MASJID AR RAHMAN KELATAN MUKIM PULAU GAJAH

Salam alaikum untuk semua sahabat blogger mek ..

Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah, satu masjid yang mek tak pernah lagi tengok di depan mata mek. Kewujudan Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah ni pun mek tak tahu sehinggalah spouse mek tunjukkan kepada mek melalui FB rakannya. Bila tengok, MasyaAllah. Kagum ! Terasa nak ke sana untuk merasai sendiri kedamaian dan keindahan yang terbina diberi nama Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah.

Pada minggu mek ke Pantai Mek Mas, memang dah berhajat nak solat Maghrib di Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah memandangkan lokasi / jarak antara kedua-dua tempat ini hanyalah 2.8km (10 minit) namun mek batalkan niat memandangkan ianya waktu Maghrib, sesuai untuk solat namun tidak sesuai untuk photoshoot. Maka mek mencadangkan untuk kunjungi pada minggu seterusnya.

Alhamdulillah, niat untuk solat Zohor di Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah tercapai. Bila masuk je kawasan masjid terus rasa damai. Terus rasa masyaAllah, sejauh dalam kampung sebegini ada satu masjid yang cantik, yang indah dan yang damai. Waktu mek tiba di Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah ada satu bas rombongan daripada mana entah turut singgah di situ. Semua pakat puji masjid ni cantik.

Latar Belakang Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah

Tak banyak yang mek dapat info mengenai Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah ini. Di carian google, ada artikel melalui website akhbar online. Korang boleh baca di sana juga. Tapi untuk mengetahui ‘keaslian’ asal usul Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah, mek sempat bertanyakan penduduk sekitar yang menjadi penjaga kepada Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah. Katanya :

#1 Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah ini terbina dengan dana persendirian. Seorang hamba Allah yang tinggal di Kuala Lumpur, bergelar Dato’ menyediakan peruntukan untuk pembinaan masjid ini.

#2 Masjid yang dibina hampir 98% menggunakan kayu asli. Kebanyakan kayu adalah kayu jati yang diimport daripada Indonesia.

#3 Mengambil masa hampir 2 tahun untuk disiapkan. Pembinaan bermula pada Januari 2016 dan siap pada April 2018. Penduduk setempat telah pun sempat menunaikan solat sunat Aidilfitri sebanyak dua kali sehingga 2019.

#4 Pembinaan Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah adalah di atas hak milik Sultan Kelantan. Mek tak pasti samada ianya diwaqafkan ataupun disewakan.

Koleksi Foto Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah























Maps Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah

Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah telah menjadi salah satu tempat tarikan untuk pengunjung luar dan dalam negeri untuk menunaikan solat di sini disamping melihat sendiri keindahan yang terbina. Semoga mereka yang menyumbang kepada Masjid Ar Rahman Kelantan Mukim Pulau Gajah diberi ganjaran pahala bagaikan air yang mengalir. Amin ..

Buka setiap masa dari Subuh sehingga Isyak.

Sekian ..

19 comments

  1. Cantiknya subahanallah. Bgai ain masjid tu best kalau tempat solat perempuan dia pun best heheh. Lengkap dgn tandas asing, tmpat wuduk selesa, tapi cantik la kawasan sekitar dia pun nice

    ReplyDelete
  2. masyaAllah..cantiknya masjid ni mek..:)

    ReplyDelete
  3. Salam Mek..
    masyaAllah..cantik & unik masjid ni Mek..tenang ja bila tengok kan...:)

    ReplyDelete
  4. Cantik betul masjid dia. Binaan juga cantik. Kena pergi sini satu hari nanti

    ReplyDelete
  5. Haritu ena trip p kelantan ada jugak nampk masjid berasaskan kayu asli tapi tak ingat kat mane. Almost masjid kat sana memang cantik. Kagum dengan keindahan rumah Allah.

    ReplyDelete
  6. Subhanallah..comey sungguh masjid ni mek.. tenang jah...mesti mahal nak buat..sebab kayu.. InsyaAllah orang yang buat masjid ni tak putus pahalanya

    ReplyDelete
  7. Wow! Memang cantik masjid ini. Tetapi kak jarang je Kelantan. Raaanya baru dua kali jejak kaki ke Kelantan tapi belum ke Kampung ni lagi.. harap2 satu hari nanti dpt ke sini.

    ReplyDelete
  8. Cantiknya dekorasi masjid ni! Unik. In shaa Allah kalau ke negeri Kelantan nanti akan singgah ke masjid ni. Terima kasih share ya :)

    ReplyDelete
  9. SubahanAllah cantiknya masjid ni. Seni bina memang cantik sangat, kagum tengok, Harap satu hari nanti dapat ke sana dan melihat sendiri masjid ni

    ReplyDelete
  10. Cantiknya masjid ni, saya kampung sana pun tak pernah jumpa lagi masjid camni. untung sis

    ReplyDelete
  11. Subhanallah cantiknya masjid ni. Rekaan masjid yang unik dan menyejukkan mata memandang. Lain dari yang lain masjid ni sebab dibina menggunakan kayu. Serius memang cantik masjid ni.

    ReplyDelete
  12. Cantiknya senibina masjid ni. Tak macam masjid moden yg baru-baru sekarang ni. Harap terjaga rapi masjid ni untuk kekalkan kecantikan dia.

    ReplyDelete
  13. Cantik masjidnya. Unik sangat. Jauh kayu dia import ye

    ReplyDelete
  14. Ukiran kayu kan. Pulau Gajah dekat tak dengan Pulau Melaka? hehe. Rumah Allah sentiasa cantik. :)

    ReplyDelete
  15. Looks beautiful! Tapi saya bukan Islam so tak pernah masuk masjid. But thanks for sharing how it looks like.

    ReplyDelete
  16. Canteknya senibina masjid ni. Suka tengok. Kalau balik kelantan nak ajak suami datang sinilah. Rasa tenang sangat tgk senibina lama yg masih cantek

    ReplyDelete
  17. Cantiknya msjid dia..diperbuat dari kayu..macm dekat dalam kampung lama..bolehla nanti datang sini..terpegun tengok masjid dia

    ReplyDelete
  18. This masjid is so pretty! I like all the traditional finish of the entire building.

    ReplyDelete