SATAY WAKAF BHARU HJH MEK YAM

Assalamualaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Memandangkan #travelbuddy mek datang ke Kelantan maka haruslah di bawa makan ke tempat-tempat yang masuk senarai tempat makan menarik di Kelantan. Kalau tak bawa ke tempat yang disenaraikan, rasanya macam tak cukup umpphh trip tu nanti. Tak cukup dengan #travelbuddy sahaja, mek jemput juga sekali rakan baharu untuk travel bersama-sama untuk sambut kedatangan #travelbuddy ke Kelantan.


Pilihan makan malam pada hari pertama kedatangan #travelbuddy adalah satay. Cerita disebalik pemilihan untuk makan satay adalah kerana #travelbuddy mek adalah peminat tegar Satay Jabi. Jadi itu adalah the best satay yang ada di Terengganu (the best belah Jerteh and Setiu). Mek dan spouse rancang untuk bawa #travelbuddy sekeluarga mencuba satay yang the best di Kelantan pula (ini adalah pendapat peribadi mek dan spouse).

Mek dan spouse dah cuba banyak satay di Kelantan. Antara yang popular adalah Satay Baung Hj Zamri, Satay Malaysia Pengkalan Chepa, Satay Machang. Tapi paling tinggi kami bagi rating adalah Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam. Satay ini diperkenalkan oleh spouse mek. Satay yang dia cuba semenjak dari kecil lagi. Dulu masa dating pernah dia bawa mek cuba satay di sini dan menarik minat mek adalah kerana .. 

Pilihan menu di Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam

Kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam mungkin kelihatan lebih kurang sahaja dengan kedai satay yang lain. Tapi bagi mek kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam ada keistimewaannya tersendiri selain daripada kuah kacang resepi tersendiri. Satay akan menjadi lebih sedap bila kuah kacangnya agak pekat dan melekat pada satay bila dicicah. Antara speciality lain yang ada di kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam adalah :


#1 Tiga [3] jenis pilihan satay. Di kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam menawarkan satay ayam, satay daging lembu dan satay daging kambing. Harga yang ditetapkan tidak begitu mahal dan mengikut harga semasa satay dikebanyakkan tempat. Sehingga kini mek hanya merasa satay ayam dan satay daging lembu sahaja di kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam. Daging kambing mungkin next time.

#2 Nasi impit. Tak lengkap lah kalau makan satay tanpa nasi impit, kan? Untuk diri mek sendiri, mek tak berapa gemar nasi impit tapi Amani dan  Amzar mampu habiskan sehingga dua [2] pinggan nasi impit. Tentunya di makan bersama kuah kacang. Berselera tengok anak-anak makan. Nasi impit di kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam tiada extra keistimewaan, ianya tetap sama dengan nasi impit di kedai satay yang lain juga.


#3 Roti banggali atau roti slice. Ini adalah rare. Tak semua kedai satay ada sediakan roti untuk dimakan bersama dengan kuah kacang. Mek pula teramat suka dengan roti dicicah bersama kuah kacang. #travelbuddy mek agak pelik dengan hidangan roti bersama satay tapi bila dia mencuba sendiri roti di makan bersama kuah kacang katanya mengena kombinasi kedua-dua ini. Disebabkan itu korang perlu cuba menu yang ada di kedai Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam.

Info Satay Wakaf Bharu Hjh Mek Yam


Waktu pengoperasian : 3.30 petang - 11.00 malam (buka setiap hari)


Sekian ..

20 comments

  1. Aduhh lapar pulak tengok satay tu! btw, BW here and done follow. Follow me back! (y)

    ReplyDelete
  2. Aduhh lapar pulak tengok satay ni. Hehe.. sedapnya satay

    ReplyDelete
  3. sedapnya sate! berapa ya harga untuk satu cucuk sate tu? saya kalau balik kampung di Kulim, kedah mesti akan makan sate, sebab dkt sana murah & besar2 isinya berbanding dkt area lembah klang ni.

    ReplyDelete
  4. Wow, satay is one of favourite food.... It's pretty unique that they serves bread to eat with satay. I shld try one day to dine here when travelling to Kelantan.

    ReplyDelete
  5. Ya allah Mek....weekend ni kena cari satay la ni...sedapnyaaaa.....lama tak makan satay ni..akak prefer satay daging..kalau dapat yang lembut dan juicy tu sedapnyaaaa...satu sure tak cukup...

    ReplyDelete
  6. sedap wei! boleh bawak family besor aku mari sini next time!!

    ReplyDelete
  7. lamaanyaa tak rasa satay.
    tapi uniknya kat kelantan satay dia makan dengan roti ya. masa berkunjung ke rumah kawan di kelantan pun dia hidang satay dengan roti. pelik kita wakk, haha

    ReplyDelete
  8. Bagi saya satay yang sedap bergantung pada perapan dan kuah kacangnya. kalau dapat yang sedap memang heaven la.. mau lebih 10 cucuk sorang tambah2 kalau satay daging. favourite tuuuu

    ReplyDelete
  9. Sedapnya Satay lama tak makan nak pergi cari satay lah hehehe tapi nak pergi sini jauh kalau ada cawangan kat KL kan best makan satay dengan roti tu macam menarik jer hurmmm...

    ReplyDelete
  10. Teringin pulak nak makan satay bila tgok satay ni. Selalu kalau kat kl ni..nak makan satay sis ke kajang. Kalau sis ke sana nanti boleh le singgah makan satay kat kedai ni

    ReplyDelete
  11. satay dia nampak tempting. ni kalau dapat satay kambing sedap ni. tapi makan roti dengan kuah kacang tu macam lagi menarik. Iza expect kuah kacang dia mesti sedap.

    ReplyDelete
  12. Huaaaaaa lapar teruk lepas tengok gambar satey. Siap ada roti lg tu. Memang rare! Tapi dengar mek cakap sedap jadi nak pergi Kelantan pulak sekarang hahahaha

    ReplyDelete
  13. Mesti ramai kan pengungjung dkt sini. Kelantan ni banyak makanan unik2 n sedap. Sesekali dtg melancong boleh la singgah cari makanan kelate.

    ReplyDelete
  14. pernah lalu depan kedai ni hari tu. memang ramai orang. sedap rupanya patut la ramai yang beratur/ kelantan mmg banyak satay yang best

    ReplyDelete
  15. Lama tak gi kelantan rindu pulak makanan kat sana. Kalau pergi sana boleh lah singgah makan satay kat sini

    ReplyDelete
  16. Ya Allah tengok gambar satay rasa dah lama tak makan satay. Terus rasa teringin. Nak datang makan sini jauh sangat

    ReplyDelete
  17. kelantan dan variasi makanan memang tak dapat dipisahkan. memang macam2 aneka makanan, kuih muih ada dekat kelantan ni kan. tp sate memang pehhh.. suke sgt sate!

    ReplyDelete
  18. Aduiii sedapnya sate... Dah lama xmkn.. Suami kita fav Sgt la sate ni.. Kita kalau ada sate kambing onz skit

    ReplyDelete