PENGGUNAAN EWALLET BAIK ATAU BURUK?

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Penggunaan ewallet di Malaysia bukanlah satu perkara yang asing. Walaupun ewallet ini baru sahaja wujud pada 2018 di Malaysia, tapi pada  2019 penggunaan ewallet makin meluas dan diterima baik oleh beberapa masyarakat. Ini telah dibuktikan melalui mall dan kedai-kedai rangkaian yang meluas sudah mula mendidik pelanggan untuk gunakan ewallet. Mereka menawarkan pelbagai diskaun dan juga paling popular, cashback.

Mek sendiri di Kelantan hanya beberapa kedai sahaja yang menerima penggunaan ewallet ini. Masih tidak menyeluruh. Bahkan di Kuala Lumpur sendiri tidak semuanya yang menerima penggunaan ewallet namun ianya makin bercambah. Perkongsian kawan mek tempoh hari menyebabkan mek sedar dengan kepentingan penggunaan ewallet ini. Di Sabah sudah ada kedai yang tiada cashier. Pembayaran adalah melalui ewallet (we chat pay).

Baru-baru ini diumumkan mengenai penggunaan internet 5G. Tentunya lebih pantas, lebih efisien daripada penggunaan internet sebelum ini. Jika sebelum ini Youtube pun masih loading, dengan 5G tidak lagi. Nak tengok live daripada smartphone sudah tidak menjadi masalah. Dalam tempoh ‘user test’ ini, satu dua tempat di Malaysia dapat menikmati kelajuan 5G. Untuk mek di Kelantan, tunggu sehingga 2023 (mungkin).


Penggunaan ewallet ini bukanlah diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia. Kita ada pelbagai lapisan masyarakat dengan pelbagai ‘level IQ’. Mek tak cakap yang IQ rendah menolak penggunaan ewallet. Ada juga mereka yang IQ tinggi tapi menolak penggunaan ewallet dengan pelbagai kemungkinan yang mereka fikirkan. Tiada masalah untuk itu kerana diri kita, hak kita dan tiada siapa boleh memaksa kita.

Cuma, jika ianya disambut baik oleh beberapa lapisan masyarakat lain, tentunya lambat laun penggunaan ewallet ini menjadi satu kemestian. Contohnya penggunaan kad ATM. Dahulunya pelanggan masih lagi dibenarkan untuk draw duit mereka melalui kaunter namun semenjak 2017, Bank Negara Malaysia telah ‘task force’ untuk setiap pelanggan mempunyai kad ATM. Daripada situ, pihak bank juga tidak melayan pelanggan untuk draw duit melalui kaunter kecuali dengan satu dua perkara yang dibenarkan.

Tanpa melengahkan masa dan huraian, jom kita kenal ewallet dengan lebih dekat.

Apa itu ewallet?

Ewallet. E = electronic. Wallet = dompet. Dompet elektronik yang mana korang ada dompet, ada duit secara maya. Biasanya ewallet ini digunakan melalui apps pada smartphone korang. Jadi kalau nak membayar, buka ewallet, scan dan bayar. Kiranya penggunaan ewallet ini tidak melibatkan wang fizikal. Korang bawa sahaja smartphone untuk membayar apa-apa yang korang beli. Kalau dulu bawa kad debit atau kredit untuk membeli. Sekarang bawa smartphone yang telah di-install ewallet sahaja.

Selamat ke guna ewallet?

Keselamatan adalah major isu, major question yang timbul bila mek tanyakan kepada kawan-kawan tentang ‘komen anda mengenai penggunaan ewallet’. Mereka merasakan seolah tak selamat sebab install apps pada smartphone, kemudian tambah nilai dalam ewallet untuk tujuan pembelian. Kalau hilang phone macam mana? Kalau orang dapat duit dalam ewallet tu macam mana? Yes, mek akui akan tetapi ewallet juga mempunyai safety mereka tersendiri.

Bagi tujuan pembayaran, korang perlu scan barcode. Atau pihak kedai akan scan barcode ewallet korang. Di sini tiada isu kerana setiap transaksi akan dapat dilihat dengan telus melalui senarai transaksi yang kita dah buat. Katakanlah terpotong sebanyak dua kali, korang boleh buat repot dan duit tadi akan dimasukkan kembali ke akaun ewallet korang. Duit korang takkan burn begitu sahaja. Its safe and sound.

Yang menjadi kerisauan adalah bila wujudnya kaedah ‘transfer’ ke ewallet mereka yang lain. Dan ada juga beberapa ewallet yang membenarkan duit dari ewallet dipindahkan semula ke akaun bank masing-masing. To be truth memang sudah wujud scammer melalui ewallet ini. Mereka curi duit melalui ewallet (tapi bukan semua ewallet boleh ditembusi dengan mudah). Korang mempunyai pilihan untuk aktif atau nyahaktif kaedah transfer ini. Jadi, buat pilihan dengan bijak demi keselamatan ewallet korang.

Ewallet mana paling universal / paling user-friendly?

Senarai ewallet yang ada penggunaanya di Malaysia :

#1 GrabPay
#2 Touch n Go E Wallet
#3 Boost
#4 Fave Pay


Setakat ini yang diamalkan di Malaysia hanya empat ewallet ini. Paling famous adalah Boost, kemudian Touch n Go E Wallet. Biasanya pemilihan ewallet ini berdasarkan penggunaan semasa dan promosi yang dijalankan oleh ewallet masing-masing. Macam mek terberkenan dengan Touch n Go E Wallet kerana banyak fungsiannya yang menarik minat mek dan yang berkaitan dengan mek. So korang boleh try search dulu ewallet mana yang lebih sesuai dengan korang.

Cara penggunaan ewallet.

Penggunaan ewallet ini tidak menyusahkan / renyih pun. Ianya cukup mudah asalkan korang dapat menerima penggunaan ewallet. Bila korang dah install ewallet, korang perlulah tambah nilai ke ewallet korang. Terdapat beberapa cara untuk topup / tambah nilai iaitu salah satunya pembelian nombor pin di kedai serbaneka 7 Eleven. Tapi untuk lebih mudah, link sahaja kad ATM korang (yang ada baki) kepada ewallet untuk tujuan tambah nilai. 

Untuk pembayaran pula, ewallet ada fungsian ‘pay’ yang mana dia akan keluarkan satu barcode untuk di-scan oleh cashier. Ianya mudah sahaja. Lepas dah bayar korang akan dapat satu notifikasi yang pembelian korang telah berjaya dan berapa jumlah potongan yang telah dibuat. Daripada situ korang boleh tengok baki yang korang ada sekarang ni. Bagi mek ianya satu penggunaan yang efisien kerana ianya lebih telus (update pembelian dalam tempoh 2 minit).

Banyak lagi yang korang boleh buat dengan ewallet seperti pembayaran bil. Pada kebiasaan mek gunakan untuk tujuan pembayaran bil telefon. Kaedahnya sama sahaja cuma untuk pembayaran bil korang perlu masukkan nombor telefon korang. Kemudian tekan pay. Dan siap. Dalam tempoh 2 minit akan sampai mesej daripada teleko korang menyatakan yang diaorang dah terima pembayaran korang. Mudahkan? Hanya menggunakan ewallet sahaja.

Faedah penggunaan ewallet.


Lihat pada sudut yang baik untuk penggunaan ewallet :

#1 Memudahkan pembayaran bil semasa (telefon, elektrik, air dan PTPTN juga).
#2 Dapat diskaun dan cashback dari pembelian kita.
#3 Topup satu apps je dapat settlekan makan dan bil.
#4 Dapat beli tiket wayang melalui ewallet.
#5 Dapat beli tiket flight melalui ewallet.
#6 Banyak theme park amalkan ewallet untuk pembelian tiket mereka.
#7 Jimatkan masa semasa pembayaran.
#8 Tak hanky panky semasa pembayaran (takdelah nak cari syiling atau notes lebih kecil).
#9 Transaksi lebih jelas (boleh view jumlah penggunaan ewallet).
#10 Dapat topup dengan mudah melalui kad bank sahaja.

Keburukan penggunaan ewallet.

Yang negatifnya pula bila amalkan penggunaan ewallet ini :

#1 Duit yang dah transfer masuk ewallet, beberapa steps kena ambil kalau nak cash-kan balik.
#2 Kena bergantung kepada smartphone (so tak boleh takde battery atau tertinggal).
#3 Tak semua kedai amalkan penggunaan ewallet.
#4 Penggunaan ewallet yang berbeza itu menyusahkan (contoh : sesetengah kedai terima Toucn n Go ewallet sahaja, sesetengah kedai terima GrabPay sahaja).

Penggunaan ewallet cara mek.

Mek juga tidak ketinggalan untuk mencuba penggunaan ewallet. Untuk mek, mek install Touch n Go E Wallet setelah melihat Alif Satar buat review pembelian di Bazar Ramadhan pada Ramadhan 1440H. Bila dah install mestilah mek menggunakannya walaupun di Kelantan tidak lah disambut dengan baik lagi penggunaan ewallet ini. Untuk sehingga ke hari ini, mek dah sempat buat pembayaran bil, membeli makanan ringan di stesen minyak, membayar tol dan membeli di KFC. So boleh lah share dengan korang kaedah penggunaan ewallet cara mek.

Untuk baki di dalam ewallet, mek hanya maksimakan di bawah RM10 sahaja. Contohnya sekarang mek hanya ada RM5.60 sahaja di dalam ewallet mek. Untuk membuat pembelian, mek akan topup ewallet mek thru kad bank yang mek daftarkan. Contohnya mek nak bayar di KFC, jumlah pembelian adalah RM20.20. Maka masih perlukan sekitar RM15 untuk buat pembayaran. Mek akan reload hanya RM15 sahaja daripada kad bank. 

Reload ewallet tidak memakan masa yang lama. Dalam tempoh 3 saat dah masuk duit kita dalam ewallet (kecuali kalau bank yang korang link sedang mengalami gangguan). Maka untuk topup immediate semasa berada di kaunter itu tidak menjadi masalah. Yang penting jangan panik. Its easy peasy actually. Lagi mudah daripada wave kad. Jadi jika korang ada ewallet, boleh lah start amalkan penggunaan ewallet dari sekarang.

Sekian ..

18 comments

  1. abe kie guna Boost utk beli di SMO, Tunas Manja dan Watson's. Mudah n cepat!

    ReplyDelete
  2. Sy pun suka guna ewallet ni. Jatang sgt nk pegang cash...byr apa just guna e wallet sbb dh meluas skrg...

    ReplyDelete
  3. Dah makin meluas penggunaan ewallet ni kan Mek..seiring dgn dunia teknologi..
    tapi akak tak cuba lgi.. nti lah nak try install jgk..:)

    ReplyDelete
  4. I loved the fact that we are going cashless - so easy & convenient for everyone nowadays.

    ReplyDelete
  5. Naim bersetuju.. Sebagai nasihat kalau guna ewallet jangan pakai di wifi public. kekadang hacker akan curi maklumat kita.

    ReplyDelete
  6. macam best jer tak yah bawak duit. tak pernah lagi guna

    ReplyDelete
  7. BBL install pun sebab promo. kadang-kadang best jugak bila guna ewallet dapat instant cash back. lagi pun senang tak payah bawak duit cash banyak, bawa telefon dah boleh shopping makan minum

    ReplyDelete
  8. Mmg guna TNG ewllet untuk shopping barang dapur. Dapat rebat dan banyak lagi. Belum cuba utk bayar bil makanan dan lain-lain. Actually memudahkan dan senang

    ReplyDelete
  9. SAYA dah guna e-qallet utk Touvh n Go memang mudah cuma bayaran lain belum cuba sepenuhnya dbb tak semua kedai ada sistem w-wallet.

    ReplyDelete
  10. Nad pun dh download boost, tng.. Hahaha.. Sebb kadg nak byr guna ni kan.. Memg sennag.. Tapi tu la kene pastikan ade duit dlm e wallet.. Then kene ade internet kalaubtak mcm mne nak jalan kan

    ReplyDelete
  11. Tak guna pon e wallet ni. Banyak apps dalam fon. Fin berat. Haha. Selalu guna debit card je

    ReplyDelete
  12. Saya ada app e wallet touch n go tapi tak pernah guna lagi. Dalam tu ada duit pun rm6 saja. Sebab selalu selesa bershopping bayar cash saja atau kad kredit.

    ReplyDelete
  13. Kita pun pengguna ewallet. Kita biasa pakai tngo dan Boost. Memang memudahkan cara .

    ReplyDelete
  14. TQ atas sharing yg bermanfaat ni.

    Skrg ni Kita mmmg Tak boleh lari dari guna ewallet ni. TnG, Booost, MAE Maybank, Lazada, setel petronas antara yg ramai yg guna..

    ReplyDelete
  15. I'm using TnG and quite addicted to it, I first got to know about eWallet in China and its just so convenient

    ReplyDelete
  16. belum pernah cuba jadi tatau macam mana lagi elok or not.. but so far lagi suka physical cash sebab suka hulur duit amek baki hehe..

    ReplyDelete
  17. Saya belum gunakan ewallet ni. Nak kena install la juga. Bukan tak setuju. Cuma selalunya husband yg bayarkan semua. So dia punya ewallet la yg selalu guna. Saya jarang2.

    ReplyDelete
  18. Kenapa kalau bayar bil tunggu 3 hari touch ngo

    ReplyDelete