BERJAYA WATERFRONT HOTEL JOHOR BAHRU REVIEW

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Trip ke Johor Bahru pada November 2019 alhamdulillah mampu dilaksanakan. Pada awalnya mek agak ‘takut’ jugak lah nak ke Johor Bahru memandangkan jarak perjalanan dari Kelantan ke Johor Bahru melebihi 700km. Tentunya satu perjalanan yang panjang dan memakan masa yang lama (tahu sahaja lah bila bawa anak kecil, berhentinya akan melebihi tiga [3] kali). Tapi kalau tak ambil peluang untuk ke Johor Bahru pada kali ini, sungguh amat merugikan kerana Kelantan diberi cuti selama lima [5] hari tanpa putus (cuti Maulidur Rasul dan Keputeraan Kelantan). Tawakal kepada Allah dan Bismillah, here we go !

Seperti biasa, urusan penginapan akan diuruskan oleh mek sendiri dengan green light daripada spouse. Senang cerita, amenities yang kami nak adalah sama iaitu basic amenities (free parking, free wifi and pool). Harga mesti lah bawah daripada RM100 kerana bajet lain juga perlu diberi perhatian (hello, Johor Bahru ada Johor Premium Outlet which kena terjah and ada gula-gula daripada sana). Maka pemilihan hotel harus lebih teliti supaya berbaloi.

Seperti biasa, hotel yang mek pilih perlu lah meet criteria seperti cukup amenities yang mek mahukan (free parking, free wifi and swimming pool). Lain-lain amenities yang ada pada hotel adalah bonus kepada mek. Seperkara lagi adalah harga. Rate harga yang mek inginkan adalah RM100 ke bawah bagi satu malam. Maka perkhidmatan google amat diperlukan untuk pencarian ini. Penemuan hotel di Johor Bahru membawa mek ke Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.


Amenities yang ada pada Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

#1 Free Parking. Paling penting untuk cari hotel yang menyediakan perkhidmatan free parking kepada tetamu, lebih lebih lagi jika korang travel menggunakan kereta. Parking yang disediakan oleh Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru ada dua tempat. Satu [1] di bahagian car park bersama mall Duty Free Zone (bersebelahan dengan Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru). Tempat parking kedua [2] adalah di hadapan hotel itu sendiri tapi ianya perlu berbayar (valet parking).

Parking untuk kenderaan di car park Duty Free Zone Mall berada di aras enam [6]. Dari tempat parking itu nak ke receptionist sememangnya jauh. Kalau korang dengan beg yang banyak, anak kecil lagi, mek cadangkan untuk laki korang drop korang di hadapan Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru kemudian baru naik parking. Kalau tak memang azab jugak lah korang nak berjalan dari car park ke hotel. Kalau berlenggang je memang okei.





#2 Free Wifi (access thru room). Kedua paling penting adalah wifi yang boleh diakses dari dalam bilik. Wifi bagi mek walaupun tidak begitu penting bagi korang tapi amat penting bagi mek yang memang nak tengok blog melalui screen laptop berbanding screen handphone. Biasanya juga mek akan menaip pada saat mek dapat me time ketika bercuti (waktu me time adalah waktu awal subuh yang hening di mana bapak dan anak anak masih lagi ketiduran). Dengan berada dalam selimut tebal, bantal yang empuk, kesejukan aircond, TV bersiaran HBO atau Fox Family Channel, memang best sangat moment begitu untuk menulis artikel atau entry.

Seperkara lagi penting bagi mek untuk dapatkan wifi adalah kerana nak buka youtube kepada anak anak. Tahu sahaja lah channel di hotel kadang ada yang bagi free kartun kadang ada yang tak free kartun. Tapi walau macam mana pun anak anak mek mesti nak tengok youtube jugak sebab dah biasa tengok kartun Cocomelon tu. Disebabkan itu mek perlunya wifi yang boleh diakses daripada bilik.




#3 Swimming Pool. Swimming pool yang mengadap  Singapore sememangnya memberi satu kelainan kepada mek walaupun mengadap bangunan Singapore pada pinggir selat sahaja. Kolam renang ada dua, kanak-kanak dan juga dewasa. Pada masa mek ke sana tak crowded sangat and memang best lah menyelam di kolam renang Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru. Sambil anak mandi kolam, mek boleh ‘nap’ kat atas kerusi rehat.





#4 Gym (fitness centre). Ini pun sama. Sambil berlari atas threadmil sambil tengok Singapore. Singapore yang dapat dilihat daripada sini tak lah hebat macam nampak Marina Bay or Airport Changgi tapi cukup la tahu tu Singapore. Gym Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru agak banyak alatan untuk digunakan. Threadmill ada tiga, basikal ada dua. So kalau korang datang berjemaah nak fitness tu tak menjadi masalah.

#5 Restaurant. Berjaya Waterfront Hotel Johor agak besar. Restaurant mereka pun mungkin ada dua. Mek tak ambil free breakfast so tak tahu rasa makanan depa macam mana tapi yang mek perasan restaurant mereka ada juga hidangan arak maka agak hurm jugak lah kita yang Islam ni nak makan minum di sini. Hemat mek, lebih baik di luar sahaja lah daripada korang duk makan tapi was was. Sorry lah ye Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru.

#6 Bar. Pada mulanya mek tak percaya yang adik mek cakap Berjaya Watefront Hotel Johor Bahru adalah hotel yang tempat non muslim biasa lepak pada malam hujung minggu untuk ‘minum minum’. Rupanya ya, mereka ada bar mereka sendiri dalam hotel. Tapi korang jangan risau as bar mereka adalah berlainan tingkat dengan penginapan dan tak dengar bunyi bising pun kalau kita kat bilik. So privacy agak terjaga lah.

#7 Access to Free Duty Zone Stulang Laut. Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru berada dalam kawasan free duty jadi mereka saling attached antara hotel dan juga mall free duty zone. Mek sempat masuk sikit je memandangkan tak niat nak membeli barangan free duty (rumah mek kat Rantau Panjang pun duty free zone jugak) maka masuk tengok kedai coklat dan kedai makan (Kenny Rogers) yang ada dalam tu. Boleh lah beli buah tangan untuk mereka di rumah.

#8 Ferry to Batam, Indonesia. Pada mulanya mek tak faham, apa lah terminal ferry kat sini. Lepas tu buat andaian ‘oh feri ke Singapore kot’. Bila tanyakan kawan mek rupanya feri tu adalah untuk ke Batam, Indonesia. Barulah teringat pada vlog Sienny yang dia cakap naik thru Johor Bahru. Tetiba terasa nak pergi Batam. Kalau semua ada passport memang mek ambil peluang ke Batam dan Singapore.

Yang berdekatan dengan Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

#1 Free Duty Zone Stulang Laut. Ini yang macam mek tulis kat atas tadi. Kat sini memang banyak barangan free duty contohnya coklat, arak, rokok untuk mereka membeli belah. Biasanya mek beli coklat je lah kat free duty ni (kat Rantau Panjang). Harga memang murah daripada harga pasaran biasa. Mek compare dengan Tesco pun dah half price bezanya. So kalau datang free duty jangan lepaskan peluang untuk dapatkan coklat.

#2 Restoren Sayam Stulang Laut. Ini pun lanjutan daripada apa yang mek tulis tadi. Korang boleh ke kedai makan yang berdekatan (jalan kaki sahaja daripada hotel). Restoren Sayam ni antara kedai yang recommended untuk korang cuba bila ke Johor Bahru. Makanan sedap, servis cepat. Restoren Sayam ada dua cawangan dan kedua-dua cawangan mereka mendapat rating yang tinggi daripada rakyat Johor Bahru.

Info lanjut Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru


Call receptionist Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru
@072219999

Website Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

IG Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

FB Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

Google Maps Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

Check harga (online) Berjaya Waterfront Hotel Johor Bahru

Sekian ..

12 comments

  1. Kalau pi mana-mana hotel mesti nak tengok keadaan dalam bilik hotel tu, kemudahan dan yang paling penting kolam renang.. hihihi.. syok bagi anak mandi..

    ReplyDelete
  2. Seronok dapat bercuti bersama family kan. Hotel pastinya pilihan tepat untuk awak anak2 bercuti. Sebab utama anak anak ni diaorg mmg suka mandi manda jadi kolam renang tu wajib la hehehe

    ReplyDelete
  3. Berbaloi betul menginap ke hotel ni ye. Fasiliti hebat betul. Lengkap and semua nampak selesa je. I will consider this hotel kalau ke sana.

    ReplyDelete
  4. Percutian yang singkat tapi penuh kenangankan. Condition hotel pun terbaik janji ada pool. Anak² sure suka dan dan pilihan makanan pun mesti best

    ReplyDelete
  5. Kita pernah bermalam kat si i..mula2 pelik gak sebab lobbynkat tingkat atas..tp buffet bfast dia not bad

    ReplyDelete
  6. Memang nampak besar, bersih dan lengkap dengan kemudahan yang disediakan. Sekali sekala bercuti kat sini memang berbaloi baloi rasanya kan.

    ReplyDelete
  7. wowww 5 hari direct cuti tue... perghhhhh... <- jeles tang sini je hahahaa

    lama juga tak bercuti di JB... mungkin boleh bercuti dekat sini kelak

    ReplyDelete
  8. Wahh banyak nya amenities di hotel nie. No wonder ramai suk menginap kt sini

    ReplyDelete
  9. Wow bawah RM100 pun boleh dapat hotel yg rate boleh tahan bagus juga kat JB. Padan laaa ramai juga yg sebut2 Berjaya Waterfront Hotel JB ni

    ReplyDelete
  10. Menarik jugak hotel ni. Bawah RM100 ok sangat tu tambah kat Johor. Ada pool plak tu. Marina pon kalau cari hotel cari yg ada pool

    ReplyDelete
  11. Jauh betul mek klate ni jale 700km . Naik flighf je kalau saya. Puas hati tk dok hotel ni ? Tgk mcm user friendly

    ReplyDelete
  12. Rajon sungguh tengok mek jenajalan sana sini. Sis tahun ni tak kemana mana pun, sibuk le..dengan sakit le. Rasanya sis perlukan rehat jugak sesekali

    ReplyDelete