TEMPAT MENARIK PHOTOSHOOT DI KELANTAN : PANTAI MEK MAS

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Kelantan, tanah rendah sekebun bunga. Negeri kelahiran Che Siti Wan Kembang. Satu negeri di dalam Malaysia antara yang menjadi tumpuan ramai pelancong luar dan dalam negeri untuk ke sini. Tentunya pelbagai yang dicari di negeri ini. Negeri yang mempunyai pantai dan juga kawasan berbukit, tentunya menarik lagi minat para pelancong untuk ke negeri ini untuk mengenali budaya negeri Kelantan dengan lebih dekat.

Hujung minggu ini mek dan keluarga baru terdetik nak ke Pantai Mek Mas, Kota Bharu. Satu-satunya pantai yang mek tak pernah jejak sejak lahir. Pantai Mek Mas ini agak viral pada 2 - 3 tahun yang lalu dek kerana ‘geografi’ Pantai Mek Mas yang seolah-olah padang pasir di Mesir. Ramai penduduk tempatan dan juga pelancong luar yang datang ke Pantai Mek Mas untuk melihat sendiri bagaimana keadaan ‘geografi’ padang pasir ini.

Photoshoot santai di Pantai Mek Mas

Pantai Mek Mas memang satu pantai yang cantik untuk korang adakan photoshoot. Pun begitu di sini agak terhad untuk pelbagaikan ‘background’ pada gambar. Untuk photoshoot secara santai adalah digalakkan. Pun begitu jika korang kreatif, mungkin idea korang lebih banyak daripada mek. Untuk mek yang hanya photographer sendu pakai camera phone, apa yang mek nampak adalah bergambar di padang pasir dan juga di tepian pantai.

Antara gambar yang mek sempat rakam di Pantai Mek Mas, Kota Bharu :














Cerita disebalik Pantai Mek Mas

Pada kunjungan mek ke Pantai Mek Mas tempoh hari, mek sempat bertanya pada penduduk tempatan (budak-budak tingkatan enam yang lepak di Pantai Mek Mas). Agak menarik minat mek untuk tahu kenapa keadaan ‘geografi’ di Pantai Mek Mas ini berpasir tinggi seperti padang pasir? Adakah ianya disebabkan oleh ombak yang menolak pasir ke daratan? Atau disebabkan air pasang lalu meninggalkan pasir pantai secara menggunung. Dan mungkin juga ianya semenjak azali lagi sebegitu.

Bila mek dapat jawapan kenapa ‘geografi’ Pantai Mek Mas begini, panjang ucapan ‘ooooo’ daripada mulut mek. Manakala spouse pula katanya dia telah agak jawapan tersebut. Korang nak tahu kenapa ‘geografi’ Pantai Mek Mas berbukit seperti padang pasir? Jawapannya adalah suatu ketika dahulu pantai tersebut merupakan tempat orang sedut pasir untuk dijual. Korang tahu tak tentang perniagaan pasir? Sedut dari laut atau sungai kemudian jual untuk pembangunan. Dan itulah yang terjadi pada Pantai Mek Mas.

Terkejut sangat dengar jawapan sehinggakan tak tanya bila operasi sedut pasir tu berakhir.

Tempat makan best Warung Acu Tera

Selain daripada gambar-gambar yang menarik korang boleh ambil di Pantai Mek Mas, di sini juga ada satu warung yang agak rugi kalau korang tak cuba. Warung yang mek maksudkan adalah Warung Acu Tera. Acu Tera mengikut loghat Kelantan bermaksud cuba rasa (cuba try). Bunyi agak pelik tapi itulah maksud yang sebenar. Dengan rating 4.3 di google, cukup menggambarkan satu warung yang korang harus cuba bila ke Pantai Mek Mas.




Untuk percubaan pertama mek di Warung Acu Tera ini, mek mencuba Mango Float, Coconut Shake, Sotong Celup Tepung dan juga Ikan Celup Tepung. Hasilnya adalah, mek highly recommended kepada korang yang dalam negeri mahupun luar negeri Kelantan untuk mencuba makanan di Warung Acu Tera. Setara dengan rating yang mereka dapat di google. Syabas ! Untuk mek sendiri bagi rating 4.5 / 5. Repeat? Of course !

Apa yang menarik sangat di Warung Acu Tera adalah pada hidangan celup tepung. Kelantan dan Terengganu memang begitu significant dengan makanan celup tepung. Biasanya hidangan begini akan dapat di warung tepi pantai. Cuma macam biasalah, ada yang sedap ada yang tak sedap. Untuk Warung Acu Tera ini setakat yang mek dah cuba di kebanyakkan warung celup tepung, Warung Acu Tera mendapat tempat paling teratas (personally daripada mek).

Cuma, satu pesanan awal daripada mek. Kalau korang datang ke Warung Acu Tera jangan dibiarkan perut itu kosong melampau kerana servis di sini agak mengambil masa yang lama untuk satu hidangan korang tiba di meja. Mungkin kerana ramai orang so servis mereka agak lambat. Peak hour untuk Warung Acu Tera adalah pada waktu lepas Asar sehingga Maghrib. Kalau korang boleh sabar then its okei. Kalau tak boleh sabar, korang kena makan separa kenyang sebelum ke sini.


Sekian ..

21 comments

  1. Kawasan sedut pasir rupanya. Patutlah nampak tinggi menggunung. Cantik juga jadinya

    ReplyDelete
  2. Cantik view kt pantai nie..btw nad blom pena lagi jejakkan kaki kt klntan nie..insyallah suatu hari nnt sampai juga..btw thanks mek yunie share tmpt menarik nie.

    ReplyDelete
  3. Cantikkk view nya Mek.. mcm kt gurun plak.. hihih

    ReplyDelete
  4. dah macam gurun pulak, ada tempat macam ni kan diorang siap main surf lagi, ada satu di Melaka, satu lagi di Australia, tak ingat tempat namanya apa. Cun sangat

    ReplyDelete
  5. Belum pernah ke Pantai Mek Mas ni. Infact ke Kelantan pun baharu dua kali haha.. tetapi menarik dengar bagaimana pantai ni dipenuhi pasir ....tak terfikir gitu haha

    ReplyDelete
  6. Wahh tak pernah tahu pulak kat malaysia ada tempat rare camni. Kalau ena ni dah macam2 gaya buat. Haha. Esok kami trip ke kelantan. Hehe. First time pegi sana. Tak sabar nak terjah makanan.

    ReplyDelete
  7. 1st time kita tau pasal. Pantai Mek Mas ni. Cantik sekali view nya. Nanti. Kalau bercuti ke klate nak ajak husband singgah sini laaaa
    Manggo float tu cair air liur kita nengoknya. Huhuuuu

    ReplyDelete
  8. Cantiknya lokasi brgambar kat situ. Sis dah lama gila tak ke Kelantan. Harap satu hari nanti dpt ke sana..rindu pulak suasana kat sana

    ReplyDelete
  9. ooooo..sebab aktiviti sedut pasir suatu masa dulu jadilah pantai tu macam kawasan padang pasir..cantik view dia.ada pulok port makan yang best kat situ,sesuai sangatlah untuk bawa keluarga minum petang dan menikmati pemandangan indah.

    ReplyDelete
  10. tengok pasir teringat satu tempat kat aussie...cantek sangat pasir nya..mmg sesuai dijadikan lokasi photoshoot...then lps ps boleh lah menikmati makanan kegemaran berdekatan dgn pantai..mmg heaven

    ReplyDelete
  11. MasyaAllah cantiknya pemandangan kat situ. Memang sesuai sangat nak buat photoshoot kat situ. Confirm cantik hasil gambarnya

    ReplyDelete
  12. Subhanallah... cantiknya view... tak sangka pulak ada view cenggini kat sana ya... dah lama jugak saya tak ke sana... berbelas tahun jugak la kiranya... ada cuti panjang nanti bolehlah amik kesempatan ke belah sana... nak acu tera jugok make sotong goreng tepung yang scrumptiously yummylicious tu... hehehehe...

    ReplyDelete
  13. kelantan mmg banyak tempat menarik utk photoshoot. bestnya !! teringin nak datang ke sana lagi. minum air sejuk2 tepi pantai. dappnyaaa

    ReplyDelete
  14. cantiknya pantai dia..pasir macam dekat luar negara la..menarik sangt..nak juga datang kelantan, tapi entah bile..

    ReplyDelete
  15. Lawanya tempat ni. pantai bersih dan view dia ohsem. tapi tu lah jauh pula nak kesana..sobs sobs sobs

    ReplyDelete
  16. Haaa baru nak tanya kenapa pantai dia tinggi sangat macam bukit. Rupanya sebab kegiatan sedut pasir. Tapi memang cantik kalau tangkap gambar kat sini. Nak gambar perfect kena pi hari berkerja.. tak ramai orang kan..

    ReplyDelete
  17. Cantiknya pantai ni. Mmg nmpk sama mcm padang pasir di mesir. Apa2pun yg lgi bestt saya rasa ikan celup Tepung tu. Hri tu saya ke Terengganu ada juga makan ikan celup Tepung.

    ReplyDelete
  18. cantiknya pantai mek mas. dah macam kat melaka ada pasir tinggi tu. syok eh makan sotong celup tepung sambil tengok ombak tepi pantai tu

    ReplyDelete
  19. Memang cantik kawasan dia aaaaa teruja nak pergi. Dah lama tak datang kelantan

    ReplyDelete
  20. comel sedondon semua baju sama hehe.. senang nak cam dari jauh.
    lama x pi Kelantan. last year lalu ja sebab pegi Ganu..
    adoi lemah tengok mangooooo tu. sedapnya nampak !!

    ReplyDelete