Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..
Dalam kalangan pembaca blog mek, mesti ada yang dah jadi mak / ibu, kan? Bagi mereka yang belum bergelar ibu pun masih lagi boleh baca artikel yang mek kongsikan ini. Mek nak perkenalkan satu aplikasi di 'smartphone' korang yang mana aplikasi ini berjaya membuka minda, pandangan serta mampu untuk menarik minat anak mek untuk lebih berkembang minda mereka. Uih, sarat sangat ke aplikasi ini? Jom baca lagi apa yang mek nak perkenalkan ini.
Kita sebagai mak dan isteri mesti nak juga satu ruang yang boleh kita bicarakan atau lebih senang berkongsi maklumat mengenai hal rumah tangga (yang tidak dikategorikan sebagai sulit) dan juga hal perkembangan anak semasa. Kadang ada whatsapp group mak-mak tapi ianya tidak begitu membantu kerana komuniti yang terhad dan kadang kala ianya tidak begitu sesuai untuk dibincangkan kerana ada dalam kalangan tersebut yang tidak mempunyai masalah / pengalaman yang sama seperti kita mahukan (pandangan / cadangan).
Mak-mak dan juga isteri-isteri perlu install aplikasi The Asian Parent di 'smartphone' masing-masing. Kenapa? Jom baca apa yang bagusnya tentang aplikasi The Asian Parent.
Apa itu The Asian Parent App
Mesti korang nak tahu kan apa itu aplikasi The Asian Parent. Mek ringkaskan menjadi TAP apps ye. TAP apps ini adalah satu aplikasi yang dicipta bagi menghimpunkan komuniti para ibu dan juga para isteri untuk mendapat info serta berkongsi pengalaman dengan mereka yang lain. Memahami bahawa tugas seorang isteri dan juga seorang ibu bukannya mudah, TAP apps bukan sahaja ruang untuk kita berkongsi malah menjadi tempat rujukan untuk para ibu dan juga isteri.
Fungi The Asian Parent App
Paling menarik untuk mek menulis adalah mengenai fungsi TAP apps. Pada mula mek install TAP apps di 'smartphone', anggapan mek pada TAP apps adalah rendah (mungkin hanya apps yang biasa dan tiada yang lebih menarik berbanding social media yang lain). Namun tanggapan mek adalah salah sama sekali. TAP apps yang didatangkan dengan hampir 98% lengkap mampu untuk menarik minat mek dan anak-anak untuk berada pada apps tersebut sehingga 1 jam lamanya.
TAP apps menawarkan :
- Ruangan feed. Ruangan ini adalah seumpama news feed social media korang yang mana ianya membenarkan untuk korang post apa sahaja soalan, pandangan, gambar dan juga poll untuk bertanyakan pada rakan yang lain. Ruangan feed ini boleh diakses oleh semua mereka yang ada dalam TAP apps. Ini bermakna, soalan atau apa-apa pandangan korang boleh dibaca dan diberi komen oleh orang lain juga.
- Ruangan perkongsian gambar. Di ruangan ini pada kebiasaanya komuniti TAP apps akan berkongsi gambar anak-anak dan juga gambar scan baby. Setakat mek install TAP apps ni belum pernah tengok gambar selfie seorang diri. Kalau dikongsi pun mesti ada gambar anak-anak. Apa yang mek sokong diruangan ini adalah gambar yang upload dapat memberi inspirasi kepada ibu dan isteri untuk menjadi lebih baik dengan caption yang sangat bermotivasi.
- Ruangan topik untuk perbincangan para ibu. Topik ini dikategorikan dalam beberapa pecahan contohnya : preschoolar, just moms, bigger kids, just dad, toddler dan sebagainya. Ruangan topik ini bertujuan untuk kita lebih fokus dengan isu yang kita bincangkan atau ibu lain bincangkan. Satu ruangan yang begitu aktif dan supportive dalam memberi pendapat dan juga kongsi pengalaman. Walaupun isu itu nampak remeh pada kita namun mereka yang lain memerlukan pendapat kita semua dalam menerima keadaan dan menstabilkan emosi.
- Ruangan artikel yang berkaitan. Ruangan ini bagi mek memang memberi ilmu pengetahuan yang baharu pada ibu-ibu dan isteri, lebih-lebih lagi jika kita adalah ibu muda. Artikel yang berkaitan dengan rumah tangga dan anak-anak tentunya dapat meningkatkan pengetahuan kita untuk menjadi seorang ibu dan isteri yang lebih baik dari masa ke semasa. Artikel yang dikongsikan di TAP apps adalah dengan kelulusan pihak TAP apps, bukan calang-calang artikel.
- Ruangan media untuk kanak-kanak. Ini juga salah satu kegemaran mek. Untuk bagi pembelajaran dalam masa yang sama nak bagi hiburan kepada anak-anak, mek akan bukakan ruangan media ini untuk Amani dan Amzar. Dalam TAP apps ni tontonan untuk anak-anak adalah lebih selamat berbanding di apps video yang lain. Video yang di-upload oleh TAP apps adalah ditapis dan dipastikan selamat untuk kanak-kanak. Lega lah kita sebagai mak nak biarkan anak dengar lagu menerusi TAP apps.
- Ruangan untuk para ibu mengandung. Bagi ibu muda, TAP apps ni adalah satu aplikasi yang wajib ada untuk korang. Bukan sahaja boleh track kandungan korang malah TAP apps juga boleh menghubungkan korang dengan ibu yang lain juga. Daripada situ korang dapatlah menimba ilmu untuk bersedia menjadi ibu nanti. Walaupun ini mungkin kandungan kedua / ketiga / keempat korang, belum terlambat untuk korang install TAP apps ini.
- Ruangan contest. Bagi semua ibu dan isteri, siapa yang tak suka kalau menang hadiah atau dapat tebus hadiah, kan? TAP apps juga ada menyediakan ruangan contest untuk korang join dan korang juga boleh menebus voucher melalui points yang korang dapat setiap kali korang bagi pandangan pada perkongsian rakan yang lain. Sambil kongsi pengalaman sambil dapat tebus hadiah. Siapa yang tak nak, kan? Rugi lah kalau korang lepaskan peluang untuk install TAP apps ni.
Cara download The Asian Parent App
1. Masuk ke Apps Store atau Google Playstore. Bagi mereka pengguna 'smartphone' rasanya setiap daripada kita dah tahu kan apa Apps Store mahupun Google Playstore. Satu tempat untuk kita install aplikasi yang kita mahukan. Jadi, terlebih dahulu buka apps utama ini untuk install TAP apps.
2. Taip 'The Asian Parent'. Dah masuk tu terus sahaja tekan butang search atau kanta pembesar di sebelah kanan dan taip The Asian Parent. Hasil daripada menaip itu akan keluar beberapa aplikasi lain. Jangan terburu-buru. Baca langkah seterusnya.
3. Cari logo hati. Logo seperti di atas ini adalah logo rasmi bagi The Asian Parent apps (berbentuk hati yang warnanya sebelah biru dan sebelah lagi merah). Jangan pula korang memandai-mandai install yang lain. Nanti tersalah install tak dapat faedah yang mek nyatakan seperti di atas tadi.
4. Download secara percuma. Aplikasi The Asian Parent adalah percuma untuk dimuat turun / install. Tiada sebarang caj / bayaran yang dikenakan. Kalau korang perlu bayar itu bukanlah TAP apps yang sebenar. Sekali lagi mek ingatkan, jangan korang buat pandai-pandai nak install TAP apps yang lain daripada seperti yang mek perkatakan.
5. Daftar masuk menggunakan akaun Facebook atau Google. Udah selesai semuanya, sila lah mendaftar dengan TAP apps. Cara pendaftaran ada tiga kaedah. Satu korang boleh guna Facebook korang atau korang boleh guna akaun Google korang. Atau kalau tak nak kedua-dua tersebut boleh sahaja daftarkan emel lain sebagai log pengguna untuk TAP apps ini (mek lebih prefer akaun Google).
Info lanjut The Asian Parent App
Website The Asian Parent
Like and follow FB The Asian Parent Page
Follow IG The Asian Parent MY
Sekian ..
Boleh tunjuk dkt kak ipar ain ni.
ReplyDeletemenarik juga, mudah dan banyak sangat info
ReplyDeleteMenarik..selain boleh banyak berkongsi ilmu, boleh jugak tengok tips2 yang diorang share..sesuai untuk parenting blogger jugak ni...
ReplyDeletemudah ya ibu bapa muda zaman sekarang, memandangkan semua dah dalam era teknolgi, tak perlu susah susah dah nak google satu satu, semua ada dalam satu app ni
ReplyDeleteWahh pertama kali dengar pasal apps ni. Memang sangat membantu bagi ibu bapa ni lagi2 yang pertama kali nak menimang cahaya mata. Nampak bagus dan efektif betul apps ni kan!
ReplyDeleteMenarik sgt Apps ni Mek.. memang nak kena download ni.. byk benda yg di pelajari.. terutama bab parenting ni mmg akak suka:)
ReplyDeleteGreat app indeed for new parents & I wish they have something like these for me many years ago.
ReplyDeleteMereka dah ada app ye. Senanglah para ibu bapa nak cari pelbagai maklumat buat rujukan nanti. Menarik lagi tu app nya
ReplyDeletewww.maisarahsidi.com
Bagus sangat aplikasi ni. sangat sesuai untuk mereka yang baru nak timang cahaya mata sulung kan. Sangat memudahkan untuk ibu bapa buat rujukan.
ReplyDeleteZaman sekarang semua serba canggih & semuanya di hujung jari kan. Menarik lah kan untuk parent nak belajar pasal dunia parenting ni. Boleh je refer apps ni memang senang.
ReplyDeleteSenang la to-be-parents, new parents and veteran parents nak rujuk sekiranya anak-anak ada masalah ye tak. Tapi just rujuk je la, jangan la bergantung harap sangat kan
ReplyDeleteMakin ramai pengguna apps asianparent ni. 100 juta views dengar kata. Kpd yg belum install, cpt2 install. Jadi yg terawal . Byk jugak tengok info dalam apps ni. Memang puas hati
ReplyDeleteMemang best kan apps ni. Mula2 ingat ala mesti lama2 boring. Tapi seriously memang awesome sebab up to date dan boleh kumpul poin harian ntuk tebus ganjaran.
ReplyDeletesiap ada waka waka ye mek... hehehehe... setuju sangat yang apps ni memang sangat bermanfaat untuk bakal ibu-bapa juga ibu-bapa yang sememangnya sedang membesarkan cahayamata... well, untuk all aunties and uncles juga grannies pun okay sebenarnya sebagai sumber rujukan kannnn... thumbs up...
ReplyDeletebanyak dgr pasal apps ni. untung parents zaman sekarang bole tahu ahead psl baby yg bakal tiba. best of luck untuk parents yg baru
ReplyDeleteAplikasi yg sememangnya perlu ada pada semua parent. Sbbb memudahkan kerja. Tak sabar pulak nk jadi parent. Hihi
ReplyDeleteMenjadi keluarga sekarang lebih mencabar daripada zaman yang dulu-dulu dan juga cara nak menjadi seorang ibubapa yang bagus pun dah makin mudah dengan adanya aplikasi macam ni memang kena banyak belajar sekarang ni...
ReplyDeleteNad dah download..memng best apps ni..banyak informasi boleh dapat..macam-macam ada..nak jadi parents kene banyak belajar lagi..so apps ni membantu..
ReplyDeleteApps ni memang bestkan. Banyak informasi tentang dunia ibubapa yg kita boleh kongsi dan dapati di sini
ReplyDeleteMenariknya. Makin teruja pulak nak install aplikasi ni. Dari minggu lepas lagi duk usha. Katanya boleh dapat banyak tips for pregnancy kat aplikasi ni kan?
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة تنظيف الموكيت بالجبيل
شركة تنظيف الكنب بالجبيل
شركة المثالية للتنظيف بصفوى
شركة المثالية للنظافة بصفوى
شركة المثالية الدولية للتنظيف بصفوى