisang keluaran Malaysia. Tak ada lah pelik sangat bila ke Korea nanti.


#3 Aiskrim Family Mart. Yang selalu diminati oleh anak-anak. Tapi mek yang tengok ni pun memang terliur dengan aiskrim Family Mart. Nampak elok macam Godiva gitu (tapi yelah mesti lah sedap Godiva, selari dengan harganya). Paling yang digemari ramai tentunya aiskrim Family Mart berperisa coklat. Harga untuk aiskrim Family Mart mek lupa. Sebab bila dapat je aiskrim tu terus direbut oleh anak-anak. Nasib baik sempat cuba.

Ulasan mek tentang aiskrim coklat Family Mart - memang sedap memang boleh repeat lagi sebab aiskrim chocolate Family Mart tidak begitu manis. Ianya lebih kepada rasa choclate yang sebenar (pahit manis). Rasanya lebih kurang juga dengan aiskrim Godiva (pahit manis). Untuk akan datang kalau terserempak dengan Family Mart mek akan masuk untuk beli aiskrim chocolate Family Mart untuk anak-anak dan juga diri sendiri.

Lain-lain carian di Family Mart

Untuk lain-lain barangan di Family Mart yang recommended untuk dicuba, mek kekurangan info itu memandangkan di Kelantan masih tiada Family Mart. Jika korang sudi, boleh lah drop di ruangan komen apa lagi yang patut mek cuba di Family Mart selain daripada tiga [3] perkara di atas tadi. Mana tahu kunjungan mek ke Kuala Lumpur Disember 2019 ini boleh pula mek update next entry apa yang boleh dicuba di Family Mart (recommend by bloggers). Setiap yang bagi cadangan mek akan letak link blog mereka di dalam entry tersebut.

Sekian ..

16 comments

  1. Tu dia. Sekali dibantainya semua dia rasa. Hahaha
    Rawlins kalau ke FM nie mesti mencari aiskrim dia. Sedap dia lain macam kan

    ReplyDelete
  2. Di kedah tiada lagi kedai macam ini. Terliur juga melihat gambar di atas. seronok dan tergoda melihat aiskrim hehe

    ReplyDelete
  3. Ais krim coklat dia sedap sebab rasa dark chocolate.. rasa teringin pulak nak kesana. Lagi satu kalo ke family suka beli roti dia, semua lembut.

    ReplyDelete
  4. Hihihi kalau masuk family mart memang cari oden and aiskrimje hihihi

    ReplyDelete
  5. Belum pernah masuk Family Mart jadi satu pun belum try produk yg dijualnya. Kalau masuk yg pertama nak cuba tentulah aiskrimnya hihi.

    ReplyDelete
  6. NAd tak pernh makan lagi dekat family mart ni..hahaa..walupun berlambk dekat kl ni..memng dh lama nak cuba, tapi mesti tak tersinggah

    ReplyDelete
  7. AM bawa anak2 ke family Mart mmg order aiskrim.. Si kakak suka flavor Green tea yg adik suka dark chocolate.. Yummmyyy..

    ReplyDelete
  8. dulu masa kenal FM ni, saya giler kan oden dia. lps tu start diet, dah lama la tak pegi sana. Tapi sesekali sekarang ni saya suka aiskrim dia. paling kerap saya mesti beli salad dia, susu almond dan kopi o dia. memang sedap

    ReplyDelete
  9. Klau masuk family mart mcm-mcm nak rasa.. oden tu rasa 2 kali dh cukup hilang teringin, ice cream tu pun sama. Skrg klau masuk suka cuba makanan mcm sushi ke roti ke

    ReplyDelete
  10. Saya dulu awal2 pun excited dengan family mart. Tapi skrg hanya memandang sbb dompet pun kekeringan ahahaha

    ReplyDelete
  11. Ala. Aiskrim n air banana belum cuba. Sedap eh? Tgk ramai ckp ais krim dia sedap. Oden dh try, not bad la. Tengok barisan beratur selalu panjang tu malas beli oden

    ReplyDelete
  12. Segan nak mengaku tau, kita ni belum pernah lagi pi Family Mart walaupun dekat sangat kat rumah ni. Dok tengok penuh sokmo orang Q, nanti satu hari nanti kita pi singgah rasa oden tu

    ReplyDelete
  13. biasa pergi cari aiskrim dia je. bestt

    jom singgah www.hellokerja.com

    ReplyDelete
  14. Kalau pergi Family Mart mmg Oden lah yang sy cari. Suka kuh tomyam dia. Sedap sangat !!! Harga pon okay. Makin banyak cawangan dia

    ReplyDelete
  15. Memang dh lama nk merasa ODEN ni bila kakak ipar dok selalu p makan n update kt fb...ni yang rasa cm xsabar nk p rasa ni...

    ReplyDelete
  16. Oden okay kalau yang pedas tu kot. Berpeluh makan. Hehee musim hujan ni sedapnyaaa.. Tapi kalau beli oden je pun boleh tahan harganya berbelas belas ringgit habis. Hahaa 😅

    Setuju part susu pisang tu. Silalah company besar² tu buat jugak di Malaysia.. Tak payah nak gi Korea merasa Banana Uyu tu.. 😂

    Tapi orang kata yang dalam kotak tak best mana.. Yang dalam botol tu fresh molek.. Sedap weh

    ReplyDelete