MUZIUM PERANG KELANTAN BANK KERAPU

Salam alaikum untuk semua rakan blogger mek ..

Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu, selaku anak jati Kelantan, mek bangga adanya muzium sebegini di Kelantan. Walaupun muzium pada masa kini dipandang hujung mata je oleh anak muda tapi untuk mek ianya perlu dikekalkan dan perlu dilawati walaupun kita dah pun habis zaman persekolahan. ‘Feel’ pergi muzium takkan pernah sama dengan ‘feel’ korang dapat info dari wikipedia. Serious lain sebab di muzium ada artifak, ada model untuk kita lebih faham bagaimana rupa keadaan ketika itu.

Di Kelantan ada lebih 9 buah muzium dan masih banyak yang mek tak pergi. Yang sekitar Kota Bharu alhamdulillah hampir ke semuanya mek dah jejak kecuali Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu. Muzium ni adalah tempat memorial Perang Dunia Kedua memandangkan Jepun mendarat di Kuala Pak Amat, Pantai Sabak, Kota Bharu, Kelantan pada Disember 1941. Maka teramat sesuailah jika Kelantan mempunyai satu muzium untuk menjadi rujukan anak cucu.


Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu ni tak lah jauh dengan tempat kerja mek. Maksudnya walaupun hujung minggu, mek lalu je di depan Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu ni kalau nak ke Pantai Cahaya Bulan (PCB). Paling tidak lalu juga kalau singgah solat di Masjid Muhammadi. Pun lalu juga kalau nak tengok sungai Kelantan dari Tambatan Diraja. Pendek kata memang lalu sahaja. So kali ni kita singgah masuk Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu.

Terowong Masa ke Perang Dunia Kedua

Bila masuk je dalam Muzium Perang Dunia Kedua pertama sekali korang akan nampak akak jaga kaunter tiket. Sebelum menjelajah silalah beli tiket dahulu. RM3 sahaja untuk dewasa. Kanak-kanak dikecualikan. Seterusnya pengembaraan korang semasa detik bermulanya Perang Dunia Kedua akan kelihatan dengan jelas. Semuanya ditulis, digambarkan untuk korang faham dan hayati detik Kelantan dijajah oleh Jepun.














Secara ringkas mek simpulkan yang di Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu menyimpan seribu satu kenangan dari mula sehingga akhir Perang Dunia Kedua yang berlaku sama ke atas Kelantan dan Tanah Melayu. Ada beberapa penceritaan daripada pak cik yang sempat melalui saat-saat sukar itu. Bagi mek, bila dah baca tu rasa sayang pada Tanah Melayu makin menebal. Susahnya orang dulu nak halau penjajah, susahnya orang dulu nak kan kebebasan.






Walaupun mungkin Amani dan Amzar masih lagi tidak begitu memahami tentang Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu, mek harap satu hari nanti bila dia dah besar dia juga akan sukakan tempat sebegini. Walaupun mungkin kita baca bagaikan angin lalu tapi setidaknya ia dapat menyedarkan kita yang telah lama terleka dengan keselesaan yang kita ada sekarang. Semoga semangat untuk melawat muzium terus dikekalkan oleh guru-guru dan ibu bapa.

Info Muzium Perang Kelantan Bank Kerapu

Waktu pengoperasian : Setiap hari kecuali Jumaat
Harga Tiket : RM3 untuk dewasa, kanak-kanak percuma

Sekian ..

14 comments

  1. Tadi baca ingat ke betul ke namanya, rupa memang ye ek..
    Best juga pergi muzium gini, banyak kita dapat ilmu..Sis kalau ada geng nak jalan gini, memang suka aje nak pergi semua muzium..

    ReplyDelete
  2. salam mek.
    lama tak singgah sini.
    Bank Kerapu.
    unik sangat nama tu.
    akak pun dah lama sangat tak ke muzium ni.
    sesekali sud do kan.

    ReplyDelete
  3. salam singgah mek..
    sy pun org kelantan gok tapi xpernah sapa muzium ni..tq bagi info mek,hihihi
    len kali blh mari

    ReplyDelete
  4. Kita ada plan nak pi bercuti kat Kelantan. Nanti kita nak bawak anak-anak singgah sini. Nama yang cukup unik. Terima kasih di atas perkongsian menarik ni Mek.

    ReplyDelete
  5. Arahsuka gila aktiviti macam ni. Pergi muzium walaupun orang cakap bosan. Harap ada la rezeki nak pergi muzium sini nanti

    ReplyDelete
  6. Mila mula terfikir gak ni Mizium apa sbb nama Kerapu... muzium ikan ke haha... tetapi bila dah baca baru lah faham. Bagis dikekalkan muzium bersejarah macam ni untuk anak anak muda kita tahu sejarah.

    ReplyDelete
  7. Dah lama sangat Mrs. A tak pergi muzium.
    Setuju dengan Mek muzium dan sejenis yang berkaitan sejarah memang patut dipelihara dan dipulihara untuk pengetahuan anak-anak dan generasi akan datang biar mereka tahu sejarah tanah air.

    ReplyDelete
  8. Wow mereka yang suka sejarah ni memang patut lah melawat muzium ni kan. Berbagai jenis replika ada termasuk kapal terbang. Kanak-kanak tentu suka :)

    ReplyDelete
  9. seram pulak tengok si tentera jepun tu . Heheheh , tapi best la pergi muzium . Selain dapat gain knowledge , boleh share pengalaman dan apa yang menarik tentang muzium tu dengan orang lain .

    ReplyDelete
  10. Kita pernah masuk kat muzium ini memang best dan banyak perkara dapat kita ketahui dalam ni yang selama ni kita hanya baca dan dengar sahaja hehehehe moga banyak lagi tempat macam ni yang perlu ada kat Malaysia bukan buat muzium yang tak sepatutnya...

    ReplyDelete
  11. Saya suka jugak pergi muzium. Memang suka baca sejarah2 lama. Bila pergi muzium dapat feel macam throwback ke masa lalu. Insyaallah kalau pergi kelantan nak singgah muzium ni. Tq for sharing mek :)

    ReplyDelete
  12. I pun suka pergi muzium. Sebab boleh belajar byk psl sejarah kita. Tak tahh pulak kat kelantan ada muzium mcmni.

    ReplyDelete
  13. Mek patut jadi ambassador Tourism Kelantannnnn lah Mek. Hok gini mana ada org tau. Muzium Kerapu bagai. Tengok semua lengkap dengan patung tentera bagai.

    Dah lah kita mmg suka Kelantan hahaha. Tak sampai situ lagi sbb xde teman. Tapi baca blog Mek nak lawat sana sini dah kat Kelantan tu!

    ReplyDelete
  14. saya tak pernah pegi muzium kelantan wpun anok kelantan. sbb memang tinggal di luar kelantan, bila balik kampung sesekali bukan boleh jadi macam tourist. banyak benda nak dibuat, ziarah lagilah banyak. menarikla muzium ni

    ReplyDelete