PEK KEMBALI KE SEKOLAH DARIPADA MCDONALD MALAYSIA


Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan rakan pembaca entry sekalian ..

26 November 2019, mek berkesempatan lagi menjadi saksi kepada program komuniti yang McDonald Malaysia anjurkan. Selama mek menjadi blogger, dah beberapa kali mek menjadi sebahagian daripada jemputan team McDonald Malaysia untuk turut sama-sama merakam detik sumbangan ini. Personally bagi mek, program komuniti sebegini boleh membuka mata hati kita yang selama ini mungkin tertutup atau tak pandang kepada mereka yang memerlukan.



Mujur juga ada program komuniti sebegini bagi memberi ruang kepada McDonald Malaysia dan juga orang ramai untuk turut sama memberi sumbangan dan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Kelengkapan sekolah mungkin nampak remeh. Cukup sekadar baju, beg, kasut dan stokin untuk ke sekolah namun setiap set memakan kos lebih dari RM100. Itu kalau seorang yang bersekolah, kalau mereka yang anak lebih dari tiga bersekolah? Kering juga poket ibu ayah.

Bantuan persekolahan 2020





Di Kelantan, seramai 20 orang pelajar golongan asnaf yang terpilih mendapat bantuan pek kembali ke sekolah daripada McDonald Malaysia. Setiap pek yang diterima oleh pelajar bernilai lebih RM100. Suka juga untuk mek kongsikan kepada korang bahawa McDonald Malaysia memperuntukkan sebanyak RM3 Juta pada tahun ini bagi agihan pek kembali ke sekolah berbanding 2018, jumlah diperuntukan adalah sebanyak RM1.7 Juta. Meningkat hampir sekali ganda.


Sememangnya dari tahun ke tahun McDonald Malaysia mengharapkan untuk tingkatkan jumlah agihan kepada pelajar sekolah rendah yang dalam golongan asnaf bagi meringankan ibu bapa mereka untuk hantar anak ke sekolah. Tentunya juga sumbangan ini tidak datang sendirian daripada McDonald Malaysia. Usaha ini perlu didokong oleh kita semua rakyat Malaysia bagi memastikan golongan asnaf ini juga terbela nasibnya.

Agihan Zakat Perniagaan 2019 McDonald Malaysia kepada MAIK



Selain daripada menyumbang pek kembali ke sekolah kepada pelajar sekolah rendah yang terlibat, McDonald Malaysia juga turut mengagihkan zakat perniagaan 2019 kepada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) bernilai RM101,000. Zakat Perniagaan ini membuktikan bahawa McDonald Malaysia adalah tidak terikat secara lansung dengan McDonald Israel. McDonald Malaysia merupakan anak syarikat Reza Group, Arab Saudi.



Banyak spekulasi yang dikeluarkan bagi memboikot McDonald Malaysia walhal usaha-usaha murni yang McDonald Malaysia jalankan di Malaysia adalah lebih daripada jangkaan satu restoren ‘fast food’ mampu lakukan. Mek harap setiap usaha murni yang dijalankan oleh McDonald Malaysia dan mek selaku sebahagian daripada penulis McDonald Malaysia dapat membuka mata rakyat Malaysia yang sinis pada McDonald Malaysia.

Pembukaan rasmi McDonald Pandu Lalu Pasir Pekan


Dikesempatan ini juga, pihak pengurusan McDonald Malaysia mengambil peluang untuk merasmikan McDonald Pandu Lalu Pasir Pekan yang telah beroperasi hampir tiga bulan. McDonald Pasir Pekan ini menjadi cawangan ke 20 (seluruh Malaysia) yang berada bersama-sama Petronas dan menjadi McDonald yang pertama di Kelantan berada bersama stesen petrol. Kata CEO McDonald Malaysia, En Azmir Jaafar akan ada lebih banyak lagi restoren McDonald di Kelantan dalam tempoh 24 bulan.


Ruangan untuk sumbangan

Kita semua berpeluang untuk hulurkan sumbangan dan sudah terbukti bahawa pihak McDonald Malaysia manfaatkan sepenuhnya hasil tabungan yang korang letak dengan mengagihkan kepada perkara-perkara kebaikan yang kadangnya kita sendiri tidak terfikir untuk hulurkan contohnya bantuan persekolahan ini. Walaupun sedikit sumbangan kita, sekurang-kurangnya bila dicampur dengan semua yang menyumbang, besar juga bantuan yang boleh dihulurkan.

Korang boleh menghulurkan bantuan di tabung merah di setiap restoren McDonald Malaysia. Tabung ini berada di kaunter walk in dan juga kaunter pandu lalu. Kiranya tiada alasan untuk korang katakan ‘tak nampak’ tabung merah ini. Setiap sumbangan korang akan memberi senyuman dan makna kepada mereka yang menerima. Paling penting, pahala yang berterusan untuk menjadi payung dan pelindung kepada kita di akhirat kelak.

Sekian ..

JOM TRAVEL KE TASIK KENYIR TERENGGANU


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan para pembaca entry ini ..

Terengganu dengan Kelantan tak lah jauh sangat, negeri yang berjiran tapi bukan lah dekat yang amat. Selaku orang Kelantan, mek bersyukur juga berjiran dengan Terengganu kerana negeri mereka kaya dengan keindahan alam semula jadi. Terengganu, siapa tak kenal satu negeri persisir pantai. Tapi korang juga perlu tahu yang mereka punyai tasik buatan manusia yang sekarang ini telah menjadi salah satu tempat pelancongan bagi Terengganu.

Tasik Kenyir, Terengganu


Tasik Kenyir merupakan salah satu tasik terbesar buatan manusia untuk menjana kuasa eletrik bagi kawasan Asia Tenggara. Tasik ini terletak di hulu sungai Kenyir di Terengganu dan disebabkan wujudnya tasik ini, kawasan di sekitarnya seperti Kuala Berang dikenali oleh pelancong dari luar negeri. Oleh kerana itu, dalam masa yang sama juga, tasik ini telah dijadikan satu tarikan pelancongan dan dalam masa yang sama telah mewujudkan pulangan ekonomi kepada penduduk setempat.

Bagi mek yang berada di Kelantan, untuk ke Tasik Kenyir hanya mengambil masa lebih kurang dua jam setengah [2 jam 30 minit]. Bagi korang yang datang dari Kuala Lumpur, mek cadangkan untuk ke KLIA2 boleh menggunakan pengangkutan awam seperti KLIA Express. Mek pernah kongsikan pengalaman mek dengan KLIA Express sekitar November 2018. Memang recommended kerana menjimatkan masa korang, boleh rehat dengan tenang dalam train.

Untuk pengetahuan korang, ada cara yang lebih jimat bagi menggunakan KLIA Express. Korang boleh book tiket di cheap KLIA Express booking yang disediakan oleh Traveloka ni. Turun je di airport Kuala Terengganu, korang juga boleh jimatkan perbelanjaann tempah terus cheap airport coach untuk ke Tasik Kenyir, Terengganu. Jimat masa dan memudahkan perjalanan korang. Tak perlu risau ditipu (perjalanan dari airport Terengganu ke Tasik Kenyir mengambil masa sejam setengah [1 jam 30 minit]).

Penginapan Tasik Kenyir


Pada yang tak tau, kalau menginap di Tasik Kenyir ini, korang perlu menyewa boathouse yang disediakan di Tasik ini. Boathouse yang disediakan bukan la seperti boathouse yang biasa korang tengok. Boathouse ini lebih besar dari itu. Ia dilengkapi dengan 8 bilik tidur di mana satu bilik boleh memuatkan 4 orang dalam satu masa. Ruang di dalam boathouse juga tidak lah kecil, luas dan seperti korang tinggal di dalam rumah.

Selain itu, korang boleh menikmati angin malam di ruang atas boathouse. Mendengar bunyi alam semulajadi berbicara. Betul-betul boleh menenangkan fikiran. Kelengkapan lain yang ada di dalam boathouse juga adalah seperti bilik karaoke yang mempunyai lagu-lagu ols school sehingga lah update terkini. Ruang dapaur juga disediakan bagi aktiviti memasak. Snagat selesa. Tandas? Jangan risau. Tandas di sini sangat bersih dan cantik. Pendek kata memang macam duduk kat rumah la. Cuma bezanya rumah ni atas air dan dikelilingi alam semulajadi.

Aktiviti di Boathouse Tasik Kenyir


Kalau korang memang sukakan aktiviti air, korang boleh mandi-manda di dalam tasik ini. Jangan panic, life jacket memang disediakan dan wajib untuk semua menggunakan life jacket ini jika masuk ke dalam air. Selain mandi-manda, korang juga boleh melakukan aktiviti water confident, berkayak dan jika korang kaki pancing, korang juga boleh memancing dari atas boathouse ni.

Gua-gua di Tasik Kenyir


Gua Bewah – Gua ini terletak disekitar Tasik Kenyir sahaja. Apa yang menarik di gua ini ialah ia merupakan satu tempat peninggalan zaman purba di mana jika korang masuk ke dalamnya korang akan menemukan beberapa bukti bahawa ada kesan-kesan penempatan manusia seperti serpihan batu yang dibuat menjadi kapak dan juga tembikar. Selain itu, gua ini juga merupakan tempat tinggal kelawar. Jika korang tak dapat tahan bau tahi kelawar, korang boleh bersiap sedia dengan penutup hidung okay.


Gua Taat – Gua ini bagi mek jika korang nak masuk, korang perlukan guide professional yang boleh membawa korang dengan peralatan yang mencukupi. Ini kerana keadaan di dalam gua boleh ditenggelami air jika paras air menaik. Kalau korang memang berminat, dapatkan dahulu beberapa info penting dan bawa bersama peralatan keselamatan yang mencukupi.

Kelah Sanctuary di Tasik Kenyir


Tak lengkap cuti korang kat Tasik Kenyir kalau tak ke Kelah Sanctuary ni. Di sini terdapat lebih 5000 ikan kelah yang dijaga rapi. Korang sama sekali tidak dibenarkan menangkap ikan ini. Sila patuh pada peraturan. Kat sini korang boleh beri makan kepada ikan kelah ini. Makanan ada juga di jual di situ. Untuk sampai ke sini korang perlu berjalan dan mendaki tangga lebih kurang 30 minit. Bilangan pengunjung yang datang pada setiap hari adalah terhad bagi menjaga ekosistem kawasan sanctuary ni. Selalunya kawasan ini akan ditutup pada bulan November senhingga Februari bagi tujuan pemuliharaan dan disebabkan musim tengkujuh.

Air Terjun Tasik Kenyir


Tasik bukan sekadar tasik. Tasik Kenyir mempunyai lebih 10 air terjun yang boleh korang pergi. Tapi yang paling popular ialah Air Terjun Lasir. Air terjun ini mempunyai ketinggian 500 meter dari paras laut dan ianya bertingkat-tingkat. Apa yang menarik tentang air terjun ini ialah pemandangannya yang sangat cantik ditambah pula dengan titi gantung yang disediakan. Gambar yang dihasilkan pasti menjadi kenangan yang sangat bermakna. Air terjun ini juga antara kawasan yang sesuai untuk korang bermandi-manda.

Penutup

Itu lah sedikit sebanyak aktiviti yang and boleh lakukan jika ke Tasik Kenyir. Korang boleh memilih untuk menginap di boathouse ataupun berkelah di sekitar Tasik Kenyir sahaja. Tetapi terdapat beberapa tempat yang memerlukan korang untuk menyewa bot jika hendak ke sana seperti Air Terjun Lasir. Jika korang berminat untuk ke Tasik kenyir, apa tunggu lagi? Boleh start survey boathouse yang disediakan di sana. Tasik kenyir sangat sesuai untuk korang pergi bersama keluarga ataupun kawan-kawan.

Sekian ..

KONVO TASKA TADIKA HOMALEE KOTA BHARU 32/2019

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger dan rakan pembaca yang dihormati sekalian ..

Finally, Amani dah konvo untuk part taska. Kiranya bermula tahun 2020 Amani dah officially tadika’s student. Pada mula mek terima jemputan untuk Amani konvo, mek rasa macam ‘wow, konvo. A big term for my girl’. Yelah, umur empat [4] tahun, bukan lah enam [6] tahun yang tahun hadapan dah nak masuk sekolah rendah. Konvo daripada taska ke alam tadika, apa lah sangat bezanya (ini adalah pendapat mek pada awalnya).

Makin lama makin seronok pulak bila tengok anak kawan-kawan konvo di taska dan tadika masing-masing. Pakai baju konvo, pakai topi konvo, mak ayah beli bunga bear coklat untuk anak-anak. Rasa macam konvo betul pulak. Terasa seolah kita ibu bapa meraikan anak-anak dengan begitu meraikan (you know what I mean). Tertunggu-tunggu lah saat untuk Amani konvo. Mek nak juga dia merasai nikmat diraikan bersama kawan-kawan di tadikanya.

Apa perasaan seorang mak bila anak konvo










Hari yang ditunggu telah pun tiba. 22 November 2019, Jumaat jam 3.36 petang berlansunglah majlis Konvokesyen Taska dan Tadika Homalee Kota Bharu di Dewan KTC, Kota Bharu Kelantan. Memang meriah dengan kehadiran ibu bapa, adik beradik dan tak lupa juga nenek datuk yang mana berminat nak hadir. Alhamdulillah mek dapat tempat di barisan keempat maka senanglah nak tangkap gambar, nak rakam story dan senang nak intai anak kat pentas.

Saat konvo dijalankan, semasa diumumkan nama Amani mek agak syahdu jugak lah. Tengok dia berjalan atas pentas dengan muka yang takut, kurang keyakinan untuk bersalaman dengan pemberi skrol. Saat itu mek rasakan seolah mek pula yang bersalah tak ajar dia untuk tampil yakin. Entah terasa macam ‘sebab aku ke yang kurang bagi perhatian perkara-perkara sebegini so anak aku tidak seyakin anak orang lain’.

Konvo mungkin salah satu medium untuk meraikan anak dan mungkin juga boleh dijadikan satu kayu ukur untuk ibu bapa tentang pencapaian anak-anak. Sejauh mana pendedahan, sejauh mana kita bersama anak-anak untuk pimpin mereka dalam tempoh mereka memerlukan perhatian dan pembelajaran. Mek dapat rasakan yang usaha mek hanya 40% untuk Amani. Perlu dibaiki dan diberi perhatian yang lebih serius demi perkembangan seiring dengan usia.

Penampilan khas persembahan kumpulan Taska Tadika dan Pusat Jagaan Harian








Sebenarnya Amzar juga terlibat dengan konvo ini bagi tujuan persembahan. Pada mulanya mek teruja nak tengok persembahan Amzar sebab macam mana lah gayanya bila menari. Okei ke tak bila menari, menangis ke tak, kejung ke kat atas pentas dan macam-macam lagi lah yang bermain difikiran mek. Kumpulan Amzar adalah yang pertama membuat persembahan so berdebar itu lain macam sikit.

Amzar masuk ke pentas second last. Bila tengok dia terus menitik air mata. ‘Ya Allah, dah besar anak aku. Dah pandai bawa diri sorang-sorang kat atas pentas.’ (kenapa lah konvo buat ibu bapa jadi emotional). Dia bergerak kemudian menari ikut muzik yang dipasang. What to expect persembahan daripada kanak-kanak dua [2] tahun. Dah boleh ingat step tu pun dah kira okei sangat. Tapi seriously memang Amzar did a very great job ! Mummy bangga abang boleh buat tarian tu.

Budaya konvo perlu diteruskan atau tidak (untuk pra persekolahan)





Bagi mek, budaya konvo yang diketengahkan oleh kebanyakkan tadika dan taska perlu diteruskan dengan syarat ianya disambut dengan kesederhanaan (kecuali kalau tadika or taska yang premium which anak golongan T20 je semua duk kat situ, boleh lah nak pilih hotel grand bagai). Pihak tadika dan taska perlu peka dengan income ibu bapa yang mana ianya akan menterjemahkan size poket ibu bapa. Tak semua kita berpoket tebal.

Ini adalah pandangan mek yang dalam golongan M40. Konvo tiada salahnya. Yang salah bila diadakan konvo dengan besar-besaran. Diadakan di hotel yang gah, dijamu dengan makanan yang premium (kambing golek bagai). Siapa yang tak sukakan kemewahan. Semua nak merasa yang sedap dan indah tapi ukur baju di badan sendiri. Jika untuk diadakan konvo kepada anak-anak tanpa memerlukan perbelanjaan lebih daripada ibu bapa, maka silakan untuk diadakan se gah yang pihak taska dan tadika perlukan.

Cuma beringatlah dalam apa jua yang kita lakukan, pertengahan atau keserderhanaan adalah elemen yang terbaik. Tidak begitu gah tidak begitu lekeh. Cukup sekadar untuk mencipta kenangan kepada anak-anak bersama rakan-rakannya, gurunya dan juga ibu bapanya. Kanak-kanak pra persekolahan tidak memandang konvo mereka dibuat di mana, hotel kah, dewan kah, mereka tidak tahu harganya. Yang mereka tahu adalah keseronokkan sahaja. Senang cerita, kita yang dewasa sahaja yang kenal erti ‘price tag’.

Bunga bear coklat konvo Amani dan Amzar daripada :





Sekian ..

LUNCH DI MCDONALD DENGAN RM10 CHALLENGE


Assalamualaikum untuk sahabat blogger dan para pembaca entry mek ini ..

Makan tengahari kadang-kadang boleh buat mek jadi bingung. Nak makan tapi nak kurus. Tak makan nanti lapar pulak. Kadang tuh rasa nak makan tapi dah selalu sangat makan nasi. Nak makan roti karang tak kenyang hingga ke petang. See, macam-macam dilemma seorang Ayuni untuk makan tengahari. Walaupun mek ada geng lunch di office tapi yelah, kebuntuan itu tetap masih ada.

Jadi untuk ubah selera mek ajak kawan mek ke McDonald pada hari Rabu. Kenapa hari Rabu? Mek dapat idea ini pun kerana tengok iklan McDonald pada hari Selasa yang mana mengatakan pada setiap hari Rabu, McCafe menawarkan separuh harga bagi setiap minuman mereka (Iced atau Hot Choc, Iced or Hot Latte dan rangkaian kopi McCafe yang lain juga). Sebagai McCafe lover semestinya tawaran begini perlu dimanfaatkan dengan sebaik mungkin.

Another challenge yang mek buat adalah dengan RM10, apakah makanan yang mek dapat di McDonald untuk mengisi perut mek pada waktu makan tengahari. Waktu makan tengahari sedikit penting untuk mek memandangkan tempoh masa tengahari hingga ke petang adalah tempoh yang sama penting dari tempoh makan pagi hingga ke tengahari. So challenge ini berlansung di McDonald Pengkalan Chepa, Kelantan. McDonald ini adalah yang paling dekat dengan mek.

Apa yang dapat di McDonald dengan RM10



#1 McCafe Ice Choc (medium) = RM4.25. Ini kalau harga biasa mahu dekat RM9.00 jugak so bila dah half price macam ni haruslah mencuba dan membelinya. Mek used to love latte and always ordered for latte bila ke McCafe tapi semenjak dibelanja Iced Chocolate oleh Kak McDonald, terus jatuh cinta, terus next McCafe adalah Iced Chocolate. Sedapnya tu tak perlu ditambah air gula dah. Just sweet enough for Iced Chocolate.

#2 Cheese Burger = RM3.00. Kegemaran dari dulu sehingga sekarang (second yang digemari adalah Grill Chicken Burger). Ini mek sangat sukakan Cheese Burger memandangkan size burger yang tidak begitu besar dah tidak begitu muak untuk di makan. Masa pregnant-kan Amani, hari-hari beli GCB atau Cheese Burger with coke of course. Itu je yang boleh telan semasa mengandung. Alhamdulillah selamat Amani dan Amzar dilahirkan.

#3 Apple Pie = RM3.00. Ini sebagai dessert (huhu, kemain dessert nya lepas tu timbang kilo meter tak boleh nak tunjuk dengan tepat bacaannya). Sebenarnya ini didatangkan bersama Cheese Burger yang mana untuk dua pilihan menu berharga RM5.99. Disebabkan mek dah beli Iced Chocolate McCafe maka mek pilih lah Apple Pie untuk lengkapkan hidangan makan tengahari. Alhamdulillah, semuanya lengkap.

Ada lebihan sebanyak RM0.25 untuk set makan tengahari yang mek pesan. Kira okei lah kan tak sampai seringgit lebihan itu. Bagi mek yang sesekali nak tukar selera menu makan tengahari, ianya agak okei dengan harga yang ditawarkan. Kalau korang dalam bajet RM10 untuk makan tengahari pun masih lagi praktikal untuk ke McDonald. So tak adalah over budget sangat kan. Sedang ekonomi yang tak begitu memberansangkan ni elok sangat kalau kita berjimat cermat.

Info lanjut tentang promosi McDonald

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi McDonald, korang boleh layari website dan lihat IG rasmi McDonald. Jangan lupa juga untuk download App McDonald untuk dapatkan harga runtuh serta voucher khusus untuk pelanggan McDonald yang ada app McDonald. Muat turun app McDonald secara percuma di Apple Store atau Google Playstore. Selamat berjimat dengan McDonald !






Sekian ..

NON NATIONAL CAR, WHOS WORTH THE VALUE OF MONEY

Assalamualaikum untuk semua rakan blogger dan pembaca mek ..

Perjalanan mek ke Johor Bahru tempoh hari mencetuskan satu idea untuk diri mek di mana persoalannya timbul begini ‘kereta di Malaysia, dengan CC 1.5 atau 1.6 yang manakah paling berbaloi untuk dibeli.’ Bila mek panjangkan perkara ini kepada spouse, seia dia berkata, ‘Honda’. Dalam hati mek masih tak puas sebab mek tiada info dan calculation yang mana antara mereka lebih berbaloi untuk dibeli.

Dua perkara menyebabkan mek nak sangat mencuba dan mengira antara model 1.5 dan 1.6 CC yang ada di Malaysia. Pertama mek nak tahu adakah berbaloi pembelian kereta berdasarkan rupa model kereta dan seperkara lagi dengan 1.5 atau 1.6 CC adakah banyak beza bayaran bulanan antara mereka dan hasilnya tentu mek nak beli kereta yang berbaloi dengan bayaran bulanan kepada pihak bank. Kita yang melabur, tentu lah nak yang puas hati, kan?

Mek ada dua pengalaman dalam pembelian kereta. Satu kereta mek dan satu lagi kereta spouse. Kriteria pemilihan mek adalah ‘instalment must meet my cape’. Untuk spouse pula, ‘i chose model for this time’. Maksudnya, mek lebih memilih kereta yang bayaran bulanannya mengikut kemampuan mek. Kalau tak mampu, mek takkan beli. Datang lah model kereta mana sekali pun mek tak kisah asalkan meet my cape. Tapi masa tu Proton Saga tak mahulah sebab mek suka kereta kontot macam Myvi.

Berbeza dengan spouse mek yang mana kereta sekarang adalah pembelian kereta kedua di mana bagi dia dah tiba masanya dia pilih kereta ikut citarasanya. Dulu dia beli Myvi pun atas dasar seperti mek juga. Ikut kemampuan. Semasa buat pengiraan nak beli kereta spouse, memang kami tak test drive, kami tak tengok dan tanya pun model lain. Memang kami tuju Honda City directly dan memang calculate untuk City sahaja. 

Nak cakap salah untuk formula mek dan spouse tidak juga kerana memang kebanyakkan orang beli kereta berdasarkan kemampuan dan citarasa mereka. Ada juga yang buat survey but least people taken the test drive and calculate every single cent that they have to spend. Ni cakap orang putih kenapa tak tahu tapi itu lah maksudnya. Sebab kita rasa itu yang mampu dan itu yang kita berkenan maka kita terus sapu.

Perkongsian mek kali ini bukan untuk menunjuk pandai tapi jika korang dalam tempoh untuk mencari kereta baru, atau korang boleh anggap artikel ini untuk membuka minda korang untuk lebih teliti dalam pemilihan kereta. Kita akan tanggung selama sembilan [9] tahun untuk pembiayaan ini. Even worst, kita perlu tanggung dia punya performance thru out nine [9] years. Kalau okei, okei lah. Kalau jenis sensitive, pun kena tanggunglah.

Honda

Honda, satu jenama yang memang popular. And even orang akan pandang tinggi jugak lah bila pakai Honda (fakta ni tak adalah tepat sangat but boleh diambil kira bila orang cakap ‘dia pakai Honda XX wei’. So boleh lah assume yang Honda antara non national car yang very popular among anak muda dalam pemilihan kereta. Di Honda mek sempat test drive dua [2] model iaitu Jazz dan BRV. Untuk City mek tak test drive sebab spouse pakai kereta itu maka guna yang dia je lah untuk dapatkan testimoni.

Diingatkan : survey ini adalah hasil usaha mek sendiri dengan pemanduan dan pertanyaan daripada mereka yang bertauliah di Honda.
Tempat berlansung : Honda Ban Chu Bee, Kota Bharu Kelantan.



#1 Jazz

#2 City.

Toyota

Toyota popular juga dengan keluaran Vios. Lain lain keluaran yang popular adalah Camry dan juga model model seperti Hilux. Yaris jarang di dengari kerana pada sebelum ini model Yaris dipasang siap di negara lain maka kos untuk sebuah Yaris mencecah RM107k which  bila orang pandang ‘Macam ni RM107k, baik ambik Altis.’ 2019 model Yaris telah dipasang di Malaysia sendiri dan tentunya harga dapat diturunkan kepada harga lebih kurang sama dengan Vios (lebih murah). So jom baca apa kelebihan Yaris dan Vios.

Diingatkan : survey ini adalah hasil usaha mek sendiri dengan pemanduan dan pertanyaan daripada mereka yang bertauliah di Toyota.
Tempat berlansung : Toyota Jalan Kuala Krai, Kota Bharu Kelantan.



#1 Yaris.

#2 Vios.

Ulasan mek untuk keempat model non national car



Katakanlah mek dalam pemilihan untuk tukar kereta yang pertama mek akan lihat adalah #1 installment bulanan yang mek perlu tanggung. Kalau setakat beza yang A dan B adalah RM10 sehingga RM30 rasanya tak ralat sangat untuk dapatkan yang lebih baik kerana banyak lagi view dan aspek yang perlu dititik beratkan (spek kedua, ketiga dan keempat juga turut memainkan peranan dalam pemilihan kereta).

Kedua yang mek akan lihat adalah #2 jarak penggunaan petrol per km. Walaupun itu hanyalah average bagi setiap kereta tapi mek pasti ianya menterjemahkan kepada kita bajet petrol untuk setiap penggunaan kita. Walaupun efficiency penggunaan petrol ini adalah utamanya pada cara pemanduan kita (ganas atau standart) tetap ianya menjadi kayu ukur kepada mek. 

Yang ketiga adalah #3 Bajet Servis kenderaan. Ini juga menjadi komitmen yang mek perlu tanggung selama sembilan [9] tahun atau sehingga tak pakai lagi kenderaan tersebut. Mek tak pasti untuk korang pengiraan untuk simpanan bahagian servis kenderaan bagaimana tapi jika mek tentunya simpanan duit itu mengikut millage. Contohnya setiap 2,500km mek akan simpan sebanyak RM50 (bajet servis kereta Myvi RM200) so sehingga 10,000km millage sempat lah dapat RM200. And this formula of course will do the same on the next car.

Keempat, kalau semua di atas semacam lebih kurang sahaja, mek akan go kepada #4 lain lain features pada model tersebut. Ini penting juga untuk betul-betul worth value of money. Kadang kita rasa okei sahaja jika kereta datang dengan ‘kosong’ which kereta paling basic untuk model itu. Tapi pada mek ianya matters kerana tentunya features yang bagus akan membantu kita untuk rasa puas hati dan rasa berbaloi bayar untuk kereta ini. Rasa tak rugi nak pakai sehingga sembilan [9] tahun.

Diingatkan : setiap pengguna ada hak dan pandangan masing masing mengenai apa yang perlu ditilik sebelum memilih dan membuat pembelian kenderaan. Korang bebas untuk lihat mana mana point untuk buat sedikit study sebelum sign LO. Kalau korang berkenan atas dasar jenama dan model juga tiada salahnya. Artikel mek ini bukan berniat untuk mempengaruhi minat atau pandangan korang terhadap satu satu model yang mek sebutkan seperti di atas.

Info lanjut untuk pertanyaan dan pembelian

Untuk sebarang pertanyaan lanjut contohnya korang dah berkenan dengan mana mana empat [4] jenis model kenderaan di atas, korang boleh tanyakan tentang promosi atau diskaun yang ada kepada dua Sales Advisor yang hebat ini. Kedua-dua Sales Advisor ini dijamin tidak akan menyakiti hati korang dan akan layan sebarang pertanyaan korang dengan penuh lembut dan infomative (mek dah test kedua duanya so marked my words).


Honda Ban Chu Bee, Kota Bharu Kelantan


Toyota Kota Bharu, Kelantan

Semoga korang dapat kereta yang sesuai, memenuhi kehendak dan berbaloi untuk setiap bayaran bulanan korang. Jangan lupa share artikel mek ini jika ianya memberi manfaat kepada korang.

Sekian ..